Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 4 Mac 2009

TER NOW !!! BERITA FITNAH ? SERET KE MAHKAMAH – SAYA DEDAH NAJIB - mkini


Seorang pemimpin PKR mencabar polis menyeretnya ke mahkamah agar dapat mendedahkan butiran dakwaan percubaan Datuk Seri Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.

"Saya bersedia untuk ke mahkamah di mana saya akan berpeluang mendedahkan semua bukti yang saya ada termasuk rakaman tentang perbualan dan perbincangan saya tentang isu membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan yang diusahakan oleh Najib," kata ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda.

"Saya mendesak polis agar segera mendakwa saya di mahkamah adalah kerana saya tahu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis pasti tidak akan mendakwa Datuk Seri Najib di mahkamah terhadap apa yang telah saya laporkan.

"Jadi jika mereka mendakwa saya, itulah saja jalan yang terbaik untuk saya berdepan dengan Najib di mahkamah dan mendedahkan segala bukti-bukti yang ada pada saya terhadap rasuah dan pembelian Adun yang melompat parti dan menyokong BN."


kah kah kah… BERITA FITNAH KAH ITU ?.... kah kah kah…

kah kah kah….BERITA TOHAMAH KAH ITU ?.... kah kah kah…

woit …. SPRM…. BILA LAGI… TAK KAN ASIK NAK JAGA LEMBU SAJE…kah kah kah…

kah kah kah… INI SUDAH TERBALIK KOT…. MAMAT INI MINTA DI DAKWA… kah kah kah…

woit…. ADA RAKAMAN ?... KOREK .. KOREK… KOREK… kah kah kah




PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA



PAGI ITU DI BAWAH POHON SENA


Lalu mereka pun berkumpul lah di bawah pohon sena itu

Dari hulu mereka mengilir
Dari hilir mudek ke hulu

Yang bermercedez datang berdriber
Yang berwira datang sendirian
Yang merempit membonceng kawan
Yang menapak mengira kaki

Yang berjaket datang berjaket
Yang berbatik datang berbatik
Yang bersinglet datang bersinglet
Yang berseluar pendek datang berseluar pendek
Yang bersongkok datang bersongkok

Tidak ada kad jemputan
Tidak ada datuk tan seri
Tidak ada mak datin mak puan
Semua sebaris bersatu niat

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Gedang di palu
Rebana di pukul
Kompang di ketuk
Nafiri di tiup

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Jin dan afrit pun datang berligar ligar
Hantu dan jembalang datang menggangu ganggu
Setan dan puaka datang sama
Menakut-nakutkan mereka yang berkumpul

Maka mereka pun bersoraklah gempita sekelian alam
Maka mereka pun bertempik memetir suara kedengaran
Mereka tidak lagi takut
Mereka telah jadi berani
Mereka telah mula bangun

Lalu mereka pun berpesta lah di bawah pohon sena itu

Pagi itu di bawah pohon sena
Bersama gendang bersama rebana
Mereka bernyayi melagukan harapan
Mereka bergurindam melagukan keadilan

Lalu mereka bertandak beramai ramai
Lalau mereka sedar mereka adalah ramai
Lalu mereka ketawa memecah segala ruang

Lalu mereka terus berpesta di bawah pohon sena itu
Mereka membuat sejarah bangsa.




SYOR GELARAN TUN BUAT P RAMLEE




KEMENTERIAN Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan mencadangkan supaya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dikurniakan gelaran Tun.

Timbalan Menterinya, Teng Boon Soon, berkata cadangan itu akan dikemukakan kepada pihak yang berkenaan bagi mengiktiraf jasa P Ramlee kepada negara.

"Kita menyokong penuh supaya gelaran Tun diberikan kepada Seniman Agung Negara," katanya ketika menggulung perbahasan titah diraja bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.

Cadangan itu dibuat Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) yang berpendapat gelaran Tan Sri tidak mencukupi kerana turut dianugerahkan kepada beberapa artis lain walaupun sumbangan mereka tidak sebesar Allahyarham.

Ibrahim juga mencadangkan supaya nama Istana Budaya ditukar kepada Istana Budaya P Ramlee selain menghimpunkan koleksi rakan artis seangkatan seperti Ahmad Nisfu, A Rahim dan Salleh Kamil di bawah satu bumbung bersama koleksi P Ramlee.

Teng berkata, sumbangan P Ramlee dalam bidang kesenian adalah besar kerana tokoh itu mempunyai kepelbagaian bakat sebagai penyanyi, pencipta lagu, pelakon, pemuzik dan pelawak.



kah kah kah…. kah kah kah… GELARAN ? …HANYA GELARAN ???....kah kah kah..

kah kah kah… BARU SEDAR RUPA RUPANYA.. TUN.. TAN.. .. TIN... TOK SERI... MAK SERI... INI CUMA GELARAN…..TAK LAH HEBAT.. kah kah kah…

kah kah kah….DAH RAMAI ORANG DAPAT GELARAN DOL KEROPOK… WAK TEMPE… kah kah kah…. ... RAJA KATAK … MAT JONGANG...…kah kah kah…..

woit… NAMA ISTANA BUDAYA NAK TUKAR ?.... kah kah kah…..

kah kah kah…ISTANA KATAK ?...kah kah kah

woit... NANTI MARAH AFFENDI NAWAWI .. ITU TEMPAT DIA PARK TIARA KERETA SECOND HAND DIA....kah kah kah...




PERAK DAN PICASSO











PERAK DAN PICASSO

Pada tahun 1986 pertama kalinya aku sampai ke Utara Sepanyol. Ini kerana aku jatuh cinta dengan gadis Basque. Kami belajar disatu kuliah di Universiti Katholik Belgium. Ini cinta pandang pertama. Berjumpa dalam kuliah. Tapi bukan kesah cinta yang ingin aku tulis disini.

Di satu musim panas – tak tahu tahun berapa - si Kekasih telah membawa aku melawat ke luar kota. Kami merayau-rayau – bukan dengan kereta kuda seperti Don Quixote de La Mancha tetapi dengan sebuah kereta SEAT. Kami ada temu janji untuk berjumpa kawan yang baru memperbaiki sebuah rumah kuno di tepi gereja yang umurnya melintas 200 tahun.

Rumah di tepi gereja yang ingin kami lawati terletak di atas bukit. Tidak jauh dari bukit ini ialah pekan Geurnica. Aku sebenarnya telah bertemu dengan Guernica - tanpa aku mengetahuinya - ketika itu aku dalam darjah 4 lagi di Sekolah Umum. Guernica yang aku temui itu ialah kulit sebuah buku terbitan Oxford Universiti Press yang dimiliki oleh sekolah arwah ibuku. Di kulit buku ini ada gambar kuda yang sedang menjerit-jerit sakit.

Hampir 30 tahun kemudian - tanpa dirancang - aku sampai ke Guernica – daerah perkampongan di lereng bukit yang tidak jauh dari Bilbao – kota industri negara Basque. Guernica ialah nama daerah yang telah di bom oleh kapal terbang Hitler dalam Perang Dunia ke Dua. Nazi German telah membom Guernica untuk membantu gerombolan fascist Franco mengalahkan kaum Komunis, Demokrat, Anarkis dan Sosialis yang telah berjaya mendirikan Republik Rakyat Sepanyol dan mereka sedang bertahan di Geurnica.

Aku di beritahu – ketika bom meledak – orang kampong telah lari ke atas bukit untuk menyeberang masuk ke Peranchis. Sempadan Peranchis tidak jauh dari daerah ini. Serangan bom udara Nazi yang berterusan ini telah menewaskan ribuan warga kota dan kaum tani. Mayat mereka bergelempangan memenuhi guang dan lembah Guernica.

Ketika serangan berlaku Picasso – seorang Komunis - telah berjaya lari ke Paris. Lima belas hari sesudah Guernica dibom Picasso telah melakar sebuah mural yang diberi nama : Guernica. Mural ini satu-satunya imej anti-perang yang akan terus dingati sehingga dunia ini kiamat. Imej Guernica inilah yang telah aku lihat ketika aku masih lagi belum bersunat.

Warga Basque – seperti kekasih aku - tidak pernah mengakui diri mereka Sepanyol. Nationalisma Basque cukup kuat – hingga ke hari ini masih ada gerila pembebasan Basque – ETA – yang masih berjuang untuk memerdekakan Basque dari cengkaman Sepanyol.

Esoknya – kami menerukan perjalanan ke arah Bilbao sebelum sampai ke Bilabo kami singgah di pekan Geurnica. Di hadapan sebuah pejabat kerajaan ada sebatang Pohon Oak. Ini Pohon Oak yang bersejarah dan amat dihormati di negara Basque. Sejarah moden pohon ini tercatit – ketika kapal terbang Hitler mengugurkan bom pada tahun 1937 di kawasan ini Pohon Oak Guernica ini selamat.

Pohon Oak Guernica ini adalah simbol ratusan tahun semangat nasionalisma Basque. Mengikut sejarahnya Pohon Oak Guernica ini telah turun temurun beranak pinak dari semenjak tahun 1476. Malah banyak perjanjian dan mesyuarat gerakan nasionalisma Basque telah di adakan di bawah pohon ini. Pohon Oak Guernica kini menjadi simbol perjuangan rakyat Basque.

Kelmarin apabila aku terbaca tentang Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang di adakan di bawah sebatang pokok – dengan serta merta aku teringat Pokok Oak di Guernica. Sejarah telah dilakar kembali – kali ini di Perak.

Pelakon-pelakon dan para protoganisnya adalah sama – fascist dan royalist cuba mengalahkan kaum demokrat.

Aku tidak tahu dibawah pokok apakah persidangan ini dijalan tetapi pokok ini untuk aku ialah POKOK DEMOKRASI. Pokok ini wajib di nobatkan sebagai simbol perjuangan rakyat Perak untuk membawa demokrasi dan kebebasan.

Lihatlah - betapa indah dan sucinya sejarah pokok-pokok di negara ini – nama Ipoh berasal usul dari pokok Ipoh. Melaka dari pokok Melaka. Pulau Pinang dari pokok Pinang. Maka amat tepat Pokok Demokrasi berasal usul dari tuntutan warga Perak untuk membuka ruang demokrasi..

Pohon Demokrasi ini kelmarin telah menjadi saksi melihat warga Ipoh bangun untuk mendirikan Perak yang lebih demokratik. Pohon ini pasti akan menjadi simbol negara Malaysia baru yang akan ditubuhkan nanti. Inilah dia pokok yang turut sama dalam sejarah negara bangsa kita. Pohon Demokrasi ini adalah milik anak semua bangsa.

Seratus tahun dari hari ini anak cucu cicit kita akan melihat kembali pagi Selasa 3hb March 2009 sebagai hari kelahiran Pohon Demokrasi.

Hendaknya muncullah pelukis, sasterawan dan penyaer yang akan melakar imej dan mengabadikan apa yang terjadi pada 3hb March 2009 seperti Picasso melakar apa yang terjadi di Guernica pada tahun 1937.

The tree of Gernika
is a blessed symbol
loved by all the Basque people
with deep love.
Give to all the world
your fruit;
we adore you
sacred tree.

Pohon itu yang aku tidak tahu nama nya
Kau adalah kami yang sedang berakar dan bertunjang
Datanglah rajau setan segala alam
Datanglah malapetaka dan ledakan neraka
Pohon yang aku tidak tahu nama nya
Akan beranak akan bercabang
Untuk memayongi kami anak semua bangsa.(TT)




ALAT SULIT BERANAH




ebuah blog mendakwa Sheik Pol sakit tenat akibat sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu.

Dia telah membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat penulis blog dan pengendali laman web berkenaan yang memfitnahnya dengan mengatakan bahawa dia kini terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah.


kah kah kah…. ALAT SULIT APA BENDANYA?… kah kah kah…

kah kah kah…. DI MANA ADA JUAL ALAT SULIT NI?.... kah kah kah..

kah kah kah….. KENA TUKAR TIUB LAH KALAU MACAM ITU….kah kah kah



DUA AHLI UMNO MAHU DAPATKAN PERINTAH HALANG PERHIMPUNAN AGUNG – berita hairan




KUALA LUMPUR: Dua ahli Umno bercadang mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang perhimpunan agung parti bulan ini jika jika kes salah laku dan politik wang tidak diselesaikan segera.

Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Shah, dan ahli Umno Bahagian Subang, Datuk Mazlan Harun, menegaskan mereka bersedia menerima tindakan tata tertib parti atas tindakan mereka itu.


kah kah kah…. BIK MAMA TAK SENANG TIDOR MALAM… kah kah kah…

kah kah kah…. BAJU DAH TEMPAH… TUNGGU NAK PAKAI… CISss… ADA PULAK MALAON DUA EKOR NAK BIKIN KACAU…. kah kah kah…

woit…. PATUT LAH TIAP HARI ADA CERITA DOLAH AKAN BERUNDUR… kah kah kah…. RUPA RUPA NYA ADA LAST KOPEK…. kah kah kah



MARA CADANG TUBUH MRSM SWASTA




MARA kini dalam perbincangan bagi menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) swasta untuk menampung bilangan pelajar Bumiputera yang semakin meningkat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata, syarat kemasukan untuk belajar di MRSM swasta mungkin akan diberi kelonggaran tetapi perkara itu bagaimanapun masih dalam kajian.

"Untuk mengurangkan beban kerajaan, saya cadangkan supaya Mara cuba dapatkan kerjasama dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).


kah kah kah… PELIK TAK BERITA INI ?.... kah kah kah..

woit… ADA MACAM TAK BETUL… MRSM MAKTAB MARA … NAPA NAK MENIAGA PULAK… kah kah kah…

woit… INI MACAM PROJEK KRONI NAK BUAT DUIT SAJE…. kah kah kah..

woit… NI MACAM NAK PROJEK IJN NAK DI SWASTA KAN… kah kah kah..

woit… KALAU KURANG MAKTAB … BUAT DAN TAMBAH LAGI... APA SWASTA.…kah kah kah…

kah kah kah… CUBA SIASAT SIAPA DI BELAKANG INI… MESTI INI SKIM BUMIPUTERA NAK CEPAT KAYA…. kah kah kah..

ooopsss…MAAAF BUMIPUTERA RASIS… KATA TOK GURU… kah kah kah