Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Ahad, 13 November 2011

SURAT DARI ANAK PENEROKA FELDA




DATUK ZUL, MAZLAN DAN ISA






PERPECAHAN DALAM FELDA – HA HA HA...HAJI NAJIB PENING KEPALA

Ha Ha Ha... Haji Najib pening kepala isu Felda. Perpecahan dalam Felda sangat serius dan ketara. Walau Isa Samad bagitahu media dan Haji Najib semuanya baik, tapi laporan semua baik juga sebabkan BN kalah Selangor, Penang, Kedah, Perak (sebelum acara lompat katak wakil rakyat berlaku) dan Kelantan. Haji Najib tergamam dalaman Felda berantakan. Isa Samad dan Sabri Ahmad hentam FELDA malah Ketua Peneroka yang jadi Lembaga Pengarah pun turut dimaki hamun oleh penyokong-penyokong tegar mereka sebab tak setuju rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan gadaian anak-anak syarikat Felda.

Ha Ha Ha... Biarkan Isa Samad dan Sabri Ahmad terus leka bantai Dato Dzul (DG Felda), Pengarah-Pengarah dan kakitangan FELDA serta tak terkecuali En. Samsudin (Ketua Peneroka) di laman maya dan melalui agen mereka Seranta UMNO Felda. Di barisan PR, lebih elok Dato Dzul keluar Felda, imej bersih dan lembut beliau menyusahkan PR mempengaruhi peneroka. Aura Dato Dzul kuat di seluruh Felda, tanyalah calon-calon PR yang tumbang di Felda. Dato Dzul sendiri ahli UMNO, dan bantuan Dato Dzul dan pengurusan Felda yang yakinkan peneroka dan kakitangan menangkan BN di DUN Hulu Selangor. DUN Kerdau dan DUN Tenang serta DUN Merlimau. Pengaruh En Shamsudin (Pak Din) pun cukup gagah di kalangan peneroka. Aura beliau juga yang menangkan BN di peti undi FELDA. Buktinya, pencacai Isa Samad dan Sabri Ahmad akhirnya mengalah kepenatan dan heret Dato Dzul dan Pak Din pada saat akhir siri penerangan serta paksa Dato Dzul dan Pak Din cakap semasa diwawancara TV3 tapi lain dijawab lain yang keluar dan yang mengulas panjang adalah pembaca berita sendiri. Siapa tak kenal berita TV3 yang iklan raya aidilfitri pun ala krismas dan yahudi.

Dato Dzul dan Pak Din sekarang jadi bahan pameran untuk tunjukkan semuanya OK dengan usaha keji Isa Samad dan Sabri Ahmad . Penulis teringat ini juga usaha dilakukan US untuk menggambarkan situasi Palestin semua OK dengan mengambil gambar Presiden Palestin bersalam dengan Presiden Israel (http://www.thehindu.com/news/international/article24048.ece) dalam masa yang sama Israel tetap menekan Palestin dan mengambil tanah-tanah Palestin dan menyerang pejuang-pejuang Palestin. Tidak ada bezanya tindakan Israel dengan Isa Samad dan Sabri Ahmad menekan FELDA menggadai tanah-tanahnya, aset dan syarikatnya dan menutup terus keistimewaan peneroka seperti pendidikan, usahawan, SIUF, pembesaran rumah dan perumahan generasi baru, sukan, kerohanian dll. serta menyerang suara-suara FELDA dan generasi baru yang menentang usaha penyenaraian secara terburu-buru.

Ha Ha Ha....Bagi PR terutama generasi baru Felda yang menentang rampasan kuasa Koperasi Permodalan Felda dan usaha menggadaikan anak syarikat Felda dengan menyerahkan 70% saham kepada pelabur luar, mereka tidak peduli pasal Dato Dzul atau Pak Din. Dato Dzul tetap akan dapat pencen, Pak Din pun sudah tua dan jika Pak Din tersingkir dari jadi Ketua Peneroka pun, Pak Din tetap bahagia menjaga cucu dan beribadat. PR dan generasi baru FELDA cuma nak jaga masa hadapan peneroka dan generasi baru daripada tergadai dan hilang hak istimewa sebagai peneroka. Bunuhlah sesama kamu, gaduhlah...ada PR kisah?

Ha Ha Ha...tapi teruk-teruk PR kena belasah pun tak ada pula buka kisah peribadi atau nak tutup periuk nasi pengurusan Felda dan kakitangan. Sekadar teguran melalui ceramah dan memorandum sahaja. Blogger-blogger dan Facebooker upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad sekarang kata pengurusan Felda tak mahu Felda berubah kerana dapat duit banyak jadi wakil FELDA dalam anak syarikat. Dah tentu anak syarikat itu FELDA punya maka pengarah sedia ada yang wakil FELDA. Wakil peneroka pula kurang-kurang pun ada dua dalam setiap anak syarikat FELDA. Bezanya wakil peneroka tidak akan pencen, wakil FELDA akan pencen. Dah pencen nanti tak ada peluang lagilah jadi wakil dalam anak syarikat.

Lagipun semua kakitangan kerajaan wajib bayar cukai pendapatan dan isytihar pendapatan. Isa Samad al-korupsi ada isytihar harta ke? Sabri Ahmad pasti tak berani isytihar harta sejak didapati bersalah oleh Lembaga Pengarah Sime Darby terlibat dalam skandal kerugian RM120 juta Golden Hope. Nasib Sabri Ahmad baik, sekadar diminta diletakkan jawatan, bukan disumbat dalam penjara kerana Golden Hope tak panjangkan isu kepada SPRM. Kalau Presiden ANAK Mazlan Aliman buat laporan kepada SPRM menggunakan dokumen dan bukti dari KPMG Forensic dan dokumen yang ada pada YB Wee Chee Keong serta bekas akauntan Golden Jomalina, pasti Sabri Ahmad pening kepala. Dengan dokumen sama, Sabri Ahmad diminta letakkan jawatan oleh Lembaga Pengarah Sime Darby, tak mustahil kali ini SPRM ambil tindakan jika ada laporan. Kalau ANAK buat laporan, jangan terjun dari pejabat SPRM sudahla ya Sabri?

Ha Ha Ha.. Haji Najib pening kepala. Kaedah Isa Samad buangan UMNO dan Sabri Ahmad buangan Sime Darby memaksa kakitangan dan peneroka bersetuju dan mengugut supaya mendiamkan diri bakal makan tuan. Memang kakitangan FELDA dan peneroka ini tidak ada daya melawan kempen penerangan dan tohmahan melalui media utama dan medan pertempuran maya kerana tidak punya sumber kewangan. Harus diingat, semasa Pilihanraya Kecil, semua jentera kerajaan yang diperkuda BN boleh digerakkan dan ditambah sokongan kuat pengurusan Felda dan JKK Peneroka telah berjaya menangkan undi BN. Apabila Pilihanraya Umum 13 berlangsung, jentera kerajaan yang boleh diperkudakan BN akan mengecil, Haji Najib pasti harapkan JKK Peneroka, pengurusan FELDA dan kakitangan bantu menangkan BN.

Agak-agak kali ini dapat tak sokongan yang sama? Sekarang tidak mungkin Haji Najib akan nampak hati kakitangan dan peneroka FELDA selagi PRU 13 belum berjalan. Takkan Haji Najib nak paksa kakitangan dan peneroka FELDA yang memprotes dalam diam ini sain dokumen akujanji undi BN macam orang Indon, Bangla dan Myanmar yang dapat IC mudah.

Ha Ha Ha.. Isa Samad dan Sabri Ahmad sendiri bantu PR menangi hati peneroka, pengurusan dan kakitangan FELDA dalam diam. Tugasan Biro Felda dalam PR sangat mudah: Panjangkan fakta-fakta yang cuba diputarbelitkan Isa Samad dan Sabri Ahmad serta tunjukkan serangan peribadi terhadap pengurusan FELDA dan Ketua Peneroka oleh blogger upahan Isa Samad dan Sabri Ahmad. Tiba PRU 13 kelak, calon-calon BN pasti terpinga-pinga kenapa pengurusan FELDA dan peneroka tidak lagi bersama dalam kempen sebaliknya membuka pintu seluasnya kepada PR untuk berkempen. Pada masa ini PR tidak mengharapkan peneroka dan kakitangan FELDA turut berkempen, buat sepanduk atau bakar patung Isa Samad. Cukup sekadar tunjukkan protes anda terhadap Isa Samad dan Sabri Ahmad melalui undian terhadap PR pada PRU 13. Mudah kan?



LAWAN JANGAN TAK LAWAN

SENYUM PETANG AHAD




KAH KAH KAH


saekor lembu betina dari pulau pinang
telah dikatakann berjaya membuat pelaboran
dengan membeli sebuah kondo mewah
di bangsar

lembu jenis anak mami ini
cepat membiak dan banyak susu
malah lembu ini
cukup senang untuk di gemokkan
terutama jika diberi makan free

kah kah kah
















LEMBU BELI KONDO






NOTA:
saekor lembu hitam dari rembau
dikatakan cukup kiasu tak mahu kalah
apabila mendengar ada lembu anak mami membeli kondo
lembu hitam dari rembau ini juga akan membuat pelaboran yang sama
kah kah kah

MASA NYA TELAH SAMPAI



MAKAN TANGGUNG







NOTA:
makan tanggung
berak canggung
kepala kang kong








WASPADA ANASIR ANTI –ESTABLISHMENT : SULTAN KELANTAN- meloya

KOTA BHARU 12 Nov. - Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengingatkan rakyat agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat.

Baginda bertitah, anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah `kontrak sosial' yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan Bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

"Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara," titah Sultan Muhammad pada Majlis Perayaan Ulang Tahun Keputeraan baginda ke-42 di Istana Balai Besar di sini, hari ini. - Meloya




WASPADA ANASIR FREE LOADER - tukar tiub

KOTA BHARU 12 Nov. – Orang ramai telah mengingatkan sultan dan raja t agar sentiasa berwaspada, berhati-hati serta peka terhadap kemunculan iklim tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir free loader yang main bertambah dalam negeri Kelantan dan juga Malaysia ini.

Rakyat berkata , anasir-anasir terbabit cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah bahawa Mat Indera ialah perjuang kemerdekaan dan United Malay National Organisation telah diangkat oleh British sama seperti raja-raja Melayu. Anasir-anasir ini telah cuba mengkaitkan raja dengan Islam walhal di zaman Nabi dahulu raja raja tidak wujud.

Raja juga telah di beri ingatan oleh rakyat bahawa `kontrak sosial' yang telah dipersetujui hendaklah dihormati. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari Perlembagaan. Justeru perangai menggunakan razor balade untuk memotong buah dada anak gadis Indonesia tidak termasuk dalam ‘kontrak sosial’.

Jangan mencabar kewibawaan rakyat, kedudukan Bahasa Melayu. Mereka ini kelihatan masih degil dan enggan menggunakan bahasa Melayu dan terus menggunakan perkatan seperti - precint, bujet, konferen.

"Orang ramai berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara,".- TT


SUDAH LAMA BERJALAN

BERSIH 3.0 KAN SAMPAI - SEMUA BERSEDIA



KEMBALI INGATKAN SEJARAH









WAKIL BERSIH TAK DIIKTIRAF OLEH PSC – minkini

Ambiga Sreenevasan tetap dianggap sebagai wakil individu ke sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) untuk penambahbaikan proses pilihan raya (hari ini walau berkeras bahawa beliau hadir sebagai wakil gabungan NGO berkenaan.

Pengerusi PSC, Maximus Johnity Ongkili berkata, Ambiga hadir sebagai wakil individu dan begitu juga empat lagi yang mengiringi bekas presiden Majlis Peguam itu ke sesi pendengaran hari ini.

"Tidak, anda bercakap sebagai Ambiga," kata Ongkili ketika Ambiga memperkenalkan dirinya sebagai wakil BERSIH 2.0.

Malah, beliau juga enggan menerima memorandum yang dikemukakan Ambiga kerana muka hadapan dokumen berkenaan diterakan logo BERSIH.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... IKTIRAF ATAU TIDAK BUKAN PENTING... kah kah kah...

kah kah kah...YANG PENTING ADA 100,000 TURUN KE JALAN RAYA.... kah kah kah..

kah kah kah..TAK IKTIRAF TAK APA.... kah kah kah..

woit... TUNGGU BERSIH 3.0 BARU SEDAR... kah kah kah


INI DIA SUARA ANAK MUDA MENDOBRAK GEROMBOLAN


BERSEDIA - AMARAN TELAH DIBERI!




PEMUDA PAS BERI AMARAN AWAL









MAHU GERAK BERSIH 3.0 JIKA NAJIB GAGAL TUNAI PEMBAHRUAN PILIHAN RAYA
- minsider

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Dewan Pemuda PAS hari ini menegaskan akan mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 jika Putrajaya gagal menunaikan lapan tuntutan dibawa Bersih 2.0 awal Julai lalu dan pilihan raya umum ke-13 hanya dipanggil selepas perubahan dituntut dilaksakan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan menjelaskan, sekiranya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap tuntutan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk melancarkan perhimpunan tersebut.

“Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan, Bersih 3.0 dengan gabungan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan PAS,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Tambahnya, sikap kerajaan yang dilihatnya berdolak-dalih berkenaan perkara itu akan merosakkan imej sistem pilihan raya di negara ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..MACAM INI LAAAA ...BARU DIANGGAP ANAK MUDA... kah kah kah..

kah kah kah..JANGAN SIBUK SIBUK NAK JAGA PUNAI ELTON JOHN....kah kah kah

kah kah kah...BUAT KERJA POLITIK...kah kah kah...

kah kah kah....BARU BOLEH MENANG ...BARU BOLEH MEMERINTAH.... kah kah kah..

kah kah kah... BILA DAH MEMERINTAH BOLEH JADI MENTERI DENGAN TUGAS TUGAS KHAS.... kah kah kah..

kah kah kah...APA AGAKNYA TUGAS ITU?.... kah kah kah

kah kah kagh.. SILA BERI CADANGAN..... kah kah kah


MAT NGANTUK SILA BUKA MATA





NOTA:
jangan zzzz
zzzzzzzzzzzzz
zzzzzzzzzzzzzzz

KECIK KECIK KAKI TEMBERANG



JANJI MALOAN REMBAU








NOTA
ini ialag batu asas hospital rembau
yang telah di resmikan
oleh khairy dan mat hassan
ketika berkempen nakn jadi yb 2008 dulu






MANA JANJI KJ DI PRU (Mac 2008) DI REMBAU

1.hospital rembau -yg ada cuma batu asas
2. masjid pedas - hanya siap baru ini dgr sumbangan korporat
3. lapangan terbang di Kota-dah tak mengaku pernah sebut pasal lapangan terbang pula dah
4. Universiti (UITM) Rembau dgr nak buat luar rembau pulak dah...
5.pelajar di rembau akan dpt tuisyen percuma (pusat tuisyen emas) sampai ke sudah tak ada..



KJ: AHLI TAK JADI CALON DIHARAP JANGAN SABOTAJ - mkini

Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau
mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.

"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
ingat tak malaon ini dulu
buat kenyataan tak nak tanding
buat kenyataan nak tarik diri


ingat tak?

mula mula nak buat merajuk
tetiba pemuda perak cadangan zambry jadi ganti
kah kah kah
senyap

tapi kita jangan lupa
apa yang malaon ini kata
kalau maloan ini masih bertanding
jelas – kecik kecik dah pandai temberang
kalau besar habis negara ini malaon ini jual



KHAIRY SAH TIDAK PERTAHAN KERUSI REMBAU Oleh TEH ENG HOCK

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.


INI JANJI RAKYAT BERSIH 3.0