Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 5 Ogos 2010

AL- FATIHAH



GOOD BYE COOL DUDE



( mister os ditengah-tengah)


AL-FATIHAH

Saudara Firdaus Yusof atau lebih dikenali sebagai Mister Os
telah meninggalkan dunia ini pada jam 3 petang ini.

Mister Os menghidap sakit paru-paru berayer.

Mister Os adalah salah seorang pemula punk rock dengan band
Naked Butterfly dan Naked Butterfly.

Mister Os adalah line up asal Republic of Brickfield.

Republic of Brickfield bersama Caburretor Dung
telah membuat lagu latar filem cult
Dari Jemapoh ke Machestee.

Mister Os - kacak, tinggi dan lampai ada muka yang sering
dilihat di gig dan pesta merayakan hidup anak anak muda.

Anak muda akan merasakan kehilangan od rocker ini.

Salaut untuk orang yang berani.
Salut untuk rock n roll.

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK TUKAR TIUB





DUA TAHUN - DUA TAHUN YANG KAH KAH KAH






SELAMAT HARI JADI TUKAR TIUB

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


ketua pengarang, sidang redaksi - wartawan, reporters dan jaringan tukar tiub
dari seluruh negara mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke dua TUKAR TIUB.

kerana ini : hari ini kami bercuti - tidak masuk berita.

tim tukar tiub berpesta sakan.

setelah genap dua tahun tukat tiub telah diklik oleh 8.6 juta pembaca dan peminat. tukar tiub mengucapkan ribuan terima kaseh atas sokongan pembaca dan peminat.

kepada yang benci tukar tiub cuba lagi - mungkin satu hari ini surat
tuan akan disiarkan - kalau marah sangat sila klik semua iklan dalam tukar tiub.

tukar tiub akan cuba terus membawa humour politik - lawak politik - lawak politik bodoh, politik membuat lawak, politikus membuat lawak bodoh dan politikus bodoh kah kah kah.

tukar tiub mengucapkan terima keseh kepada semua yang telah menghantar bunga, kad dan fax dan pesaan ringkas. duit dan cek hadiah tolong simpan dahulu.

kepada yang menghantar 2 kueh Black Forest tukar tiub mengucup ciuman manis.

hanya satu ingatan dari tukar tiub kepada semua peminat tukar tiub :

ketawalah sebelum permit diwajibkan untuk ketawa kah kah kah