.

Rabu, 21 Oktober 2015

MARA BELI BANGUNAN DI AUSTRALIA





MARA
MARA ditubuhkan untuk orang melayu berlindung dan bergayut. Objektif MARA sememangnya telah lama dicapai. Lihat lah disekitar bgn MARA KL .. Sogo dan restoren, dari pagi hingga petang ada saja Pegawai MARA minum .. tak tau bila mereka bekerja .. kehadiran mereka senang dikenalpasti sebab dah ada uniform 

.. jelas mereka betul betul dilindungi .. pasal duit songlap RM129 juta .. entahlah .. semuanya macam main-main .. ramai yg dah kaya dan dilindungi dalam kes macam ni .. bila dah kaya orang akan hormat, ditambah pula pergi umrah 4,5 kali .. dahlah kaya nanti mati masuk surga pula .. kits yg miskin ni tak tau lagi .. on RASUAH BERTERUSAN
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 10/21/15





--------------

JAMAL DAN ALI AKAN BERTINJU





INi BUKTi

SAHEH CiCAK

BERGADUH



Tangkap dan dakwa Jamal – Ali Tinju

 | October 21, 2015
Dia mendakwa Jamal Yunos seperti kebal kerana tidak dikenakan tindakan walaupun melanggar arahan polis.





PETALING JAYA : Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar,  Jamal Yunos.
Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.
“Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa,” katanya kepada FMT.


KAH KAH KAH
woit
taiko sudah gaduh
apa pasal taiko gaduh
rebut tapak pasar malam?
ada tapak di jln petaling?
dah dapat ke?
kah kah kah
gaduh jangan tak gaduh
rebut jangan tak rebut
pahlawan melayu 
pantang undur
pahlawan melayu 
pantang kencing berdiri
kah kah kah

GADUH LAGi
------------

MANA PAHLAWAN MELAYU HILANG




DIBERi TAHU

siapa tahu 
siapa ada maklumat
dimana pahlwan melayu
ini berada
pahlawan ini 
telah dipanggil badut
oleh mat tikus gerakan
kenapa pahlawan melayu
tak melawan
senyap menikus
sudah takut ke?




-----------

ARAH POLIS BUAT JERJA




iEN KUNTUM

TAK MALUN





Tak payah Ali Tinju arah polis buat kerja – Jamal

 | October 21, 2015
Jamal Yunos hormati hak bersuara dan mengkritik tetapi ada juga orang yang hanya tahu bercakap namun tidak membuat apa-apa kebaikan untuk masyarakat.
PETALING JAYA: Jamal Yunos dan Mohamad Ali Baharom atau Ali Tinju terus melancarkan ‘perang’ dengan masing-masing membuat tuduhan antara satu sama lain.
Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mengingatkan Ali Tinju supaya tidak sewenang-wenangnya mengajar atau mengganggu polis menjalankan tugas.
Ingatan itu dibuat selepas Ali Tinju mendesak polis mengambil tindakan tegas terhadap Jamal yang dilihat kebal walaupun telah melanggar arahan polis.
“Tidak perlu nak mengajar agensi-agensi kerajaan ini terutamanya pihak polis kerana mereka tahu untuk menjalankan tugas tanpa arahan daripada sesiapa,” katanya kepada FMT.

KAH KAH KAH
apa sudah jadi
dua pejuang melayu
gaduh sama sendiri'
cuba tanya tanya
cuba korek korek
cuba cari cari
pejuang melayu rebut apa?
gaduh pasal apa?
kah kah kah
hal projek ke?
atau hal bujet ?
kah kah kah

FULUSiKOM

----------

JANJI NAJIB






3 HARI SEBELUM BELANJAWAN 2016
 NAJIB WAJIB MENGUMUMKAN
CARA PERBELANJAAN RM31.4 BILLION

3 Hari sebelum pembentangan Belanjawan 2016, saya terpanggil untuk mengingatkan Perdana Menteri Najib Abdul Razak bahawa beliau sudah janji bahawa Kerajaan UMNO/BN akan mendedahkan cara perbelanjaan hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dijangka mencecah RM31.4 billion.

Bulan April hingga Jun 2015 melihatkan hasil kutipan GST sebanyak RM7.6 billion, ataupun secara puratanya RM85 juta sehari. Kutipan GST dijangka melonjat untuk pertengahan kedua tahun 2015 apabila syarikat yang hasil tahunannya kurang daripada RM500 ribu setahun memfailkan GST mereka. Jangkaan hasil kutipan GST dalam Laporan Rancangan Malaysia Ke-11 adalah sebanyak RM31.4 billion untuk tahun 2015.

Sebelum ini Najib telah berjanji akan menjelaskan cara penggunaan GST menjelang pembentangan Belanjawan 2016 di Parlimen.[1] Saya turut mencadangkan bahawa pendedahan tersebut seharusnya telus dan komprehensif. Oleh yang demikian, perkara yang wajar diumumkan kepada rakyat termasuk jumlah saman yang dikeluarkan dan dikutip, jumlah syarikat yang mendaftar, pembayaran balik GST untuk pelancong dan perniagaan, serta sebab-sebab kelewatan pembayaran balik rebat.

Sudah pasti perkara paling penting adalah ke mana perginya RM31.4 billion yang dikutip tahun ini. Saya menggesa Najib supaya berpegang kepada janji dan mengumumkan penggunaan hasil kutipan GST kerana rakyat berhak mengetahui ke mana wang rakyat dibelanjakan.

Lee Chean Chung
ADUN Semambu
Ketua Penerangan AMK Pusat







-----------

NAJIB DAH PANDAI





NAJiB DAH

PANDAi 

BUAT LAWAK 


 | October 21, 2015
najib_1mdb_600
Rakyat tidak seharusnya membuat perbicaraan tentang 1MDB berdasarkan laporan media sebaliknya bersabar menunggu hasil siasatan. More ››


KAH KAH KAH

LAWAK

KURUN 
iNI

KAH KAH KAH





------------

TAK ADA APA NAK TAMBAH





 | October 21, 2015
Khalid-Abu-Bakar,mahathir
Polis menyiasat kehadiran  Mahathir pada perhimpunan Bersih 4.0 dan dakwaan ketua UMNO bahagian menerima rasuah. More ›


KAH KAH KAH

i REST MY CASE

NOTiNG 2 ADD

Mi LORD BUT

TO LAUGH

KAH KAH KAH




--------------

CUTI JEREBU






FACE BOOK

Sesiapa yg nak cuti jerubu pakailah petua nih






-------------

APA KEPUTUSAN HAKIM








JAM 10.12 PAGi

MAHKAMAH

SUDAH BUAT

KEPUTUSAN

LU PIKiRLAH

APA HAKiM

ROYAK GAWA

MAHA TAHU

GWA DALAM

KANDANG

KAH KAH KAH










-------------

RASUAH BERTERUSAN








PEGAWAI TINGGI MARA YANG DINAMAKAN DI AUSTRALIA MASIH BELUM DIAMBIL TINDAKAN SEJAK SKANDAL MARA DIDEDAHKAN


Skandal pembelian hartanah oleh MARA yang melibatkan MARA terlebih bayar sehingga RM129 juta pada kala biasiswa dan pinjaman pendidikan MARA dipotong telah didedahkan dalam bulan Jun 2015. Selain dari beberapa pengumuman pendek mengenai perlantikan juru audit bebas untuk menyemak urusniaga-urusniaga itu, sehingga kini rakyat masih belum mendapat maklumat mengenai tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pegawai-pegawai tinggi MARA yang terbabit/disyaki terbabit di dalam skandal ini.

Walaupun jumlah RM129 juta yang disyaki diselewengkan dalam bentuk bayaran melebihi harga pasaran tidaklah setinggi skandal 1MDB yang mencecah dana sehingga RM50 bilion, nilainya tetap besar kerana itu jumlah yang boleh dilaburkan kembali kepada rakyat dalam bentuk biasiswa dan pinjaman pendidikan seperti mandat asal MARA.

Rakan saya di National Oversight & Whistleblowers (NOW), Saudara Akmal Nasir telah ke Melbourne dalam bulan Julai 2015 untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai urusniaga dan siapa yang terbabit. Selain dari nama-nama yang telah diketahui umum, saya terkejut kerana nampaknya tiada sebarang tindakan diambil terhadap seorang pegawai tinggi MARA yang pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang memiliki syarikat-syarikat yang terbabit dengan pembelian hartanah ini.

Semakan saya di laman Pelaburan MARA Berhad, syarikat pelaburan induk yang menguruskan pelaburan dan aset MARA dan dimiliki sepenuhnya oleh MARA masih menunjukkan seorang yang bernama sebagai Nazim Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad.

Jika siasatan dalaman oleh MARA di bawah kepimpinan Tan Sri Anuar Musa dibuat dengan teliti, siasatan itu sudah tentu akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman pernah mempunyai kepentingan perniagaan bersama di dalam syarikat yang terbabit di dalam urusniaga hartanah MARA di Australia. Malah, siasatan ringkas juga akan menunjukkan bahawa Nazim Rahman kenal rapat dan mempunyai kepentingan perniagaan bersama dengan individu-individu yang lain dalam syarikat-syarikat lain selain dari syarikat yang terbabit dalam urusniaga hartanah MARA.

Ini menimbulkan satu percanggahan kepentingan (“conflict of interest”) apabila Ketua Pegawai Eksekutif Pelaburan MARA yang menguruskan pelaburan aset MARA mempunyai kepentingan perniagaan di dalam syarikat yang berurusan dengan MARA dalam pembelian hartanah di Australia.

Malangnya, skandal ini nampaknya cuba didiamkan begitu sahaja dan sehingga kini tidak ada seorang pun yang dihadapkan ke mahkamah atau diambil tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa baik MARA sendiri atau SPRM.
 
Oleh yang demikian, saya akan mendedahkan dokumen-dokumen yang diperolehi dari Australia termasuklah dokumen mahkamah di sana yang secara jelas menamakan individu-individu yang terbabit . Saya berharap tindakan diambil terhadap mereka ini termasuklah seorang EXCO Pemuda Umno yang dinamakan secara jelas di dalam dokumen-dokumen tersebut. 
  

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN



------

ORANG ASAL DIHALAU








20 Oktober 2015
ISU PEROBOHAN PENEMPATAN ORANG ASAL KAMPUNG DATO' ABDUL RAHMAN YASSIN, KLUANG

Perkampungan orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin Kluang telah bertapak sejak lebih kurang 45 tahun yang lalu. Ia telah mula diterokai oleh Ajon Bin Bakar.
Namun, merujuk kepada surat yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Orang Asli (JAKOA), nombor rujukan JAKOA/KLG A1.95/526 Jld 3 (72) bertarikh 15 Jun 2012, tanah penempatan tersebut merupakan kawasan milik individu dan tanah Hutan Simpan Renggam.

Sehingga tarikh surat tersebut dikeluarkan, penduduk di kawasan berkenaan berjumlah 23 keluarga (sumber JAKOA Kluang) melibatkan orang asli yang berhijrah dari Rompin dan Kluang sendiri.

Dalam surat tersebut turut menyatakan JAKOA Johor, daerah dan JAKOA Pahang telah bertemu orang asli disitu dan mengarahkan supaya mereka keluar dari kawasan berkenaan.

Pada 15 Oktober 2015, satu notis peringatan terakhir dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Kluang agar penduduk orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin mengosongkan tanah Kerajaan/rizab parit yang merujuk kepada penempatan mereka tersebut.

Notis tersebut turut merujuk notis awal bertarikh 9 September 2014 dan notis pengosongan bertarikh 3 September 2014.
Menurut notis juga, orang asal Kampung Abdul Rahman Yassin telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara dan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 (1)(a) K.T.N yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau tidak lebih dari 1 tahun penjara ATAU kedua-duanya sekali.
Menurut notis, untuk berlaku adil, Pejabat Tanah menyarankan agar penduduk orang asal disitu merobohkan binaan/bangunan mereka sendiri secara serta-merta dari tarikh notis dikeluarkan.

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak Pejabat Tanah mengambil tindakan merobohkan binaan/bangunan berkenaan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang amaran lagi.

Menurut laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Oktober 2015 memetik kenyataan Pegawai Daerah Kluang - Muhamad Fuad Radzuan sebagai berkata, anggota daripada Pejabat Tanah Kluang, Majlis Perbandaran Kluang dan pasukan polis akan melaksanakan penguatkuasaan dengan merobohkan kediaman mereka yang telah dikosongkan. Tempoh selama 3 hari diberikan (sehingga Rabu ini-esok).

PERSOALAN :
1. Apakah status sebenar dan milik siapakah tanah tersebut?
Menurut surat dikeluarkan JAKOA, tanah tersebut merupakan kawasan milik peribadi dan kawasan Hutan Simpan Renggam. Mengikut surat dari Pejabat Tanah Kluang, tanah tersebut adalah tanah Kerajaan.

2. Apakah faktor sebenar penduduk orang asal diminta keluar dari penempatan tersebut dan rumah ingin dirobohkan?
Apakah rancangan yang ingin dilaksanakan di atas tanah ini?

3. Mengapakah hanya selepas sekian lama (45 tahun), baru sekarang timbul isu penduduk disitu ingin dihalau keluar dan rumah-rumah mereka ingin dirobohkan?
Mengapa ia tidak berlaku sejak dari awal dahulu lagi? Mengapa baru sekarang tergesa-gesa sedangkan kesannya akan merumitkan orang asal disini?

4. Siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab mengendalikan hal ini dan siapakah paling berkuasa untuk memberikan kata pemutus sebagai penyelesaian?
Maklumat dari beberapa agensi yang berlainan menyebabkan konflik dan maklumat bercelaru dikalangan penduduk orang asal.

PERMINTAAN :
1. Perbincanagan yang lebih mendalam dan terperinci mestilah dilakukan sehingga mencapai persetujuan kesemua pihak yang telibat khususnya antara pihak berautoriti dan penduduk orang asal disitu dalam mencari jalan keluar terbaik untuk isu ini.

2. Keengganan penduduk orang asal di Kampung Dato' Abdul Rahman Yassin daripada mengosongkan penempatan mereka ini menggambarkan bahawa terdapat keraguan dan kerisauan menyelubungi mereka yang masih belum diselesaikan oleh pihak berautoriti dalam isu ini.

Kenyataan media oleh ;
SHEIKH OMAR ALI
(Pegawai Khas kepada Pengerusi DAP Johor)






-------------