Khamis, 11 Februari 2016

GAGALIS - MASIH ADA MASA





GAGALIS

jangan putus asa

masih ada masa

ada lagi 3 hari 



kahkahkah. Kak Fadiah pun gagalis jugak ke? 😂😂😂😂



bila semua bicara soal di blog pak aku je masih steady walaupun tiada pasangan hidup xbermakna anda seorg yg gagal haha

------------

BERITA EKONOMI PETANG INI










APA MAKNA

BERITA INI?

maknanya
ekonomi dunia sedang kalut
negara penjual minyak
akan merasa tekanan

betul 
harga petrol murah
tapi negara pengeluar petrol
tidak ada duit perbelanjaan
bujet bocor
kilang tutup
kerja hilang

minyak murah 
tidak beri apa apa makna
ekonomi mengecut
zaman meleset sampai
ledakan dolar akan berlaku

bujet malaysia sedang kacau
bujet  telah dipotong

duit dari petronas amat penting
ini pendapatan besar negara
bila harga minyak jatuh
pendatapan negara kurang
ekonomi kacau bilau

nilai ringgit kita  jatuh
ini ditambah pula
dengan rakyat tidak percaya
kepada kepimpinan najib
rakyat tidak yakin
dengan najib

pelabur luar tak percaya najib
mereka enggan melabur di malaysia
malah ramai gulung tikar
jual pelaburan mereka
tutup kedai dan gulung tikar

kita kena dua kali sebat
ekonomi malaysia makin terok



US oil prices dive below $27 a barrel


SINGAPORE: US crude tumbled below $27 a barrel in Asia Thursday as the oversaturated market struggled to cope with high inventories in the United States and an increased output from OPEC.
The decline came despite the weekly US Department of Energy report showing US oil stocks fell about 800,000 barrels for the week ending February 5, with traders seeing inventories still at high levels.
US benchmark West Texas Intermediate (WTI) for March delivery was down 40 cents, or 1.46 percent, to $27.05 at around 0600 GMT after sinking to as low as $26.85 earlier in the session. Brent crude for April fell 14 cents, or 0.45 percent, to $30.70.
On January 20, WTI dipped to a depth of $26.19 a barrel before closing at $26.55 that same day, the lowest since May 2003.

WAJiB

BERSEDiA

-----------------

ORANG RAMAI PERCAYA SIAPA?









orang ramai

percaya suara

siapa?

suara satu e:

zeti

atau

suara dua e:

azeez 




TABUNG HAJI MENGAKUI RIZABNYA NEGATIF, KEMBALI KEPADA SOAL TATAKELOLA YANG DITIMBULKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA

Saya rakamkan terima kasih di atas kenyataan yang dikeluarkan Tabung Haji semalam (10 Februari 2016) yang sebahagian besarnya adalah reaksi kepada isu-isu yang saya bangkitkan selama ini. Saya juga sedia maklum pelbagai komen yang dilontarkan oleh aktivis maya (“cyber activists”) Umno di bawah seliaan Ahmad Maslan mengenai perkara ini.

Kenyataan Tabung Haji semalam mengesahkan unjuran yang saya terbitkan pada 9 Februari 2016 lalu bahawa rizab Tabung Haji kekal negatif bagi 2 tahun berturut-turut, berdasarkan perkara-perkara berikut:

1.    Tabung Haji tidak sekali pun menafikan bahawa rizabnya negatif secara dua tahun berturut-turut seperti yang saya unjurkan;

2.    Tabung Haji tidak sekali pun mengemukakan angka-angka yang menunjukkan unjuran yang saya terbitkan itu salah atau terlalu jauh dari keputusan sebenar;

3.    Tabung Haji mengakui bahawa penyata kewangannya disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang ditetapkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB), bermakna ia mengakui bahawa tafsiran saya mengenai “rizab” di dalam analisa yang saya terbitkan adalah sama dengan “rizab” di dalam Penyata Kedudukan Kewangan (“Statements of Financial Position”) di dalam penyata kewangan Tabung Haji yang diaudit (seperti di bawah);


4.    Tabung Haji mengesahkan bahawa keuntungan terkumpul (selepas bonus dikreditkan kepada pendeposit bagi tahun 2015) adalah RM609 juta. Angka ini tidak banyak berbeza dengan unjuran yang saya terbitkan (tanpa mempunyai apa-apa maklumat kewangan dalaman dari Tabung Haji) yang mengunjurkan keuntungan terkumpul bagi tahun kewangan 2015 adalah RM593 juta (rujuk Lampiran F). Ini bermakna analisa dan unjuran yang saya terbitkan itu tidak lari dari keputusan sebenar Tabung Haji bagi tahun kewangan 2015;

5.    Mengenai isu rizab negatif (rujuk perenggan 5 kenyataan Tabung Haji), sementara Tabung Haji mengesahkan secara tidak langsung bahawa rizabnya memang negatif, ia memberi alasan bahawa ada dua jenis rizab iaitu Rizab Boleh Agih (yang terdiri dari keuntungan terkumpul yang masih positif dan berbaki RM609 juta seperti dinyatakan Tabung Haji) dan Rizab Tidak Boleh Agih. Nilai rizab yang dicatatkan di dalam penyata kewangan adalah jumlah kedua-dua Rizab Boleh Agih dan Rizab Tidak Boleh Agih; dan

6.    Tabung Haji mengesahkan bahawa Rizab Tidak Boleh Agih adalah rizab nilai saksama yang menunjukkan untung/(rugi) terkumpul dari perubahan nilai saksama saham/sekuriti pegangan Tabung Haji, seperti yang saya terangkan di dalam analisa yang saya terbitkan. Dengan tidak menyatakan nilai Rizab Tidak Boleh Agih bagi tahun 2015, Tabung Haji secara tidak langsung mengesahkan ia terus kekal negatif pada kadar yang besar kerana rizab ini sudah pun negatif dengan baki (RM868 juta) bagi tahun 2014. Jika prestasi pasaran saham dalam tahun 2014 telah menyebabkan penurunan nilai saksama saham/sekuriti Tabung Haji sebanyak RM2.4 bilion, prestasi pasaran saham 2015 sudah tentu lebih buruk dan penurunan nilai saksama dalam tahun 2015 lebih besar dari RM2.4 bilion.

Setakat ini, Tabung Haji tidak pun mempersoalkan unjuran saya bahawa rizabnya kekal negatif bagi dua tahun berturut-turut. Saya puji pendekatan pengurusan Tabung Haji yang faham kenyataan-kenyataan saya adalah berbentuk analisa kewangan yang nyata, maka maklumbalas Tabung Haji juga ditumpukan kepada analisa kewangan ini.

Malangnya, banyak komen yang dilontarkan oleh aktivis maya Umno di bawah seliaan Dato’ Ahmad Maslan cuba mengalih perhatian rakyat dari isu pokok yang sebenarnya mula-mula ditimbulkan secara rasmi oleh  Zeti Akhtar Aziz dalam suratnya bertarikh 23 Disember 2015 kepada Pengerusi Tabung Haji, Abdul Azeez Abdul Rahim. Antara komen yang cuba mengelirukan termasuklah kononnya rizab bukanlah bersabit kecairan tunai, rizab tidak boleh agih tidak mempunyai kesan kepada Tabung Haji dan lain-lain (ada sesetengah komen yang terlalu dangkal dan tidak perlu dijawab).

Sebab itu saya menyeru rakyat Malaysia keseluruhannya supaya kembali secara objektif kepada perkara-perkara bersabit tatakelola pengurusan dana Tabung Haji yang ditimbulkan oleh Zeti Akhtar Aziz di dalam suratnya bertarikh 23 Disember 2015 kerana perkara-perkara itu menjawab secara langsung kenapa persoalan rizab negatif ini adalah perkara besar yang perlu diberi perhatian umum.

Saya rujuk kembali perkara-perkara itu (seperti di dalam surat  Zeti Akhtar Aziz) untuk membolehkan rakyat menilai secara objektif apa risikonya apabila rizab Tabung Haji kekal negatif pada nilai yang besar (berbilion ringgit):

1.    Perenggan 2: Oleh kerana Rizab Boleh Agih (iaitu keuntungan terkumpul) sememangnya lemah kerana Tabung Haji membayar bonus lebih besar dari keuntungan yang dijananya dalam tahun-tahun 2012, 2013 dan 2014, itu menimbulkan risiko kewangan kerana prestasi pasaran saham dijangka merudum dalam tahun 2015;

2.    Perenggan 2: Dengan penurunan nilai saksama portfolio pelaburan saham/sekuriti Tabung Haji yang besar dalam tahun 2015, ini akan menyebabkan Rizab Tidak Boleh Agih kekal negatif pada jumlah yang besar dalam tahun 2015 (saya unjurkan mencecah RM3 bilion). Walaupun Rizab Tidak Boleh Agih ini tidak terlibat di dalam pengiraan bonus yang dibayar kerana bonus dibayar dari Rizab Boleh Agih, ia mempunyai kesan yang besar kepada nilai aset Tabung Haji;

3.    Perenggan 2: Sebab itu dalam surat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, beliau telah mengingatkan Tabung Haji bahawa akibat kejatuhan pasaran saham, pada akhir September 2015 nilai aset Tabung Haji telah susut sehinggakan asetnya hanya boleh membayar 98 sen bagi setiap seringgit hutangnya. Nilai aset bersih dikira dengan menjumlahkan keseluruhan aset (yang sebahagian besarnya adalah saham/sekuriti iaitu sekitar 65%) dengan Rizab Tidak Boleh Agih untuk memberikan nilai pasaran (disebut nilai saksama) aset;

4.    Perenggan 2: Maka, apabila Rizab Tidak Boleh Agih adalah negatif pada nilai yang besar (seterusnya menyebabkan rizab menjadi negatif), ini menunjukkan bahawa nilai pasaran/nilai saksama aset Tabung Haji adalah lebih rendah dari yang ditunjukkan di dalam penyata kewangannya. Aset yang nilai saksamanya susut ini tidak akan dapat menampung nilai hutang Tabung Haji termasuklah kepada pendepositnya;

5.    Perenggan 2: Ini mengundang satu lagi risiko iaitu kecenderongan Tabung Haji untuk menjual asetnya untuk menjana keuntungan demi memastikan ia tetap boleh membayar bonus yang besar dalam keadaan pasaran saham yang tidak memberangsangkan (lalu pulangan dalam bentuk dividen atau untung saham yang diniagakan adalah rendah). Ini membawa kesan susutan berganda iaitu aset Tabung Haji makin mengecil dan rizabnya terus negatif lalu melemahkan kedudukan kewangan dalam jangka masa yang panjang;

6.    Perenggan 3: Risiko seterusnya ialah kerana Tabung Haji mempunyai taburan pelabur yang tidak sekata iaitu 5% pendeposit terbesar mengawal 75% deposit keseluruhan. Mereka adalah kumpulan pelabur yang peka kepada prestasi dan kedudukan kewangan Tabung Haji. Apabila mereka menyedari perkara-perkara (1) hingga (5) terus berlaku, ada kemungkinan besar mereka mula mengeluarkan deposit mereka. Jika sebahagian sahaja dari 5% pendeposit terbesar ini mengeluarkan deposit mereka, Tabung Haji tidak mempunyai kemampuan kewangan membayarnya kembali apabila nilai asetnya tidak mampu menampung tanggungan hutang (diterangkan di dalam (3) di atas);

7.    Perenggan 3: Jika Tabung Haji tidak mampu membayar kembali deposit apabila sebahagian dari 5% pendeposit terbesar mengeluarkan deposit, masalah itu akan menular kepada keseluruhan sistem kewangan negara. Tabung Haji mungkin terpaksa bergantung kepada anak syarikatnya iaitu Bank Islam untuk memberi sokongan kewangan yang akan mengancam kestabilan sistem perbankan. Jika Tabung Haji terus menjual saham/sekuriti yang dipegang untuk mencairkan asetnya ke dalam bentuk tunai, itu akan menyebabkan kejatuhan pasaran yang membawa kesan kepada pelaburan-pelaburan lain; dan

8.    Perenggan 3: Apabila Tabung Haji tidak mampu membayar kembali deposit kepada sebahagian dari 5% pendeposit terbesar yang mengeluarkan deposit mereka, Tabung Haji mungkin terpaksa kembali kepada bantuan Kerajaan Persekutuan kerana simpanan di dalam Tabung Haji dijamin kerajaan. Dalam keadaan kewangan Kerajaan Persekutuan pun begitu parah, ini akan menyebabkan pelbagai masalah kewangan baru kepada rakyat dalam bentuk cukai GST yang lebih tinggi, pemotongan peruntukan dan lain-lain.

Saya berharap orang ramai menilai isu-isu yang saya timbulkan kebelakangan ini mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji dalam perspektif yang diutarakan oleh  Zeti Akhtar Aziz seperti di atas kerana saya hanya mengulangi penilaian Bank Negara Malaysia mengenai kedudukan kewangan Tabung Haji. Saya yakin rakyat terbanyak yang celik akal lebih percayakan  Zeti Akhtar Aziz dan Bank Negara Malaysia dari aktivis maya Umno yang dididik oleh Datuk Ahmad Maslan.

Oleh yang demikian, saya ingin terus fokus kepada kelemahan kepimpinan Tabung Haji di bawah Pengerusinya Abdul Azeez Abdul Rahim sehingga menjerumuskan Tabung Haji kepada kedudukan sekarang.

Saya ingin menarik perhatian media dan orang ramai kepada perenggan pertama surat Zeti Akhtar Aziz yang menunjukkan kegagalan dan ketidakcekapan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dalam mengepalai Tabung Haji. Sepanjang isu ini timbul sejak sebulan lalu, hampir keseluruhan rakyat Malaysia terlepas pandang bahawa Bank Negara Malaysia telah pun menulis surat kepada Tabung Haji mengenai keperluan merumus satu dasar rizab setahun lebih awal (iaitu pada 19 Disember 2014) dari tarikh surat  Zeti Akhtar Aziz yang bertarikh 23 Disember 2015 itu.

Maknanya, perkara ini telah ditimbulkan oleh Bank Negara Malaysia lebih dari setahun yang lepas namun nampaknya tidak ada sebarang tindakan kukuh di pihak Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sehinggakan Bank Negara Malaysia terpaksa mengeluarkan surat seterusnya bertarikh 23 Disember 2015.

Saya menuntut supaya  Abdul Azeez Abdul Rahim memberikan penjelasan segera mengenai perkara ini dan memberi jaminan bahawa Tabung Haji akan mengemukakan cadangan dasar rizab seperti yang diarahkan oleh Bank Negara Malaysia sebelum 31 Mac 2016.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN


habis 

lingkup




---------------

TWEET GAGALIS






TWEET GAGALIS

gagalist ini sdg mencuba nasib di Kerala. Tp, rasanya akan pulang dgn kegagalan 100%




------------

TIMUR TENGAH HARI INI







TT terus

memaparkan

berita saperti

ini dengan niat

memberi ingatan

dunia sedang

kacau bilau


anak semua

bangsa wajib

bersedia 



Saudi invasion of Syria: The Bluff That Could Ignite World War III
By Finian Cunningham

February 09, 2016 "
Information Clearing House" - "  RT" -  The Saudi plan to send ground troops into Syria appears to be just a ruse. But this is precisely the kind of reckless saber-rattling that could ignite an all-out war, one that could embroil the United States and Russia.

Saudi rulers have reportedly amassed a 150,000-strong army to invade Syria on the alleged pretext “to fight against terrorism” and to defeat the so-called Islamic State (also known as ISIS/ISIL). Saudi officials told CNN that in addition to Saudi troops there are ground forces from Egypt, Turkey, Sudan, Morocco, Jordan, Qatar, Bahrain and the United Arab Emirates.






-----------------

RAMAI MAKIN MARAH








FACE BOOK 

Marah saja x cukup rakyat perlu bangkit melawan utk perubahan dlm kerangka perlembagaan.
Tukar saja penguasa yg menzalimi rakyat.























--------------

DARI INGATAN FACE BOOK












Facebook
Tukar, we care about you and the memories you share here. We thought you'd like to look back on this post from 1 year ago.



NOTA
pagi ini
dilaman facebook
muncul gambar ini
ingatan satu tahun dahulu
gambar yang melakar 
sejarah di bumi manusia
sejarah di tanah melayu
sejarah anak semua bangsa
sejarah bangsa semua agama
-------------

BERITA DARI TIMUR TENGAH








SAJE NAK

BERI TAHU

AGAR KITA

BERWASPADA 


Obama “on verge of” launching another bombing campaign in Libya: The notion that the U.S. is considering another bombing campaign in Libya in order to fight ISIS is almost laughably ludicrous, because it was in fact the first U.S.-backed bombing campaign in Libya that brought ISIS into the North African nation in the first place.





--------------

SIAPA JUAL TANAH MELAYU INI?







DI MANA KAU

MELAYU KU


Kerinci South, Venice, Hemsphire, Amverton, Notting Hill, Casa Viera, Springvielle, Mont Kiara .. Sape yang luluskan nama ni .. DAP ke .. cilaka betul .. setahun sekali pekik selogan memmurtabakan Bahasa Melayu .. puki mak lu la. on SIAPA JUAL TANAH MELAYU PADA CHINA
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 2/5/16




-------------