.

Ahad, 11 Januari 2015

PECAH BERITA - TERKINI - TER NOWW






PECAH 

BERITA
esok pegum eric paulsen
akan membuat laporan polis
kerana nyawanya  diancam

eric akan datang ke rumah pasong
ipd  petaing jaya
pada jam 12:00 tengah hari
isnin 12 januari 2015

eric menerima ancaman
atas isu jakim


Minta maaf? Biarlah saya disiasat dulu'Anne Muhammad | 2:35PM Jan 11
Peguam hak asasi manusia itu berkata terdapat “salah faham”






-------------

KAMPONG KANDEK KELANTAN






FACE BOOK





Senyuman Kampung Kandek. 

Kampung ini terletak didalam daerah Kuala Krai. Terletaknya dipersisiran sungai yang juga berhampiran dengan Gunung Stong. Ada lebih kurang 70 buah rumah yang terlibat dengan bencana banjir. 

Sepanjang enam hari disana, aku tidak dapat melihat wajah-wajah kemurungan. Yang ada hanya kasih sayang dan terpancar senyuman dari warga kampung ini. Warga kampung ini banyak mengajar aku tentang "kesabaran menghadapi ujian". Walaupun tiada "LINE" telefon didalam kampung itu kerana musibah banjir, aku gunakan peluang itu sebaik mungkin utk mengenali mereka lebih rapat.

Selain itu, aku difahamkan anak-anak muda dikampung ini berjalan kaki untuk mengambil barang sumbangan makanan yang telah terputus selama dua hari. Mereka berjalan lebih kurang 4-5km kerana jalan utama sudah runtuh dan tidak boleh dilalui oleh kenderaan.

Kesabaran dan kesepakatan antara warga kampung boleh dilihat antara tua dan muda. Mereka bersama membina dan membaiki rumah masing-masing. Kampung Kandek tetap akan terpahat dihati ini hingga aku menutup mata. Mereka banyak mengajar erti kesabaran dan semangat untuk terus hidup. Semoga mereka semua terus bersatu padu membina dan mengekalkan semangat persaudaraan yang tinggi.

Yaa! Mereka sebenarnya memang wujud!







------------

NAJIB DI SERANG






PEMBAWA E-BRA

KOMENTAR
berita najib diserang
oleh virus e-bra oppps... silap
diserang virus e-coli ini
telah muncul minggu lalu
tapi tak ada sapa ambil pot
tak ada siapa tunjuk simpati

malah berapa diplomat asing
malah beberapa pemerhati politik
melihat ini percubaan najib
untuk meraih simpati
kerana banyaknya sumpah seranah
menimpa najib ketika negara banjir
dan najib bercanda-canda diluar negara

serangan e-coli ini juga
digunakan untuk menutup
kes pesawat kerajaan yang
digunakan oleh suaminya rosmah

berita serangan e-coli ini
dimuncukan sekali lagi
untuk menutup malu
yang di timbulkan oleh
akhbar bangkok post

akhbar ini telah menyanggal
dan menerangkan kepada umum
bahawa najib TIDAK membuat 
lawatan resmi ke thailand
tapi bercanda main golf
dan bershopping
ketika rakyat malaysia 
dilanda banjir

NOTA:
tidak lama lagi
akan muncul surat doktor
dan
akan muncul berita doktor
mengsahkan penyakit najib
dan akan ada gambar resit
najib melawat hospotal
tak percaya sila tunggu



SERANGAN E-BRA



Najib ‘serik’ dijangkiti E coli, simpati 

kepada mangsa banjir

Najib Razak mengakui pengalaman terkena jangkitan E coli menyebabkan beliau "serik" dan menyatakan rasa simpatinya kepada mangsa banjir yang terpaksa berdepan bencana terburuk dalam sejarah negara.

Perdana menteri berkata, jangkitan tersebut menyebabkan beliau tersandar di rumah dan terpaksa berehat, serta menyifatkan ia pengalaman yang tidak mahu lagi ditempuhinya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-serik-dijangkiti-e-coli-simpati-kepada-mangsa-banjir#sthash.BSzDMtBC.dpuf

KAH KAH KAH

woit
kesian mat mongol
diserang e-coli
oppsss...bukan e-coli
kena serangan e-bra 
kah kah kah

APA PUNYA BRAAA


---------

HAK MENGGULINGKAN KERAJAAN




Rakyat berhak menggulingkan kerajaan menerusi demonstrasi aman

Badan Amanah TBH Demi Demokrasi merasa kesal keputusan mahkamah seksyen pada 9hb Januari 2015 bahawa aktivis sosial Hishamuddin Rais didapati bersalah dan dihukum dendaan RM5000 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan bagi mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan dalam satu ceramah pada 13hb Mei 2013.

Kami berpendapat Hishamuddin Rasi berhak menyeru rakyat menyertai demontrasi jalanan aman untuk memaksa parti pemerintah yang melakukan penyelewengan dan penipuan dalam pilihanraya umum ke-13 supaya mengembalikan demokrasi. Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan telah menjamin kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sekiranya bersifat aman.

Maka seruan Hishamuddin Rais untuk mengadakan demonstrasi jalanan secara aman masih dalam lingkungan kebebasan bersuara. Penggunaan undang-undang zalim menghukum Hishamuddin Rais telah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mencabul hak demokrasi beliau.

Sistem demokrasi zaman moden berlandaskan satu prinsip utama iaitu kuasa berpusat pada rakyat. Legitimasi pemerintah berasal daripada persetujuan yang diperintah. Jika pemerintah menyalahgunakan kuasa untuk mencabuli hak-hak rakyat, rakyat berhak menukarkan pemerintah. Legitimasi pemerintah amat dicurigakan kerana rakyat tidak dapat bertoleransi dengan penyelewengan dan penipuan yang berlaku pada PRU-13.
Tribunal Bersih telah membuat kesimpulan pada March 2014 bahawa Suruhanjaya Pilihanraya gagal dalam semua aspek sebagai pihak yang menangani pilihanraya yang sepatutnya menjamin proses tersebut bebas dan adil.

Contoh terbaik demonstrasi jalanan aman menggulingkan kerajaan ialah peristiwa ‘kuasa rakyat’ Filipina pada tahun 1986. Beratus-ratus ribu rakyat Filipina berkumpul di Epifanio de los Santos Avenue untuk menunjukkan bantahan terhadap pilihanraya yang dianggap kotor dan tidak adil. Demonstrasi tersebut berjaya memaksa diktator Ferdinand Marcos mengundurkan diri dan menamatkan pemerintahan kuku besinya 20 tahun. Maka menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan aman adalah hak demokrasi rakyat.

Kami menggesa bahawa kerajaan memansuhkan akta hasutan dengan segera dan menghentikan penggunaan undang-undang zalim untuk menindas aktivis-aktivis sosial dan pemimpin-pemimpin parti pembangkang. Kami juga berharap agar pihak mahkamah merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dalam menangani kes yang melibatkan gerakan politik dan sosial supaya mempertahankan hak-hak asasi manusia rakyat Malaysia.

Badan Amanah TBH demi Demokrasi


----------

CADANGAN HEBAT







Bekas exco Pemuda cadang Hadi tidak dicalon semula sebagai presiden


Seorang bekas exco Pemuda PAS Pusat mencadangkan Abdul Hadi Awang tidak dicalonkan sebagai presiden pada pemilihan parti yang akan diadakan pertengahan tahun ini, lapor Sinar Harian hari ini.
Zulhazmi Shariff berpendapat, Hadi lebih layak memegang jawatan mursyidul am PAS menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang uzur.
“Saya cadangkan Hadi melepaskan jawatan presiden dan mengambil alih tugas Nik Aziz yang dilihat semakin uzur. 
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-exco-pemuda-cadang-hadi-tidak-dicalon-semula-sebagai-presiden#sthash.CchqOnZg.dpuf

KAH KAH KAH

woit
satu cadangan hebat
hebat hebat hebat
hadi dinobatkan
sebagai mursyidul am
ini cukup hebat
tapi
sapa  nak  jadi
jaguh tangkap ikang
kang kang kang

APA PUNYA TUUUR

BERITA BAIK UNTUK SEMUA




 WAJAH 
PERJUANG MELAYU

Memalukan! Pemuda UMNO menggasak Wira PERKASA
 | January 10, 2015
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan mangsa banjir.
PETALING JAYA: Memalukan, apabila pemimpin politik dan pertubuhan bergaduh di khalayak ramai sampai menyebabkan kecederaan dan membabitkan laporan polis. Barangkali mereka ada masalah sendiri sehingga tidak dapat mengawal diri biarpun di depan umum.
Itulah ceritanya apabila Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli.
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang Khamis.


KAH KAH KAH

woit
kes bertumbok
sampai pecah kepala
kerana nak buat baik
bergaduh berterajang
 nak beramal jariah

tapi ini 
belum lagi berebut
merebut bidadari
bermata jeli
kah kah kah

APA PUN PUNTIAK



---------

APA? BETUL KE?







MOTOSIKAL JAGUH




KOMENTAR
kumpulan elit melayu
tokoh G25 melayu
melihat ibrahim ali ini
sebagi low class
tidak pergi ke sekolah terbaik
tidak memasuki universiti terulung
tidak bijak berbahasa inggeris

elit melayu ini
amat sangsi apakah
ibrahim ali ini mengenali
camca sup dari camca gula

sebenarnya
ini tidak penting
jangan salah tafsir

NOTA
hitler gagal 
tidak diterima
masuk ke sekolah seni di vienna
hanya berjaya menjadi tok sarjan



 | January 11, 2015
Datuk Ibrahim Ali
Ibrahim Ali hairan kenapa beliau sering dijadikan bahan dan “punching bag” Pihak media massa memberi banyak gelaran kepada Ibrahim...More ››

KUALA LUMPUR: Presiden PERKASA, Ibrahim Ali meminta supaya pihak media dalam negara ini menggelarnya sebagai jaguh bagi bangsa Melayu.
Jelasnya, sebelum ini pelbagai gelaran telah diberikan kepadanya, antaranya ‘gedebe’, katak dan kini beliau telah digelar sebagai ekstremis oleh sesetengah pihak yang didakwanya ‘cemburu’ kepada kejayaan PERKASA hari ini.

KAH KAH KAH

kah kah kah
melayu ni apa?
jaguh ni apa?

telah sampai masa
tok heng ni
diberi motosikal jaguh
suruh tok heng main
tepi jalan
kah kah kah 
nota:
apa  pulak maknanya
main tepi jalan
kah kah kah
APA PUNYA KUNTAU


--------------

KATAK MULA GERTAK













Jumpa di mahkamah, amaran kepada 

yang tuduh Perkasa ekstremis

Gara-gara menuduh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ekstremis, tiga lagi individu akan menerima surat tuntutan daripada badan bukan kerajaan (NGO) itu, sebelum dipertimbangkan tindakan saman.
Ibrahim Ali berkata, mereka ialah jurucakap kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25)  Noor Farida Ariffin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Joseph Kurup dan  Robert Phang dari Pertubuhan NGO Cina.
“Saya sudah minta peguam saya keluar tiga notis. Bila notis ini keluar, saya nak tengok jawapan mereka, apa peguam mereka jawab. Dari situ saya akan putuskan untuk failkan ke mahkamah seterusnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jumpa-di-mahkamah-amaran-kepada-yang-tuduh-perkasa-ekstremis#sthash.cBVIeAIk.dpuf

KAH KAH KAH

woit
nak saman
saman laaaa
keluar notis buat apa
notis ini gertak gertak
mustahil ada yang takut

woit
jangan tipu orang kampong
hot hot chiken shit
kah kah kah

APA PUNYA GERTAK

jan

-----------