Rabu, 23 Mac 2022

PERANG UKRAINE HARI KE 28

 


PERANG  UKRAINE

HARI KE 28

AMIN

RUSIA BAWA KELUAR

SENJATA BARU

KHALAS

MASA DAH SAMPAI MASUKKAN NAJIB KE DALAM JIL



 


Jho Low seleweng 

dana 1MDB

 sebelum akaun

 bank Najib dibuka,

 kata pembelaan

Pembelaan dalam perbicaraan kes Najib Razak membabitkan 1Malaysia Development (1MDB) semalam berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, telah menyeleweng dana milik syarikat pelaburan strategik itu melalui keuntungan daripada terbitan Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) bernilai RM5 bilion tanpa pengetahuan beliau.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah juga berkata Najib tidak menerima wang daripada bon yang dikeluarkan pada 2009 oleh pendahulu 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) kerana akaun bank bekas perdana menteri itu di AmBank hanya dibuka pada 13 Januari 2011.

Bekas pengarah bukan eksekutif 1MDB Ismee Ismail, yang juga saksi pendakwaan ke-13, bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa tiada hasil daripada bon IMTN yang telah diseleweng oleh Jho Low dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Shafee, yang merujuk kepada artikel di blog dalam talian Malaysia Today, memaklumkan mahkamah bahawa Jho Low telah menerima wang yang diseleweng daripada terbitan bon itu, yang dipindahkan kepada dua syarikat yang mempunyai kaitan dengannya iaitu Country Group Securities PCL dan Aktis Capital Singapore Pte Ltd berjumlah RM74 juta pada 2009.

“Kedua-dua syarikat mengaut keuntungan mudah apabila melanggan bon 1MDB pada harga diskaun sebelum menjualnya semula pada nilai muka (atau nilai atas kertas) pada 2009 kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan syarikat insurans Prudential.

“Kami akan membuktikan bahawa tiada keuntungan IMTN yang masuk ke akaun Najib. Wang yang terdapat dalam akaun Najib adalah derma dari Arab Saudi. Pelanggan saya bertanggapan ia adalah daripada kementerian kewangan Arab Saudi.

“Akaun AmBank Najib (yang didakwa menerima berbilion ringgit dana 1MDB) dibuka pada 2011, jadi ia tidak ada kena-mengena dengan IMTN,” kata Shafee.

Peguam itu turut menyoal saksi tersebut sama ada beliau biasa dengan terma “bekerja secara silo” yang sering diulang oleh tiga pengurusan tertinggi 1MDB apabila mereka dipanggil sebagai saksi iaitu bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan Mohd Hazem Abd Rahman serta ketua pegawai kewangannya, Azmi Tahir.

Saksi itu menjawab “Ya.”

Shafee: Adakah ia satu amalan yang baik dalam bidang korporat?


Ismee: Tidak.

Shafee: Adakah anda setuju dengan saya bahawa ia adalah anatema iaitu sesuatu yang amat bertentangan dengan tadbir urus baik.

Ismee: Ya.

Shafee: Dan ia merupakan suatu amalan yang tidak digalakkan kerana kerahsiaan berupaya membiakkan rasuah dan tingkah laku penipuan dalam mana-mana syarikat. Justeru, amalan bekerja secara silo merupakan punca sesebuah syarikat menjadi korup dan penuh dengan transaksi berbentuk penipuan seperti yang berlaku dalam 1MDB. Adakah anda bersetuju dengan saya?

Ismee: Itulah sebabnya kami gagal.

Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan amaun sama.

Perbicaraan di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung hari ini.

KES 1MDB

SDG BERJALAN

SATU DI AMERIKA

SATU DI MALAYSIA

AMIN

 DI AMERIKA

NEGARA KAPIR

KES BERJALAN

CEPAT PANTAS

AMIN

DI MALAYSIA

BANYAK SONGEL 

ADA SAJE SEBAB

NAK LAMBATKAN

AMIN

ANAK BUNTING

BINI MUDA

DATANG BULAN

ROSMAH

TERKINCIT

NAJIB KENA

CERET BERET

SEMUA ALASAN

AMIN

WOIT

RAKYAT NAK

TENGOK NAJIB

MASUK JIL

KHALAS

PEGUAM TAK PAYAH

PUTAR PUTAR

AMIN

NAJIB CURI DUIT

DUIT INI DUIT

RAKYAT

AMIN

RAKYAT MAHU

BALASAN PADA

PENCURI

AMIN

MASUKKAN NAJIB

KE DLAM JIL

HABIS CERITA

AMIN


AKTA IBRAHIM ALI BULAN PUASA

 



RUU anti lompat parti dibentang bulan depan, kata Anthony Loke

RANG Undang-undang (RUU) anti lompat parti yang dinanti-nantikan akan dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada Ramadan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Loke menulis di Facebook yang Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan mengenai perkara itu kepadanya dalam satu mesyuarat hari ini.

Turut hadir Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Memorandum persefahaman (MoU) bipartisan yang dipersetujui antara Pakatan Harapan (PH) dan Putrajaya menjadikan ia sebagai satu daripada perkara penting dengan pembentangan RUU anti lompat parti semasa sesi Dewan Rakyat pertama tahun ini, yang berakhir minggu ini.

Bekas setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini memberi amaran kepada kerajaan yang perjanjian semasa akan “selesai dan tamat” jika RUU anti lompat parti tidak dibentangkan seperti dijanjikan.

Loke berkata perdana menteri memberi komitmen yang RUU itu akan dibentangkan dalam sidang khas bulan depan, yang difahamkan sebagai satu daripada syarat utama MoU itu. 

RUU itu akan memerlukan pindaan Perlembagaan untuk berkuat kuasa.

“Setiap isu teknikal perlu diselesaikan oleh jawatankuasa teknikal dua parti tidak lama lagi. Kita beri komitmen penuh yang PH akan bekerjasama bagi memastikan pindaan Perlembagaan dapat diluluskan,” katanya.

Walaupun RUU itu sepatutnya dibentangkan dalam persidangan semasa, Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata “perbincangan lanjut” dengan pihak berkepentingan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional adalah perlu untuk mendapatkan sokongan yang mencukupi daripada ahli Parlimen.

Mohamad semalam mendesak kerajaan supaya membentangkan RUU anti lompat parti minggu ini. Beliau memberi amaran ahli Parlimen pembangkang akan mengadakan protes jalanan jika perdana menteri mungkir janjinya.

“Bentangkan RUU antilompat parti dengan segera. Ini amaran terakhir daripada kami,” katanya di Dewan Rakyat.

Selain pembangkang, Naib Presiden Umno Khaled Nordin dan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz juga menggesa kerajaan supaya tidak menangguhkan pembentangan rang undang-undang anti-lompat. – 23 Mac, 2022.

AKTA IBRAHIM ALI

WAJIB DI LULUS

AMIN

TELOR JANGAN

JADI BERUDU

AMIN

SELAMAT 

SABRI 114

KALAU TAK..

KAH KAH KAH

KALAU TAK 

APA JADI

KAH KAH KAH

KHALAS

KES CURI NAJIB DAN PEGAWAI POLIS

 



Pegawai kanan polis dipenjara 10 tahun, denda RM42 juta 

MAHKAMAH Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM42 juta ke atas seorang pegawai kanan polis atas lapan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.35 juta.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan Has Zanah Mehat, Nordin Hassan dan Hashim Hamzah yang bersidang hari ini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi meningkatkan lagi hukuman penjara yang sebelum ini telah dijatuhkan terhadap DSP Mohd Ismail Syed Merah.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 2020, menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada Mohd Ismail, 59.

Mahkamah juga membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengenakan denda berjumlah RM42 juta ke atas Mohd Ismail dan jika gagal dibayar, dipenjara 48 bulan.

Sementara itu mahkamah juga menolak rayuan Mohd Ismail untuk mengugurkan pensabitan kesalahan dan hukuman penjara yang telah dikenakan ke atasnya.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Hakim Nordin berkata mahkamah mengenakan hukuman tambahan terhadap Mohd Ismail itu bagi mencerminkan betapa seriusnya kesalahan beliau itu.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam mendapati bahawa wang yang dirampas daripada rumah Mohd Ismail, diperoleh daripada aktiviti haram.

Tambah beliau, Mohd Ismail sebagai seorang pegawai polis yang diamanahkan untuk menegakkan undang-undang telah mengkhianati amanah itu dan melindungi operator judi haram.

Hakim Nordin berkata adalah munasabah untuk membuat kesimpulan bahawa wang RM1.2 juta dan 8,178,000 rupiah yang ditemui dalam beberapa kotak di rumah Mohd Ismail adalah wang, antara lain daripada dua operator aktiviti perniagaan judi haram untuk beliau (Mohd Ismail) tidak mengambil sebarang tindakan ke atas aktiviti judi haram itu.

“Gajinya sebagai seorang pegawai polis hanyalah RM6,000 sebulan dan dibayar ke dalam akaunnya dan bagaimana beliau boleh menyimpan sejumlah wang yang banyak itu,” katanya.

Mohd Ismail didakwa dengan lima pertuduhan pertama iaitu menggunakan wang yang hasil aktiviti haram, masing-masing melibatkan RM10,143.37; RM40,000; RM6,283.09; RM993,716.91 dan RM500,000, untuk membeli dan menambah pelaburan dalam Pelan Perlindungan Insurans Takaful Life dan Pelan TakafulLink yang didaftarkan di atas namanya serta anak kandung, Nur Aqillah Mohd Ismail.

Dua pertuduhan lain pula berkaitan melakukan pengubahan wang haram RM499,620 dan RM29,950 menggunakan akaun pihak ketiga milik Tan Kim Tee.

Mohd Ismail didakwa melakukan kesalahan itu antara 4 September 2014 hingga 28 Disember 2015 di tiga lokasi berlainan iaitu di bangunan MAA Takaful, Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur serta dua bank, masing-masing RHB dan CIMB di Jalan Rahmat dekat Batu Pahat.

Beliau dituduh dengan lapan pertuduhan memiliki RM1.27 juta dan 8,178,000 rupiah di rumahnya yang diperolehi menerusi aktiviti haram.

Pada 2019, Mahkamah Sesyen Johor Bahru melepas dan membebaskan Ismail daripada semua pertuduhan berkenaan. Bagaimanapun pada 2020 Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah atas semua kesalahan dan menjatuhkan hukuman penjara empat tahun untuk setiap kesalahan dan dikenakan secara serentak.

Ismail akan memulakan hukuman penjara dua tahunnya untuk pertuduhan ketiga dan keempat selepas beliau melengkapkan hukuman penjara selama setahun, untuk pertuduhan pertama dan keduanya.

Bagi pertuduhan kelimanya Mohd Ismail dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan dua tahun lagi untuk pertuduhan keenam. Beliau dikenakan hukuman penjara setahun untuk pertuduhan ketujuh dan dua tahun unuk pertuduhan kelapan.

Kesemua hukuman untuk pertuduhan itu dikenakan secara berturut-turut dan bermula selepas Mohd Ismail melengkapkan hukuman penjara untuk pertuduhan ketiga dan keempat.

Mahkamah mengenakan Mohd Ismail denda RM5 juta atau penjara enam bulan untuk setiap satu daripada tujuh pertuduhan dan denda RM7 juta atau penjara enam bulan untuk pertuduhan kelapan.

Mohd Ismail diwakili pasukan peguam diketuai Wan Azmir Wan Majid, manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Mohd Fairuz Johari. – Bernama, 22 Mac, 2022.

NAJIB CURI

$42 JUTA KENA

12 TAHUN

DENDA $112 JUTA

AMIN

POLIS CURI

$3.2 JUTA

KENA 10 TAHUN

DENDA $42 JUTA

AMIN

SEMUA MELIHAT

KEADILAN 

BERJALAN 

DENGAN BAIK

AMIN

KALAU NAJIB 

LEPAS BEBAS

ADA SESUATU

TAK KENA DLM

NENGARA KITA

AMIN

KHALAS

TAHNIAH SALUT

 


Hadi anak yatim piatu genggam PhD

KUALA LUMPUR – Siapa sangka anak yatim piatu yang menghuni di asrama anak yatim selama 13 tahun berjaya menggenggam Doktor Falsafah (Ph.D).

Itu rezeki Dr. Abdul Hadi Samsi, 33, yang menghuni di asrama anak yatim sejak usia tujuh tahun hingga 19 tahun.

Beliau telah dikurniakan ijazah PhD dalam bidang sains politik dan kerajaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) kali ke-45 di sini.

”Saya hadiahkan kejayaan ini buat keluarga dan semua guru-guru yang menjaga saya di Persatuan Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Damai, Kuang, Selangor selama 13 tahun dan mendidik saya seperti anak mereka sehingga ke peringkat universiti,” kata Hadi sebak.

Kehilangan ayah ketika berusia 5 tahun kerana kanser tulang, menyebabkan dia dan tiga beradiknya terpaksa ke asrama anak yatim dan berpisah dengan ibu yang kesusahan kerana bekerja kampung.

Dugaan mereka bertambah getir apabila ibu mereka meninggal dunia kerana sakit kanser perut ketika Hadi di tingkatan 4, menjadikan mereka empat beradik sebagai anak yatim piatu.

Meskipun sudah menggenggam kejayaan, Abdul Hadi sama sekali tidak melupakan jasa baik Ustaz Suhaimi Dzajuli yang merupakan pengasuhnya paling lama di asrama anak yatim kerana tidak jemu membantunya sehingga berjaya dalam pelajaran.

”Buat adik-adik yang menghuni di mana juga rumah anak yatim, janganlah merasa kekurangan kerana tiada insan tersayang di sisi sebagai sebab untuk tidak boleh cemerlang dalam pelajaran.

”Masih ada rakan-rakan senasib di asrama dan guru-guru yang menyayangi kita seperti saudara kandung sendiri. Mari kita balas kepercayaan ini,” kata Hadi.

Buat masa ini Hadi bekerja sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM dan merancang untuk menjadi pensyarah di UPM tidak lama lagi. 

TAHNIAH

SALUT ATAS

KEJAYAAN

AMIN

TAK PERLU PERGI KE HAVARD

 



PKR, Pakatan naif guna 2 logo dalam pilihan raya, kata badan kajian

PENGGUNAAN dua logo berbeza oleh Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya baru-baru ini menyebabkan mereka kehilangan pengundi bukan Melayu, kata Ilham Centre.

“Pengundi Cina khususnya melihat itu sebagai tanda PKR tidak bersatu dengan Pakatan,” kata Pengarah Ilham Centre Hisommudin Bakar pada forum di Universiti Malaya hari ini.

Beliau berkata keputusan PKR menggunakan logo sendiri menunjukkan bagaimana mereka gagal memahami pengundinya sendiri.

Ketua Penyelidik Prof Mohd Yusri Ibrahim berkata Ilham Centre terkejut melihat PH mengulangi kesilapan sama yang dilakukan mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November lalu.

“Di Melaka kami mendapati ramai pengundi Pakatan tidak menerima lompat parti dan tidak mahu parti itu meletakkan pembelot.

“Tetapi mereka tetap melakukannya dan kalah teruk,” katanya.

Di Johor Yusri berkata kesilapan itu berulang dengan isu logo.

“Walaupun kecil bagi sesetengah pihak, penggunaan dua logo (PH dan PKR) menunjukkan gabungan itu berpecah.

“Ini sama sekali bertentangan dengan kehendak pengundi mereka. Pakatan begitu naif dalam isu ini,” katanya. 

Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu menjelaskan profil pengundi PH berbeza dengan Barisan Nasional.

“Pengundi Pakatan adalah kritikal, berfikiran reformasi dan bebas serta penggunaan dua logo adalah seperti satu tindakan pengkhianatan,” katanya.

Di PRN Melaka PKR meletakkan bekas menteri besar Idris Haron di Asahan manakala Amanah meletakkan Nor Azman Hassan di Pantai Kundor.

Kedua-duanya adalah bekas Adun Umno yang menarik semula sokongan mereka daripada Ketua Menteri Umno Md Sulaiman Ali menyebabkan kerajaan tumbang.

Akibatnya PKR kalah kesemua 11 kerusi yang ditandinginya manakala Amanah menang satu daripada sembilan pertandingan. DAP yang tidak mengambil mana-mana pembelot parti memenangi empat daripada lapan yang ditandinginya.

Memetik isu dengan jenama PH dan logonya sendiri lebih popular PKR menggunakan logo sendiri sekali lagi dan hanya memenangi satu daripada 20 kerusi yang ditandinginya di Johor.

Amanah dan DAP yang menggunakan logo PH memenangi 11 daripada 30 yang ditandinginya.

Ilham Centre hari ini membentangkan hasil tinjauan dan analisis mereka mengenai PRN Johor awal bulan ini di mana BN menang 40 daripada 56 kerusi.

Rakan penyelidik Prof Hamidin Hamid berkata PKR sudah hilang pengaruh sebagai parti peneraju dalam PH.

“Pakatan perlu kembali mencari jawapan yang betul. Apabila kita bercakap dengan pengundi Melayu mereka berkata PKR tidak mempunyai kepimpinan,” kata pensyarah Universiti Malaya itu. – 23 Mac, 2022.

TAK PERLU

BELAJAR DI YALE

DI HAVARD

DI OXFORD 

HAL LOGO 

AMIN

ORANG RAMAI &

PENGUNDI TAHU

AMIN

JIKA 

TAK BERSATU

PASTI KALAH

AMIN

BANYAKKAN KAWAN

KURANGKAN MUSUH

ASAS ILMU POLITIK

AMIN

DI MALAYSIA

KHEMAH BESAR

ADALAH GARIS

POLITIK TEPAT

KHALAS

AMIN

RAFIZI MENTERI KEEWANGAN ?

 



KENAPA MADEY

LAMBAT

ANGKAT SUMPAH

AMIN

RAFIZI NAK JADI

MENTERI 

KEWANGAN

AMIN

SEMUA DIBOCOR

DALAM BUKU

MERAKAM

 SEJARAH

MERAKAM SEJARAH

ADA DI KEDAI KEDAI

BUKU INI 

AMIN

LIHAT DI BAWAH

 KHALAS

AMIN

Unknown commented on

 "BERKHALWAT HARI KE 715"

Salam TT. Kat MPH Ada tak buku TT. Susah rumah tak berdekatan kedai buku. Teringin juga Nak Baca buku tulisan TT ni. Bukan penyokong TT, tapi Nak Baca aliran pemikiran dan mendapatkan other perception of views. Jom kita berdoa, PRN Johor Alaskan jangan ABU.

 

 NAK TAHU 

KENAPA SAYA

TIDAK LAGI SOKONG

ANWAR IBRAHIM

AMIN

SEMUA FAKTA

SEBAB MUSABAB

TERTULIS DALAM

 MERAKAM SEJARAH

KHALAS


MERAKAM SEJARAH
 BOLEH DI TEMUI 

1 - KEDAI BUKU GERAK BUDAYA
ONLINE GERAK BUDAYA

2 - KEDAI BUKU KINOKUNIYA
ONLINE KINOKUNIYA

3 - KEDAI BUKU MPH
ONLINE MPH

4 - KEDAI BUKU ILHAM
ONLINE ILHAM

5 - SHOPEE 

6 - WAWASAN MINDA ONLINE
7 - TITIWANGSA ONLINE
8 - MY BUKU ONLINE



APA AKAN BERLAKU PADA 9 APRIL INI ?

 



APA JADI

PADA  SABTU

PADA 10 APRIL

PADA 11 APRIL

MAY JUN JULAI

OGOS SEPTEMBER

ADA APA ?

KHALAS

JALAN RAYA MASIH JALAN PILIHAN

 


JALAN RAYA

MASIH JALAN

PILIHAN 

AMIN

Unknown commented on

 "KE JALAN RAYA -

 AKTA IBRAHIM ALI"

Tuan Ibrahim Eko+Gapo kata tak perlu tergesa-gesa. Bnyk perlu diperhalusi. Dah Yang duduk Dalam jawatankuasa tu buat apa. Takkan kajian tu makan masa 20 tahun. Betullah Bro Isham, jalan raya tempat paling sesiai untuk kajian Undangx Lompat Parti ni.

PELACUR ADA TIGA LUBANG

 



PELACUR ADA

TIGA LUBANG

AMIN

Unknown commented on

 "MAIN DUA LUBANG"

Andainya Umno kembali berkuasa, PAS yg bertanggungjawab, PAS yg memberi nyawa pada Umno, la ni berbaik dgn PN, Umno dh busuk. Baru kena ayat 'Jahanam' dh meroyan, PAS panggil Umno seperti Lembu, DAP sbgai Babi, Amanah sbg Barua, para Hakim sbg buaya, tu halal pulak. Ini lah penjual agama zaman modem.


BIJAK TAHU KONSEP UNITED FRONT

 


TAHU KONSEP

RAMAIKAN KAWAN

KURANGKAN MUSUH

ITU BIJAK

 NAMANYA

KHALAS

Hudbenseman commented on

 "SATU CONTOH 

PEMIMPIN BIJAK"

Aku tak nampak apa2 perkara yang bijak disini. Yang aku nampak MUDA cuma tak BODOH. Ps : contoh bijak pada hemat aku ialah parti yang tahu dia ada kekuatan, dan peluang yang dia ada tinggi tapi dia tetap akan pilih khemah besar untuk pastikan kleptokrat jahanam.

Unknown commented on

 "SATU CONTOH 

PEMIMPIN BIJAK"

Kahkahkahkah tt oi tt,,,, Minah ni tak bijak mana laaaaa, Dia cuma tahu Muda akan bungkuih kalau bertanding sendirian,,,, Apo la ko ni tt,,, antara bijak dengan tahu kemampuan diri pun dah tak bleh pikir??? Kahkahkahkah

Unknown commented on 

"SATU CONTOH 

PEMIMPIN BIJAK"

Ini bukan bijak. Ini pilihan yg ada. Muda je kot. Pas pun fikir mcm ni. Bukan muda je. Come on isham raise. Wat de becos u slow now?