Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 9 Julai 2009

JANGAN LUPA FATWA INI




URUSAN SYURGA - NERAKA BUKAN PADA PARTI
– berita hairan

KUALA KRAI: Pengundi Manek Urai dinasihatkan supaya tidak mudah terperangkap dengan dakyah jentera pilihan raya Pas yang mendakwa hanya umat Islam menyokong parti itu dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan masuk syurga.

Calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, berkata urusan syurga dan neraka bagi setiap umat Islam, bukan terletak pada mana-mana parti politik, baik Pas mahupun BN.

"Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan kempen mereka itu, sebaliknya perlu sedar bahawa urusan akhirat, syurga dan neraka adalah urusan Allah yang maha mengetahui amalan baik dan buruk kita sepanjang hayat.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… MUNKEE NI DARI PARTI APA ?.... kah kah kah…

Kah kah kah….MUNKEE NI TAK DENGAR FATWA DARI AL–MALIKUL SEMBAB….kah kah kah…

Kah kah kah… INI NAK MELAWAN PUCUK PIMPINAN FATWA AL-MALIKUL SEMBAB ?…kah kah kah…

Woit … BACA BAWAH INI LAPORAN RESMI DARI BERNAMA…kah kah kah…


UNDI BN BOLEH MASUK SYURGA JUGA - MUHYIDDIN

KUALA KRAI, 19 Jun (Bernama) — Muhyiddin Yassin berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan PAS adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.




WHAT IS THE BECAUSE OUT YOUR MOUTH ?




SMIDEC KINI DIKENALI SME CORP
– berita hairan

Najib Razak, hari ini mengumumkan penjenamaan semula Smidec yang dikenali sebagai SME Corporation (SME Corp) Malaysia dengan tujuan untuk membangunkan sektor enterpris kecil dan sederhana yang kompetitif dan berdaya tahan dalam menangani krisis ekonomi.

"SME Corp dijangka mulai beroperasi pada Ogos ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ke-sembilan Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana Kebangsaan di pejabatnya, di sini.

Najib berkata, fungsi utama SME Corp adalah untuk bertindak sebagai pusat maklumat dan rujukan setempat untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menyelaras data dan program berkenaan dengan PKS merentasi semua sektor ekonomi serta pengurusan data, maklumat dan menjalankan kajian berhubung dengan PKS.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah…. SATU LAGI PROJEK KUNTAU….kah kah kah…

Kah kah kah… SEKTOR?…CORPORATION?… kah kah kah..

Kah kah kah….COMPETATIF?…ENTERPRIS?…BEROPERASI?…kah kah kah…

Kah kah kah... BEROK APA NI ?... kah kah kah

Kah kah kah… FUNGSI? INI SAMA MACAM FUNSHUI TENGOK NASIB KE? ....kah kah kah

Woit… RAKYAT TAK FAHAM…. APA KE JADAH PEKATAAN INII…kah kah kah…

Woit… MEK JAH KAT ULU KENAS… TAK FAHAM LAAA…kah kah kah..

Kah kah kah…APA JADI DENGAN DEWAN BAHASA DAN PETAKA?...kah kah kah…

Woit… TOLONG LAH NASEHATKAN MUNKEE NI… MERABAN TAK TENTU HALA… kah kah kah..

Kah kah kah… MUNKEE CAKAP MUNKEE SENDIRI TAK FAHAM…kah kah kah..


SATU LAGI CARA UNTUK KELENTONG




PEMBANGUAN KLUSTER PERKUKUH KEDUDUKAN BUMIPUTERA
– berita hairan

Kerajaan kini mengambil inisiatif menggunakan pendekatan pembangunan kluster sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan dan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi negara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, S K Devamany, berkata pendekatan itu yang turut membabitkan penyertaan swasta akan membuka peluang kepada usahawan Bumiputera memberi fokus kepada sektor ekonomi yang lebih signifikan dan strategik.

"Melalui konsep kluster ini, pelbagai program khusus dijalankan bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera yang signifikan dalam keseluruhan rantaian nilai ekonomi sektor berkenaan.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah…BEROK APA KLUSTER NI?.... kah kah kah..

Kah kah kah… INI KLUSTER BOM YANG DI PAKAI OLEH ZIONIS ISREAL KE ?...kah kah kah…

Kah kah kah… ABIS MELEDAK ORANG LEBANON….kah kah kah..

Kah kah kah… FOCUS KONSEP KLUSTER SEKTOR INISIATIF SIGNIFIKAN DAN STRATEJIK…. kah kah kah…

Kah kah kah..INI BETUL BETUL NAK TIPU ORANG KAMPONG…kah kah kah…

Kah kah kah… PENING KEPALA MAK SU… MUNKEE NI CAKAP APA?...kah kah kah

Kah kah kah… SATU HABUK ORANG KAMPONG TAK FAHAM…kah kah kah…

NOTA : Cara terbaik untuk mengelirukan pendengar ( atau menipu pendengar dan pembaca) ialah dengan menggunakan perkataan yang hebat-hebat. Lagi susuh hendak di sebut atau dieja maka akan dilihat lagi bijak bistari. What is the because happen like this kah kah kah.



CERITA CERITA ORANG BIASA – DUA




CERITA TENTANG DIA


Aku pun berdiri di bibir jalan menunggu teksi. Sebuah teksi sampai - aku membuka pintu untuk masuk. Masuk ke dalam sebuah teksi samalah seperti memasuki sebuah dunia yang baru. Dua susuk yang tidak pernah berkenalan sepanjang hidup tiba-tiba akan bekongsi untuk sementara waktu dalam sebuah ruang yang sempit.

Seperti Stagecoach filem John Ford – manusia sering terperangkap dalam ruang dan waktu dimana mereka tidak memiliki pilihan – jika apa-apa berlaku.

Bila memasuki ke dalam teksi mata aku sering liar memerhati untuk meneliti siapakah susuk yang akan memandu aku pulang ke rumah. Mata akan perpandangan. Pemandu dan penumpang – dua susuk ini akan menilai baik budi manusia sebaik sahaja pintu kereta dibuka dan ditutup kembali.

Seenak sahaja punggung aku di atas tilam pandak maka mata aku liar mencari - apakah ada tasbih Masehi yang bergantungan sebagai cara untuk mejauhi diri dari diganggu oleh mata-mata yang sering bekeliaran mencari kesalahan. Adakah Patong Biksu yang berperut gendut terpaku di jubin kaca sebagai doa pembuka pintu rezeki yang lumayan. Atau tulisan-tulisan Jawi yang penuh dengan kata-kata Arab yang akan membawa harapan agar terselamat dari kemalangan.

Mungkin ada terselit gambar Gautama atau Isa anak Mariam dari Nazareth di tepi laci kereta. Semua ini adalah bahasa yang membawa tanda dan makna. Inilah kata-kata pengenalan dari pemandu kepada penumpang.

Sebuah teksi adalah sebuah dunia untuk si pemandu. Dalam ruang kecil ini dia menjadi saksi alam – dia melihat – dia makan – dia minum dan dia berehat. Ingatkan kembali kesah si pemandu yang benama Travis Bickle yang dimainkan oleh De Niro. Si Pemandu ini melayari seluruh kota New York di waktu malam ketika matanya menolak tidur. Travis meligari malam sehingga jatuh cinta dengan Jodie Foster.

Bila aku masuk ke dalam teksi aku melihat si pemandu – agak telah berumur – rambutnya setengah puteh. Aku cukup senang sekali apabila bersama dengan pemandu yang ramah. Tapi yang ini belum aku kenali ramah bahasanya. Jika pemandu ramah ertinya – perjalanan kami akan selesa walau pun jalan berasak-asak.

Biasanya - akulah yang akan memulakan surah dengan bertanya – dari mana tadi? Sebaik sahaja soalan ini keluar ertinya aku ingin berkenalan. Juga pertanyaan ini adalah tanda yang menyatakan bahawa aku tidak memiliki niat jahat - untuk menyamun atau merompak.

Dari cermin pandang belakang Dia memerhati muka aku. Dia menjawab. Lalu kami mesra bersembang. Dia telah memandu teksi selama 25 tahun. Dulu pernah menjadi pemandu kereta Tuan Mat Salleh – ini ketika Tanah Melayu baru merdeka. Mencuba kerja-kerja lain tapi gagal. Kota ini adalah dunianya. Memandu adalah ilmunya. Ada lima anak – tiga telah berumah tangga. Dia telah menjadi Datuk. Kini tinggal dengan isteri dan dua anak di Puchung.

Dia bertanya tentang aku. Lalu aku terangkan – aku tinggal dengan tiga ekor kucing dan saekor anjing. Dia ketawa. Setiap kali aku mendapat soalan ini maka inilah jawapan yang akan aku berikan. Biasanya jawapan aku ini akan disusul dengan satu lagi petanyaan – kenapa tidak kahwin. Maka aku akan menjawab – aku belum cukup modal. Dia ketawa lagi.

Lalu aku pula bertanya apakah ini teksi sendiri. Dia menerangkan - bukan. Dia menyewa teksi ini. Dia tidak memiliki permit untuk memiliki sebuah teksi. Setiap hari Dia wajib membayar 35 ke 40 ringgit kepadaa tuan empunya. Lalu Dia bercerita – empat jam awal kerjanya - ke hulu ke hilir di sekeliling kota - bukan untuk dirinya. Dia wajib menyediakaan 40 ringgit dahulu sebelum dirinya sendiri mendapat upah.

Kini Dia menyatakan kerisauan – harga minyak naik – harga barang makanan naik. Dan bila hujan datang rezeki bertambah sempit. Kereta yang berpusu-pusu di dalam kota akan menjadikan Dia kehilangan banyak waktu. Pernah dan semakin selalu Dia hanya mendapat 15 ke 50 ringgit sehari. Tetapi si empunya teksi masih wajib dibayar sewanya dengan penuh. Ertinya Dia terhutang.

Banyak teksi yang aku naiki – semua pemandu berkesah sademikian. Amat jarang aku temui si pemandu yang juga si pemilik. Siapakah agaknya si pemilik teksi ini. Syarikat siapakah tuan empunya teksi-teksi yang berselirat dalam kota kita ini. Alangkah lumayannya hidup tuan empunya teksi – tidak perlu bekerja – tidak perlu berhempas pulas. Hanya mengutip sewa.

Di jubin kereta aku ternampak wajah Ganesha - terlekat. Ketika aku kecil aku cukup hairan dengan wajah ini – lelaki berhidungkan belalai gajah. Kali pertama aku melihat muka ini – ketika aku belum bersekolah lagi. Ketika itu tanah melayau ini masih dimiliki oleh orang puteh. Aku ternampak ‘manusia-gajah’ ini di kotak bedi – rokok daun – dari India. Bila aku mendewasa barulah aku sedar bahawa nama ‘manusi-gajah’ ini ialah Ganesha - jelmaan seorang dewa yang akan membantu umat manusia dalam kesusahan.

Demi Zeus – inilah sifat manusia – mereka menyatakan terima kaseh dengan pelbagai cara. Di dalam bilik teksi yang sempit pun mereka bersujud kepada Yang Esa. Lorong-lorong hidup di bumi ini berselirat dan berselerak - semuanya menuju ke kota yang sama.

Kemudian aku teringat tentang satu berita yang baru aku baca: bahawa kerajaan telah menghebahkan satu dasar teksi yang baru. Semua teksi akan menjadi – pemandu/pemilik. Lalu aku surahkan berita baik ini kepada Dia.

‘ Sekarang umur telah 62 tahun… apa saya boleh buat lagi. Kalau saya muda dahulu… bagus… sekarang nak pandu lima jam satu hari pun susah.’

Aku senyap apabila mendengar jawapan dari Dia. Bayangkan selama 25 tahun Dia memburuh – membanting tulang – tidak pernah mendapat kesenangan. Baru aku sedar umurnya telah 62 tahun. Dia lahir sebelum negara ini wujud. Dia lah warga asli pribumi tanah ini. Tapi Dia masih lagi mewajibkan dirinya memandu untuk mencari makan.

Teksi membelok ke lorong rumah aku. Aku pun sampai. Membayar tambang dan Dia beredar. Apabila teksi itu meluncur maka disitulah berakhirnya persahabatan kami. Aku jarang akan menoleh lagi. Sesudah membayar tambang aku menapak pulang.

Aku sedar tidak mungkin aku akan bertemu sekali lagi dengan Dia. Aku cukup yakin yang kemungkinan untuk bertemu sekali lagi cukup tipis kerana selama lebih sepuluh tahun - aku sering menggunakan khidmat teksi - hanya sekali aku berpeluang memasuki kembali teksi yang sama.

Aku tidak tahu berapa jumlah teksi dalam kota kita ini. Pasti banyak. Ini menjadikan pertemuan kali kedua amat susah. Mungkin juga si pemandu beralih pekerjaan. Mungkin beralih kawasan. Atau seperti Dia – jika umur telah larut - memandu teksi - adalah satu pekerjaan yang maha berat.

Bila aku menaiki tangga rumah aku teringat bagaimana sebahagian besar hidup Dia adalah di dalam teksi. Lapan jam atau dua belas jam sehari Dia beligar-ligar dalam teksi. Kalau di campurkan semua waktu itu berapa tahun agaknya dari jumlah 62 tahun hidupnya di atas bumi ini.(TT)



MAHATHIR KELUAR UMNO LAGI ?




DR MAHATHIR PERTIKAI MANSUH PPSMI
-malaysiakini

Kira-kira sejam selepas pengumuman dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikannya.

"Walaupun pandangan saya diminta, ia tidak dicerminkan dalam keputusan tersebut," kata bekas perdana menteri itu secara ringkas di blognya kira-kira 4 petang tadi.

KAH KAH KAH…KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

Kah kah kah… kah kah kah…. kah kah kah…

Kah kah kah…. BERDEKAH DEKAH SATU MALAYSIA SUKA HATI…kah kah kah…

Kah kah kah... PANDANGAN DAH TAK LAKU LAGI...kah kah kah...

Kah kah kah.... KULI DAH LAWAN TOKEY.... kah kah kah...


PERCUBAAN MENIPU




PPSMI: MUYYIDDIN JELASKAN MAHATHIR PERUBAHAN DASAR
- mStar

Muhyiddin Yassin berkata bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad secara umumnya menerima hakikat bahawa dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) perlu diubah.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata beliau sebelum ini telah mengadakan perbincangan lebih tiga jam bersama Dr. Mahathir bagi menjelaskan mengenai kesukaran yang dihadapi oleh banyak pihak termasuk keupayaan guru untuk menjayakan dasar yang diperkenalkan beliau itu.

"Saya berkesempatan untuk memberi taklimat kepada Tun sebagai menghormati bahawa beliaulah pencetus idea PPSMI.

"Segalanya telahpun kita jelaskan, saya dan beberapa pegawai telah menunjukkan tentang apakah kemajuan ataupun masalah yang dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan misi beliau.


MUHYIDDIN : MAHATHIR ACCEPTS THE DECISION
- malaysiakini

Muhyiddin Yassin said that former premier Dr Mahathir Mohamad has accepted the government's decision to scrap his policy of teaching Science and Mathematics in English.

Muhyiddin, who is also the education minister, said he had consulted the former premier before making the crucial decision to revert to the Malay language to teach the two subjects effective 2012.


MAHATHIR MULA MENDERAM MARAH


BUT TODAY, MAHATHIR IS GROWLING AGAIN
- malaysiakini

This is because the new administration has decided to abort his language switch brainchild which he bulldozed through in 2003 amid a cacophony of protests.

According to Mahathir, the government has made a hasty decision.

In a posting on his blog, he revealed that Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin - who also oversees the education portfolio - had met him to provide a briefing on what the government "had already decided to do."


PEMANSUHANA PPSMI JEJAS MASA DEPAN ANAK ANAK – MADEY
-melayau

Pemansuhan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekaligus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu, kata Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri itu yang jelas tidak gembira dengan keputusan tersebut menyifatkannya sebagai tindakan yang akan menyukarkan anak-anak untuk mempelajari dan mengetahui perkembangan dunia sains pada masa depan.

“Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini,” katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas mengenai pemansuhan PPSMI oleh Kementerian Pelajaran berkuatkuasa 2012 di sekolah-sekolah kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran hari ini mengumumkan bahawa berikutan keputussan itu, subjek sains dan matematik akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia.

KAH KAH KAH…


Kah kah kah… INI SUDAH KANTOI…. kah kah kah…

Kah kah kah…. INI BERITA BAIK UNTUK SATU MALAYSIA….kah kah kah…

Kah kah kah…. SEMBAB LAWAN FIARAUN…. kah kah kah…

Kah kah kah…. SEMBAB BOHONG ATAU FIRAUN BOHONG…. kah kah kah…

Kah kah kah… ATAU DUA DUA KALI LEBONG…. kah kah kah….

Kah kah kah... GOCOH... JANGAN TAK GOCOH...kah kah kah...

Kah kah kah.... SATU MALAYSIA TEPUK TANGAN....kah kah kah...


SATU LAGI PERCUBAAN MENIPU




PEMANSUHAN PPSMI BUKAN PERTIMBANGAN POLITIK : MUHYIDDIN
- melayau

Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat berdasarkan pertimbangan objektif dan bukannya politik, kata i Muhyiddin Yassin hari ini.

Kerajaan membuat keputusan itu berdasarkan kepada kajian saintifik terhadap perkara itu.

"Ia dibuat bukan kerana faktor politik atau pilihan raya kecil Manik Urai. Ia dibuat kerana kepentingan negara," katanya kepada pemberita ketika mengumumkan pemansuhan itu di Kementerian Pelajaran di sini.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata keputusan kerajaan itu sejajar dengan kajian Unesco yang menunjukkan adalah lebih mudah pelajar menguasai ilmu di peringkat awal persekolahan dengan menggunakan bahasa ibunda.

KAH KAH KAH…

Kah kah kah… BUKAN PERTIMBANGAN POLITIK ?....kah kah kah…

Kah kah kah…. KALAU TIDAK.. PERTIMBANGAN APA ?.... kah kah kah…

Kah kah kah…. PERTIMBANGAN KILO ATAU KATI…. kah kah kah…

Kah kah kah…. SATU MALAYSIA TAHU … PPSMI DI MANSUH PASAL MANEK URAI….kah kah kah…

Woit…. JANGAN LAH NAK BODOHKAN SATU MALAYSIA….kah kah kah…

Kah kah kah…. KALAU BODOH SORANG DIRI CUKUPLAAA…. kah kah kah…

Kah kah kah…. DUDUK COROK DAPUR…TAK GANGGU ORANG..kah kah kah…

Kah kah kah….KALAU TIDAK PERGI MAIN TENGAH JALAN…. kah kah kah...