Ahad, 30 September 2012

LAGI BUKTI DEMO TELAH JADI BUDAYA KITA


KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas  dan saheh terbukti
bahawa rakyat telah pandai berdemo
dari lynas
dari gebeng
dari bukait koman
dari kuantan
semua telah pandai turun berdemo

demo adalah budaya politik kita

kalau gerombolan tipu dalm pru13
maka kita akan turun berdemo
kalau menang dengan pilihan raya adil dan bersih
kita akur keputusan rakyat


KENAPA PENTING BERDEMO
bayangkan jika pakatan rakyat ambil alih kerajaan
tetiba mereka kelentong
mereka putar belit
mereka kong kalikong
maka orang ramai telah bijak  berdemo
kita humbankan pula pakatan rakyat

kerana itu dari sekarang kita wajib
memulakan budaya demo
inilah satu satunya senjata
yang amt amt ditakuti oleh
pemerenrtah yang zalim



RAKYAT BERDEMO  MENGUBAH KEADAAN
Masyarakat Penan berdemo di empangan Murum


Ratusan masyarakat Penan berhimpun bagi membantah projek kontroversi empangan hidroelektrik Murum pada Rabu, kata Penyelaras Gabungan Pemeliharaan Persekitaran Semula Jadi Sarawak (Scane) Raymond Abin. 

NONERaymond berkata, kira-kira 200 masyarakat Penan berkumpul menghadang jalan ke empangan itu di jambatan Sungai Seping, kira-kira 40km daripada tapak projek.

Katanya, mereka membawa pelbagai poster yang "menuntut keadilan" dan mendesah projek itu dihentikan. Kanak-kanak dan wanita turut menyertai perhimpunan itu.

Tindakan itu menyebabkan kenderaan pembinaan tidak dapat keluar masuk ke kawasan empangan itu.

Masyarakat Penan bercadang tetap berada di situ sehingga pihak berkuasa tampil berbincang dengan mereka.


KONSERT 8 TUNTUTAN 13 OKTOBER

KITA TURUN BERDEMO LAGI


NOTA:
bersedia waspada hati hati
jika kita ditipu 
jika gerombolan menang dengan cara tipu
kita wajib ke jalan raya

PIILIHAN JALAN RAYA BUKAN PILIHAN RAYA





SAMM JOHOR MENYOKONG HIMPUNAN HIJAU LESTARI PENGERANG


Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) dengan tegas menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap penganjuran Himpunan Hijau Lestari Pengerang yang bakal diadakan pada 30 September ini. Sememangnya isu Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID) ini menggamit sokongan dan penyertaan kami bermula dengan kempen tandatangan petisyen “Kampungku-Suaraku-Pengerang” yang digerakkan oleh Ahli Parlimen Bakri, YB Er Teck Hwa sedari awal lagi.

Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) sebagai sebuah gerakan anak muda Negeri Johor tidak pernah menolak sebarang bentuk pembangunan yang ingin dilaksanakan di negeri ini namun apabila pembangunan itu tidak seiring dengan taraf kehidupan ekonomi setempat, maka akan lahirlah generasi yang merempat di bumi sendiri tatkala regim Pemerintah terus menyebelahi konglomerat mengumpul kekayaan tanpa kepedulian terhadap rakyat. Lebih malang apabila pembangunan projek seperti RAPID ini tidak mengambil kira keselamatan dan kesihatan rakyat setempat. 

Himpunan Hijau Lestari Pengerang ini sangat besar ertinya dan penting bagi seluruh rakyat di Pengerang yang terlibat dengan projek RAPID ini memandangkan beberapa konflik dan tanda tanya selain menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat khususnya penduduk Pengerang yang masih tidak ditangani dengan baik oleh regim pemerintah hari ini.

Projek bernilai RM68 bilion ini melibatkan 22,500 ekar tanah serta merangkumi kira-kira 28,000 penduduk dari 17 perkampungan nelayan dan perkampungan tradisi di Pengerang akan menyebabkan enam masjid, 11 surau, 5 sekolah kebangsaan, 5 sekolah agama, 3 sekolah jenis kebangsaan Cina, 3 rumah kakitangan Kerajaan, 3 klinik desa, 2 balai polis, serta 9 balai raya menjadi mangsa kemusnahan alam sekitar dan lebih ngeri apabila seluruh masyarakat sekitar terdedah dengan unsur petrokimia yang boleh menyebabkan barah.

SAMM Johor akan menggerakkan seberapa ramai aktivis kami untuk bersama-sama dalam Himpunan Hijau Lestari Pengerang bagi membangkitkan rasa kepedulian anak muda dan seluruh rakyat Johor berhubung dengan aspek pembangunan yang sekadar memenuhi nafsu rakus beberapa kelompok elit mengaut keuntungan jutaan ringgit dan memangsakan rakyat biasa.

“Perjuangan Adalah Perlaksanaan Kata-Kata”

Ahmad Anwar Asyraf
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor







DEMO TELAH MENJADI BUDAYA POLITIK MALAYSIA - MADEY FRUS MENONGGENG




KITA SEDANG BERDEMO DI PENGERANG

KOMENTAR TUKAR TIUB

pagi ini beribu ribu
warga pengerang
warga johor
warga himpuan hijau berdemo
menentang perampasan tanah di pengerang

rakyat - melayu china dan india
telah bangun berdemo

demo telah menjadi budaya kita

projek pengerang
projek lynas
projek gebeng
projek bukit koman
hanya akan diselesaikan
apabila united malays national organisation
din humbankan ke dalam tong sampah sejarah

rakyat tidak ada jalan lain
rakyat tidak ada pilihan
hanya demo yang akan mengubah keadaan

Projek Rapid Pengerang Dapat Kelulusan EIA - Pengarah JAS Johor
JOHOR BAHARU: Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan seluas 2,600 hektar di Pengerang, Kota Tinggi bawah kendalian Petronas mendapat kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor,  Mokhtar Abdul Majid berkata Laporan EIA berhubung projek itu telah dikemukakan kepada JAS Putrajaya pada 4 Jun lepas dan diluluskan 27 Ogos lepas.
""Laporan EIA terperinci yang disediakan jururunding EIA yang berdaftar dengan JAS bagi cadangan projek ini, telahpun diluluskan setelah ia memenuhi kehendak Seksyen 34A (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
"Kelulusan diberikan setelah meneliti pelbagai skop kajian yang dijalankan termasuk kualiti udara, air, proses petrokimia dan penapisan minyak selain analisa risiko dan kesihatan awam, kesan trafik, bunyi bising, sosio ekonomi dan penilaian ekonomi terhadap kesan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Malah, beliau berkata laporan itu juga telah dikaji bersama input daripada agensi berkaitan dan pakar pengulas individu yang dilantik JAS semasa Mesyuarat Panel Pengulas pada Julai lepas, sebelum ia diluluskan.
Berhubung isu ketiadaan masa mencukupi memberikan ulasan mengenai projek berkenaan seperti yang dibangkitkan pembangkang, Mokhtar berkata Laporan EIA terperinci mengenai cadangan projek itu telahpun dipamerkan bermula 9 Jun sehingga 21 Julai lepas. 


NOTA:
radio bansar utama
meghantar satu tim pemberita
ke demo pengerang

rabu akan membuat laporan
sila tunggu

KONSERT 8  TUNTUTAN - MENGEGAR GEROMBOLAN

Sabtu, 29 September 2012

PEMBELAJARAN PERCUMA UNTUK ORANG RAMAI







INI AKAN  JADI BILA BANYAK HUTANG


KOMENTAR TUKAR TIUB

KOPMENTAR TUKAR TIUB
belajar percuma bukan mustahil
sesudah merdeka
hinnga ke aweal lapan puluhan
semua universiti awam belajar percuma

bila wujud kolej swasta
bila wujud universiti swasta
maka diwujudkan ptptn

lembaga ini bertujuan untuk meminjamkan wang
lembaga ini memberi pinjaman wang kepad pelajar
ini bertujuan untuk menyokong kolej swasta
ini bertujuan untuk menyokong universiti swasta

ini untuk kayakan kroni

yang mapooos berhutang  ial;ah anak anak muda

bayangkan umur baru 23 tahun
sudah ada 40,000 ringgit hutang

hutang ini bertujuan untuk mengikat anak anak muda
untuk terus jadi hamba kepada sistem ekonomi kapitalis

hidup dikelilingi oleh hutang
dari univeristi hingga ke kubur
hutang hutang dan hutang


DARI MANA DUIT UNTUK PEMBELAJARAN PERCUMA
hentikan beli senjata
hentikan rembat duit rakyat
hentikan projek membazir

milik negarakan plus
milik negara leterik
milik negarakan talikom

bilam plus untung 
bila syarikat leterik untung
bila syarikat talikom untung

tidak masuk poket syed moktar
tidak masuk poket ananda
tidak masuk poket  vincent tan

semua masuk ke dana negara!

Hapus PTPTN 'gula-gula' pembangkang - meloya

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Janji pembangkang untuk memberi pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilihat sebagai 'gula-gula' politik yang tidak rasional.

Mohamed Khaled Nordin berkata, janji yang diterjemah dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 itu akan hanya menimbulkan masalah-masalah lain yang akhirnya membebankan kewangan negara.
Menurutnya, pembangkang perlu membuat pertimbangan sewajarnya kerana PTPTN bukan sekadar memberi pinjaman untuk pembiayaan yuran pengajian sebaliknya turut merangkumi sara hidup penuntut.

''Kalau dihapus PTPTN, maknanya institusi pengajian tinggi (IPT) tidak akan mengenakan yuran pengajian.

''Itu tak akan menyelesaikan isu kos hidup penuntut yang memerlukan kewangan untuk menyara kehidupan,'' katanya.


HIMPUNAN ROCK BERSIH

PAK WA DAN PAK WI - MAK WA DAN MAK WI




KOMENTAR TUKAR TIUB
orang ramai wajib sedar
fatwa hanyalah pandangan

ada pandangan diterima 
ada pandangan yang tidak diterima

di malaysia ini majlis fatwa kebangsaan
adalah anak syarikat united malays national organisation
maka tak ramai warga yang yakin keatas fatwa yang dibuat

merokok merosak kesehatan
ini adalah asas untuk mengaharamkan rokok
ini masuk akal dan kita terima

bagaimana dengan makan mc donald?
bagaimana minum air coke?
bagaimana makan kentucky fried chicken

semua makan ini membawa mudarat kepada kesehatan
kenapa tak ada fatwa?

ISA undang undang zalim
kenapa takada fatwa?

manusia yang terlibat dalam kes bunuh
tidak boleh memimpin umat
kenapa tak ada fatwa tentang najib
terlibat dalam kes bunuh altantuya?


NOTA:
sibuk sibuk 
khalwat khalwat khalwat
dia punya pasal lah mana dia nak pancut
ada yang pancut ke dinding
ada yang pancut ke pusat
ada yang tak pancut pancut
kah kah kah

INI FATWA DARI BRAHENG ALI

Ramai tidak ambil berat fatwa merokok

Perbezaan pendapat di kalangan ahli agama mengenai fatwa merokok menjadi faktor penyebab ramai umat Islam di negara ini memandang ringan mengenai amalan yang memudaratkan kesihatan itu.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),  Othman Mustapha berkata, ini ekoran terdapat beberapa pendapat yang mengatakan merokok itu dibolehkan.

Menurutnya, situasi ini menyebabkan ramai perokok seolah-olah memperlekehkan keputusan Majlis Fatwa yang memutuskan merokok adalah haram sejak ia diwartakan pada 1995.

"Oleh itu, kita harus melihat lebih daripada aspek kesihatan. Mungkin mereka mahu melihat melalui pendedahan terhadap kesan parah merokok sehingga boleh memudaratkan diri," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sikap segelintir umat Islam yang memandang ringan fatwa larangan merokok selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pendidikan Fatwa Kesihatan 2012, di sini hari ini.


SI BANGANG MENJADI SI BODOH






PAK SAMAD AKAN BERSAMA 
KONSERT 8 TUNTUTAN


 Saya tak main-main - Adnan Yaakob - meloya


Adnan Yaakob berkata, beliau serius untuk membatalkan perjanjian penyaluran air mentah ke Selangor seperti yang ditegaskan Ahad lalu, sekiranya kerajaan negeri itu tetap tidak mahu membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dilaksanakan.

Untuk tujuan itu, tegas beliau, Penasihat Undang-Undang Negeri,  Mat Zara‘ai Alias telah diarahkan untuk meneliti perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua kerajaan negeri pada 2007.

‘‘Saya tak main-main, sebagai kerajaan bila kata nak kaji, kita akan kaji. Saya pun ada sebab tersendiri untuk bercakap macam itu (kaji perjanjian). Kalau betul kerajaan Selangor tak mahu, terma perjanjian ada sebut ia boleh dibatalkan jika ada persetujuan bersama.

RAY CHEONG 8 TUNTUTAN

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...KADANG KADANG KESIAN TENGOK GEROMBOLAN.... kah kah kah..

kah kah kah...PEMIMPIN AMAT BANGANG.... kah kah kah..

kah kah kah... MADCAM MANA BOLEH  JADI MENTERI BESAR.... kah kah kah..

kah kah kah... LOKMAN ADAM ATAU ZAHID MAT ARIF LEBIH BIJAK DARI SI BANGANG INI... kah kah kah..

NOTA:
kena promote lokman adam
ini kawan lama
lokman adam ini pemikir pemuda gerombolan
siasah hebat cekap 
malah ini bakal mb johor
kalau bertanding di shah alam
bakal mb selangor

JULIAN MOKTAR 8 TUNTUTAN

CONTOH KOLEJ SWASTA TIPU PELAJAR




SATU CONTOH PENIPUAN 

JUAL TEMBERANG


KOLEJ SWASTA DIARAH BAYAR RM18,500 - berita haira

Johor Bahru: Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam memerintahkan sebuah kolej swasta membayar balik RM18,500 kos pengajian yang ditanggung seorang bekas pelajarnya dalam tempoh 14 hari.

Presiden TTPM, Mohd Nasrim Mohd Salleh, membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan Juhana Jemaat @ Jamil, 25, yang membuat tuntutan itu.

Sukar peroleh kerja

Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh” Juhana Jemaat @ Jamil, Bekas pelajar
Juhana membuat tuntutan itu selepas mendapati Diploma Penyiaran diterimanya daripada Malaysia Institute of Intergrative Media (MIIM) kendalian Cosmo Focus Sdn Bhd, tidak diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya yang mengadili kes ini amat bersimpati dengan nasib kamu, kerana terpaksa merugikan masa muda selama tempoh pengajian selain melaburkan wang untuk memperoleh diploma berkenaan,” katanya.

Terdahulu, dalam keterangannya, Juhana berkata selain sukar memperoleh pekerjaan, beliau juga terpaksa menanggung hutang apabila perlu membayar balik pinjaman pembiayaan pelajaran yang dibuat dengan MARA.

“Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menabung dalam masa dua tahun sebelum memohon memasuki pengajian di MIIM mulai 2006 yang sepatutnya selesai dalam tempoh kira-kira dua tahun,” katanya.

Juhana berkata selepas menamatkan pengajian selama empat tahun, beliau mendapati diploma yang diterima tanpa sebarang majlis konvokesyen itu tidak diiktiraf oleh MQA hingga sukar memperoleh pekerjaan.

Mampu kerja di pasar

“Kini saya hanya mampu bekerja di pasar borong dengan pendapatan RM30 sehari bagi menyara hidup saya dan ibu yang lumpuh. Saya membuat tuntutan kerugian yang saya alami selepas membiayai kos pengajian sebanyak RM18,500 di kolej terbabit,” katanya.

Ketika prosiding semalam, Cosmo Focus tidak menghantar wakil mereka untuk mengemukakan pembelaan atau penentangan terhadap tuntutan yang difailkan Juhana.



TURUN 13 OKTOBER STADIUM KELANA JAYA

Jumaat, 28 September 2012

SATU BILION DUIT BUJET UNTUK PERMATA ROSMAH




PERMATA ROSMAH
Najib: RM1.2 Bilion Untuk Pendidikan Prasekolah Berkualiti
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM1.2 bilion akan disediakan kepada pelbagai agensi kerajaan sebagai platform melengkapkan kanak-kanak dengan pendidikan prasekolah berkualiti, kata  Najib  Razak.
Agensi berkenaan termasuk Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang terbabit secara langsung dalam menyediakan pendidikan prasekolah.
"Sebagai tambahan, RM380 juta akan disediakan kepada Kementerian Pelajaranuntuk penempatan guru prasekolah," katanya semasa membentangkan Belanjawan 2013di Dewan Rakyat, Jumaat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga mencadangkan beberapa insentif untuk memastikan kanak-kanak mendapat penjagaan sempurna di samping membangunkan perkembangan minda yang positif.
Beliau berkata insentif itu termasuk geran pelancaran RM10,000 kepada PusatPendidikan Awal Pendidikan Kanak-Kanak (ECCE) swasta untuk membantu merekamembuka taska baharu yang berkualiti.
MUHYIDDIN PATUT MASUK
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit... DUIT UNTUK ROSMAH LEBIH BANYAK DARI UNTUK KEMENTERIAN PELAJARAN... kah kah kah..
woit.... MUHYIDDIN  CEPAT BERGERAK.... kah kah kah..
kah kah kah...LAMBAT LAMBAT .... NANTI BUNGKUS.... kah kah kah..
woit... RAKYAT DAH LAMA TUNGGU MUHYIDDIN.... kah kah kah.. 
kah kah kah..TIM ROSMAH NAJIB INI KALAU LAMA NEGARA MAMPOOS,.... kah kah kah..
kah kah kah.... GILA PUNYA BANYAK ROSMAH DAPAT.... kah kah kah

NOTA:
kementerian pelajaran pun
tak dapat  duit sebanyak
yang rosmah dapat dari isterinya
mana muhyiddin - senyap membisu 
kah kah kah

KITA BERHIMPUAN SEKALI LAGI

KONSERT 8 TUNTUTAN - AMARAN KEPADA GEROMBOLAN






REPUBLIC OF BRICKFIELD

 RAY CHEONG

HUI  SE DE DAI
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Gabungan Pilihan Raya Adil Dan Bersih (Bersih) hari ini mengumumkan akan mengadakan konsert Bersih 8T pada 13 Oktober ini yang akan berlangsung di Stadium Kelana Jaya.

Menurut kenyataan media yang dihantar kepada The Malaysian Insider hari ini, mereka menganjurkan konsert itu selepas kerajaan enggan untuk melaksanakan lapan tuntutan yang diminta oleh gabungan tersebut.

“Kerajaan masih enggan untuk mendengar suara rakyat, lapan tuntutan dari Bersih dan 22 cadangan dari Jawatankuasa Parlimen masih lagi belum ditunaikan, maka kami anjurkan konsert Bersih 8T ini sebagai tanda ingatan kepada suruhanjaya pilihan raya (SPR) tentang lapan tuntutan yang masih belum dilaksanakan.

“Berbulan selepas Bersih 3.0, kerajaan hanya menfokuskan untuk menahan mereka yang terlibat dengan perhimpunan, bukan untuk membersihkan daftar pemilih pilihan raya,” kata dalam kenyataan media itu lagi.

Menurut kenyataan media itu lagi, Bersih 2.0 telah terus menerus untuk menyedarkan orang ramai tentang penipuan pilihan raya.

“Setakat ini kami mendapat sokongan orang ramai dan menerima bantuan orang ramai yang menderma,” katanya lagi.
Antara artis yang akan membuat persembahan ialah Ito, Julian Mokhtar and the Gang, Soul Saviors (pemenang Pesta Lagu Jalanan), Republic of Brickfields, kumpulan punk Dum Dum Tak, kumpulan Canto rock Hui Se De Dai and Ray Cheong. Sasterawan Negara, A Samad Said akan membaca puisi pada malam tersebut.

“Konsert ini bukan sahaja untuk kutipan derma dan bergembira, tetapi dalam masa sama untuk menyedarkan orang ramai tentang lapan tuntutan yang harus ditunaikan, jadi kami mahu suara kami didengari agar dapat pilihan raya lebih adil dan bersih,” katanya lagi.

TUKAR TIUB MEMECAH BERITA SEDUNIA - WORLD BREAKING NEWS


BELANJAWAN SATU LAGI 
 REKOD MALAYSIA BOLEH

BUJET SATU REKOD UNTUK MALAYSIA

bujet yang akan di umumkan hari ini
adalah satu lagi rekod penampilan malaysia
satu  lagi tangga kejayaan
satu lagi ketrampilan malaysia

bujet malaysia ini adalah ter rekod 
ter tinngi
ter hebat
ter panjang
ter besar
untuk asia tenggara

selama 15 tahun
selama lima belas tahun
for 15 years
for fifteen years
belanjawan malaysia defisit

ertinya malaysain berbelanja
lebih banyak dari pendapatan

kalau seorang ayah berbelanja 200 ringgitt  sebulan
wal hal gaji hanya 150 ringgit zsebulan
maka jawabnya si ayah  terpaksa berhutang

inlah yang berlaku kepada kerajaan malaysia
selama 15 tahun berturut-turut - non stop -
belanjawan negara terlebih dari pendapatan negara

kalau si ayah akan terpkasa meminjam dari along

maka kerajaan united malays national organisation ini
terpaksa meminjam 
tetapi dari siapa?

- jual bond
- pinjam dari?....
- pinjam dari bank asia
- pinjam dari bank dunia

tepok dada tanya selera
siapakah yang akan membuat
kekayaan dari hutang malaysia

.... i rest my case my lord....

KONSERT 8 TUNTUTAN



PENIPUAN DIRANCANG DIPRU13 UNTUK MENANGKAN GEROMBOLAN



LAGI RANCANGAN PENIPUAN PILIHAN RAYA
ada nama harimau bin badak
ada nama ular bin telor
ada nama siti bukit binta sungai
ada nama rotan binti damar

semua ini adalah nama pengundi
nama nama ini diwujudkan
agar pengundi hantu
dapat masuk

ini adalah sebahagian
dari penipuan yang dirancang di pru13 nanti

dalam pru 13 nanti
pakatan rakyat akan kalah
pakatan rakyat akan gagal ke putra jaya
bukan kerana TIDAK ada sokong rakyat
tetapi kerana penipuan

gambar di bawah 
nama pengundi ialah ' 

NAMA SAYA IALAH ' binti !



KONSERT 8 TUNTUAN BERSIH


KONSERT 8 TUNTUTAN BERSIH

KIBARKAN SANG SAKA RAKYAT BENDERA PERJUANGAN






TOLAK ISU – ISU BODOH HANYA UNTUK ALIH PERHATIAN RAKYAT DARI MASALAH SEBENAR

Kenyataan Terbuka
27 September 2012

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama organisasi anak muda di Pulau Pinang dengan ini mengecam tindakan permainan media ‘dangkal’ regim penguasa dalam usaha mengalih perhatian rakyat dalam isu sebenar.

Dari isu bendera ‘Sang Saka Malaya’ yang dikibar pada malam merdeka yang diberikan perasa propaganda melampau dengan fitnah ia menjadi agenda PR untuk menukar bendera negara. Isu ini dipatah dengan mudah dengan hujah jika benar PR mahu menukar bendera mengapa tidak bendera gantian tersebut diarak di negeri bawah pentadbiran PR dahulu, tetapi ini tidak berlaku kerana ia hanya fitnah regim Bn semata.

Terbaru ialah isu di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin PR kononnya menggunakan jet peribadi untuk hadir ke acara parti di Labuan. Isu ini menjadi gempar hampir lebih seminggu dimainkan di media perdana milik regim Bn.

Persoalanya mudah ; berapa wang negara (baca RM rakyat) hilang kerana pemimpin PR ini menaiki jet peribadi tersebut ? Telah juga diperjelaskan oleh Anwar Ibrahim sendiri jet tersebut di uruskan oleh rakan beliau yang kebetulan merupakan ahli perniagaan dari Malaysia Timur. Sebenarnya ini yang menakutkan Bn apabila ada orang korporat yang mula cenderung menyokong PR. Maka orang korporat ini harus dicari sehingga ke lubang cacing untuk dihukum.

Persoalan berikutnya ialah Anwar hanya seorang Ketua Pembangkang dalam negara Malaysia dan seperti mana yang diketahui hampir tidak punya peranan dalam pentadbiran negara kerana dinafikan oleh regim Bn. Maka apa yang tidak kena ?

Jika melakukan penerbangan dengan jet peribadi merupakan kesalahan, maka seharusnya lebih salah apabila dilakukan oleh Menteri Kabinet dan sudah tentu tajaan itu lebih mampu mengundang perbagai persepsi.

Rekod penggunaan jet yang sama yang disediakan oleh T Jets Sdn Bhd sendiri mampu memberikan penjelasan. Kita cabar media regim mendedahkan pimpinan Umno yang pernah menggunakan jet tersebut dan siapa pembiaya mereka. Antaranya pada 23 September 2011, Dato Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga antara yang tersenarai pernah menaiki jet tersebut.

Manakala pada 15 November 2011 lepas Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno sendiri telah mengakui menaiki jet peribadi yang ‘ditaja’ sahabatnya untuk ke Arab Saudi. Mengapa ini tidak menarik perhatian media regim jika benar mahukan ketelusan ? Siapa yang menaja menteri tersebut dalam penerbangan jet peribadi dan apa kepentingan mereka ?

Itu belum lagi bagaimana wang negara terbazir kerana atas program parti Bn helikopter, jet dan banyak harta negara digunakan.

Persoalanya kini jika disebut kemewahan bagaimana pula media terus diam apabila muncul satu demi satu pemborosan Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Cincin RM 24.45 juta yang telah dibuat laporan SPRM masih belum terjawab, terbaru muncul pula gambar Rosmah dalam media internet yang dikatakan mengenakan jam berjenama Frank Muller yang dikatakan berharga RM 350,000 – RM 500,000.

Itu belum lagi berbilion wang negara yang hilang kerana kelemahan, pembaziran dan rasuah. Bersama kenyataan media ini disenarai 75 kejadian kehilangan berbilion wang rakyat yang sehingga kini tidak terjawab. (klik sini)

Kami mendesak untuk isu bodoh seperti isu jet ini dihentikan segera. Ia cuma usaha sebuah regim yang hampir lemas dengan kesedaran rakyat. Ia cuma satu usaha mengalihkan isu sebenar dari perhatian rakyat.

Isu sebenar sekarang ialah kepayahan hidup rakyat, negara hilang daya saing sehingga menanggung hutang paling tinggi dalam sejarah negara, kenaikan harga barang dan rasuah serta penyelewengan yang tidak terkawal. Kini negara ditahap kritikal, Malaysia memerlukan peranan semua dalam usaha menyelamatkan negara ini. Kita memerlukan politik matang, seharusnya inilah masa parti politik yang bakal bertanding dalam pilihanraya bersaing dalam isu polisi dan tawaran kepada rakyat. 

Inilah masanya kita melakar sejarah baru politik matang dalam negara di mana ketua kepada parti penguasa (Bn) Datuk Seri Najib Tun Razak harus tampil merani berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua gabungan pembangkang (PR). Yakinlah bukan kepetahan yang bakal menjadi ukuran tetapi rakyat ternanti untuk menilai kejujuran dalam membuat tawaran bagaimana negara harus dipacu ke depan menjadi sandaran. Selebihnya biar rakyat membuat keputusan.

Kami anak muda tidak akan tertipu dan teralih tumpuan.

Sekian.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) P.Pinang
Angkatan Muda Pulau Pinang (AMK PP)
DAPSY PP
Pemuda PAS PP
Unit Ehsan P.Pinang
Jingga 13
Malaysian Indian Voice (MIV) PP
Persatuan Kebajikan India Bayan Baru
Komuniti Pulau Pinang


KONSERT 8 TUNTUTAN BERSIH

8 TUNTUTAN BERSIH MASI*H DI TUNTUT LAGI



 

KONSERT BERSIH 8T – UNTUK MENGINGATI TUNTUTAN 
PILIHANRAYA BERSIH

Lima bulan telah berlalu sesudah 250,000 warga Malaysia bangun bergerak untuk bersama  Duduk Bantah pada 28 April 2012. Warga Malaysia  telah menggunakan  hak   berhimpun untuk menuntut kerajaan membersihkan dan menambah baik sistem pilihanraya.

Sayangnya, telah jelas dilihat bahawa kerajaan masih lagi berdegil dan tidak mahu mendengar suara rakyat. Justeru BERSIH 2.0 akan mengadakan konsert pada 13 Oktober  di Stadium Kelana Jaya. Ini bertujuan untuk mengingatkan Suruhan Jaya Pilihanraya tentang 8 TUNTUTAN BERSIH  yang masih belum ditunaikan

 Berbulan-bulan sesudah  perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung, kerajaan telah membuat sasaran serangan terhadap Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0.  Tuntutan pilihanraya bersih dan adil tidak dipedulikan. Pihak kerajaan bersama Dewan Bandarraya  telah mengambil tindakan undang undang untuk menyaman ahli Jawatankuasa BERSIH2.0.

Walau apa pun berlaku, BERSIH 2.0 akan terus bertekad   untuk menaikkan kesedaran  tentang penipuan dalam senarai pengundi. Ini dapat   dijalankan kerana BERSIH terus menerima sokongan dan  sumbangan derma ikhlas  dari warga Malaysia.
 
Antara kumpulan/band yang akan bersama  mengambil bahagian dalam KONSERT 8 TUNTUTAN ialah  Ito, Julian Mokhtar dan The Geng, Republic of Brickfeild, band punk Dum Dum Tak, Canto Pop Rock Band Hui Se De Dai dan Ray Cheong. Pada hari konsert ini aktiviti  BERSIH 2.-0 akan juga dijalankan untuk merayakan  semua lapisan umur.

Ahli Jawatankuas Pemandu BERSIH 2.0 akan juga mendendangkan  satu lagu. Sasterwan Negara  A. Samad  Said atau Pak Samad  yang juga Pengerusi Bersama  BERSIH 2.0  akan membaca sebuah sajak  khusus untuk KONSERT 8 TUNTUTAN.

Konsert ini adalah untuk bersantai , bergumbira sambil mengingatkan pemimpin kerajaan tentang tanggung jawab yang mendesak agar mereka melakukan reformasi penambahbaik sistem pilihanraya.

Warga  Malaysia tidak  akan menerima  satu siatem pilihanraya yang masih tidak dibersihkan.  Warga Malaysia  tidak akan  teragak-agak untuk berhimpun sekali lagi jika suara mereka masih tidak diambil peduli.

Terima Kasih.

Salam BERSIH!


PASTI AKAN BERMAIN PADA 13 OKTOBER 2012:
  1. Redemption
  2. Soul Saviour
  3. Libang Libu
  4. Hui Se Di Dai
  5. Dum Dum Tak
  6. The Garrisson
  7. Nik Jidan
  8. Ray Chong
  9. Atama
  10. Republic of Brickfields
  11. Ito, Julian Mokhtar & The Gang
NOTA:
akan ada lagi beberapa 
nama yang masih lagi
dalam perundingan


MENTERI NAJIB RAZAK MULA GADUH SESAMA SENDIRI HAL SEKOLAH CHINA



KOMENTAR TUKAR TIUB
jelas munkee munkee najib
sedang gaduh sesama sendiri
ini petanda amat baik

ini tanda najib tak  ramai penyokong
ini tanda najib tak ramai geng
ini tanda muhyiddin ramai penyokong
ini tanda muhyiddin tegas dan berwibawa

MENTERI PELAJARAN DAN BAKAL PM
KENYATAAN NAZRI MENGENAI DONG ZONG PANDANGAN PERBIDAI : MUHYIDDIN - berita hairan

 Muhyiddin Yassin berkata kenyataan yang dibuat oleh Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung permintaan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini adalah pandangan peribadi beliau. Muhyiddin telah menjelaskan kepada beliau berhubung perkara itu, pagi tadi.

 "(Mohamed Nazri) beliau maksudkan apa yang beliau nyatakan itu adalah sebagai pandangan beliau.

 "Dan saya juga telah menjelaskan bahawa kita sudah ada pendirian (berhubung perkara itu), dasar kerajaan berhubung soal itu juga jelas, dan kita telah buat beberapa keputusan (mengenainya)," katanya.

 Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang dilaporkan berkata bahawa permintaan Dong Zong, yang terkandung dalam memorandum yang diserahkan kepada beliau, sebagai munasabah. - TIEWNAMA


KONSERT BERSIH 8 TUNTUTAN 


  NOTA: 
jangan lupa untuk buat date
 pada sabtu 13 oktober 2012
 bertenet di stadiium kelana jaya
 pada pukul 4 hingga tengah malam 
 enjoy sakan!

Khamis, 27 September 2012

KABINET NAJIB MULA BERAMOK SESAMA SENDIRI


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit.... PARA MENTERI NAJIB SEDANG GADUH.... kah kah jkah...
kah kah kah... SATU  CAKAP EEEEHHHH.... kah kah jkah..
kah kah kah...SATU LAGI CAKAP OOOOOOH.... kah kah kah..
kah kah kah...SATU CAKAP CHINA INI BAIK.... kah kah ka
kah kah kah... SATU CAKAP CHINA INI TAK TANGGUNG JAWAB.... kah kah kah..
woiy.... APA PULAK KATA NAJEEEEEB.... kah kah kah..
kah kah kah...APA PULAK KATA MUHYIDEEEEN... kah kah kah..

NOTA:
tunggu apa pm madey 
kita tunggu apa madey
nak cakap kah jkah kah
NOTA:
brehenng apa komen
kah kah kah
INI DEMO MASYARAKAT CHINA 


Puad Zarkashi: Dong Zong tak bertanggungjawab - mkini

Tuntutan yang dibuat oleh NGO pendidikan Cina Dong Zong melalui perhimpunan di ibu negara semalam tindakan tidak bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Pelajaran  Puad Zarkashi.

Puad berkata, kementerian telah pun memberikan bantuan dan peruntukan secukupnya kepada sekolah jenis kebangsaan mahupun sekolah kebangsaan.

"Saya boleh katakan mereka ini tidak bertanggungjawab. Kita telah lakukan pelbagai perkara untuk bantu sekolah jenis kebangsaan. Tetapi mereka masih lagi nak tuntut.



Dong Zong hanya perjuangkan bahasa ibunda, kata Nazri - minsider


kaKUALA LUMPUR, 26 Sept ― Menteri di Jabatan Perdana Menteri  Nazri Aziz berkata tindakan yang dilakukan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong)  adalah “tidak salah” kerana mereka memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
Jelas ahli Parlimen Padang Rengas itu lagi, pertubuhan itu juga adalah pertubuhan ahli pendidikan yang turut berkhidmat untuk negara.
“Mereka orang baik-baik ... yang memperjuangkan bahasa ibunda mereka.
“Itu tak salah,” kata Nazri  selepas menerima penyerahan memorandum yang diserahkan Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian di pejabatnya di Parlimen hari ini untuk diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dong Zong sebelum itu juga turut mengadakan demonstrasi di luar parlimen dengan dihadiri sekitar 500 ahli persatuan tersebut.
Walaupun dalam keadaan hujan, mereka turut berarak dari Padang Merbuk ke Parlimen dengan membawa sepanduk dan banner tertulis “Kempen selamatkan pendidikan Cina”.
Ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini, Yap menegaskan isu pendidikan Cina di negara ini masih tidak diselesaikan.


KITA JADI COOL DI KONSERT INI