Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Sabtu, 29 Ogos 2009

SELAMAT BERBUKA PUASA




SEMUANYA

semuanya bercakap atas nama tuhan
semuanya bercakap atas nama bangsa
semuanya bercakap atas nama negara
semuanya bercakap atas nama agama

negara itu lebih dari lima susuk
bangsa itu lebih dari sepuluh susuk
penganut agama lebih dari sebelas susuk
negara itu lebih dari sepuluh kampong

tidak ada yang bercakap kerana pink form
tidak ada yang bercakap kerana kontrek
tidak ada yang bercakap kerana kuasa
tidak ada yang bercakap kerana duit komisen
tidak ada yang bercakapa kerana pangkat

hitler bercakap atas nama bangsa
mussolini bercakap atas nama negara
sharon bercakap atas nama wilayah
tiong bercakap atas nama parti
mohyiddin bercakap atas nama iskandar
madey bercakap atas nama melayu
samy bercakap atas nama india
tee kiat bercakap atas nama cina
najib bercakap atas nama moral

tidak seorang pun yang bercakap atas nama kuasa
tidak seorang pun bercakap atas nama harta
tidak seorang pun bercakap atas nama koroni
tidak seorang pun bercakap atas nama anak dan bini

kalau tuhan maha kuasa
pasti tak perlu bantuan
kalau agama maha suci
pasti sucinya sentiasa suci

esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama agama
katakan kita telah murtad menarik diri
esok bila terdengar ada yang bercakap ataas nama bangsa
katakan kita telah menjadi bangsa lain
esok bila terdengar ada yang bercakap atas nama negara
tanyakan berapa banyak harta yang telah mereka kumpul
tanyakan berapa banyak saham yang mereka miliki
tanyakan berapa banyak rumah yang dimiliki

pasang telinga dan tunggu jawapan




SILA BACA PENERANGAN INI DARI WAKIL RAKYAT SHAH ALAM



PERSOALAN KUIL SEKSYEN 19 DAN TINDAKAN PEWARIS


Oleh Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan ‘wakil rakyat’ di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam.



KE MANA HINLANG NYA MENTERI WARISAN ?




OCPD: VOLATILE SITUATION DID NOT PERMIT POLICE ACTION
– - malayian insider

Shah Alam OCPD ACP Noor Azam Jamaludin today explained that the police had failed to act during the cow-head demonstration at the state secretariat because the situation “did not permit” them to do so.

“We saw the situation was not right because we did not want to spark more anger but we will take actions based on other evidences that we have. We will take action based on evidence and against those who have been identified,” Azam said.

The 150-year-old temple was built
on a plantation which over the years was developed into housing estates by the Selangor Development Corporation (PKNS). No provisions were made to relocate the temple, which is now in the middle of a Muslim majority area.

Nota :
kuil ini berumur 150 tahun. jika ini umurnya pastilah
telah diwartakan sebagai bangunan artifek warisan.
ianya wajib dipulihara dan dijaga. bukankah ini termaktub
dalam akta warisan.

dimana hilangnya menteri warisan. kenapa lalai?
ini sebahagian dari sejarah bangsa. ini sebahagian
dari ingatan kolektif untuk melahirkan negara
bangsa.menjaga bahan-bahan kuno adalah sikap
cintakan tanah air. bukan hanya mengibar bendera
sahaja sebagai tanda cintakan tanah air.

di mesir – abu simbel – akan ditenggelami oleh ayer
empangan aswan. lalu orang mesir bergotong royong
mengangkat patung abu simbel ini. dipindah ke satu tempat
yang lebih selamat.

abu simbel tempat sembahyang orang mesir sebelum islam.
apakah orang mesir tidak membaca kitab suci Bacaan yang
ditulis dalam bahasa mereka sendiri.




BERITA LEMBU HILANG



MINTA BANTUAN ORANG RAMAI - KEMANA KEPALA LEMBU HILANG ?



KEPALA LEMBU DI HERET


PELIK KEPALA LEMBU HILANG


POLIS DIARAH SIASAT KES BANTAHAN ORANG RAMAI
– berita hairan

Najib Razak melahirkan kebimbangan terhadap cara sekumpulan penduduk mengadakan tunjuk perasaan membantah cadangan lokasi pemindahan sebuah kuil di sini, semalam.

Najib juga sudah menghubungi Ketua Polis Negara Musa Hassan dan mengarahkan siasatan segera dilakukan dan memastikan insiden itu tidak menyebabkan keadaan yang lebih buruk.

Dalam tunjuk perasaan itu, kira-kira 50 orang berkumpul di hadapan pintu masuk Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, membantah pemindahan lokasi kuil dengan cara yang dianggap menghina masyarakat tertentu.

KAH KAH KAH

woit… PELIK…. PELIK… TAK ADA PUN CAKAP HAL KEPALA LEMBU…kah kah kah..

kah kah kah…. HANYA 50 ORANG SAHAJA YANG BERDEMO….CERITA JUNJUNG KEPALA LEMBU TAK LAPOR…. kah kah kah..

kah kah kah… HAIRAN… HAIRAN… PELIK… PELIK…kah kah kah..

kah kah kah... TAKUT SAMY MARAH KE... kah kah kah

Cuba bandingkan dengan ini:

200 PENDUDUK BANTAH BINA KUIL - melayau

Kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 di sini dan beberapa ahli badan bukan kerajaan NGO) hari ini berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sebagai tanda membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan itu.

Perarakan itu merupakan simbolik kepada usaha penduduk di kawasan tersebut mempertahankan pendirian mereka.

Kumpulan itu mula berkumpul di Masjid Negeri selepas selesai solat Jumaat. Mereka kemudian berarak kira-kira 500 meter menuju ke bangunan SUK sambil membawa sepanduk melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negeri.

KAH KAH KAH…

kah kah kah… LAGI PELIK…. LAGI HAIRAN…. kah kah kah…

kah kah kah…. LEMBU PUN TAK ADA DALAM LAPORAN INI… kah kah kah..

kah kah kah.. INI DEMO DI TEMPAT YANG SAMA KE ?.... kah kah kah..

kah kah kah…. DARI 50 DAN JADI 200 …. kah kah kah..

woit… INI PUNTAU.. KELINTAU… MUNTAU…kah kah kah…

woit… CUKUP LAH … JANGAN BODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah..

woit… HENTIIKAN LAH PROJEK MEMBODOHKAN ORANG MELAYU…kah kah kah..

woit… JANGAN JADIKAN ORANG MELAYU LEMBU… kah kah kah..

Nota:
kenapa guna PERARAKAN ? mengarak apa?
kenapa tak guna tunjuk perasaan?
kenapa tak guna demonstrasi?
bukan budaya melayu ke kah kah kah




KENYATAAN RESMI PKR TENTANG LEMBU - LEMBU




PARTI KEADILAN RAKYAT MENGUTUK TINDAKAN KUMPULAN MENGHINA AGAMA HINDU

Parti Keadilan Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan 50 orang yang kononnya mewakili penduduk Seksyen 23 di Shah Alam yang telah mengarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu.

Tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang yang suci.

Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian.

Keadilan juga percaya bahawa tindakan ini berupa satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana yang tegang di Selangor lantas memberi peluang untuk UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama.

Keadilan menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas untuk menjaga keamanan dan keharmonian dan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang jelasnya salah disisi undnag-undang dan berbentuk provokasi dan menggugat ketenteraman awam dan hubungan antara kaum/agama.

Keadilan juga kesal kerana pihak polis Selangor gagal menghalang kejadian ini dari berlaku dan sebaliknya Ketua Polis Selangor menyatakan bahawa tindakan boleh diambil hanya sekiranya terdapat laporan polis. Ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini.

Keadilan meminta semua pihak yang berkenaan untuk bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh diambil kesempatan oleh pihak UMNO yang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor dengan mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Latheefa Koya
Ketua Penerangan
Parti Keadilan Rakyat




BANTAHAN ORANG RAMAI




KEPALA LEMBU MENJADI MANGSA





KENYATAAN RESMI :


kami dari kumpulan pencinta sup ekor dan sup topedo merasa amat kecewa apabila melihat kepala lembut dipijak-pijak.

perbuatan memijak kepala lembu ini telah meyedihkan hati sanubari kami.

dari gambar yang kami perhatikan amat jelas badan lembu adalah lembu jantan. kami merasa amat kecewa kerana dari lembu jantan seperti inilah datangnya sup topedo yang amat amat kami sukai.

dari gambar yang kami lihat – kami amat yakin ekor lembu ini amat panjang dan amat enak untuk dijadikan sup ekor.

justeru dengan ini :

kami menuntut hendak tahu dimana tersimpannya dua butir buah kelepir lembu ini.

kami juga menuntut hendak tahu siapkah yang telah mengambil batang punai lembu ini

kami juga menuntut hendak tahu sesudah bantahan itu dibuat apakah otak lembu ini diambil. Ini kerana gulai lemak kuning otak lembu bersama daun kunyit amat amat nikamat terutama di bulan puasa

kami menuntut hendak tahu apakah lembu ini dibenarkan terberak sebelum kepalanya dipotong.

dengan ini :

kami mendesak jangan sesekali menunjukan hanya kepala lembu tanpa kontol, buah kelepir dan ekornya. perbuatan ini amat amat menghina kumpulan pencinta sup ekpor dan sup topedo.

kami menyeru orang ramai yang cintakan sup ekor dan sup topedo agar jangan janganlah jadi lembu lembu bodoh yang tak berkelepir, tidak berkontol dan tidak berekor.

sekian:

SUCKER – sup untuk club keharmonian rumah tangga







SATU LAGI MITOS YANG PECAH



RAKYAT MASIH KURANG TUNJUK SEMANGAT PATRIOTIK : RAIS
– berita hairan

JELEBU: Rakyat Malaysia masih lagi terlalu bergantung kepada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjur kerajaan untuk menunjukkan semangat patriotik mereka, kata Rais Yatim.

Katanya, ramai di antara mereka yang mampu membeli sekotak rokok berharga RM6.80 tetapi berkira setiap sen untuk mendapatkan sehelai bendera kecil berharga tidak lebih daripada RM3.

KAH KAH KAH…


kah kah kah… BAPAK DINO NI TAHU SEBABNYA?.... kah kah kah..

Sila baca bawah ini:

FAKTA YANG WAJIB KETAHUI

Selalu para cik gu dan para gedebe berkata negara Malaysia ini berlandaskan Pelembagaan Persektuan Tanah Melayu yang dibuat pada tahun 1956. Tanah Melayu menjadi pesektuan negeri-negeri Melayu berasaskan semangat Perlembagaan ini.

Ini bohong.

Perlembagaan itu telah jadi cerca merba.

Semenjak Merdeka tahun 1957 – telah ada 600 pindaan Perlembagaan negara kita ini. Enam kosong kosong. Enam sifar sifar. Enam ratus kali ianya dipinda dalam masa 53 tahun.

Bandingkan dengan Amerika Syarikat yang memiliki Perlembagaan yang berumur 232 tahun yang hanya ada 27 kali pindaan. Dua puluh tujuh kali dalam masa dua ratus tiga puluh dua tahun.

Justeru jangan kelentong mengatakan rakyat wajib sujud pada perlembagaan. Ini telah jadi perlembagaan yang diubah suai oleh United Malays National Organisation. Tiap kali kena tibai oleh rakyat – ubah perlembagaan.

Jangan kata rakyat tak patriotik. Rakyat memang tak patriotik pada Perlembagaan yang telah dipinda pinda lari dari semangat Persekutuan Tanah Melayu/Malaysia
.



MELEBONG IKANG




NAJIB : KITA BERUSAHA TENTERAMKAN UMNO TERENGGANU
– mstar

Najib Razak berkata, Umno sedang berusaha untuk mententeramkan pergolakan politik parti itu yang berlaku di Terengganu.

"Kita sedang berusaha untuk mententeramkan keadaan," kata Presiden Umno ketika diminta mengulas mengenai pergolakan Umno yang berlaku di Terengganu pada masa ini.

Umno Terengganu kini sedang mengalami krisis berikutan masalah dalaman yang dihadapi beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu dengan Menteri Besar, Ahmad Said.

Terbaru, laporan sebuah portal turut menyatakan sembilan wakil rakyat Umno negeri itu bercadang meninggalkan parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

KAH KAH KAH…

kah kah kah….NAK TENTERAMKAN MACAM MANA?... kah kah kah..

woit… ADA SATU IDEA…. BUAT LAGI BANYAK PROJEK…kah kah kah

kah kah kah…. BUAT STADIUM DALAM AYER… kah kah kah..

kah kah kah… BUAT MASJID DALAM LAUT…. kah kah kah…

kah kah kah… LEPAS MONSOON CUP…. BUAT MEMSOON CHANDAT SOTONG…. kah kah kah..

kah kah kah… LEPAS TU BUAT THE BIGGEST KEROPK LEKOR…kah kah kah..

kah kah kah…JAMIN TENTERAM… kah kah kah…

woit… KALAU GAGAL BUAT MONSOON WORLD CRAP EATING… kah kah kah…

Nota:
bukan crab tapi crap