.

Jumaat, 2 Januari 2015

SYABAS SELANGOR - JADI CONTOH





Respons Pantas Kerajaan Negeri Selangor Dalam Bencana Banjir Amat Dihargai

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memuji tindakan proaktif Kerajaan Negeri Selangor dalam berhadapan dengan bencana banjir besar khususnya di Pantai Timur Semenanjung.

Langkah segera Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bantuan segera kepada negeri-negeri yang terjejas dan juga membentuk beberapa kumpulan sukarelawan menyumbang tenaga membantu mangsa-mangsa ketika banjir melanda dan juga operasi pembersihan pasca banjir adalah satu langkah yang layak untuk menerima penghargaan dan pujian.

Selain itu juga, SAMM sangat tertarik dengan penambahan dana bantuan berjumlah RM5 juta setelah Menteri Besar Selangor meninjau sendiri kawasan terjejas.

Walaupun bencana besar bukan berlaku di Selangor dan juga sedikit situasi kurang enak antara komponen PR sebelum ini, namun keprihatinan dan semangat setiakawan tetap utuh.

Malah, sikap pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang tidak banyak karenah birokrasi dan tanpa berlengah ini dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan seharusnya dijadikan contoh oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang lain. 


Sehubungan itu, SAMM mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada Menteri Besar, Kerajaan Negeri dan seluruh rakyat Selangor diatas tindakan pantas dan proaktif dalam membantu mangsa-mangsa banjir kali ini.

Mohd Afiq Ayob (Makio)
Kordinator Misi Bencana 
Solidariti Anak Muda Malaysia




------------------

CERITA PUUUNDEK





KOMENTAR

kalau TT kata
ketua polis negara ini
jujur baik 
tak pernah makan rasuah
adakah ini FITNAH

kalau TT kata PDRM ini
satu satunya polis dalam dunia
yang TIDAK MAKAN RASUAH
adakah ini FITNAH

kalau TT tulis pdrm ini
bukan anjing kerajaan
adakah ini FITNAH

kalau TT  SKMM 
adalah lembaga terbaik
dan bukan barua
united malays national organisation
adakah ini fitnah?

NOTA
saje nak tanya
jangan tuduh ini FITNAH

TANGKAP KOMPUTER



PDRM, SKMM buru penyebar khabar angin 

kejadian banjir 


Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memburu penyebar khabar angin berkaitan kejadian banjir yang melanda negara sejak pertengahan bulan lepas. 
Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk mengesan pihak yang terlibat agar mereka dibawa ke muka pengadilan.
Beliau berkata tindakan individu terbabit sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan kerisauan dalam kalangan penduduk di kawasan terbabit dengan bencana banjir.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pdrm-skmm-buru-penyebar-khabar-angin-kejadian-banjir#sthash.kG5e9BAW.dpuf

KAH KAH KAH

woit
tak ada kerja lain
tangkap  rakyat
penyamun
perasuah
pembunbuh altantuya
tak tangap pulak
ciiis lanchowlaaa

PUUUNDEEEK







------------

ROSMAH HIJAK PESAWAT 9M-NAA







FACE BOOK


TERKINI: Jet 9M-NAA dah sampai DUBAI! 
Flight tracker menunjukkan pesawat 9M-NAA (dipercayai dinaiki Rosmah) kini mendarat di Dubai. Sebelum ini ia mendarat di London, New York, LA dan Indianapolis. Jet ini asalnya dinaiki Najib dan Rosmah untuk main golf. Selepas kena kutuk, Najib balik ke Malaysia dengan pesawat lain. Tapi Rosmah tak balik. Ada urusan apa di New York, Indianapolis, LA dan London dan Dubai?






































KAH KAH KAH

betina apam lohe
nak cuti pakai
duit sendiri
anak nak berancok
pakai duit kerajaan

APA PUNYA JANDA



---------------------

BALAK OH! BALAK




“PERTELAGAHAN selama 30 tahun perlu dihentikan. Masa terbuang dengan berbalah. Jika Aceh dan Jakarta boleh berbincang dan berdamai untuk bangunkan bandar itu selepas dilanda Tsunami, mengapa Umno Kelantan dan Pas Kelantan tidak boleh bersatu”? – Itu mukadimmah seorang anak Kelantan yang disegani,  Rahim Kamil Sulaiman.


KAH KAH KAH

woit
DI SEGANI
kah kah kah
natang bewok gapo
kah kah kah

woit
sekarang hutan balak
untuk taiko PAS

kalau bersatu
hutan balak
diambil 
GEROMBOLAN
kah kah kah

HANG INGAT

PAS  BANGANG

------------

HUDUD DAN BALAK





POTONG TANGAN SIAPA?
Sham.. dgn hudud gumen Ktan akan jadi kaya raya dan penuh berkat. Sbb tu derang cukup2 ulun nak buat juga undang2 ni. Org yg buat undang2 dah kaya.

Potong tangan pun, yg nak kena hanyalah org kebanyakan. Raja dan kerabat, maksom sbb derang ni wakil tuhan. Allah Taala pun respek sama raja sultan. on JANGAN JUAL AGAMA
Anonymous
on 12/30/14


PEMBALAK BAWA BANJIR
kah kah kah lepas potong tangan mintak sedekah le yang ada kaki tangan pun dok mintak dah jadi budaya hidup mengemis nie bukan.menghina tapi cuba kita fikir sikit urus lah negeri dengan betul dulu balak rembat pun tanam balik pokok tur apa punya turr

 tak tau mengurus belajar lah berjalan tengok negeri orang cuba pi tengok arab arab tu tak ada duit berjalan pi tengok kat chow kit tengok pak arab dok enjoy de menjoy apa punya turrr nak jadi pak arab jugak ker.... kah kah kah ramai orang kelante cari makan luar sebab kelante tak ada kerja masih tak faham masih tak sedar apa punya turrr on JANGAN JUAL AGAMA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/30/14


TAKUTKAN DENGAN NERAKA
1.ko nak lawan hukum Allah ke bhaii!! 
2.hudud tu hukum Allah bukan hukum manusia!! 
3.rasanya abu jahal dan wujud kembali!!
4.ko lah abu jahal tersebut bhaii!!!

memang sah dan nyata!!penentangan ko terhadap hudud sama bagaimana abu jahal permainkan Rasulullah dahulu!!last sekali abu jahal dijanjikan neraka oleh Allah!!! on JANGAN JUAL AGAMA
Anonymous
on 12/30/14



----------

RUKUN IMAN







KUALA LUMPUR - Penurunan harga petrol tidak menjamin penurunan harga barang keperluan serta kos sara hidup memandangkan kebanyakan peniaga lebih berorientasikan keuntungan.

Pandangan itu dizahirkan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abdul Rahman yang berpendapat penurunan harga petrol pada kebiasaannya tidak akan mempengaruhi penurunan harga barang.


KAH KAH KAH

woit
mustahil akan turun
harga barang
impossible turun
mustahil!

untung maksima
ialah rukun iman
kaum kapitalis

bila TURUN 

HARGA
ertinya  nak

RUNTUH


APA PUNYA TIPU


-------------

MINTA BANTUAN ORANG RAMAI







DIBERI TAHU

kumpulan pertama dapur jalanan
 telahsampai ke kemaman
dua hari dahulu
dan 
anak anak muda ini
 sedang membantu
 mangsa banjir

kumpulan kedua dapur jalanan 
akan ke kuala krai
bermula 
pada isnin 5 haribulan ini
kumpulan ini
 akan tinggal disana
selama satu minggu

kumpulan kedua terdiri 
dari 40 orang anak muda
mereka akan datang
dengan sebuah bas
bersama 1 kontena makanan
mereka 
akan memasak 
dan 
mengedarkan makanan disana

justeru
mereka memerlukan
bantuan dan sokongan:

1) tong gas
2) dapur memasak
3) makanan kering
4) makanan dalam tin

sila hantarkan ke:
52C Jalan Kemuja
Bangsar Utama
atau
sumbangan dana ke akaun Dapur Jalanan, 

CIMB: 8001-7278-49 

SPKL Collective 



-----------

BENCANA DARI SAEKOR EEE






BERITA 

BANJIR

umum bersetuju
setiap bulan disember/januari
tengkujuh akan sampai
tapi
musim tengkujuh
setiap tahun semakin pelik
semakin ganas

umum semakin sedar
keganasan banjir 
kecepatan air naik
kepantasan air melimpah
berkait rapat dengan 
kegilaan membalak

semakin banyak hutan ditarah
semakian cepat bajir sampai
ini hukum alam
ini hukum ilmiah
tak sangkut paut dengan hudud


 EEE

PEMBAWA 

BENCANA



REZEKI 

 DATANG

MENGGOLEK

ini baru betul
rezeki datang mengolek
ini juga tanda dan bukti saheh
bahawa bencana banjir ini
berpunca dari pembalakan


GAMBAR 
UNTUK HIASAN


-----------

ROSMAH HIJAK PESAWAT 9M-NAA?





FACE BOOK



TERKINI: Jet Kerajaan 9M-NAA kini di London

Flight tracker menunjukkan pesawat 9M-NAA (dipercayai dinaiki Rosmah) kini mendarat di London. Sebelum ini ia mendarat di New York, LA dan Indianapolis. Jet ini asalnya dinaiki Najib dan Rosmah untuk main golf. Selepas kena kutuk, Najib balik ke Malaysia dengan pesawat lain. Tapi Rosmah tak balik. Kenapa 9M-NAA harus pergi ke New York, Indianapolis, LA dan London?
 —

















-------------

PENIPUAN PRU13







BERSIH 2.0 buat laporan polis tentang komen Facebook yang mungkin memudaratkan perbicaraan Mejar Zaidi

Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membuat laporan polis hari ini menggesa siasatan dibuat ke atas komen Facebook yang mempunyai implikasi yang serius terhadap integriti mahkamah yang membicarai Mejar Zaidi Ahmad.

BERSIH 2.0 Timbalan Pengerusi Sarajun Hoda Abdul Hassan membuat laporan itu pagi ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling, Jalan Penchala, Petaling Jaya.

BERSIH 2.0 terpaksa bertindak demikian setelah memerhatikan perkembangan di mahkamah yang kelihatannya seperti pengabaian hak perlembagaan Major Zaidi untuk perbicaraan yang adil.

Pertama adalah penolakan permintaan peguambela pada 24 November supaya mahkamah dibubarkan atas silap bicara (mistrial) setelah komen Facebook yang menyentuh perbicaraan itu muncul dalam ruangan komen tentang laporan Malaysiakini, "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" (20 Oktober).

Komen itu berbunyi: "KLU tak nak jd tentera duk kampung motong getah jer".

Sebuah petikan skrin yang disiarkan dalam laporan Malaysiakini yang lain setelah itu menunjukkan bahawa komen yang berasal daripada akaun Facebook milik "Saadon T'son" itu mempunyai gambar profil menyerupai Kolonel Saadon Hasnan, Yang Dipertua panel yang mendengar kes Mejar Zaidi.

Seterusnya, ditolak pula permintaan peguambela pada 15 Disember bagi penangguhan perbicaraan sementara menunggu permohonan semakan kehakiman. Semakan tersebut difail untuk mencabar keputusan pihak berkuasa sidang yang menolak dakwaan mahkamah bersifat berat-sebelah berdasarkan komen Facebook itu. Mahkamah tentera tidak bersetuju, tanpa memberi apa-apa alasan, bahawa semakan kehakiman tersebut akan menjadi sekadar akademik sekiranya perbicaraan diteruskan; mahkamah berhasrat untuk memberi keputusan pada 8 Januari 2015.

Amat mencurigakan, tindakan mahkamah tentera yang bergegas untuk meneruskan perbicaraan meskipun wujudnya persepsi bahawa Yang Dipertua panel mungkin berat-sebelah. Alasan mahkamah bahawa kos perbicaraan yang berpanjangan membebankan pembayar cukai juga memeranjatkan kerana ia seolah-olah mengutamakan kos dan bukannya keadilan.

Jika pihak berkuasa sidang begitu prihatin tentang pembaziran wang rakyat, maka ia tidak seharusnya membicarakan Mejar Zaidi. Seperti yang BERSIH 2.0 telah berulang kali berkata, undang-undang ketenteraan yang menjadi dasar pertuduhan terhadap Mejar Zaidi bertujuan untuk melindungi keselamatan negara, yang sama sekali tidak terjejas oleh pendedahan Mejar tentang kegagalan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kedua, aduan Mejar Zaidi sejak itu telah diakui sebagai sah. SPR sendiri telah mengaku bahawa dakwat itu tidak mempunyai kandungan nitrat perak yang secukupnya untuk memberi ia ciri kekekalan – maka tidaklah mengejutkan apabila dakwat kekal itu gagal secara meluas, seperti yang diperlihatkan dalam ratusan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai pengundi tentangnya. Namun tiada siapa dalam SPR yang dipertanggungjawabkan secara terbuka bagi kegagalan ini.

Sebaliknya, pihak berkuasa nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadikan Mejar Zaidi sebagai teladan yang negatif; ini memberi pesanan yang berbahaya yang memberanikan mereka yang bersalah sambil menutup mulut “whistleblower”. BERSIH 2.0 mengambil berat kes ini kerana gerakan untuk pilihan raya yang bebas dan adil – malah, rakyat jelata – amat memerlukan orang yang berani seperti Mejar Zaidi memberi kuasa kepada kebenaran.

Walaupun akaun Facebook "Saadon T'son" sudah dibatalkan sekarang, BERSIH 2.0 yakin bahawa pakar-pakar forensik komputer dalam kerajaan boleh mengesan dan mengenal pasti punca komen tersebut. Jika pihak berkuasa begitu berkesan dalam menyiasat kes hasutan dalam talian, maka mereka tentu boleh menunjukkan kecekapan yang sama dalam kes yang melibatkan hak perlembagaan seorang rakyat untuk mendapat perbicaraan yang adil. Kami juga percaya bahawa Yang Dipertua panel yang menghakimi Mejar Zaidi pasti mahu imejnya bebas daripada sebarang kecurigaan, dan ini hanya boleh dilakukan dengan siasatan polis yang independen.

Mahkamah bukan sahaja mesti berlaku adil tetapi juga mesti dilihat sebagai berlaku adil. Bukan sahaja kehidupan dan mata pencarian Mejar Zaidi yang terjejas dalam kes ini, tetapi juga keyakinan orang ramai dan juga rakan seanggota Mejar dalam Tentera Udara Diraja Malaysia, yang turut berhadapan dengan dakwat kekal yang gagal tetapi tidak berupaya membuat aduan rasmi atas sebab-sebab tersendiri.

Bagi mereka, dan kepada semua warga Malaysia yang lain yang sudah letih melihat ketidakbertanggungjawaban yang berterusan bagi banyak skandal yang wujud dalam urus tadbir kerajaan, keberanian Mejar Zaidi menjadi pedoman kita.


Dikeluarkan oleh,

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0,




-------------