.

Isnin, 22 September 2014

RAKYAT PERLU DIBERITAHU







Sabah, Sarawak berdepan ancaman keselamatan serius - Hishammuddin
KOTA KINABALU: Sabah dan Sarawak berdepan ancaman keselamatan serius yang mungkin dicetuskan kumpulan militan dari selatan Filipina yang ada kaitan dengan militan Negara Islam (IS) di Asia Barat.
KOMENTAR
setuju ada ancaman
tapi 
kenapa ada serangan?
siapa yang datang menyerang?
kenapa ancaman ini datang?

ini kerana negara pilipina
anggap sabah milik pilipina

wajib diterangkan
wajib dijelaskan
wajib diberi tahu
kepada rakyat malaysia
bahawa:

dalam perlembagaan pilipina
sabah itu adalah sebahagian dari
wilayah pilipina



-------------

DEMOKRASI -DARI ANAK MUDA







Jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara akan tidak menentu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh kenyataan Gabungan BERSIH bahawa sistem demokrasi berparlimen akan hancur khususnya jika kemelut pemilihan Menteri Besar Selangor berakhir dengan mengenepikan pihak yang mempunyai majoriti (Adun).

Pengerusinya Marian Chin Abdullah dilaporkan dalam Malaysiakini berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.

SAMM yang juga bernaung di bawah Gabungan BERSIH berpendapat, undang-undang tubuh negeri harus dipatuhi oleh semua pihak. Jika 'rule of law' ini dilanggar atas kepentingan tertentu, negara akan menjadi kucar-kacir setelah perlembagaan dipinggirkan malah Rukun Negara yang diikrar menjadi pertaruhan.

Dikesempatan ini selaku mewakili aspirasi kelompok muda, memperingatkan PKR, Anwar mungkin atau tak mungkin menjadi PM, kemelut Selangor mungkin atau tidak mungkin selesai mengikut kehendak kita tetapi ia bakal mejadi sejarah adakah parti yang mendabik dada menjaja tema Reformasi ini bakal akur dan tersungkur dengan tekanan dalam mempertahankan asas demokrasi iaitu majority. 


Tidak timbul soal derhaka dengan menghantar satu nama, Dr. Mahathir sendiri menyatakan dia sendiri hantar satu nama kepada semua Istana ketika dia PM. Pilihlah sendiri sama ada kita memilih melawan dengan prinsip atau tunduk menyerah dengan desakan feudalisma kerana kita akan dikenang sejarah seperti mana yang kita mahukan. Jangan sia siakan berbelas tahun sejarah perlawanan panjang.

Ya kita menjunjung Raja berpelembagaan tetapi kita sama sekali menolak feudalisma sempit yang mengikut membuta tuli.

Sekian.


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia






-----------

PERNIAGAAN LENDIR




 SABAN MALAM
SETIA
MENUNGGU 

Tiada industri  seks di Malaysia, 

kata Bukit Aman

Bukit Aman hari ini menyifatkan sebuah laporan berbentuk video tentang perdagangan seks bawah umur di Malaysia 'berat sebelah' dan cuba menggambarkan negara ini sebagai sebuah pusat kegiatan seks.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata kepada The Star Online, laporan itu tidak memberi gambaran sebenar kegiatan perdagangan seks di Malaysia.

Menurutnya, kegiatan itu "tidak sebesar mana."

"Istilah 'industri seks' digunakan dalam video itu sangat salah dan negatif. Di Malaysia, memang wujud aktiviti pelacuran, sama sahaja seperti negara lain. Tetapi, penguatkuasaan kerap meminimakan aktiviti ini.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-
industri-seks-di-malaysia-kata-bukit-aman#sthash.iKzM4bxD.dpuf

KAH KAH KAH


woit memang betul
tak ada industri sex


tapi ada perniagaan lendir
tiap malam ada
laporan dari jalan thambypillai
jangan buat buat donnno
jangan buat buat don si
jangan jangan dah masyuuuk

KAH KAH KAH

----------

JADILAH BATU API


KOMENTAR


dari segi taktik dan strateji
lebih baik baik najib terus jadi pm
najib ada beban yang amat berat
ada altantuya
kena pikul rosmah
ada kes bawa lari duit

belajar dari pengalaman

tahun 1999 madey 
dicap sebagai zalim
kempen ini berjaya
hasilnya terangganu jatuh

dolah ganti madey
melonjak sokongan
kerana dolah dilihat
sebagai penyapu baru

sekarang kempen wajib dipusatkan
kepada najib yang lembik
najib yang membawa beban
lekatkan imej lembik ini kepada najib
tuai hasilnya nanti

NOTA
kalau kenyataan mahfuz ini
sebagai batu api
memang amat amat baik
jadilah batu api
kalau dah kering
bubuh minyak


Selepas kritikan Dr Mahathir, Muhyiddin

perlu nasihat Najib letak jawatan,

kata Mahfuz 

Muhyiddin Yassin perlu menasihatkan Najib Razak agar melepaskan jawatan sebagai perdana menteri selepas kritikan demi kritikan terus diterimanya daripada Mahathir Mohamad, kata  Mahfuz Omar.

Ketua penerangan PAS itu berkata, Muhyiddin sendiri pada minggu lalu sudah menyuarakan kebimbangannya terhadap kemerosotan undi popular yang akan diterima Umno dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Ini kata Muhyiddin yang menjadi kebimbangannya ialah PRU yang akan datang BN akan mengalami kemerosotan undi popular maknanya Umno akan merosot dari 48% ke lebih rendah.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-kritikan-dr-mahathir-muhyiddin-perlu-nasihat-najib-letak-jawatan-ka#sthash.MaZsgwVi.dpuf

KAH KAH KAH


woit
jangan tendang najib
biar muhyiddin terus frus
biar bisul menanah
KAH KAH KAH

LIMA DALAM SATU
ROSMAH HEBAT
berat badan lima  orang budak  ini
masih
belum dapat menandingi 
berat badan rosmah

---------

NASI PANGGUNG KELMARIN





W.S RENDRA
WARGA MISKIN KOTA
orang-orang miskin di jalan
yang tinggal dalam selokan
yang kalah dalam pergulatan
yang diledek oleh impian
janganlah mereka ditinggalkan

~ Orang-Orang Miskin, W.S Rendra

NASI PANGGUNG KELMARIN


Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Mee Kari Ayam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Tim SHCA MSU - Appel / Roti / Air Mineral / Pakaian
Tim Usrah Kolej Islam Antarabangsa - Toileteries Pack
Qish Awek Cun - Kek Span  / Bubur Pulut Hitam
Kak Nora Reformis - Mee Goreng

GOTONG ROYONG

Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Husin, Ajim, Fairuz, Aisyah, Yan, Padel, Brickfield Boy,Nadhiatul, Syu, Sha, Quratul & Hazman dari Kelas Kita,
Nadia, Nadia Kecik, Noreen & Shikin dari Akademi Belia
Zahier, Miss Jane, 
Jac & Awek-awek cun dari fakulti SHCA MSU
Ayu & kawan-kawan dari Kolej Islam Antarabangsa
Laila cheras & kawan-kawan, Polo UITM, Nadia PJ
Hijrah, Mus & Geng Kotak, Abid & kawan2 Buku Jalanan SA
& semua kawan-kawan yg saling tak mengenal tapi sama bantu kerja bakti di Jalan Panggung!! TERIMA KASIH!!

SETIA KAWAN

Buah Kuini di atas para
Pohon Pala di tepi perigi
Hari ini kita bertemu mesra
Ahad depan kita berjumpa lagi

MENYUMBANG TENAGA

BARANG JUALAN
Dapatkan merchandise baru Dapur Jalanan, Apron Dapur. Membeli sambil menyumbang. RM20.00 sahaja. Boleh dapatkan setiap ahad di Jalan Panggung & kroni-kroni berdekatan.

Untuk maklumat info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter @dapurjalanan & instagram dapurjalananKL. Apa-apa berkaitan dapur ada disitu

PETANG AHAD KELMARIN

Untuk yang mahu menyumbang
 boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 SPKL collective

Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbangkan boleh pukul telepon; 

ezzuandi = 0192671285 
adiKhalid = 0126648873

Solidariti untuk miskin kota

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
22 September 2014 

NOTA
ini satu kumpulan gagalis
mencuba nasib
kerana 
ramai
awek cun
datang ke dapur jalanan
selamat memasang lukah koyak
-------------

HANYA WAN AZIZAH SEORANG






Saifuddin Nasution
SHAH ALAM - PKR tidak berganjak daripada keputusannya sebelum ini yang menamakan presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal...


KOMENTAR

satu dunia dah tahu
pkr hanya hantar satu nama
persoalan  pertama timbul
kenapa satu nama?

kedua:
nama azmin tidak dimasukkan
kenapa tidak dimasukkan?

ketiga:
azmin ada kes rasuah
kenapa tidak beritahu
kepada orang ramai?

ke empat:
kenapa pkr sorokkan
kes rasuah azmin ini?

rumusan:
azmin akan jadi
sama macam khalid
diperas ugut oleh
united malays national organisation


---------

BILA LAGI NAK SEDAR




KOMENTAR

melakukan sesuatu  yang sama
berulang ulang kali
dengan harapan ianya 
akan membawa hasil berlaianan
ialah kerja orang gila

di malaysia ini 
jika pilihan raya
boleh mengubah apa apa
pilihan raya telah lama 
diharamkan


Amaran BERSIH: Demokrasi berparlimen boleh runtuh..

Sistem demokrasi berparlimen di Malaysia akan “runtuh” jika parti majoriti tidak dapat memilih calonnya sendiri untuk dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Demikian amaran pemantau pilihan raya BERSIH hari ini.

Pengerusinya Marian Chin Abdullah berkata, jika “badan tidak dipilih” memilih ketua kerajaan, masa depan negara selepas pilihan raya umum ke-14 akan tidak menentu.



KAH KAH KAH

woit
masih tak faham faham
ini dunia ke tiga
pilihan raya hanya wayang
kenapa susah sangat nak faham

KAH KAH KAH


-----------

KOMENTAR MALAYSIAN INSIDER




KOMENTAR 
malaysian insider telah membuat
satu komentar tentang hadi dan pas
inilah satu komentar yang jujur 
hadi juga jujur dan jelas
tentang cita cita dan angan angan
parti pas jika hadi terus memimpin nya

komentar asal dalam bahasa inggeris
di para akhir tertulis : good riddance

And Malaysia's message to Hadi 
and his party men should be simple: good riddance.

ini terjemahan melayunya:
malaysia ada satu berita untuk hadi
dan ahli partinya - berita
yang amat senang: selamat berambus

Ancaman jelas dan benar 

melalui ucapan Hadi

Namun penyakit angkuh dan budaya bodoh sombong kini menjangkiti PAS di bawah Hadi. Wujud satu ancaman yang jelas dan nyata apabila Hadi rasa dia tahu apa yang terbaik untuk Malaysia.
Sehinggakan dia kini percaya dia dapat memaksa agenda puritan ke atas PR dan Malaysia keseluruhannya. Baginya, partinya dan PR perlu tunduk kepada visinya atau pergi jahanam.
Sekurang-kurangnya beliau jujur tentang itu. Begitu juga, rakyat Malaysia perlu jujur tentang apa yang mereka rasa terhadap visinya untuk Malaysia.
Mesej Malaysia terhadap Hadi dan ahli partinya ringkas: boleh belah. – 21 September, 2014.

KAH KAH KAH

woit
ini suara hebat
gwa celah awal awal
gwa belah dulu

KAH KAH KAH

-----------