Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 9 November 2012

LAGI SEBAB SATU JUTA MAHU TURUN KE JALAN RAYA



KOMENTAR TUKAR TIUB


ini adalah sebab sebab mengapa satu juta
akan turun ke jalan raya

orang ramai telah jelak
orang ramai telah muak
orang ramai telah letih

masa nya telah sampai untuk
menghumbankan united malays national organisation

tidak ada tanguh
tidak ada alasan
bersedia dari sekarang
minta cuti
tempah tiket perjalanan
tempah bilik penginapan

kota banjiri kuala lumpur sabtu 12 januari
kita buktikan kepada dunia bahawa 
kita mahu pru13 yang adil dan bersih
kita tidak mahu lagi ditipu

i



SAMAN PDRM TETAP BERJALAN WALAU 


PUN ADA AES - mkini



KUALA LUMPUR:

Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan memansuhkan saman postal (Notis Pol 170A) walaupun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dilaksanakan.


Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES - S.K

KUALA LUMPUR 5 November: KEADILAN membongkar hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA.

Dedah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Chang Lih Kang, pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.

“Ibunya, Puan Sri Datin Atkah Abdullah pula adalah bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Johor dan Ahli Jawatankuasa Wanita Umno Pusat.

“Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Teja itu pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Lih Kang, pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.

“Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,” soal beliau.


SATU JUTA  JANJI KITA 

BUKAN AMARAN

KITA KE JALAN RAYA PADA 12 JANUARI - SATU JUTA TIBAI GEROMBOLAN



KOMENTAR TUKAR TIUB
terbaik!
syabas!
tapi hati hati
kita kempen agar orang ramai timbul benci

timbul benci kepada united malaysa national organisation

kita goreng perlahahn lahan
kita bakar lama lama

awas!
jangan jadikan ini sama saperti kes shahrizat lembu 
bila lembu letak jawatan -  rakyat rugi

jadikan kes AES
jadikan kes nazri
jadikan kers anak nazri
sebagai  bisul yang menanah
jangan sampai meletus

ingat pengalaman madey letak jawatan
mat zzzz naik gerombolan menang besar

yang kita perlukan ialah huru harakan musuh
kita hanya pukul gendang
ketok tetawak
tipu bangsi
biarkan united malays national organisation menari 
biarkan menari ikut gendang rakyat

najib sedang dikepong
di eropah di kepong oleh peguam peranchis
di eropah sednag dikepong oleh balasubramaniam

di malaysia di kepong oleh madey
di rumah  tak ada pilihan di kepong oleh bik mama


SELANGOR TIDAK BENARKAN 

PENGUATKUASAAN AES - mkini
  
Kerajaan Selangor tidak akan membenarkan penguatkuasaan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang telah dipasang di negeri ini kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) gagal membuktikan AES adalah cara terbaik untuk mengatasi peningkatan kadar kemalangan jalan raya, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Setelah mendengar taklimat oleh Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) semalam, kerajaan negeri bercadang untuk melantik penilai bebas untuk mengkaji sama ada Kementerian Pengangkutan telah mengambil kira secara menyeluruh langkah-langkah sepatutnya sebelum membuat keputusan untuk mengunapakai dan memasang sistem AES ini.

"Dari pembentangan tersebut, kerajaan negeri juga mendapati Kementerian Pengangkutan telah gagal mendapatkan kebenaran untuk pembinaan struktur bagi sistem AES daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, tegasnya, kerajaan negeri mengarahkan semua PBT untuk memaklumkan  kepada kementerian menyatakan bahawa pemasangan AES telah tidak mematuhi undang-undang dan tidak boleh dilaksanakan sehingga perkara ini dipatuhi.

"Kerajaan negeri merasakan  perjanjian di antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi perlu dikaji semula sebelum sistem AES dapat dikuatkuasakan.

"Kerajaan negeri juga dimaklumkan bahawa syarikat konsesi akan mendapat keuntungan 17 peratus di mana kerajaan negeri berpendapat jumlah keuntungan itu tidak wajar.

"Kerajaan negeri  juga mengesyorkan kutipan sama dimasukkan dalam Akaun Amanah berbanding Akaun Yang Disatukan untuk membiayai program kesedaran keselamatan jalan raya," tegasnya.

Dengan cara ini, tegasnya, rakyat  yang membayar saman akan menyumbang kepada negara bukan membantu menambah kekayaan golongan peniaga.

Menerusi akaun amanah ini, tambahnya, syarikat konsesi hanya dibenarkan mengutip keuntungan wajar bagi menampung kos pemasangan kamera AES.

"Dengan cara ini juga, syarikat konsesi lebih berhati-hati untuk memasang AES dengan memilih kawasan-kawasan strategik  untuk mengelak menanggung kos pemasangan yang tinggi.

"Kerajaan negeri tidak bertolak ansur sekiranya syarikat konsesi mahu mengaut  keuntungan melampau hasil penswastaan saman kerana akhirnya rakyat yang terpaksa menanggung beban," tambahnya.


JANGAN LUPA MEGA DEMO

JANGAN LUPA 112

JANGAB LUPA BUAT PERSEDIAAN

KITA TIDAK PERLU LAGI BANYAK BERCAKAP - MENYUSUN DARI SEKARANG



KOMENTAR TUKAR TIUB
tak perlu banyak cakap
ini satu sebab kenapa rakyat wajib turnn ke jalan rfaya
pada 12 januari nanti

satu juta kita berhimpun di kuala lumpur

linas ke
lunas ke 
tak pentang
yang penting sdatu juta memenuhi kuala lumpur

HANYA INI 
JAWAPAN YANG BETUL
Tukar Tiub: PENCERAHAN UNTUK PERUBAHAN


LYNAS KINI BOLEH MULAKAN OPERASI - meloya

KAKITANGAN Lynas berdoa tanda syukur di pekarangan mahkamah selepas Mahkamah Tinggi Kuantan membenarkan syarikat memproses nadir bumi itu memulakan operasi, di Kuantan, Pahang, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI
KUANTAN 8 Nov. - Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.

Hakim Datuk Mariana Yahya memutuskan demikian dengan alasan masih terlalu awal untuk penduduk tersebut untuk mencabar pemberian TOL oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi kepada syarikat memproses nadir bumi itu bagi memulakan operasi.

‘‘Saya berpendapat masih terlalu awal untuk mempertikaikan status TOL dalam kes ini dan adalah lebih sesuai jika pertikaian dibuat dalam semakan kehakiman.




KENAPA KE JALAN RAYA SEBELUM KE PILIHAN RAYA



KOMENTAR TUKAR TIUB
tim dan sidang pengarang tukar tiub dari awal
berpendapat bahawa pru13 ini pakatan rakyat akan dikalahkan
selangor akan  dirampas oleh united malays national organisation

ini bukan kerana pakatan rakyat rasuah
ini bukan kerana pakatan rakyat rampas tanah rakyat

tidak tidak tidak

pakatan rakyat akan dikalahkan kerana penipun

JUSTERU
satu juta rakyat wajib ke jalan raya  sebelum ke pilihan raya
pembersihan spr wajib dilakukan sebelum pilihan raya

PENIPUAN SEDANG DI RANCANG
pelbagai jenis penipuan sednag dirancang
pelbagai trik dan tipu helah sednag diatur

SEMUA HAMPEH
hantar memo
laporan polis
buat aduan
semua telah dilakukan 
semua hampeh

HANYA SATU JAWAPAN
pada 12 januari 2013 satu juta
wajib turun ke jalan raya


 


SISTEM PENGUNDIAN AWAL MUDAH 

DIMANIPULASI SPR - FAUZIAH-  suara keadilan

KUALA LUMPUR 8 Nov: Pelaksanaan sistem pengundian awal yang menggantikan sistem undi polis, tidak kemas dan mudah dimanipulasi untuk memenangkan Umno BN, kata Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, ia berikutan pengundian awal sepatutnya dibuat sehari sebelum hari mengundi, bukan tiga hari seperti yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Pasangan (pengundi awal seperti tentera dan polis) juga automatik undi awal, walaupun mereka tidak perlu buat demikian.

“Kita juga tidak dibenarkan lekatkan ‘seal’ (penanda) pada peti undi. Ini menyusahkan kita untuk jaga (peti undi) selama tiga hari sebelum dikira.

“Pengumuman terbaru SPR mengatakan kertas undi tidak lagi ditebuk (khas) sebagai tanda ia asli, sebaliknya guna rubber stamp. Sesiapa pun boleh (tiru),” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Mengikut laporan Bernama 14 Mac lalu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memperkenal sistem undi awal menggantikan undi pos bermula Pilihan Raya umum (PRU) ke-13. Ia bermakna, semua 242,294 pengundi pos dengan automatik menjadi pengundi awal.

Pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini, Fuziah berkata, SPR bukan sahaja tidak menambah baik proses pilihan raya, malah menambah lagi kesulitan dan memudahkan penipuan.

“Isu pengundian awal penting dan tidak harus dibiar sebegini. Ia antara isu yang tidak dipandang serius oleh SPR untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bersih,” katanya.

Dalam sidang media sama, Ahli Parlimen Tian Chua mengecam SPR kerana tidak pernah memberi jawapan wajar tentang isu yang dibangkitkan.

“Yang ada hanyalah had bendera (ketika berkempen) dan had kehadiran semasa penamaan calon. Semua ini tiada kaitan,” katanya.

Beliau tidak menolak rakyat akan bangkit untuk meneruskan tuntutan pilihan raya adil dan bersih jika SPR enggan membaiki sistem sedia ada.

“Harapan rakyat pada PRU 13 sangat tinggi. Kerajaan tidak mampu lagi untuk kecewakan rakyat,” katanya.


KITA SEDANG MEMBUAT SEJARAH
HANYA JALAN RAYA PENENTU SEJARAH

WARGA FELDA TELAH KENA TIPU





KOMENTAR TUKAR TIUB
ini adalah salah satu dari sebab 
kenapa pada 12 januari 2013
satu juta rakyat bangun melawan

inilah sebab kenapa warga felda akan bersama
inilah sebab kenapa jenerasi kedua warga fela akan ke jalan raya

kiat ke jalan raya 
sebelum ke pilihan raya

 


SAHAM FELDA MEROSOT 

MENGHAMPIRI 

REKOD TERENDAH - malaysian insider


 Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH), tawaran awal awam (IPO) kedua terbesar di dunia tahun ini, telah merosot dalam minggu lepas atas keraguan terhadap pendapatan lemah syarikat perladangan tersebut.

Saham gergasi perladangan itu, yang sepatutnya menjadi durian runtuh kewangan kepada peneroka Felda, diniagakan serendah RM4.59 semalam, sedikit lagi menghampiri rekod terendah RM4.57 yang dicatatkan pada 11 September.

FGVH ditutup pada RM4.63, tujuh sen lebih rendah berbanding pada 1 November dan hanya lapan sen di atas harga IPO.


Ramai peneroka mengambil pinjaman untuk membeli saham FGVH dan trend umum penurunan harga saham sejak penyenaraiannya pada 28 Jun apabila ia mencecah rekod tinggi RM5.46, boleh menjadi punca ketidakpuashatian.

Kerajaan bagaimanapun melangkah masuk untuk membantu peneroka apabila mendapat peruntukan RM361 juta dari Felda, pihak berkuasa pembangunan tanah kerajaan, pada bulan Ogos untuk membiayai 800 unit saham yang dibeli oleh setiap peneroka.

Peruntukan ini akan membebaskan peneroka dari perlu membayar lima peratus faedah bank setahun ke atas pinjaman yang diambil untuk membeli saham; peneroka sebaliknya akan membayar balik Felda kira-kira RM50 setiap bulan tanpa faedah, selama lima tahun.

Prestasi mengecewakan FGVH juga boleh menyebabkan gangguan sepanjang rentetan penyenaraian mega baru yang menolak Kuala Lumpur mendahului Hong Kong sebagai hab IPO utama di rantau ini.

KITA ULANGI SEJARAH
KIAT BUAT SEJARAH
KIAT ADALAH SEJARAH

SATU JUTA - ONE MILLION - UNE MILLION - BERSEDIA








PENGUMUMAN UNTUK SEMUA

perhimpunan sejuta rakyat menuntut hak
perhimpuann sejuta rakyat menuntut 8 janji bersih
perhimpunan sejuta rakyat menunut hak tanah mereka

pada 12 janauri 2013
sejuta rakyat akan berhimpun di kuala lumpur

KITA BERGANDA GANDA

semua di minta beesedia:
sial tempah tiket kapal terbang
sila minta cuti dari sekarang
sila tempah hotel di kuala lumpur
sila tempah tiket kereta apai dari sekarang
sila tempah tiket bas dari sekarang

BERGANDA GANDA
anak anak muda mahassiswa
pasati semua assingmen telah selesai

anak anak muda yang ingin mencipta sejarah
yang belu pernah tirun berdemo sila datang sama

KITA WUJUD KERANA KITA BERDEMO
ini adalah sambungan falsafah decartes yang berkata:
je sius donc je pense - aku wujud maka aku berfikir

LEBIH DARI INI
KENAPA PERLU KE JALAN RAYA
kita perlu ke jalan raya sebelum ke pilihan raya
ini untuk memastikan 8 tuntutan kita di tunai
ini untuk memastikan pengundi tidak ditipu
ini untuk memastikan mat bangla tidak mengundi
ini untuk memastikan mat indon tidak mengundi
ini untuk memastikan may myamar tidak mengundi
ini untuk memastikan senarai undi bersih
ini untuk memsatikan dakwat hitam di celup sesudah mengundi
ini untuk memastikan pengerusi spr letak jawatan
ini untuk memastikan timbalan pengerusi spr letak jatawan


RADIO BANGSAR UTAMA ADALAH 
RADIO RESMI 112 
LAYARI UNTUK MAKLUMAT TERKINI

HANYA BILA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KALAH - SEMUA UNDANG UNDANG ZALIM AKAN DI HAPUS



NOTA:
januari 12 satu junta kita  berhimpun
menuntut 8 tuntutan
termasuk menuntut hapuskan AES







AES: SAMM Yakin Kerajaan Akan Tangguh

Kerajaan Malaysia telah menerima tekanan yang hebat dari pelbagai sektor lapisan masyarakat supaya Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ditangguh dan dikaji terlebih dahulu. Daripada majoriti rakyat biasa hingga ke NGO yang berpengaruh, sistem saman AES didesak agar kajian menyeluruh dan pendapat awam diambil kira sebelum ia benar-benar dilaksana. 

Pihak yang menentang perlaksanaan AES juga merentasi kepartian apabila ramai dari kalangan ahli Umno termasuk beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional turut tidak bersetuju AES dilaksana buat masa ini. Antara alasan utama MP kerajaan melontarkan sokongan terhadap penangguhan AES adalah kerana pilihanraya yang semakin hampir dan akan menyebabkan Barisan Nasional hilang pengundi malah turut menyuarakan kemungkinan kerajaan pemerintah tumbang dengan isu AES. Walaubagaimanapun kerajaan setakat hari ini tetap berkeras perlaksanaan AES diteruskan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga berkeras mendesak sistem AES yang beroperasi 24 jam saman terhadap rakyat perlu dihentikan. SAMM tetap berpendirian bahawa banyak faktor lain perlu dititik-beratkan bagi menjamin keselamatan pemanduan di atas jalanraya selain saman halaju. Masalah jalan berlubang, tidak rata, selekoh yang masih tidak diterangi cahaya ketika malam, jalan berlopak air ketika hujan adalah antara faktor kemalangan yang terlebih dahulu perlu diperbaiki, diselesaikan masalahnya sebelum rakyat disaman semahunya.

SAMM juga tetap bertegas supaya keselamatan penunggang motorsikal diberi keutamaan kerana dari statistik kemalangan jalanraya yang menyebabkan kehilangan jiwa adalah majoriti penunggang, bukan pemandu. Ini membuktikan AES tidak releven jika dikait untuk mengurangkan kemalangan maut kerana AES yang menelan belanja jutaan ringgit adalah untuk kenderaan empat roda, bukan untuk motorsikal. 

Kerajaan sepatutnya berbelanja lebih untuk membina laluan sikal dan perlu menggubal undang-undang jalanraya khas untuk melindungi penunggang motorsikal. Dengan kamera AES, dapatkah AES menyaman motorsikal yang laju?

SAMM yakin sistem saman AES akhirnya akan ditangguh oleh kerajaan untuk meredakan kemarahan rakyat ketika pilihanraya umum semakin hampir. Kononnya prihatin terhadap rakyat maka AES ditangguh dan dikaji terlebih dahulu menjadi ayat lazim memujuk rakyat supaya kembali mengundi Barisan Nasional. Namun SAMM percaya rakyat hari ini telah bijak apabila memikirkan AES pasti akan dilaksana secara besar-besaran sekiranya BN menang PRU-13. 

Ini terbukti pada PRU yang lalu apabila kerajaan berjanji tidak naik harga minyak tetapi naik hingga 78sen selepas 3 bulan pasca PRU-12. SAMM menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada peristiwa kenaikkan harga minyak pada PRU yang lalu.

Samada kerajaan tangguh atau tidak AES di atas apa jua alasannya, rakyat tetap menolak Barisan Nasional pada PRU-13 demi keselamatan dan sesejahteraan rakyat. Telah banyak kali perasaan rakyat diguris dengan keputusan 'flip-flop', rakyat bukan bahan ujikaji dan juga bukan bahan untuk kerajaan dan kroni menjana keuntungan.

Akhir sekali, SAMM mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada KASE yang menyediakan 100 peguam untuk berdepan saman AES. Dengan adanya bantuan rakyat sebegini, pasti ia melegakan orang ramai yang teraniaya dengan saman AES yang berorientasikan 'perangkap' ini. SAMM gesa rakyat dikenakan saman AES supaya jangan bayar saman tersebut, tetapi serahkan kepada KASE.

Sekian,


Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM


JANGAN LUPA MEGA DEMO
SEJUTA AKAN BANGUN MELAWAN