Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 8 Januari 2013

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA SEDUNIA - JUMPA KETUA POLIS NEGARA


BERITA TER NOW
seramai  tujuh pemimpin pakatan
bersama 3 dari ngo
baru sahaja selesai bertemu
dengan ketua polis negara di bukit aman

delagasi 10 orang ini telah disambut baik
perbincangan berjalan secara  sivil

delegasai jawatakan kuasa HKR
berasma pemimpin pakatan
telah diberi pengenalan oleh ketua polis negara
tentang APA2011 - akta perhimpuan awan 2011

PEKARA YANG DITIMBULKAN

1 - jammer - ketua polis negara kata 
barang ini ada terjual di pasaran maknanya
bukan kerja polis sahaja
2 - ada  polis  masa bersih 3 
tak pakai nama dan number 
ketua polis negara telah bangun
dan menunjukkan pakaian seragam beliau
ada nama  jelas 
yang tak ada hanya number kerana KPN 
pegawai tinggi
yang lain wajib ada number dibaju
3 - jangan ada water cannon - ketua polis negar  berkata operasi adalah hak beliau
4 - kanak kanak TIDAK dibenarkan ikut serta
5 -  kad untuk wartawan - ini mengikut kata ketua polis negara
untuk memperbaiki kesilapan yang lalu i.e wartawan kena belasah
6 - KPN bertanya tentang tempat - mat sabu jawab belum ada
7 - perlu ada hot line antara penganjur dengan ocpd dang wangi
8 - perlu ada pemimpin/kepala yang mengepali 
perjalanan dari tempat permulaan ke tempat berhimpun
i.e dari stesen kereta api ke stadium merdeka
mat sabu cakap oranag dari pendang tak tahu mana
letaknya stadium merdeka

KEPUTUSAN TEMPAT
esok jawatankuasa penganjur HKR akan
akan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat pas
dan sidang akhbar kjam 4:00 perang
sila layari tukar tiub
untuk maklumat ter now!

SEBAGAI PENUTUP
tuan haji mat sabu
telah berkata rakyat dan pakatan rakyat
tdak mahu ada PERTUMPAHAN DARAH
apabila bertukar kerajaan
KPN hanya mendengar sahaja\

DELEGASI
mat sabu
tok pa
yb teng
yb chin tong
yb saifuddin
surendran
yb dari pasir panjang
maria chin
cik gu ishak surin
tukar tiub

--------

SATU JEMPUTAN UNTUK 34,980 TURUN SABTU INI



PENGUMUMAN
sila layari tukar tiub
untuk perkembangan
ter now tentang HKR

untuk mendapat maklumat terkini
untuk mendapat arahan terkini
sila layari tukar tiub
SEMUA 
SISTEM TIP TOP


AES: 34,980 dipanggil ke mahkamah Slim River hari ini

Harakahdaily,08 Jan 2013
TANJONG MALIM: Seramai 34,980 Orang Kena Saman (OKS) diminta hadir ke Mahkamah Majistret Slim River di sini pagi ini bagi sebutan kes saman berkaitan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Difahamkan sebutan kes bermula jam 8.45 pagi ini.

Peguam Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) akan berada di sana bagi membantu mereka yang dituduh.

Sementara itu, satu sidang media oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak Mohd Misbahul
Munir Masduki akan diadakan tengah hari ini di perkarangan mahkamah di sini.

Sidang media akan disertai Ketua Penerangan PAS Negeri Ahmad Nuri Al-Amin.

Sebelum Jabatan Peguam Negara mengambil keputusan untuk membekukan kesemua prosiding berkaitan dengan saman kesalahan AES, yang dimulakan sejak dua minggu lalu, sehingga beberapa aspek perundangan dan teknikal diselesaikan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... NAMPAK JELAS NEGARA INI TEKAH HANCUR.... kah jkah kah..

kah kah kah....TAK TAHU SIAPA YANG BERKUASA.... kah kah kah..

kah kah kah...HAKIM NEGARA KATA BATALKAN SAMAN.... kah kah kah..

kah kah kah... KRONI NAJIB TERUS MENYAMAN.... kah kah kah..


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... 34,980 YANG KENA SAMAN INI DATANG KL SABTU INI...kah kah kah...

kah kah kah...KITA TIBAI NAJIB DAN ROSMAH.... kah kah kah..

kah kah kah... DEMO SABTU INI  DARI  5 JUTA BERTAMBAH   34,890... kah kah kah..




---

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT - BUKAN ARAB SPRING TAPI MALAYSIA DURIANS




SEBUAH BUKU YANG AKAN 
MENEMUI PEMBACA
TEORI DAN MAKNA
POLITIK JALAN RAYA


KUALA LUMPUR SABTU INI

Sabtu 12 Januari 2013 minggu  ini satu juta  anak semua  bangsa – tua dan muda -  akan berhimpun di Kuala Lumpur. Ini adalah Himpunan Kebangkitan Rakyat.  Satu juta rakyat yang hadir di Kuala Lumpur telah disusun oleh badan-badan Ngo dengan kerjasama yang rapat dengan parti-parti politik dari Pakatan Rakyat.

Pelancaran resmi HKR ini telah dijalankan pada 3 November tahun lalu di Seremban.Pelancaran ini  telah disambut oleh 30,000 warga yang tidak berganjak walaupun hujan turun mencurah-curah. Kehadiran dalam hujan lebat ini telah dibaca sebagai ‘mood’ rakyat telah bersedia  keluar ke  jalan raya untuk membuat tuntutan. Lalu angka 1 juta dijadikan sasaran.

 Selama dua bulan ini para aktivis NGO bersama  pekerja dan pemimpin Pakatan Rakyat telah ke hulu he hilir berkempen untuk meledakkan kemarahan orang ramai. Para aktvis Ngo, perkerja dan pemimpin Pakatan Rakyat  telah ‘ mengocak dan mengacau’ dari  negeri ke negeri – dari kota ke kota – dari kampong ke kampong  - dengan niat jujur untuk menerangkan jenayah United Malays National Organisation.

Saya terlibat secara langsung. Tanpa segan silu  saya telah memperkenalkan satu ‘terminaloji baru’ – MENGHASUT - dalam istilah politik kontemperori Malaysia.  Saya telah merampas kembali  perkataan HASUT yang selama ini  melalui  Akta Hasutan telah digunakan untuk menindas rakyat. Tanpa berselindung, tanpa berlapik – saya telah menjelajah seluruh Semenanjung untuk ‘menghasut’  anak semua bangsa – tua dan muda – agar turun pada hari Sabtu ini.

Pasti ada yang akan bertanya : apakah tujuan HKR ini akan menghasilkan sesuatu? Apakah himpunan 1 juta orang ramai ini akan mengubah lanskap politik tanah air? Apakah himpunan ini akan membawa apa-apa kebaikkan? Apakah ianya akan membawa mudarat dan musibah keatas Pakatan Rakyat? Apakah nanti himpunan ini akan ditohmah dan difitnah?

Semua soalan ini adalah soalan yang jujur. Soalan sademikian lahir dari hati  jujur penyokong Pakatan Rakyat yang mahukan satu kerajaan dan pentabiran baru didirikan di Putrajaya. Justeru saya wajib menjawab soalan-soalan ini dalam usaha bersama-sama untuk membawa pencerahan dan perubahan.

Himpunan  Kebangkitan Rakyat ini adalah jalinan kerjasama antara Ngo dengan Pakatan Rakyat. Tujuan kerjasama ini cukup jelas.  Yang terlibat dalam HKR adalah Ngo-Ngo  yang partisan – yang berpihak.  Ngo yang berpihak kepada rakyat dan kebenaran. Ngo yang berpihak ini mengajukan ‘regime change – ubah kerajaan’ sebagai induk dasar perjuangan mereka. Ini bukan gerakan  Ngo yang kuntau muntau , berdolak dalik, lembik lagi mandul   dengan dasar perjuangan  – non partisan – tidak menyebelahi  yang zalim atau yang dizalimi.

Himpunan Kebangkitan Rakyat ini  bukan gerak kerja Ngo yang takut dengan falsafah ‘regime change’.  Atau Ngo yang secara senyap-senyap menyamar sebagai pro-rakyat tetapi hakikatnya bersubahat dengan United Malays National Organisation. Ngo-Ngo mandul ini berpura-pura melawan untuk menipu orang ramai walhal, hakikatnya pengamal Ngo bentuk ini menikmati hidup lumayan kerana bersubahat. Dengan konsep ‘non partisan’ – tidak menyebelahi mana-mana pihak -  mereka ingin dilihat  ‘melawan’ tetapi hakikatnya mereka membantu memanjangkan umur United Malays National Organisation.

Ngo sperti Anak, SAMM, UBU, Himpunanan Hijau, Royalti, GMI, SMM, ABU, Mufakat atau Ngo anti PPSMI – adalah pendukong tegar HKR. Ngo-ngo ini tidak menolak jalan raya sebagai kancah politik. Ngo ini menerima tunjuk perasaan sebagai wadah politik. Ngo-ngo ini secara jelas lagi lantang  mahukkan ‘regime change’.  Ngo-ngo ini telah letih dan penat menghantar memo. Mereka telah lelah  dan lesu membuat laporan polis. Mereka telah bosan ke mahkamah. 

Ngo-Ngo  ini telah mengumpulkan pengalaman.  Mereka melihat memo mereka ditong sampahkan.  Mereka naik bosan berbincang tak habis-habis. Akhirnya mereka menyedari bahawa polis dan mahkamah adalah milik United Malays National Organisation. Mereka juga sedar bahawa SPR dan SPRM  pekakas United Malays National Organisation.

Pengalaman mereka telah menunjukkan bahawa membuat sesuatu yang sama berulang-ulang kali dengan harapan ianya akan menghasilkan jawapan yang berbeza adalah kerja orang gila. Hantar memo, buat laporan polis atau ke mahkamah telah menjadi kerja bangang yang tidak membawa apa-apa hasil. Justeru mereka turun ke jalan raya untuk mengampohkan lagi tuntutan mereka.

Jangan silap faham – Ngo ini bukan pro-pembangkang. Ngo ini bukan alat  pembangkang. Ngo-Ngo ini adalah penyokong dan penggerak masyarakat madani yang anti-kerajaan.  Menuduh Ngo ini sebagai  pro-pembangkang ialah satu  penghinaan. Konsep Pro-Pembangkang dengan konsep anti-kerajaan adalah dua konsep yang berbeza-beza  - gula dan garam tidak sama.

Kerana itu jika kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak menunaikan tuntutan-tuntan ini maka semua lembaga Ngo ini akan sekali lagi bangun  melawan. Justeru Deklarasi 12 Januari yang akan dinobatkan pada malam Sabtu ini nanti akan mengajukan dan mengingatkan tuntutan bukan hanya kepada kerajaan  yang berkuasa pada hari ini. Tuntutan ini juga diajukan kepada kerajaan Pakatan Rakyat  yang akan datang.

Apakah 1 juta  dijalan raya ini akan mengubah lanskap politik negara? Jawapannya : sudah pasti. Kemunculan 1 juta warga nanti adalah untuk membuktikan kepada umum bahawa Pakatan Rakyat  dengan sokongan Ngo memiliki kekuatan yang ampoh. Dalam bahasa asing...  a show of strength...’ ini membuktikan tututan orang ramai untuk mendirikan kerajaan baru cukup kuat lagi ampoh.

Kehadiran  satu juta dijalan raya akan  menenggelamkan segala  tohmahan  saperti -  Amanat Haji Hadi, Murtad Nurul Izzah,  kenyataan  Allah Mat  Sabu, kes liwat Anwar Ibrahim, masaalah air di Selangor  dan dan dan....Semuanya akan tenggelam dalam lauangan 1 juta rakyat.

Selama berbulan bulan  rakyat melihat Pakatan Rakyat telah  dibuli dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Melalui media milik United Malays National Organisation  – siang dan malam – Pakatan Raktyat telah diduku.  12 Januari ini  ialah tanda noktah untuk pembulian ini.

Satu juta rakyat dijalan raya ini juga bermakna Pakatan Rakyat ini satu gerakan  politik yang ampoh dan popular. Satu juta penyokong Pakatan  sanggup turun ke jalan raya – tanpa diupah tanpa diancam. Ini adalah petanda bahawa  hari akhir  United Malays National Organisation telah sampai.

Jumlah 1 juta ini juga  akan menyedut para pengundi diatas pagar. Tunjuk perasaan ialah menunjukkan kemarahan dan kebencian  terhadap United Malays National Organisation. Kemarahan ini akhirnya  akan diterjemahkan sebagai undi. Warga diatas pagar yang tersedut  melihat 1 juta dijalan raya pasti tidak mahu dilihat ketinggalan. Mereka juga akan tersedut untuk  bersama mengundi Pakatan.

Apakah himpunan ini akan memudaratkan Pakatan Rakyat? Apakah akan berlaku kacau bilau? Disini lebih awal saya terangkan – jika berlaku kacau bilau, jika berlaku gangguan – semua ini adalah provokasi tersusun dan terancang dari jentera resmi dan tidak resmi milik United Malays National Organisation. Jentera dan pekakas resmi yang dimaksudkan ialah polis, FRU, dan mata-mata khas yang kerjanya terlatih untuk membuat huru hara.

Mustahil HKR yang pada ketika ini masih menunggu jawapan kebenaran untuk menggunakan Stadium Merdeka memiliki kudrat dan iradat untuk buat kacau. Jika kunci Stadium Merdeka pun tidak ada pada tangan jawatankuasa HKR maka  amatlah mustahil jawatankuasa ini ada keupayaan untuk membuat onar.

Biar saya nyatakan seawal mungkin – jika ada kekacauan  berlaku maka kekacaun  ini pastilah kerja jahat dari jentera upahan United Malays National Organisation. Hanya parti politik yang terdesak dan akan terkubur sahaja yang suka buat kacau. Manakala  Pakatan Rakyat yang imejnya sedang  naik cemerlang pasti berfikir 200 juta kali sebelum berfikir untuk membuat onar.

Pasti ada penyokong setia Pakatan Rakyat akan merasa cemas – apakah akan muncul dikaca tv, di muka hadapan akhbar – berita-berita negatif tentang Himpunan ini? Untuk pertanyaan ini saya menjawabnya dengan pertanyaan. Semenjak bila media dan tv milik United Malays National Organisation melaporkan berita tentang Pakatan Rakyat atau pemimpin Pakatan secara tepat dan adil?

Yakinlah - media musuh akan terus menyerang dengan pelbagai fitnah dan tohmah tanpa henti-henti. Jangan ada apa-apa mimpi dan angan-angan disini.  Hakikatnya sama ada  rakyat berhimpun  atau  duduk membakar jagung  atau memeram telor dirumah  - media United Malays National Oganisation akan  terus melahirkan berita tohmah dan fitnah. Media musuh akan terus menyerang – ini tugas mereka.

Akhirnya kita sampai kepada niat tersirat Himpunan ini.  Saya telah menjelaskan dalam hasutan saya bahawa jumlah 1 juta yang akan datang ke Kuala Lumpur adalah satu amaran kepada Najib, Rosmah, Muhyiddin dan Mahathir.  Jumlah 1 juta ini adalah  amaran agar mereka TIDAK akan menipu dalam PRU13 yang akan dijalankan tahun ini.

Abang, adik, dan pembaca – jangan salah tafsir. Jumlah 1 juta ini bukan satu ancaman. Jawatankuasa HKR tidak membuat apa-apa ancaman. Jumlah 1 juta adalah satu janji suci  dari para pengundi  - anak semua bangsa  - bahawa mereka TIDAK mahu lagi ditipu dalam PRU13. Hentikan penipuan dan jalankan pilihanraya yang bersih  dan adil.

Tarikh 12 Januari 2013 bukan meniru Arab Spring. Himpunan  Kebangkitan Rakyat pada Sabtu ini ialah Malaysian Durian.  Durian – susah untuk diambil isinya. Tetapi apabila  terbuka maka akan terbukalah ruang demokrasi yang isinya akan sama-sama kita nikmati. Kita berjumpa di Kuala Lumpur  Sabtu ini. (TT)





NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN yang terbaru
sesiapa ingin melanggan akhar
mingguan ini sila pukul talipon
02-22-72-40-45





------

LIHAT JATUH SAMPAI BERANI BANGUN MELAWAN



SEBUAH FILEM CULT KLASIK
sebuah filem jujur gila
sebuah filem hasutan halus
sebuah filem ajak melawan
lihat dan tonton


DOKTOR UNTUK 112 MEMINTA BANTUAN




PENGUMUMAN
adalah diberitahu
kepada semua warga
yang terdidik dalam ilmu perubatan
doktor
jururawat
pembantu doktor
misi
sila hubungan tim perubatan 112
tim perubtan ini memerlukan
tenaga sukarelawan
untuk
memberi khidmat amal jariah
ketika 1 juta rakyat berhimpun
di kuala lumpur


------

SEBELUM TURUN KE KUALA LUMPUR BACA INI DAHULU


PENGUMUMAN 
 JAWATANKUASA
 HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
semua yang akan turun sila ambil perhatian
untuk mengelakan kesesakan
sila jangan bawa kereta ke dalam kota kuala lumpur
sila jangan buat ganguan jalan
sila jangan jamkan jalan raya

perhimpunan  ini dijalankan dengan aman
perhimpunan ini dijalankan dengan santai
suasana pesta
suasana bersama kaum keluarga

PANTAI TIMUR
- dari pantai timur 
- dari kelantan
- terangganu
- dari pahang
ambil komuter ambil lrt 
di wilayah gombak
berhenti di masjid jemek
dan bergerak dari sana ke stadium merdeka

 PERLIS KEDAH PULAU PINANG PERAK
sila ambil komuter
di slim river
di tanjung malim
di rawang
dan kawasan-kawasan yang sama
berkumpul di masjid negara
dan bergerak ke stadium merdeka

NEGERI SEMBILAN
naik komuter dari seremban kajang bangi
cuba jangan bawa kereta ke dalam kota

SELANGOR - PJ KLANG SHAH ALAM
sila ambil komuter
sila ambil lrt berhenti di universiti
berhimpun di masjid universiti malaya
bergerak ke brickfeilds
warga aman sedang menungggu

MAHASISWA dan ANAK MUDA
berkumpul di masjid UM
bergerak bersama-sama menuju brickfeilds

HIMPUNAN HIJAU
berkumpul awal di KLCC

ROYALTI
berkumpul awal di KLCC

MUFAKAT 
berkumpul di jalan sultan

SAMM
berkumpul di kelab sultan sulaiman

WARGA YANG LAIN
datang terus masuk ke stadium merdeka

NOTA
sila berkumpul lebih awal
dan mula bergerak ke stadium merdeka

NOTA
sila layari semua laman pro pakatan
para pemilik laman
para bloger anti united malays national orgnisation
sila sebarkan maklumat ini

ANAK ANAK MUDA
yang bijak desin flyer
yang bijak dengan media baru
sila sibuk dan gempur alam siber
sila gempaq dengan #kl112
sila buat heboh

http://facebook.com/HKR.KL112



LAGI PENGUMUMAN PENTING


PAKAIAN
sila pakai seringan mungkin
baju t
seluar
bukan kain ketat
seluar jeans
kasut sneaker kasut getah
bukan kasut tingi tumit
topi kain tudung
bawa towel kecil
gunakan beg selendang melekat ke badan

APA YANG WAJIB DI BAWA 
air dalam botol
garam halus
dan semangat berani melawan
TALIPON BIMBIT
pastikan cukup bateri
pastikan cukup kredit
pastikan dijaga betul betul

DOKTOR BOMOH DAN TABIB
penganjur himpunan telah berkerja sama
dengan satu kumpulan doktor ngo
mereka memasang khemah
mereka memakai pakaian yang AMAT JELAS bertulis
PERUBATAN

JANGAN JANGAN JANGAN
jangan bawa beg duit dengan duit yang banyak
jangan pakai barang kemas
JANGAN JANGAN JANGAN
jangan buat songel
jangan buat pekara TIDAK senonoh arah

IKUT ARAHAN 
sila ikut arahan UNIT AMAL
sila ikut arahan SKUAD AMK
sila ikut arahan PEMUDA DAPSY
sila ikut arahan tim SAMM
anak mahasiswa - sila ikut arahan PEMIMPIN PELAJAR

BERJALAN BERJALAN BERJALAN
himpuan kita santai
berjalan perlahan saperti ditepi laut
berjalan perlahan  saperti pengantin baru

JAGA JAGA JAGA AWAS!
ejen gerombolan
ejen provokasi
ada dimana mana
awas dan waspada
jangan terperangkap

KHABAR ANGIN
ini taktik yang akan digunakan oleh musuh
berita palsu akan disebarkan
jangan terperangkap
tunggu maklumat resmi

LAYARI LAMAN MELAWAN
untuk perkembangan terkini
sila ikuti laman resmi himpunan:

http://facebook.com/HKR.KL112



----

HUJAN TIDAK RIBUT PUN TIDAK TETIBA KATAK PANJAT BATANG PISANG




 Perkasa Tidak Akan Terlibat Dalam Perhimpunan Pada 12 Jan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) tidak akan terlibat dengan satu perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di ibu negara oleh pakatan pembangkang pada 12 Jan ini.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya tidak akan campur tangan atau mengadakan perhimpunan lain bagi menyuarakan bantahan terhadap perhimpunan itu kerana kehadiran Perkasa hanya akan mengeruhkan keadaan.
"Kita tidak akan ikut permainan propaganda pembangkang yang sengaja mahu cetuskan kekecohan sehingga terjadinya insiden seperti di Dataran Tahrir, Mesirkerana itu yang mereka mahukan," katanya kepada pemberita di sini.
Baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata pakatan pembangkang merancang untuk mengadakan satu perhimpunan yang dinamakan perhimpunan kebangkitan rakyat di bandar raya pada 12 Jan ini.
Dalam pada itu, Ibrahim meminta Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) bertindak tegas dalam menguatkuasakan enakmen sedia ada bagi memelihara kesucian dan kedaulatan institusi agama Islam termasuk dalam isu penggunaan kalimah Allah.
Beliau berkata langkah itu perlu bagi membendung berlakunya perselisihan faham berkaitan agama di negara ini yang disifatkan sensitif selain bolehmenimbulkan kekacauan dan menjejaskan perpaduan.
Ibrahim mengulas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakankalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. TIEWNAMA

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... INI BERITA SAHEH LAGI JUJUR.... kah kah kah...

kah kah kah.. BRAHENG TAK MAHU KERUHKAN KEADAAAN... kah kah kah..

woit... CAKAP LAAA AWAL AWAL... TAKUT AIR KERUH ... kah kah kah..

kah kah kah.... KALAU AIR KERUH SUSAH NAK LOMPAT.... kah kah kah

kah kah kah... ATAU TAKUT NAK BUAT HIMPUNAN... kah kah kah...

kah kah kah.... TAK ADA RAKYAT NAK DATANG.... kah kah kah...

--------

KL SATU SATU DUA SEMAKIN GEMPAQ



PENGUMUMAN SETAKAT INI
melbourne
sydney
taiwan
bali indonesia
dubai
mesir
london 
paris
KOTA KINABALU SABAH
 

-----------