Rabu, 28 Mac 2012

KITA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA




NOTA:

anak anak muda
pelajar dan mahsiswa
penyokong bersih
para demokrat

sila tunggu pengumuman
sila nanti perincian

sila layari tukar tiub
untuk maklumat terkini
tentang ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya




TEORI DAN PRATIK KE JALAN RAYA


Pada 9 Julai 2011 yang lalu berpuluh ribu warga telah turun ke jalan raya. Ini demo Bersih 2.0. Kota Kuala Lumpur – Stadium Negara - menjadi sasaran berhimpun. Demo atau tunjuk perasaan ini bukan hanya di Kuala Lumpur. Ianya menjadi global apabila warga Malaysia di kota-kota lain di seluruh dunia turut sama turun ke jalan raya.

Rakyat yang berpayung dibawah Bersih telah mengajukan 8 tuntutan kepada pihak berwajib. Tuntutan-tuntutan ini diajukan untuk memastikan perjalanan pilihanraya akan datang menjadi lebih bersih, telus dan adil. Tuntutan ini untuk memastikan Pilihan Raya ke 13 (PRU13) tidak menipu. Untuk memastikan rakyat yang akan turun mengundi TIDAK ditipu.

Dari kajian Bersih – empat dari lapan tuntutan ini boleh ditunaikan tanpa memerlu perubahan undang-undang. Empat tuntuan ini boleh ditunaikan dengan serta merta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tanpa memerlukan pindaan perlambagaan. Empat perkara ini untuk dijalankan tidak perlu dibawa ke Parlimen. SPR hanya perlu membuat arahan pentabiran.

Empat tuntutan ini ialah : panjangkan masa berkempen, bersihkan senarai nama pengundi, reformasikan undi pos dan pengunaan dakwat kekal. Apa yang terjadi - telah hampir satu tahun - hanya pengunaan dakwat kekal yang diterima oleh SPR.



Semua warga sedar bahawa PRU13 akan diadakan tidak lama lagi. Jika lapan tuntutan ini tidak ditunaikan maka ertinya penipuan dan penyelewengan akan terus berlaku. Ertinya gerombolan United Malays National Organsiation masih mahu mengadakan pilihanraya yang berat sebelah. Gerombolan mahu meneruskan kekuasaan melalui penipuan. Ertinya pilihan raya yang akan datang ini adalah tidak adil. Juga jelas terbukti lembaga SPR masih lagi menjadi barua setia kepada United Malays National Organsiation.

Semua ini memberi makna bahawa PRU13 nanti adalah pilihan raya tipu. Jika United Malays National Organisation menang bermakna kemenangan melalui penipuan.

Justeru – melihat semua fakta ini dihadapan mata maka sebagai warga yang bertanggungh jawab - kita semua wajib turun ke jalan raya sekali lagi. Justeru kerana ini saya kini melaungkan suara : Ke Jalan Raya Sebelum ke Pilihan Raya.

Slogan ini jika tidak difahami maknanya maka ianya hanya menjadi kata-kata kosong. Justeru, dalam tulisan kali ini, saya ingin memberi pemahaman teoritikal tentang politik jalan raya. Ini amat penting. Sebelum ke jalan raya kita wajib memahami apakah sebenarnya politik jalan raya? Dan bagaimana politik jalan raya ini dapat memberikan manafaat dan kebajikan untuk kita semua.


Untuk memahami ini saya ingin membuka pencerahan dengan memberi latar belakang sejarah politik Iran. Iran yang kita ketahui hari ini berbeza jauh dari Iran pada tahun 70’an dahulu. Ketika itu Iran dibawah pemerentah Ahmad Reza Pahlevi yang mengelarkan dirinya Raja Segala Raja Raja.

Ahmad Reza ini dengan sokongan Amerika dan CIA telah memerentah Iran dengan kuku besi. Special Branch Iran yang dipanggil Savak sering menangkap, memenjara, menyeksa dan membunuh anak anak muda, anak mahasiswa, kaum agamawan - imam dan Ayatollah – atau siapa sahaja yang berani mengkritik atau melawan Shah.

Untuk terus berkuasa Ahmad Reza telah mengadakan ‘pilihan raya’ untuk melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli parlimennya.

Dari Iran saya bawa pembaca ke negara yang lebih dekat – Filipina. Sama seperti Iran, Filipiina juga di bawah cengkaman Amerika melalui budak suruhan yang bernama Ferdinand Marcos. Kalau Ahmad Reza naik tahta melalui rampas kuasa, Si Marcos ini naik tahtha dengan mengunakan pilihan raya.

Dari Dewan Senate, Marcos telah menggunakan piliharaya hingga berjaya menjadi Presiden kali pertama pada tahun 1965. Pada tahun 1969 Marcos telah mempertahankan kerusi presidennya . Hingga ke hari ini warga Filipian masih lagi mengingati bagaimana pada tahun 1969 itu Marcos telah membeli undi untuk terus menjadi Presiden. Satelah mendapat kuasa melalui penipuan Marcos terus menjadi ditaktor selama 30 tahun - 1965-1986.

Dari Filipina saya ingin membawa latar belakang yang lebih dekat. Pada tahun 1965 Jeneral Haji Muhamad Suharto telah merampas kuasa dari Presiden Sukarno. Sama seperti rampasan kuasa di Iran, rampasan kuasa di Jakarta ini juga telah di rancang oleh CIA.


Pada awalnya Jeneral ini telah menggunakan kuasa tentera untuk terus berkuasa. Kemudian untuk meneruskan kuasanya Jeneral Suharto telah mengadakan pilihan raya. Pilihan raya Suharto ini samalah seperti pilihan raya Ahmad Reza Pahlevi, sama seperti pilihan raya Marcos dan tidak jauh bezanya dari PRU13 yang akan dijalankan oleh Najib Razak jika 8 Tuntutan Bersih tidak ditunaikan
Ahkirnya – di Iran pada tahun 1979 anak anak muda dan mahasiswa telah turun ke jalan raya untuk menghalau Shah Reza. Akhirnya pada tahun 1986 Kuasa Rakyat telah turun ke jalan raya di Manila untuk menghumbankan Marcos.

Di Indonesia, Jeneral Haji Muhamad menang tanpa lawan untuk menjadi Presiden Indonesia dari tahun 1973, 1978, 1983, 1993 dan 1998. Akhirnya pada tahun 1998 anak anak muda dan pelajar di Jakarta telah turun ke jalan raya untuk menamatkan kuasa ditaktor Suharto.

Apa yang jelas dari pencerahan ini ialah semua ‘orang jahat ‘ ini telah mengunakan pilihan raya untuk menghalalkan pemerintahan mereka. Orang jahat ini mahu dilihat ‘dipilih ‘ oleh rakyat. Orang jahat ini sedar bahawa masyarakat dunia tidak akan menerima mereka jika mereka tidak dilantik melalui pilihan raya.

Apa yang jelas ialah kesemua orang jahat ini hanya turun dari tahta apabila rakyat turun ke jalan raya. Apakah ini ada persamaan dengan Malaysia? Jawabnya tentu sama.

Kita jangan lupa bagaimana Mahathir Muhamad juga telah menggunakan pilihan raya untuk terus berkuasa selama 22 tahun. Ketika berkuasa Mahahir Muhamad telah meminda Perlembagaan, telah membuang Ketua Hakim Negara, telah memenjarakan lawan, telah membuat pelbagai akta dan undang-undang untuk memastikan dirinya terus berkuasa.

Pada tahun 1998 anak muda, pelajar dan orang ramai telah turun ke jalan raya untuk menghumbankan Mahathir ke dalam tong sampah sejarah. Wajib diakui jika tidak ada gerakan Reformasi Jalan Raya untuk mengundurkan Mahathir – saya yakin hari in – 2012 – Mahathir Muhamad telah menjadi seorang Emperor anaknya Mukhriz menjadi Raja Muda.


Contoh-contoh ini memberi pencerahan kepada pembaca bahawa untuk ditaktor, untuk perampas kuasa dan untuk pemimpin yang zalim – pilihan raya hanya tipu helah. Untuk yang zalim dan yang menipu dipilihan raya jawapan yang tepat ialah jalan raya.

Secara teoritikal turun ke jalan raya ini adalah satu proses memperkasa keyakinan politik. Ceramah yang kita dengar itu boleh ditakrif sebagai kuliah politik. Dari kuliah ini kita diberitahu tentang Aminulrasyid mati dibunuh, Francis mati dibunuh, Teo Beng Hock mati dibunuh, Altantuya mati dibunuh. Dari kuliah ini juga kita diberi penerangan bagaimana Najib mendapat beratus juta ringgit duit komisen apabila membeli kapal selam. Kita juga diberi pemahaman bagaimana hutang Tajuddin Ramli lebih dari 500 juta ringgit dilupuskan oleh kerajaan.

Kuliah terbaru pula memberi kita sedar tentang bagaimana anak Nazri Aziz yang terlibat dalam kes bunuh dan kes pukul tetapi tidak didakwa. Kuliah-kuliah ini menjadikan kita marah. Justeru apabila ada jempuatan untuk turun ke jalan raya dengan cepat kita bersetuju untuk ikut serta. Ke jalan raya ialah latihan pratikal politik kita.

Apabila kita bersama dengan ribuan orang ramai di jalan raya – maka kita akan merasa yang diri kita tidak terpencil. Kita mula sedar bahawa bukan kita seorang sahaja yang merasa marah terhadap kejahatan United Malays National Organisation. Ribuan lagi yang memiliki perasaan yang sama. Proses ini adalah proses memperkasa keyakinan diri.


Kemarahan yang kita bawa ke jalan raya ini kita terjemahkan kepada pengundian. Kita telah berkuliah, kita telah membuat pratikal dan kita juga wajib mengambil pepereksaan. Justeru, mengundi itu adalah pepereksaan akhir. Inilah proses demokrasi. Kerana saya yakinkan proses demokrasi ini maka saya berani melaungkan : Ke Jalan Raya Sebelum Ke Pilihan Raya.

Inilah pengalaman anak anak muda di Tehran, di Manila dan di Jakarta. Sesudah Shah Iran lari ke Mesir, satelah Marcos lari ke Hawaii dan satelah Suharto berhenti maka di semua negara ini telah diadakan pilihanraya yang bersih, telus dan adil. Siapa yang menang dan siapa yang kalah saya tidak ambil port. Yang penting pilihan raya bersih, adil dan telus.

Justeru, jangan silap faham kita ke jalan raya ini bukan bertujuan untuk mengganas atau buat kacau. Kita ke jalan raya kerana kita mahu pilihan raya yang bersih, telus dan adil. Kita ke jalan raya kerana mahu tuntutan kita ditunaikan. Kita ke jalan raya sebelum ke pilihan raya kerana 7 Tuntuan Bersih masih tidak dipedulikan.

Sikap SPR tidak mempedulikan 7 Tuntutan Bersih ini menjadikan seluruh rakyat Malaysia marah. Kita marah kerana kita tahu telah ada perancangan licik untuk menipu kita. Jika 7 Tuntutan Bersih ini tidak ditunaikan maka PRU13 ini saheh satu pilihan raya tipu.(TT)



INI TUNTUTAN KITA



NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
: 03-22-72-40-45





MAT PAU DAN MAT SKODENG JUAL AGAMA



KOMENTAR TUKAR TIUB

apa maknanya berita ini?

maknanya ransangan seks
maknanya ransangan duit
lebih kuat

ini bukan satu pekara yang baru
satu ketika dahulu
di petaling jaya
ada tim lampu picit
ada tim mat skodeng
atas nama agama
pergi pau
pasaangan yang memadu cinta

semua ini adalah contoh
menggunakan agama
untuk jadi mat pau

menggunakan agama
untuk jadi mat skodeng

MAT LOOSER TAK DPT AWEK JADI MAT SKODENG















PETUGAS MAIM DIDAKWA MINTA RASUAH WANG, SEKS - merloya

MELAKA 27 Mac – Seorang pekerja rendah am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan rasuah iaitu meminta suapan wang dan perkhidmatan seks daripada seorang wanita bagi menyelesaikan satu kes khalwat, dua tahun lepas.

Zullias Rasid Manan, 36, dari Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan dibacakan di depan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM16,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April depan untuk sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta RM1,500 daripada Siti Aishah Mohd Yusoff sebagai upah untuk menyelesaikan kes di bawah Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir pada kira-kira 6.30 petang, 10 Januari 2010.

Bagi pertuduhan kedua, Zullias didakwa meminta perkhidmatan seks daripada Siti Aishah di bilik nombor 225, Coastal Park, Hotel Ujung Pasir pada kira-kira 1.15 petang, 13 Februari 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammed Heikal Ismail dan Mohd Sa’ad Shukor dari SPRM manakala Zullias tidak diwakili peguam. – TIEWNAMA







SIAPA MANUSIA BAIK YANG TAHU SEJARAH INI?










NOTA:


siapa Tanpa Nama ini?
yang menulis tentang lebai maadah?
tukar tiub ucapakan terima kaseh

juga ucapan yang sama kepada
yang hantar biodata lebai maadah

sila baca biodata lebai maadah

dalam biodata ini ada dinyatakan
bahawa salah seorang murid lebai maadah
ialah shamsiah fakeh
nasionalis komunis
penentang penjajah british

ada satu yang tidak tertulis dibio data ini
salah seorang dari murid lebai maadah
ialah rais bin manaf
rakan sakelas dengan shamsiah fakeh

rais datang dari jelebu
menjadi murid di sekolah pondok lebai maadah
lalu bertemu dengan zahela binti sidek

yang lainnya sejarah yang masih belum ditulis...








TANPA NAMA BEERKATA...

yang menuduh melulu TukarTiub tak tahu dan tak belajar agama tu, tolonglah jgn buat fitnah.

selidik dulu latar belakang keluarganya, dia ni waris Alamarhum Lebai Maadah, mudir Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan. Antara pemuka gerakan Kaum Muda dan teman Prof. Hamka. kahkahkah

drpd kau persoalkan tukartiub yg miskin, baik kau soal kenapa anak Madey jd kaya raya hingga boleh memiliki kilang arak san miguel.

keimanan, keikhlasan dan kejujuran hanya Allah Taala saja yg tahu. betulkan syahadah dulu. sebelum berbuih mulut berckp pong pang pasal kesyumulan Islam, pertama-tamanya, hendaklah dihentikan amalan meminta beribu-ribu keAMPUNan dan menyembah Tuan Devaraj
27 Mac 2012 6:58 PTG


baca disini:

http://maadah.blogdrive.com/

By Anonymous on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/27/12




DEMOKRASI DAN PENCERAHAN





ARAH PENCERAHAN DARI PEMBACA





KALAU JAHIL
salam, Dah lama aku follow tukartiub ni sejak ia dilancarkan dan menjadi bahan bacaan diawal pagi sblom wat keja. byk ulasan yg menarik mengenai isu semasa. cuma sejak kebelakangan ni bila sentuh bab agama ia nampak kejahilan terserlah dan terbongkar.islam bukan didasar oleh hukum akal dan nampak cara penulisan TT ni dalam bab agama cenderung dengan cara orientalis barat yg nampak islam tu secara 'zahir' sahaja.

komen2 yg ditulis memang menampakkan kejahilan dalam agama apatah lagi amalan. suburkan akidah dan tegakkan solat. jgn bercerita tentang agama klau perkara asas pun masih kelam kabut lagi. cerita pasal syurga neraka. itu apa yg telah Allah janjikan untuk org yg beriman kepadaNya, tak semestinya orang itu islam. apatahlagi islam yg hanya pada nama.sebab tu dalam al quran byk disebut ' wahai orang2 yg beriman'....bukan disebut 'wahai orang2 islam'. Matlamat hidup orang beriman ialah mengabdikan diri kepada Allah dan ikhlas beribadah kepadaNya. Allah shj yg berhak tentukan kemana kita akan pergi setelah mati.

Kita hidup utk dapatkan keredhaan Allah semata bukan setakat ganjaran semata. Kepercayaan syurga dan neraka memang ada dalam agama lain spt kristian, yahudi, hindu, buddha dan lain2 sebab Allah dah turunkan setiap bangsa tu nabi dan rasul cuma bila berlaku peredaran masa, ia berubah bila ada pengikutnya yg suka mengikut hawa nafsu telah menukarkan ayat2 Allah dan menyembah selain Allah. al quran tetap tidak berubah kerana jaminan Allah yang menjaganya sehingga hari kiamat. cukup2lah komen dan gerakan2 yg menampakkan kejahilan. teringat kata2 TT dulu ' klau bodoh jangan la tunjuk kat orang...' so la ni ' klau jahil, jangan la bagitau kat orang....'...wsalam.
By Wakmeli on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12

BACA TT DARI DULU
bro TT wa dok baca lu punya blog dr awal sampai dah 20 juta hit dah.. wa suka lu punya pandangan kritis dan fakta yang banyak orang dah rabun dengan tipu daya pemerintah. Wa tahu lu banyak baca buku dan ada tulis buku, tapi wa suggest lu bacalah jugak buku buku agama (mungkin lu ada baca, baguslah). Bukan apa, walaupun kenkadang kita rasa kita dah tahu banyak, tetapi sebagai manusia kenkadang kita terlupa, jadi pembacaan akan mengingatkan kita.

Wa rasa, lu punya post pasal Islam ni agak tersasar sedikit dari landasan. Memang banyak kita tengok orang yang sepatutnya alim tapi tak bertindak/menzahirkan peribadi sebagai seorang ilmuan islam.. tapi biarlah mereka terjun dengan labu labunya.. tapi wa harap lu, yang wa anggap byk jasa dalam merevolusikan kebangkitan rakyat melawan kedurjanaan pmerintah, menambahkan sedikit keberkatan dalam perjuangan lu semoga perjuangan lu ini di rahmati Allah..

Wa tak nak lu menang dunia saja, tapi lu juga menang diakhirat.. wa tak nak tengok lu sebagai seorang yang hanya menggunakkan logik akal yang pendek seperti kebanyakkan ahli politik yang lu sedia maklum.. lu kena ingat ilmu Allah ini luas dan Islam itu sangat flexible.. tapi kita sebagai umat yang jahil ini, pada pendapat gua cukuplah sekadar kita tahu yang mana halal dan haram, buat apa yang di suruh dan jauhi apa yang ditegah..

Pada pendapat wa, biar wa jahil asalkan tak sesat. Jadi wa harap dalam menggarap isu agama, lu lebih berhati-hati pasal dalam khalayak yang membaca blog lu ada macam-macam pegangan agama. Biar orang tak nak ikut agama Islam tapi jangan orang menghina agama Islam.. semoga lu terus berkarya (walaupun tak kaya didunia, tapi kaya di akhirat). wa akan tetap doakan lu punya kebahagiaan di dunia dan diakhirat.. Amin
By Anonymous on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12

ISLAM DAHULU
Tanpa Nama berkata... Mangkok mana yg kata konsep syurga neraka tu adalah konsep hindu???memang bodoh melantun2 la mamat yg komen tuh...kalau x tahu,jgn komen woii....agama Islam ni wujud sejak azali lagi dmasa xde lg agama2 lain wktu Allah ciptakan seluruh alam ni...agama Islam mendahului agama2 lain d alam ni..

napelah bangang sgt x paham2??agama2 lain spt hindu,buddha dsbgainya adalah ciplak dr agama Islam yg sedia ada..ada paham???kalau bodoh,cari tok guru,belajar...jgn belajar dgn thamby chik jer bodoh!!! 27 Mac 2012 11:23 PTG Mangkuk nih lagi bodo piang. Islam tu wujud lepas Nabi Muhammad iaitu baru berusia lebih kurang 1600 tahun sekarang. Agama tu wujud lebih lama dari Islam la bodo.

Lagi satu naper Nabi Muhammad binasakan 360 patung di Kaaba? Ini menunjukkan agama Hindu dah wujud sebelum itu. Banyakkan membaca! Kalau bodo tu jgn bagitau org lain. Nah, baca nih ckit: http://www.hinduism.co.za/kaabaa.htm
By Kuda Kepang on PENCERAHAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB on 3/28/12


LAGI SHAHRIZAT LEMBU









TENDER BARU UNTUK MENGENDALIKAN NFC BERTUJUAN MENUTUP KESALAHAN PERDANA MENTERI

KEADILAN membantah sekeras-kerasnya tindakan Barisan Nasional seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk menjemput bidaan baru bagi memilih kontraktor mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Kebelakangan ini, tindakan-tindakan Barisan Nasional secara jelas bertujuan untuk menutup secepat mungkin skandal ini tanpa merungkai soal pertanggungjawaban semua pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang terbabit. Beberapa contoh tindakan yang diumumkan tetapi tidak dilaksanakan termasuklah:

1. 1) Pengumuman pembekuan aset oleh Perdana Menteri; tetapi operasi, perbelanjaan dan penstrukturan aset di dalam NFC dan syarikat-syarikat berkaitan terus berjalan seperti biasa; bertujuan untuk menghapuskan bukti penyelewengan;

2. 2) Pengumuman perlantikan juruaudit bebas oleh Timbalan Perdana Menteri; tetapi sehingga kini skop audit, kepada siapa juruaudit akan bertanggungjawab dan bilakah laporan audit akan dibentangkan kepada Dewan Rakyat tidak diketahui rakyat. Saya khuatir audit yang dijalankan ini hanyalah untuk mengenalpasti segala penyelewengan yang berlaku agar bukti-bukti penyelewengan dapat dihapuskan secepat mungkin.

Persoalan pokok dalam skandal NFC ialah keterlibatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang bertanggungjawab menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada NFCorp yang beliau sedia maklum tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga rakan karib beliau, Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Tindakan itu mencerminkan kecuaian Perdana Menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah.

Perkara ini masih belum dijawab oleh Perdana Menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak.

KEADILAN berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban Perdana Menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan Perdana Menteri.

Oleh kerana niat Perdana Menteri untuk menutup kesalahan beliau itu adalah jelas, saya tidak ada pilihan lain kecuali menumpukan kembali fokus untuk membongkar penyelewengan-penyelewengan lain yang telah dan masih berlaku di dalam NFC.

Hanya dengan desakan rakyat yang memuncak barulah Perdana Menteri akan menerima pertanggungjawaban, seperti mana yang telah dibuat oleh Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Siri pembongkaran akan diteruskan bermula minggu depan.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
28 MAC 2012




MARI BERSAMA JUMAAT INI

INI HANYA PERCUBAAN UNTUK MENIPU




KOMENTAR TUKAR TIU
B

badan ini di tubuhkan kerana demo bersih
kalau rakyat tak turun ke jalan raya
kalau pada 9 julai dulu tak ada demo
satu habuk tak ada apa apa

demo itu minta 8 tuntutan
sila baca di bawah tuntuan ini
salah satu tentang berapa lama nak kempen
bersih minta 21 hari
ini kerana ada kawasan parlimen d sarawak
seluas pahang atau teragganu

senartai undi belum di bersih
malah nama nama hantu makin banyak di temui

jelas psc ini hanyalah tipu helah
untuk mengabui mata rakyat
jelas psc ini adalah tipu helah
untuk mamatahkan kemarahahn rakyat

kita akan turun ke jalan raya sekali lgi
kalau tak turun semua pengundi kena tipu
tidak ada jalan lain
kita ke jalan raya
sebelum ke pilihan raya


NOTA:
orang ramai
anak muda
para penyokong bersih
sila bersedia
untuk menunggu kenyataan resmi


INI YANG BERSIH TUNTUT




REFORMASI PILIHANRAYA: PSC PERLU SELESAIKAN LIMA LAGI ISU
- mkini

Selepas mengadakan siri pendengaran awam di seluruh negara dan mesyuarat panel sejak enam bulan lalu, Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi reformasi pilihanraya telah mencapai kata sepakat berhubung 16 isu utama.

Panel sembilan anggota yang diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi Maximus Ongkili itu bagaimanapun masih belum mencapai kesepakatan berhubung lima lagi isu, kata sumber yang rapat dengan PSC.

Antara perkara penting yang belum selesai ialah:

- Dana kempen politik

- Tempoh kempen yang sesuai

- Calon menarik diri selepas hari penamaan calon

- Pengundian bagi mereka yang menetap di luar negara.

- Undi pos untuk petugas media

Sumber itu memberitahu Malaysiakini bahawa jawatankuasa tersebut
telah, pada dasarnya, bersetuju mengenai satu mekanisme untuk membenarkan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara untuk mengundi, dengan syarat mereka pulang setiap lima tahun.

"Jawatankuasa ini dalam proses memperhalusi mekanisme tersebut," kata sumber itu.

PSC, yang dalam peringkat akhir memuktamadkan laporannya yang dijadual siap pada 2 April, juga menghadapi kesukaran membuat keputusan berhubung tempoh yang sesuai bagi kempen pilihan raya.

"Beberapa anggotanya mahu tempoh berkempen 21 hari, manakala majoriti lebih suka menghadkannya kepada 10 hari," tambah sumber itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...NAMPAK TIPU...MAJORITI NAK 10 HARI.... kah kah kah..

kah kah kah..BERSIH TUNTUT 21 HARI MINIMUM.... kah jkah kah...

woit.... KITA KE JALAN RAYA SEKALI LAGI.... kah kah kah



CADANGAN TERBAIK DARI DBKL




MASA TELAH TIBA UNTUK ASAPKAN KL





DBKL SARAN BINA INSENERATOR DI KAWASAN BANDAR RAYA UNTUK LUPUS SAMPAH
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencadangkan pembinaan insinerator di dalam kawasan bandar raya ini bagi menjimatkan kos dalam proses pelupusan sampahnya.

Datuk Bandar, Ahmad Fuad Ismail, berkata ini kerana kos penghantaran sampah untuk dilupuskan di Bukit Tagar, Selangor adalah tinggi kerana lokasinya yang jauh iaitu 80 kilometer dari sini.

Dengan membina insinerator di Taman Beringin atau Taman Fadason seperti yang terkandung dalam Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur (DPBRKL) 2020, kos pelupusan sampah DBKL dapat dikurangkan, katanya kepada pemberita, di sini hari ini. - TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..INI CADANGAN TERBAIK... kah kah kah..

kah kah kah...IDEA PALING GELIGA... kah kah kah..

kah kah kah...TEMPAT TERBAIK IALAH BUKIT TUNKU.... kah kah kah..

kah kah kah... TEMPAT TERBAIK.... KAJANG COUNTRY HEIGHT... kah kah kah..

kah kah kah..BANYAK TANAH KOSONG... kah kah kah..

woit..KALAU SUSAH SANGAT ... GI BUAT DI PUTRAJAYA...LAGI BEST... kah kah kah..



BAKAL PM INI BERUCAP GUNA BAHASA APA?



KOMENTAR TUKAR TIUB


semua rakyat ingin tahu
apakah bahasa yang digunakan
oleh bakal pm ini?

semua rakyat hairan
kerana tak pernah dengar
bakal pm ini bercakap
dalam bahasa inggeris

kenapa rtm
kenapa tv3
tak pernah dengarkan
temu bual bakal pm ini
dalam bahasa inggeris

kenapa si ant ant
kenapa bi bi si
tak pernah temub bual
bakal pm ni?

apakah ini pm pertama malaysia
yang mi spik no inklis


apakah kerana
pm ini hanya tahu cakap jawa
dan bahasa inlis patah
kerana dia terlangar mutton
ditepi jalan
kah kah kah






MUHYIDDIN BERUCAP PADA SIDANG NUKLEAR
- meloya

SEOUL 27 Mac - Muhyiddin sedang bercakap pada Sidang Kemuncak Mengenai Keselamatan Nuklear selepas beliau dan 53 peserta makan tengah hari bersama-sama termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Para pemimpin dijangka menyatakan komitmen bersama terhadap usaha memerangi pengganas nuklear dan menggunakan nuklear untuk keamanan.

Selain itu para pemimpin berkenaan juga membincangkan langkah yang harus diambil bersama bagi mengelak bahan nuklear jatuh ke tangan pengganas.

Pada sebelah petang Muhyiddin akan bertemu wartawan Malaysia bagi menjelaskan pendirian Malaysia mengenai isu tersebut.

Pada sebelah malam beliau akan menghadiri makan malam bersama-sama para pemimpin lain yang dihos oleh Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan isteri Kim Yoon-ok.
Muhyiddin dan isteri Noorainee Abdul Rahman akan berlepas ke Kuala Lumpur pada tengah malam ini. - MELOYA