.

Rabu, 27 Mei 2015

SURAT TERBUKA UNTUK DU BOOK





Joshua Wong diusir, penganjur dapat 'bil'

Walaupun penggerak Revolusi Payung Hong Kong Joshua Wong sudah diusir daripada negara ini, penganjur acaranya di Malaysia DuBook Press kini mendapat 'masalah' lain.

Susulan laporan yang mengaitkan syarikat penerbitan indie itu dengan Hishamuddin Rais, aktivis politik, pengarah filem dan pelawak itu kini tampil menuntut 'bahagiannya'.

Memperolokkan dengan caranya tersendiri, Hishamuddin, pemimpin gerakan pelajar 70-an, menulis surat peguam di blognyaTukar Tiub dengan menuntut 67 peratus saham DuBook.

“Ini untuk membuktikan bahawa saya adalah sebahagian dari pemilik DuBook Press seperti dalam laporan polis tersebut.

“Secara jujur langkah ini bertujuan untuk memudahkan #Kebab51 menjalankan siasatan,” katanya dilihat mengusik Ketua Ppolis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mempunyai akaun Twitter @KBAB51.

Free Malaysia Today pada 25 Mei lalu melaporkan DuBook sebagai sebuah “syarikat penerbitan yang berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais”.

Pemilik DuBook Mutalib Uthman (bawah, baju hijau), yang juga penyelaras bersama acara bersama Wong, menafikan mempunyai kaitan langsung dengan Hishamuddin, pembangkang mahupun gerakan menggulingkan kerajaan.

DuBook dan sebuah lagi penerbit bebas Thukul Cetak berkata mereka bersetuju menganjurkan acara itu kerana mereka percaya kepada demokrasi dan keterbukaan ilmu.

Alamat kedai arak

Free Malaysia Today dalam laporan itu memetik laporan sebuah blog yang dipercayai pro-BN dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam surat enam perkara itu, Hishamuddin juga menuntut 15 peratus harta Dubook “difaraidkan kepada ibu tunggal yang belum pernah berumah tangga. ”

Hishamuddin juga berseloroh mahukan semua buku-buku terbitan DuBook yang akan datang ditulis dalam bahasa jawi serta 3 peratus lagi menggunakan bahasa Mandarin.

“Ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli DAP yang masih tebal sikap kecinaaan mereka,” tulisnya.

Salinan surat itu juga diberikan kepada watak-watak rekaan seakan-akan individu sebenar iaitu Latifah Koya, Datuk Ambiga Sanasaran serta Mandeep Singh Syahdu yang beralamat di sebuah kedai arai di Jalan Klang Lama.

Imigresen Malaysia menahan aktivis Wong tidak lama selepas beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam danmengusirnya ke negara asal.

Aktivis 18 tahun itu dijadual mengadakan siri dialog dengan gerakan pelajar minggu ini, yang mana Malaysiakini selaku rakan media.

Pada Jun tahun lalu, Wong mengetuai gerakan pelajar besar-besaran yang mendorong kebangkitan popular di Hong Kong menuntut pilihan raya yang bersih daripada bekas koloni British itu.
 


KAH KAH KAH

kah kah kah
kah kah kah
i rest my case mi lord

KAH KAH KAH


--------------

SATU PELAJARAN POLITIK





KOMENTAR
kes 1MDB ini adalah satu kuliah politik
ianya memberi pelajaran kepada umum
bahawa kelas pemerentah
walau pun jelas melakukan jenayah
tidak akan di dakwa dakwi

contoh terbaik:
najib terlibat dalam kes bunuh altantuya
najib tidak disoal siasat
najib terlibat kes rasiah scorpene
najib tidak disiasat SPRM
najin terlibat kes rembat duit 1MDB
hingga harin ini tidak disiasata

perlajaran nya ialah:
SPRM PARLIMEN
POLIS MAHKAMAH SPR
IMAM MASJID MUFTi
MAJLIS FATWA KEBANGSAAN
hanyalah alat alat untuk memastikan
gerombolan yang berkuasa terus bekuasa

kuliah ini cukup mahal
kita membayar kuliah ini
dengan harga 42 bilion ringgit



PKR mahu seret Najib dalam siasatan 

penyelewengan 1MDB

Rafizi Ramli hari ini menggesa 3 agensi penguat kuasa membuka kertas siasatan penyelewengan jenayah ke atas Datuk Seri Najib Razak yang menurutnya terlibat secara langsung dalam pembuatan keputusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Gesaan itu dibuat ahli Parlimen Pandan itu berdasarkan Artikel 117 dalam Memorandum dan Artikel Syarikat 1MDB yang menurutnya, memberi perdana menteri itu kuasa besar dalam operasi 1MDB.
"Saya menyeru semua agensi yang terlibat menyiasat 1MDB, termasuk Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara membuka kertas siasatan terhadap perdana menteri.
"Bermula hari ini, jika ada sebarang unsur penyelewengan jenayah dalam 1MDB, ia akan turut menyabitkan perdana menteri, kerana Artikel 117 jelas menunjukkan keterlibatan secara langsung perdana menteri dalam keputusan-keputusan 1MDB," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.  – 27 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-mahu-seret-najib-dalam-siasatan-penyelewengan-1mdb#sthash.xJXCWhMc.dpuf

KAH KAH KAH

woit
mustahil najib akan didakwa
mustahil najib dibawa ke mahkamah
mustahil najib akan ditangkap
kalau rakyat tak bantah
kalau rakyat tak marah
kalau rakyat tak ke jalan raya

APA PUNYA KUNTUA


-----------

PEMIMPIN BANI MELAYU DI HINA LAGI





PEMIMPIN MELAYU 
KENA BERAK

Arul Kanda lewat dapat surat, bukan urusan PAC, kata Nur Jazlan

27 May — Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) hari ini menolak alasan kelewatan menerima notis yang diberi presiden dan pengarah eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy apabila memohon penangguhan mengadap PAC. Pengerusinya Datuk…

KAH KAH KAH

woit
mana dia ngo melayu
mana dia ngo melayu islam
mana dia pukida
mana dia pukasa
mana dia pukipm
parlimen melayu dihina
pemimpim melayu dihina
ini hina raja melayu
ini hina islam melayu
ini hina bani melayu
yang hina ini orang india
kalau keeling okay juga
kah kah kah

APA PUNYA SELAM























-------------

TANGKAP DAN DAKWA





KAH KAH KAH

woit
tangkap tangkap
dakwa dan penjara
ini orang jahat
bila lagi nak tangkap

INI LANUN BUGIS






-------------

NAJIB TAK MAHU JAWAB





27 MEI 2015

MENTERI KEWANGAN ENGGAN MENYATAKAN BAYARAN PINJAMAN DAN FAEDAH 1MDB

Saya  mendapat jawapan kepada soalan saya mengenai perincian jumlah pembayaran faedah dan bayaran pokok bagi setiap hutang/bon 1MDB dalam tempoh bermula Januari 2015 minggu lalu, seperti yang disertakan bersama.

Keengganan Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah bayaran pokok dan faedah bagi setiap hutang/bon 1MDB seperti yang saya ajukan adalah membimbangkan. Sebelum ini, setiap kali ada pembayaran hutang pokok atau faedah yang perlu dilangsaikan oleh 1MDB, ada urusniaga-urusniaga yang melibatkan dana rakyat yang mengundang kontroversi dan kemarahan rakyat. Sebab itu saya mengajukan soalan ini supaya rakyat boleh memantau setiap kali 1MDB perlu membayar hutang pokok atau faedah agar dana rakyat tidak digunakan bagi tujuan itu.

Pembayaran hutang 1MDB berjumlah RM2 bilion dalam bulan Februari 2015 kepada RHB dan Maybank dilaporkan diaturkan oleh hartawan Ananda Krishnan. Sehingga kini, kita tidak tahu apakah terma dan bayaran balas kepada Ananda Krishnan hasil dari pertolongan itu.

Apabila Jemaah Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM950 juta (“standby credit”) dalam bulan Mac 2015, kelulusan itu dibuat pada waktu yang hamper sama dengan pembayaran faedah 1MDB yang dilaporkan pada jumlah yang sama. Begitu juga penjualan tanah oleh 1MDB kepada Tabung Haji baru-baru ini dibuat dalam tempoh yang sama dengan pembayaran faedah oleh 1MDB pada jumlah yang sama.

Maka, adalah munasabah rakyat dimaklumkan apakah senarai hutang pokok dan faedah yang perlu dibayar oleh 1MDB bermula dari Januari 2015 supaya spekulasi bahawa dana-dana awam disuntik ke dalam 1MDB untuk membayar hutang diperjelaskan.

Alasan Menteri Kewangan bahawa penyata kewangan 1MDB bagi tahun 2015 belum diselesaikan tidak boleh diterima dan tidak masuk akal.

Pada setiap tahun kewangan, audit yang dilakukan akan mengesahkan jumlah bayaran pokok dan faedah yang perlu dibayar oleh 1MDB dari tahun kewangan itu sehinggalah hutang/bon itu dilangsaikan. Maknanya, audit tahun 2014 telah pun mengesahkan perincian pembayaran hutang pokok dan faedah semua hutang/bon 1MDB bagi tahun kewangan 2014 hinggalah ke tahun-tahun hutang itu dilangsaikan.

Menteri Kewangan boleh sahaja mengarahkan 1MDB merujuk kepada penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2014 untuk memberi perincian maklumat ini tanpa menunggu audit bagi tahun 2015.

Saya beranggapan keengganan Menteri Kewangan memberikan perincian ini adalah untuk menutup ruang rakyat menyemak semua urusniaga dan suntikan dana ke dalam 1MDB dalam tempoh terdekat. Ia juga menguatkan keraguan saya bahawa Perdana Menteri masih tidak menolak kemungkinan menggunakan dana awam untuk membayar hutang pokok dan faedah hutang 1MDB dalam tempoh terdekat.  

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
------------

APA DIA MAHATHIR NAJIB







MEMAHAMI MAHATHIR DAN NAJIB


Hari ini dimana sahaja warga Malaysia berkumpul kalau mereka tidak bercerita tentang harga barang naik mereka akan bercerita tentang Presiden PAS Tuan Haji Hadi yang akan dilawan oleh Tuan Haji Ahmad Awang dalam Muktamar PAS bulan hadapan. Labon punya labon – sembang punya sembang pasti akan keluar pertanyaan : Bila Najib akan diundurkan?

Saya rasa pasti ramai pembaca yang tertanya-tanya soalan yang sama. Pasti ramai juga yang tercari-cari akan jawapan pada soalan ini. Sebelum saya menjawab – bila? - adalah molek untuk kita memahami apa sebenarnya pertarungan antara bekas Perdana Menteri Mahathir Muhamad dengan Perdana Menteri sekarang Najib Razak. Ini lebih afdal.

Untuk memahami dengan jelas babak politik ini mari kita lihat kembali garis masa bermulanya perang politik ini. Warga Malaysia pasti TIDAK akan lupa tentang kenduri kahwin anak Rosmah yang selesai pada akhir bulan March dahulu. Harga bunga hiasan kenduri kahwin ini sahaja dikatakan mencecah 3 juta ringgit. Rakyat satu Malaysia menerima hakikat bahawa kenduri ini lebih besar dari besar. Kenduri lebih agong dari Agong. Kenduri ini dicap sebagai “kenduri kurun ini”.

Belum pun sempat kenduri dipihak jantan berlangsung – Mahathir telah meledakkan 'bom nuklear'. Najib Razak dan Rosmah Mansor menjadi sasaran. Kenduri kahwin ini juga menjadi peluru.

Apabila Mahathir mula menyerang. Satu Malaysia jadi heboh. Serangan Mahathir Najib ini lebih heboh dari Kapal Madras karam. Warga Malaysia – dari Mak Cik Felda hingga ke CEO MayBank semuanya tahu bahawa satu krisis besar sedang melanda United Malaysia National Organsiation. Najib Presiden Parti Ketuanan Melayu hendak ditendang keluar oleh Mahathir Muhamad.

Macam macam pandangan kita dengar. Macam macam tulisan kita baca. Ada komentar dan analisa dari Profesor pelbagai jenis – ada yang kangkong dan ada yang asli. Dalam masa yang sama kerana wujudnya internet kita juga berpelung membaca komen politik dari Mat Tikus dan Lebai Kerang dari Sintok dan Manjung.

Ada analisa mengatakan Mahathir menyerang Najib untuk menyediakan tempat buat anaknya. Ada yang berkata bahawa Mahathir ini memiliki ego menggunung. Ada yang berkata Mahathir dimalukan kerana 'jambatan bengkok' dari Johor Baru ke Singapura gagal didirikan.

Semua pandangan ini tidak salah tapi tidak semuanya tepat dan betul.

Saya sering menerangkan bahawa banyak tulisan dan komentar politk telah gagal untuk memberi kefahaman tentang apa yang sebenarnya sedang berlaku. Analisa ini gagal kerana ada fakta yang hilang. Fakta hilang ini ialah fakta ekonomi dan kelas.

Untuk saya apa sahaja analisa politik jika TIDAK dimasukkan ekonomi dan kelas maka analisa itu gagal tidak syumul dan tidak menyeluruh. Ertinya analisa itu hanya berligar dengan pribadi sosok, berligar dengan niat dan cita-cita sosok. Dalam kes Mahathir Najib akan dlihat pertembungan dua personaliti. Dua sosok yang memimpin negara dengan dua cara yang berbeza.

Hakikatnya - politik ialah ekonomi. Perebutan kuasa politik ialah perebutan ekonomi. Manusia ialah binatang ekonomi. Dari ekonomi akan muncul kelas. Ada kelas tani, kelas buruh dan kelas borjuis.

Justeru, adalah wajib menganalisa politik dengan menggunakan ekonomi dan kelas. Menganalisa masyarakat mengunakan pendekatan Marxis. Apa itu pendekatan Marxis?

Sila jangan salah faham. Menggunakan pendekatan Marxis ini bukan bermakna kita jadi ahli Parti Komunis Malaya. Atau dengan tetiba kita minum arak dan terus berzina. Marxisma ini kita gunakan sebagai alat. Kalau kita bertukang kita ada peralatan. Kita ada tukul besi, ada paku, ada pahat, ada gergaji dan ada ketam papan. Semua ini alat untuk bertukang. Justeru Marxisma ini juga adalah alat untuk kita bertukang.

Bertukang disini maknanya kita menggunakan kaedah Marxis untuk menganalisa dan memahami masyarakat. Apa sahaja tulisan atau pandangan yang menganalsia politik dan masyarakat Malaysia hari ini akan separuh masak dan tempang jika tidak memasukkan ekonomi dan kelas.

Saya yakin pembaca sedar Presiden Bush menyerang Iraq bukan kerana DEMOKRASi tetapi kerana TELAGA MINYAK. Memiliki pendapat bahawa Bush menyerang Iraq kerana minyak adalah pendekatan Marxis. Minyak ialah ekonomi. Menggunakan pendekatan ekonomi adalah menggunakan kaedah Marxis.

Pertembungan Mahathir dengan Najib ini adalah pertembungan dua kelas. Mahathir dan Najib ini mewakili kelas mereka. Mahathir dan Najib tergulung dalam kelas borjuis. Kelas dan borjuis adalah istilah Marxis.

Apa itu borjuis? Borjuis ialah ahli kelas sosial yang membuat harta dan kekayaan dengan menggunakan tenaga dan kerja orang lain. Kelas borjuis bukan kaum tani dan bukan kelas buruh. Mereka menjadi kaya raya atas tenaga kaum buruh dan kaum tani. Borjuis juga terbahagi kepada Borjuis Nasional dan Borjuis Kompardor.

Apa dan siapa dia borjuis komprador? Komprador adalah sosok yang membuat harta kekayaan dengan bersandarkan modal dari luar negara. Towkay 7/11 atau towkay Mek Dogal atau tukang impot Honda adalah contoh terbaik kelas komprador. Dalam sistem ekonomi kapitalis kaum komprador menjadi orang perantaraan syarikat luar dengan anak tempatan.

Najib Razak mewakili Borjuis Komprador. Manakala Mahathir mewakili Borjuis Nasional. Hakikatanya – yang sedang bertempur hari ini ialah dua kelas borjuis. Dua kelas borjuis yang bertempur untuk memilik, mengawal dan menjarah ekonomi Malaysia.

Borjuis Nasional dan Komprador memiliki watak-watak dan ciri-ciri tersendiri. Sekali pandangan mungkin Najib dan Mahathir TIDAk ada perbezaan. Mereka berpayung dalam satu parti. Tetapi ini pandangan mata kasar. Dari pandangan kelas mereka berdua ini amat berbeza.

Mahathir – yang mewakili Borjuis Nasional yang memiliki watak yang lebih progresif. Mereka memiliki sikap nasionalis. Mereka mementingkan perkembangan modal tempatan. Mereka mahu harta kekayaan negara dimiliki oleh anak tempatan. Justeru Borjuis Nasional merasa sangsi terhadap kaum pemodal luar atau syarikat multinasional.

Justeru kita melihat Mahathir yang nasionalis mendirikan Proton. Mahathir mengajukan 'buy British last'. Akhir-akhir ini Mahathir menentang projek imperialis Amerika yang akan mendominasi politik dan ekonomi Malaysia melalui Perjanjian TPPA

Manakala Najib Razak mewakili kelas komprador. Kelas yang bertenggek diatas sokongan dan bantuan pemodal luar negara. Watak kelas ini dapat dilihat dengan jelas apabila Najib Razak tunduk menyembah Presiden Obama untuk menjualkan Malaysia kepada pemodal luar negara melalui TPPA. Kaum komprador TIDAK memiliki sikap nasionalis. Mereka sedar bahawa tanpa bantuan 'luar' mereka akan runtuh.

Justeru kita lihat pada minggu ini Najib pergi ke Jepun untuk mengadu nasib kepada kaum pemodal Jepun. Dilaporkan Najib akan bertemu dengan 34 orang kapten industri Jepun. Kenapa bertemu dengan pemodal Jepun? Kenapa tidak bertemu dengan pemodal tempatan. Malah Najib dituduh TIDAK bagitu kuat Imannya untuk mempertahankan pemodal Bumiputera. Jelas semua ini adalah watak komprador.

Jika kurang yakin maka sila ingati kembali – apabila Najib masuk ke Putrajaya kita menyaksikan bagaimana hampir setiapa bulan soldadu dan tentara Amerika keluar masuk dibumi Malaysia. Malah jangan terperanjat jika Amerika akan mendirikan pengkalan tentera di Pengerang. Ini politik komprador – tunduk pada kuasa asing.

Paling akhir kita melihat lihat bagaimana Najib telah mengadu nasib kepada Sultan dan meminta Sultan Pahang datang membantu. Tidak cukup dengan Sultan Pahang – pada minggu ini juha Najib telah mengadu nasib kepada Maharaja Jepun. Inilah watak asli Borjuis Komprador.

Agak berbeza dengan watak Borjuis Nasional yang berwatak progresif. Dalam perniagaan mereka pro anak watan. Dalam kes Malaysia Mahathir dilihat pro pemodal Bumiputera. Borjuis Nasional dilihat anti imperialis dan anti kaum feudal. Watak-watak ini dapat kita lihat dalam sosok Mahathir Muhamad.

Minggu lalu klip ucapan Muhyidin Yasin telah menjadi viral. Klip mesyurat tertutup ini memperlihatkan dua garis politik yang kini wujud dalam United Malays National Organisation. Satu garis politik Najib dan satu lagi garis politik Muhyiddin. Satu Borjuis Komprador dan satu Borjuis Nasional.

Projek 1MDB adalah projek Najib Razak. Projek ini sedang dilihat oleh orang ramai sebagai projek lukah dimana 1MDB boleh berhutang. Duit hutang ini diagihkan kepada kroni Najib dan Rosmah. Justeru muncul nama Jho Low dan Reza Aziz yang memungut untung dari lukah 1MDB ini. Dua sosok ini bukan ahli perniagaan dalam negara. Malah mereka ini tidak pun duduk di Malaysia.

Dibelakang Mahathir ini kita lihat Borjuis Nasional yang telah dibentuk oleh Mahathir - Daim Zainudin, Ananda atau Syed Mokhtar. Dalam forum antarabangsa Mahathir akan memastikan kepentingan ekonomi borjuis nasional ini TIDAK diganggu gugat. Kerana ini para pemodal ini terus tegoh menyokong Mahathir. Kepentingan ekonomi dan kelas mereka terjamin selamat.

Pada tahap ini Borjuis Nasional ini masih memerhatikan apakah Najib akan terus memporak perandakan ekonomi Malaysia dengan hutang 1MDB. Hutang 42 bilion ringgit ini akan mengoncangkan dan meledakan musnah ekonomi Malaysia. Borjuis Nasional amat sedar akan hal ini.

Maka kita kembali kepada persoalan yang ditanya-tanya : Bila Najib akan diundurkan? Jawabnya: Najib akan diundur apabila United Malays National Organisation merasa parti mereka akan lingkup. Kempen Mahathr memainkan peranan tetapi yang akan menentukan ialah ekonomi Malaysia.

Bila akan berlaku? Ianya sedang berlaku sekarang. Fulus telah habis, projek makin pupus. Najib terpaksa menyembah Maharaja Jepun minta Yen kalau tidak lehernya akan dipancung sebelum Hari Raya. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEDIALAN
sesiapa yang ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon:
03-92-21-30-45

















-----------------

SURAT TERBUKA UNTUK DU BOOK




SURAT 

PEGUAM



KEPADA
DuBook Press Sdn Bhd
No 1-5-1, Lot 3, Tingkat Bawah,
Bangi Sentral, Jalan Medan Pusat Bandar,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.


TUAN,

Tujuan saya menulis surat ini ialah untuk menjelaskan beberapa pekara. Saya ingin memberi  penjelasan ini kerana telah timbul beberapa salah faham antara saya dengan pihak tuan.

Saya telah disabitkan dalam satu laporan polis. Ini bersangkutan dengan lawatan anak muda bernama Joshua Wong dari Hong Kong.

Untuk menyelesaikan pekara lawatan Joshua Wong ini maka saya sebagai warga yang bertanggung jawab mengajukan beberapa tuntutan ini.

1 - Pertama saya dengan ini menuntut agar 67% saham DuBook Press diberikan kepada saya dengan serta merta. Ini untuk membuktikan bahawa saya adalah sebahagian dari pemilik DuBook Press saperti dalam laporan polis tersebut. Secara jujur langkah ini bertujuan untuk memudahkan #Kebab51 menjalankan siasatan

2 - Kedua semua harta nampak, harta tersimpan dan harta tersorok Du Book Press wajib  15% difaraidkan kepada Ibu Tunggal yang belum pernah berumah tangga.

3 - Ketiga semua buku-buku terbitan DuBook Press yang akan datang wajib ditulis dalam tulisan Jawi. Ini untuk memudahkan kumpulan  Zikir Wal Zakar membaca dan bermu-zakar-rah. 

4 - Keempat 3% buku-buku yang akan diterbitkan nanti wajib juga menggunakan bahasa Mandrin. Ini bertujuan untuk membantu ahli-ahli DAP yang masih tebal sikap kecinaaan mereka.

5 - Kelima Du Book Press diganti nama dengan PuG Press.  Logo binatang dubook itu wajib diganti dengan muka anjing pug saya yang bernama Jai. Nama Jai boleh dipaten dan  dihak milikkan secara global. 

6 - Muka Jai wajib digunakan dalam semua suara menyuarat. Ini untuk membantu Bani Melayu agar mencintai binatang

Saya berharap akan mendapat jawapan sacepat mungkin sebelum saya ditangkap sekali lagi. Surat tuntutan ini saya salinkan juga kepada peguam saya.

Sekian harap maklum. Terima Kaseh.

Hishamuddin Rais
Meja no 3 Sebelah Kiri
Old Town Cafe
Jalan Thambypillai
Brickfield 4076
Kuala Lumpur

27 Mei 2015

Salinan:
1 - Latifah Koya
Lawyer for Liberty
no 8/9  Corner Lot
Jalan Perkin Kanan
3027 Petaling Jaya
Selangor

2 - Datuk Ambiga  Sanasaran
Ambiga Sanasaran
3 Jalan Dungun Damansara
30867 Kuala Lumpur

3 - Mandeep Singh Syahdu
No 7 Kedai Arak
Lorong 8 Tempias
Jalan Klang Lama
5438 Kuala Lumpur

    PuG PRESS

-----------------

KEMANA DUIT 42 BILION RINGGIT HILANG?















MANA PERGI 42 BILION RINGGIT
bro..ada suara suh presiden 1mdb behenti..muhyidin kata pecat ceo..kemudian penonton bersorak gumbira..pd sy muhyidin cuba mgencing..pecat ceo 1mdb kemudian dakwa ceo itu mmg bijak..tp hutang tetap hutang..x muingkin 42billion akn kembali bila pecat ceo..

sama gak dgn presiden letak jawatan, hutang masih hutang..lihat bagaimana mahatir TERPAKSA letak jawatan tetapi dia merancang sume PM2 selepas mahatir letak jawatan..lihat bagaimana mahatir mgunakan teknik british iaitu mgunakan org tempatan utk megalih pandangan rompakan..sama mcm umno ditubuhkan

-adalah mjd WAKIL British utk myamun..kalo najib letak jawatan, apa plan muhyidin utk gst?kesan gst masih ada walaupun gst dihapuskan.x mungkin telco company bole terima dikenakan cukai 10%, x mungkin pepsi cola mahu turunkan harga..

lihat bila harga minyak naik, barang naik..bila minyak turun harga barang x turun2..apatah lg gst..kesan gst adalah luka yg panjang..mcm ne muhyidin nak urusan gst ni kalo jd PeeMmmm..mungkin muhyidin akan kata on MUHYIDDIN MULA MENYERANG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 5/21/15


------------

SIASAT NAJIB DAHULU




Adakah Najib kuasai 1MDB seperti TIA?

Adakah Perdana Menteri Najib Razak yang mempengerusikan Lembaga Penasihat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) mempunyai kawalan penuh ke atas dana pelaburan milik kerajaan itu?

Jika itu keadaannya, bermakna banyak perjanjian kontroversi 1MDB yang kini diperkatakan ramai mungkin dijalankan dengan keizinan perdana menteri.

Apa yang jelas ialah, Najib berkuasa penuh ke atas agensi berkenaan ketika ia masih dikenali sebagai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Berdasarkan Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) bertarikh 2 September 2009, kelulusan bertulis perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan TIA, termasuk pelaburan, penstrukturan semula atau sebarang keputusan berkaitan dasar kerajaan Pusat.

Ia juga diperlukan jika keputusan dibuat berkaitan kepentingan negara dan keselamatan.

Peruntukan 117  dalam memorandum itu juga menyatakan, kelulusan bertulis perdana menteri dipelrukan untuk meminda sebarang butiran dalam M&A serta pelantikan pengarah syarikat dan ahli pengurusan kanan.

Malaysiakini dapat melihat salinan dokumen M&A itu.





KOMENTAR
jelas apa saja keputusan
yang diambil oleh  1MDB
najib akan tahu
tanpa persetujuan najib
sebagai pengerusi lembaga pengarah
tidak ada apa apa perjanjian
tidak ada apa apa jual beli
boleh dilakuankan oleh 1MDB
semua memerlukan persetujuan najib

Rafizi mahu PAC panggil Najib
Najib Abdul Razak perlu memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) berdasarkan pendedahan bahawa urusan kewangan kontroversi 1MDB mungkin dibuat dengan keizinannya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
 
Ini selepas Malaysiakinmendedahkan semalam bahawa Memorandum dan Tata Urusan Syarikat (M&A) Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, menghendaki semua urusan perlu diluluskan oleh perdana menteri.
 
Katanya, keterangan Najib akan membersihkan sebarang keraguan sama ada atau tidak, beliau tahu terdapat salah urus dalam 1MDB.



KAH KAH KAH

woit
apa pagi nak cakap
apa lagi nak putar
apa lagi nak kuntau
nak lari tanggung jawab
nak lari ke mana

TERANG DAN JELAS
------------