Khamis, 25 Disember 2008

PEREMPUAN – PEREMPUAN ITU

prempuan itu aku terlihat berdiri di tepi tiang
mukanya terbungus hitam
tangannya menghulur panjang
helaian taka koyak menjadi modal

ibu siapa perempuan ini
janda siapa perempuan ini
isteri siapa perempuan ini
anaknya berapa ramai
rumahnya dimana

kibaran bendera politik melintangi jalan raya
muka haji berkeyatap
janggutnya sampai ke pusat
muka mullah berserban
beratnya sebuah tempayan

perempuan itu aku lihat dari jauh
dia membongkok-bongkok
tangannya mencucuk anak anak padi
matahari telah turun
dia masih membongkok-bongkok
saekor anjing berjalan di atas permatang
saekor kambing dengan anaknya sedang berjalan pulang

sawah nan terbentang
siapakah tuan empunya
tasik yang maha luas
ikan didalamnya harta siapa

perempuan itu berdiri di sebelah pintu kedai
seorang anak berdiri sama
tangannya menghulur meminta-meminta
setiap pelanggan yang masuk ke luar si perempuan cuba menduga

petang hari tadi
apakah perempuan ini masuk ke dalam khemah
yang memisahkan si ibu dengan si anak
untuk mendengar khutubah seorang mullah
yang tidak menghalalkan si anak masuk
kerana si anak seorang jantan

perempuan –perempuan ini adalah ibu kita semua
perempuan- perempuan ini adalah kakak kita semua
perempuan –perempuan ini adik kita semua
perempuan-perempuan ini adalah kita semua
perempuan ini adalah anak semua bangsa



DARI PIROJPUR – BANGLADESH

( Akhirnya kita bertemu dengan talian internet ini – untuk meneruskan kesah-kesah Bangla)

Petang Hari Krismas – hampir jam lima – ada 5 ank muda sedang mengeliling aku ketika menulis – mereka asyik ingin melihat – aku manusia dari zoo )

CERITA BERSAMBUNG

Pagi kelmarin – dijanjikan kereta – yang datang jam 9.30 ialah bukan kereta tetapi sebuah van. Pengarah program tidak bersetuju – nampaknya syarikat kereta telah kelentong. Aku tak ada hal – kereta atau van sama saja – untuk sampai.

Jam 10.15 pagi kami bertolak – pemandu van Ali, penterjemah Sagor, Jia dari Thailand dan aku. Nah ketika meninggalkan Dhaka cukup rumit. Jalan padat dengan beca beca dan beca.

Kami mengarah ke selatan di sebelah Chitagong Aku tidak peduli – yang penting – meneruskan perjalanan .

Falsafah – hidup ini satu perjalanan – sama ada dalam van atau Roll Royce – yang penting ialah melihat petak kiri dan kanan – melihat rumput di tepi jalan – melihat, mencium dan menelan setiap pasir-pasir dan tebu yang bertaburan dalam perjalanan.

DI LUAR KOTA –

Satu jam meninggalkan kota Dhaka – trafik berkurangan – kabus masih tebal. Udara masih sejuk – dua kali sejuk Bukit Cameron. Bangladesh cukup subur – Hijau – hijau dan hijau Ada padi baru dituai – ada padi sedang di tanam – ada padi baru di ubah. Masih banyak petak petak semaian padi kelihatan dimana-mana.

Sesekali bumi ini kelihatan kuning menyambar – bukan padi - tetapi mustard – bijian yang di lumatkan, untuk melayan lidah.

Di kiri kanan jalan ialah lubuk lubuk dan lubuk – tidak jelas dimana kolam, tasik , anak sungai. Bayangkan naik kereta ke Bagan Datuk - - di kiri kanan jalan ialah talian air – gambarkan talian air yang tiga kali ganda besarnya – talian air ini memisahkan jalan raya dengan tanajh sawah. Munkin jalan ini tidak wujud dahulu. Tanah sawah di naikan unyuk dijadikan jalan raya.

KEMPEN

Hanya poster hitam puteh yang di benarkan. Bergantungan di Dhaka. Di perkampungan agak kurang. Sesekali kelitahan ceramah-ceramah kecil. Di Bangla ceramah di waktu siang. Kempen hanya dibenarkan dari pagi hingga jam 8 malam.

IKAN IKAN DAN IKAN

Untuk peminat ikan air tawar – Bangladesh ialah tempatnya. Telah berjanji dengan diri – akan mencuba sebanyak banyak ikan air tawar.

Hampir jam 1.00 berhenti di sebuah pekan di tepi jalan untuk makan tengah hari. Pekan ini ? Pekan ini ? Macam mana hendak digambarka pekan ini kerena pekan seperti ini tidak pernah wujud di Malaysia.

Telah pernah melihat pekan pekan seperti ini di Pakistan – sibuk, kotor, tidak teratur – semuanya seperti pekan yang telah ditinggalkan. Bunyi hon bas berulang seli, peminta sedekah mendekati kaki – tukang jual buah duduk bersila – seorang lelaki menjual seikat pisang – anak kecil kotor tercari-cari – ibu dengan purdah menutup seluruh badan berdiri di tepi tiang dengan tangan terhulur.

Mssuk ke sebuah restauran yang paling chic – bukan kerana style atau nak berlagak seperti susuk dari Talawi – tapi kerana hendak selamat dari ceret beret. Ini adalah pesanan dari semua kawan yang telah datang ke sini. Ini juga adalah nasihat dari pengarah program – jika sakit – kerja pemantauan tidak berjaya.
.
Sambil menghalau-halau lalat – makanan sampai – nasi , nan, gulai tiga jenis ikan yang berbeza – teman dari Thailand bukan seorang foodie – Telah dijanjikan yang dia akan makan sama dan cuba merasakan apa yang aku rasakan. Telah juga berjanji akan membayar harganya.

Makan tengah hari cukup enak – E- untuk kebersihan, B- untuk rasa dan AAA untuk layanan. Layan cukup gila malah merungsingkan. Bayangkan buruh/pelayan yang ramai semuanya menunggu dan menunggu untuk melayan sehinggakan merasa tidak selesa untuk - ( samalah seperti ketika sedang menulis ini – ada dua orang memerhati di kiri dan kanan bahu ).

PERJALAN DI TERUSKAN

Jalan raya di Bangladesh bukan untuk Mak Cik dari Taman Tun, bukan untuk Yuppie dari Hartamas. Sesiapa yang melintasi jalan yang telah aku lalui ini wajib bersedia untuk melatih bontot menjadi keras. Terhambur dan terhambur. Jika ada niat untuk tidur lupakan saja. Jika ada niat untuk berendur dengan balak atau awek lupakan saja.

Tetapi pemandangan di luar cukup indah – sejauh mata memandang adalah tanah tanah subur. Lelaki kurus sedang menangguk ikan. Lelaki berlungi sedang menanam padi. Perempuan lansing sedang mencangkung memotong rumput. Anak anak kecil berlarian di tebing sawah. Sesekali ternampak itek berenang di tasik.

( akan di sambung – wajib pulang ke bilik hotel kerana peterjemah wajib pulang ke Dhaka)