Rabu, 7 September 2011

FAKTA SEJARAH HINGGA HARI KIAMAT





UNTUK MEREKA YANG MASIH KURANG SEDAR


British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja’ memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk – Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kesah-kesah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British’s running dog atau anjing suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja barua British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan Brtish bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascist Jepun. Ini adalah jawapan anak semua bangsa terhadap fascist Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan anti-imperialis.

Kuasa imperialis Kulit Puteh ( White Colonial Power) – Portugis, Belanda dan British – datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi – bijeh, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya: gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di Kepulauan Nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu – mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong – adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman : Sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi : sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan – MERDEKA! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampoh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja TIDAK berani melaungkan – merdeka – malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oxygen’. Masih tidak jelas - apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oxygen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan ‘hidup Melayu’. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram – Hidup Melayu – masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan Hidup Melayu hari ini adalah kaum Mamak Kimma dan kumpulan Awang Hitam yang semakin di sangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa Awang Hitam ini suka melaungkan Hidup Melayu ini memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar – T-I-D-A-K - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan massa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampoh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial Britsih telah mengistiharkan apa yang dipanggil ‘darurat’. Perkataan ‘darurat’ ini adalah kelentong besar dari pihak British. British dengan licik telah menggunakan perkataan ‘darurat’ agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan – kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti , kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy , Ishak Haji Muhamad, Chen Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, S.A. Ganapathy, Ustaz Abu Kabar al- Bakir, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adalah nama-nama nasionalis yang dikhendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan Hidup Melayunya kerana ramai pemimpin-pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strateji untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diistiharkan dua tahun kemudian - pada tahun 1948 – pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association – semuanya menggunakan nama Inggeris. Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman – dua bengolan ini bukan – B-U-K-A-N - dieja dengan huruf besar - bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi barua Brtisih yang setia. Pada ketika itu penjajah British memasang dua kuda. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia dan yang boleh menipu orang Melayu dengan bijak bistari. Akhirnya Tunku menjadi kuda pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini – pada 5 haribulan September 2011 – United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas Rumah Pasong Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indra – seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahehkan bahawa United Malay National Organistaion adalah barua setia British. Ini kerana Sarjan Ketua Rumah Pasong Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey – seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya ialah mengharu birukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja barua yang setia malah telah menjadi barua yang amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan keatas Rumah Pasong Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasong Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen dan bukan lagu Memula Moon atau Terang Bulan.(TT)

NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar
SUARA KEADILAN
yang terbaru - sesiapa ingin
berlanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-22-72-4-45

INI SEJARAH PERJUANGAN MENUNTUT MERDEKA



SEJARAH TIDAK AKAN DAPAT DIPADAMKAN


lihat dan hayati
sejarah perjuangan
lihat dan hayati
gerakan pembebasabn

selama ini sejarah ini cuba dipadamkan
selama ini anak anak muda dinafikan dari tahu
bahawa kemerdekaan ialah perjuangan bermandi darah

terima kaseh ronald reagan!

NOTA:
siapa yang tak faham
kenapa kita patut
berterima kasdeh kepada
ronald regan sila hantukan
kepala ke didinding jamban
kah kah kah



SEJARAH PERJUANGAN KAWAN ROSLI



SEMUA DI JEMPUT HADIR




DARI ARKIB SEJARAH






NOTA:
semua mata mata ini adalah mat saleh
mereka lah yang menjadi tuan
ketika rumah pasong bukit kepong diserang
tok sarjan nya ialah mat saleh

sila klik untuk besarkan imej



FORUM MAT INDERA – PEJUANG ATAU PENGKHIANAT - malaysiakini

Sebuah forum bertajuk 'Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan' akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor (KSCAH) malam ini.

Forum anjuran NGO - Free Public Forum M'sia (FPF) - akan membariskan tiga ahli panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; Prof Dr Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan penulis blog, Hishammudin Rais.

Dalam satu kanytaannya, FPF berkata ia merupakan sebuah badan NGO yang bergerak di sekitar ibukota bertujuan menyediakan pentas forum, diskusi, wacana dan sebagainya bagi membincangkan isu-isu yang berlaku dalam negara.

"Pada kali ini, FPF akan menganjurkan satu lagi pentas forum berkaitan isu yang sedang hangat diperkatakan iaitu berkaitan individu bernama Mat Indera dan peristiwa berkaitan tragedi Bukit Kepong 1950," katanya.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya baru-baru ini menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

PERJANJIAN PERDAMAIAN PARTI KOMUNIS




PERJANJIAN DAMAI HAADYAI




PERJANJIAN DAMAI 1989 JUGA BOLEH DITAFSIR IKTIRAF KOMUNIS : AZIZ BARI
– keadilan daily

KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

“Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

“Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

“Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka,” kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...BETUL KE BERITA DARI PROFESOR INI?.... kah kah kah..

kah kah kah...TAK SANGKA BOLEH BUAT PERJANJIAN?.... kah kah kah..

kah kah kah.... PERJANJIAN APA PULAK NI?..... kah kah kah...

kah kah kah....PERJANJIAN DENGAN PARTI KOMUNIS!.... kah kah kah...

kah kah kah.... SAHEH... PARTI KOMUNIS INI TELAH DI IKTIRAF.... kah kah kah..


SILA LIHAT DAN DENGAR UCAPAN INI






NOTA:

ini babak babak sejarah
sampai kiamat pun tidak
akan dapat dilupuskan


APA JADI DENGAN PEJUANG ISLAM?




SURAT DARI PEMBACA


salam tt.. kapal pengangkut perang amerika daaa...kapal besar bernombor 74..atas kapal ada lebih kurang 20 biji jet pejuang tempur...helikopter ada 4 biji.... kapal pengiring ada 3 biji...keseluruhan krew ada 5+++... kapal besar no 74 akan balik jumaat...3 kalap pengiring akan balik hari sabtu..

p/s...mcmmana aku tau????sebab lepas raya ke 3 aku dah kena keje daaa...jaga sistem dlm perlabuhan glen cruises port klang...masa kapal ni dtg..dari jauh dah nampakbendera amerika berkibar..bila sampai rupa2nya bendera malaysia daaa...kena tipu aku..wtf...utk pengetahuan tt...setahun dlm 3 atau 4 kali kapal perang amerika ni akan singgah berlabuh...

dlm ramai2 anak kapal berbaju askar tu, aku cari2 gak zul nordin..mana tau dtg menyamar..2 hari lepas ada sambutan dari tourism malaysia sambut kedatangan pegawai2 amerika ni...siap menari2 kebudayaan lagi...aku tumpang sekaki daaa...tengok jer laa...yg lawak lagi...kat tingkat atas ada ofis imegresen..sekor pun tak ada keje..rilek jer puak2 ni masuk..tak yah lalu kaunter check.. ........tapi tt...yg bestnyer...askar mat salleh pompuan..ni lawa2...huhuhuhuhuhu....
By Anonymous on APA JADI DENGAN PEJUANG ISLAM? on 9/7/11



NOTA:

sila baca berita ini betul betul
lihat bagaimana kuasa imperialis amerika
secara senyap senyap masuk

lihat bagaimana kuasa imperialis ini telah mengolah persetujuan
dengan menggunakan raja gopal
british guna raja gopal
jepun guna raja gopal
amerika guna rtaja gopal
untuk tipu melayu
ini lah cara kuasa imperialis ini
telah dapat berlabuh di tanah air kita

persoalan?

dimana parti pas
dimana parti pkr
dimana parti dap


dimana pukida
dimana pukisam
dimana pukipm
dimana zul bisul
dimana penjuang islam
ini dia bala tentera yang menyokong zionis israel
kenapa heboh heboh nak ke gaza sokong palestin
inilah dia kapal yang membantu zionis israel

bila gaza datang ke pelabuhan klang semua jadi tikus

mana jawi?
mana jais?
mana muis?


ini saheh musuh islam
ini bukan nak memurtadkan orang islam
ini kapal kasi bom mati 1 juta orang islam di iraq
ini kapal kasi bom orang islam di pakistan
ini kapal kasi bom orang islam di afghanistan


BENDERA MALAYSIA BERKIBAR


nota:

lihatlah dengan bangganya
bendera malaysia berkibar
opps... salah
bendera amerika laaa kah kah kah





SULTAN SELANGOR TERIMA MENGHADAP PEGAWAI PEMERINTAH KAPAL PENGANGKUTAN AMERIKA SYARIKAT
- meloya

SHAH ALAM 6 Sept. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima menghadap pegawai pemerintah daripada Grup Serangan Kapal Pengangkut Ke-3 (CSG3), Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) di Istana Alam Shah di sini.

Dalam majlis itu, USN diketuai oleh Komander CSG3, Laksamana Muda Craig S. Faller bersama-sama para pegawai pemerintah kapal di bawah grup berkenaan antaranya Komander John C. Howard yang merupakan pegawai pemerintah kapal USS Dewey; Komander Leo S. Albea (USS Wayne E. Meyer) dan Pegawai Pemerintah Kapal Pengangkut John C. Stennis, Kapten Ronald Reis.

Pada masa sama, baginda yang diiringi Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Musa Omar dan bekas Panglima Angkatan Tentera, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkenan meluangkan masa hampir satu jam mengadakan perbincangan dua hala dengan Faller.

Perbincangan itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan selain memainkan peranan baginda bagi mengeratkan hubungan bilateral di antara TLDM dan USN.

Sultan Selangor yang juga Kapten Yang Dipertua TLDM menzahirkan rasa gembira dengan kehadiran pasukan USG3 yang dalam rangka kunjungan ke negara ini dan berlabuh di Pelabuhan Klang bermula Ahad lalu.

Kapal tersebut akan berada di pelabuhan berkenaan sehingga 10 September ini selain terlibat dalam pelbagai program yang telah diatur.

Antara program tersebut ialah kunjungan hormat, perbincangan dua hala, lawatan ke Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, perlawanan sukan persahabatan serta eksesais ketenteraan.


CAKAP ANTI AMERIKA

JEMPUTAN MANJA UNTUK KJ TERSAYANG!




LAWAN ANGKAT SENJATA





KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

KHAIRY JAMALUDDIN : AYUH BERDEBAT, CARI KEBENARAN FAKTA SEJARAH
(6 September 2011)


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia untuk menyahut jemputan DPPM untuk berdebat secara ilmiah bersama Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia bagi mencari kebenaran fakta sejarah kemerdekaan negara.

DPPM mengingatkan YB Khairy Jamaluddin tidak layak untuk mencabar Hj Mohd Sabu untuk berdebat dengannya memandangkan beliau hanya seorang Ketua Pemuda UMNO sementara Hj Mohd Sabu adalah Timbalan Presiden PAS. Sekiranya benar mahu diadakan debat bersama Hj Mohd Sabu, maka Timbalan Presiden UMNO adalah calon yang paling sesuai. DPPM akan sentiasa menyokong berdebatan antara kedua tokoh ini jika diadakan perdebatan.

Medan yang paling sesuai untuk YB Khairy Jamaluddin adalah dengan Pemuda PAS. Inilah gelanggang yang paling dinantikan oleh anak-anak muda selama ini. Biarlah generasi muda pada hari ini menilai sejarah dari perspektif yang akan diungkapkan oleh kedua-dua tokoh pemuda ini. Sejarah juga akan mencatat bahawa pernah ada suatu perdebatan bagi mencari kebenaran disebalik sejarah kemerdekaan negara antara Pemuda PAS dan Pemuda UMNO.

Cabaran debat ini diadakan bagi mencungkil sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara yang selama ini digelapkan oleh penulisan sejarah yang berat sebelah. DPPM tidak sekali-kali menyalahkan pejuang kemerdekaan negara yang diangkat dan dimartabatkan selama ini. Sebaliknya yang paling dikesali adalah sejumlah besar pejuang-pejuang kemerdekaan negara yang sama-sama memerah keringat, air mata dan darah bagi mendapatkan sebuah kemerdekaan tidak dicatatkan dalam sejarah sebagai pejuang atau wira negara.

Sebagai contoh, rakyat yang selama ini membaca dari satu sumber sejarah merasa terkejut apabila Mat Indera tiba-tiba diangkat sebagai wira. Selama ini sejarah menganggap Mat Indera adalah petualang atau pengkhianat negara. Dalam pada serangan bertali arus terhadap Hj Mohd Sabu yang mendedahkan isu ini, buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004 telah mengiktiraf Mat Indera sebagai tokoh negeri Johor. Ertinya Kerajaan negeri Johor sendiri mengiktiraf ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Selain beliau, ramai lagi nama yang sebelum ini di’hitamkan’ dalam buku sejarah negara perlu dibersihkan nama mereka. DPPM mempunyai bukti ramai pahlawan negara yang terkorban bagi membela negara tidak diiktiraf peranan mereka. Justeru, jika Khairy Jamaluddin benar-benar ‘anak jantan’, DPPM mencabar beliau untuk berdebat di gelanggang terbuka. Tentukan syarat, masa, tarikh dan lokasi, DPPM tetap akan hadir menanti!

Disediakan oleh

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia



JANGAN LUPA MALAM INI



FORUM MALAM INI :Mat Indera - Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan?

Mat Sabu
Aziz Bari
Isham Rais/Tukar Tiub

Tarikh: 7 September 2011 (Rabu)
Masa: 8.15-10.30 malam
Tempat: KLSCAH (tingkat 3)

**Kerusi terhad kepada 150 peserta terawal.

MACAM MACAM PUNYA GILA




BAYANGKAN YANG BIRU ITU MAT SABU




SAYA TETAP MAHU MAT SABU :KHAIRY - meloya

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Meskipun Mohamad Sabu enggan berdebat dengan Khairy Jamaluddin, namun Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu tetap mendesak Timbalan Presiden Pas tersebut supaya menyahut cabarannya.

Katanya, 'kebaculan' Mohamad atau Mat Sabu membuktikan pemimpin Pas itu hanya gemar 'mengacah' tanpa menunjukkan keikhlasan terhadap apa jua perkara terutama yang melibatkan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Beliau baru menerima e-mel daripada Kerajaan Pas Kelantan memaklumkan debat antara beliau dan Mat Sabu dibatalkan kerana Timbalan Presiden Pas itu enggan berdebat dengannya.

"Saya tidak mahu Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Abdul Samad mahupun Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kayat.

"Apa kurangnya saya? Saya Naib Presiden Biro Politik UMNO, saya berpengalaman berdebat dengan ramai pemimpin Pas seperti Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan Khalid sebelum ini.

"Kesimpulannya, Pas sebenarnya telah panik setelah cabaran parti tersebut terhadap saya disahut dengan hati yang terbuka. Tanggapan Pas yang UMNO hanya akan berdiam diri telah tersasar jauh," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... MACAM MACAM PUNYA GILA.... kah kah kah..

kah kah kah...ADA GILA TALAK.... kah kah kah...

kah kah kah...ADA GILA NAK BERPADU PADU.... kah kah kah...

kah kah kah...ADA EEE GILA NAK JADI MELAYU.... kah kah kah...

kah kah kah.... ADA EEE GILA NAK CARI PUBLISITI.... kah kah kah....

kah kah kah...ADA GILA NAK KE GAZA..... kah kah kah

kah kah kah...ADA GILA KENA NASI KANG KANG....kah kah kah...

woit...YANG INI GILAKAN MAT SABU..... kah kah kah...

woit.... MAT SABU INI GEMOK KE?..... kah kah kah



INI MAT SABU-JANGAN SILAP














INI MAT NORI- MUKA SAMA BULAT



PAKATAN AKAN DIKALAHKAN DENGAN UNDI INDON DAN BANGLA




NOTA:


lihat dan saksikan
bagaimana spr bergerak
lihat dan saksikan
bagaimana jentera kerajaan digunakan
lihat dan saksikan
bagaimana polis digunkan

bayangkan pekara yang akan
berlaku di semenanjung pada pru13 nanti
pasti seribu kali lebih jahat
pasti seribu kali lebih menipu dari
kes ini kah kah kah





PENDAFTARAN 2.3 JUTA PATI UNTUK TAMBAH KEAHLIAN UMNO?
– keadilan daily

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menyatakan kebimbangannya kemungkinan Umno cuba menambahkan keahlian melalui pendaftaran lebih 2.3 juta pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi program pemutihan 6P.

Beliau mengulas pengumuman Hishammuddin Hussein bahawa 2,320,034 PATI telah mendaftar dalam program tersebut yang berakhir semalam.

Pendaftaran itu dilakukan melalui sistem biometrik sejak 31 Ogos lepas meliputi seramai 1,016,908 pekerja asing sah dan seramai 1,303,126 PATI.

“Nampak keadannya seperti kritikal, BN Umno kelihatan seperti cuba untuk menambah bilangan pengundi (yang menyokong mereka),” kata Zuraida yang juga merupakan Ketua Wanita KEADILAN.

Zuraida sebelum ini membuat pendedahan tentang kewujudan ‘sumpah taat setia’ kepada Umno dan Barisan Nasional yang perlu diangkat oleh pendatang asing dan PATI jika mereka mahu nama mereka diputihkan daripada senarai PATI.

Sumpah itu perlu dibuat mereka yang mendaftar untuk program 6P di agensi-agensi pekerjaan di Selangor.
Mengulas lebih lanjut, Zuraida berkata jika pendaftaran lebih 2.3 juta orang PATI itu dibuat untuk menambah keahlian Umno, ia sebenarnya merupakan bukti jelas parti itu tidak mendapat sambutan walau dari ahlinya sendiri.


NOTA:
ini adalah sebahagian dari rancangan licik
rancangan ini untuk memastikan pakatan rakyat
akan gagal untuk mengambil alih kerajaan

pilihanraya akan datang ini
sokongan orang ramai meledak naik
tetapi
pakatan akan kalah

kenapa?

kerana ditipu oleh gerombolan



DAP DAKWA PENGUNDI POS RASAH GUNA IC PASANGAN TENTERA - mkini

DAP mendakwa sekurang-kurangnya 21 pengundi pos didaftarkan di bahagian Parlimen Rasah dengan kad pengenalan milik pasangan mereka yang merupakan anggota tentera.

Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke berkata, seramai 19 isteri dan dua suami yang didaftarkan di kem tentera dalam kawasannya mempunyai kad pengenalan yang mempunyai tarikh lahir pasangan masing-masing dan berakhir dengan digit yang memberi maklumat salah mengenai jantina.

“Kami tidak tahu sama ada pasangan ini benar-benar wujud,” kata Loke yang juga Ketua Pemuda DAP.

Loke berkata, beliau mengesyaki nombor kad pengenalan terbabit adalah milik anggota tentera, yang mereka telah pun mendaftar di kem tentera menggunakan kad pengenalan tentera, sekali gus membolehkan seseorang mengundi dua kali.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

NOTA:

pilihanraya yang akan datang pakatan rakyat
akan mendapat sokongan besar

tetapi

ramai yb pakatan rakyat akan kalah
selangor akan jatuh
bukan kerana rakyat tak sokong
kalah kerana ditipu dengan undi indon dan bangla

tak percaya tunggu dan lihat!