.

Jumaat, 25 Julai 2014

SYABAS TUAN GURU HADI





Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
MARANG - Presiden Pas,  Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat...

KAH KAH KAH
woit
ini kenyataan terbaik
kenyataan jujur
dari pemimpin agama
inilah sifat agamawan
suci dan bersih
berhemah

ertinya 
tuan  guru haji hadi
belum diberi tahu
belum diberi penerangan
tentang hutang 80 juta 
hutang khalid ibrahim
yang telah dipotong
jadi 8 juta sahaja

ertinya
tuan guru haji hadi
belum diberi tahu
tentang ribuan  ekar
tanah selangor
yang diberi pada 
adik vincent tan

woit
mana hilangnya
ketua penerangan pkr
sila beri perincian 
kes hutang 
dan 
kes adik vincent tan

kes lebuh raya kidex
kes air selangor
tak perlu terang
nanti banyak sangat
dalam kepala tok guru
berat pulak nak memikir

KAH KAH KAH

----------

SELAMAT BERBUKA





DUA 

ARI LAGI
cepat sungguh ari berjalan
lagi dua hari
raya sampai
lagi dua ari aje
rasa nya
macam semalam
gi chow kit cari
buah manggis
tup tup dah nak raya

RAYA BANGLA
aku tahu ini raya bangla

APA ITU RAYA BANGLA
raya bangla ialah
sesiapa sahaja yang
berhari raya di kuala lumpur
ertinya tidak pulang ke kampong
ertinya dah putus dengan kampong
ertinya dah tak rapat hunungan dengan kampong
ertinya dah jadi macam bangla
dah tak ada kampong


BAGAIMANA AGAKNYA RAYA BANGLA
aku akan cuba beri laporan
raya bangla seromantik mungkin
dan jadikan trend anak muda
agar merayakan raya bangla

KELMARIN
ziarah
mak cik pejuang kampong chu badak
ada oran baik hati
sedekah beras gula
untuk orang kampong
yang rumah telah diroboh
nanti aku buat kesahnya


PETANG INI
petang ini amat panas
rumput dahj banyak kering

aku agak sibuk 
 dengan berita berita
langkah kajang
juga berita
 kapal terbang aljeria 
yang terhempas
juga berita
orang pelarian dari benua afrika
bersampan ke eropah

KUALA LUMPUR 
makin kurang orang
salah ini anggapan salah
semua bangla dari
seluruh negara
akan datang bercuti
dan
jumpa kawan di kuala lumpur

PETANG INI
aku ada kueh melayu
beli malan tadi
ketika bersahur
makan nasi lemak di restoran 
tikus kecil
petai bawa sendiri
ini juga trend baru
masuk restoran bawa petai dan jering

sempat
 beli pulasan
dan
durian

SELAMAT

 BERBUKA







---------

HARI PANAS - MARI KETAWA


SELAMAT

 PUASA

hari ini panas
kalau panas mari kita
ketawa
kah kah kah




Hisham, You know what milk the cow mean. wanna watch this link for better understanding https://www.youtube.com/watch?v=76g8O-qhG3k on TAK PERLU DI SEBUT SEBUT
Publish | Delete | Spam
looes74
on 7/24/14

ZAKAT UNTUK DAPUR JALANAN








'DBKL tak berhati perut pasang palang besi'

NGO Dapur Jalanan Kuala Lumpur mengutuk tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang memasang palang besi di bangku awam di sekitar kota ini bagi mengelak golongan tidak berumah daripada tidur di struktur tersebut.

Menurut NGO tersebut, langkah itu menjadi batu penghalang kepada rundingan yang sedang dijalankan bagi mencari penyelesaian dalam isu warga miskin kota dan gelandangan.



---------------------------------------------------------------------------------------
NOTA
banyak panggilan
bertanya tentang
zakat pada dapur
jalanan

senang sahaja
masukan duit zakat
itu pada akoun
dapur jalanan 
di cimb bank
dengan niat
berzakat asnaf


BERITA

 BAIK

semakin ramai umat berzakat
terus kepada yang memerlukan
bantuan zakat
ini kerana kurang yakin terhadap lembaga daulah
yang mengutip zakat


ZAKAT UNTUK DAPOR JALANAN
Untuk yang mahu menyumbang 
boleh masuk ke akaun dapur jalanan

CIMB 
  
 8001-7278-49 
spkl collective

 Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-2671285  atau 
Hadikhalid = 012-6648873



 Golongan Asnaf yang Layak Menerima Wang Zakat ...

amalbaktiramadhan.wordpress.com/.../8-golongan-asn...

Translate this page
Firman Allah swt dalam surah at Taubah ayat 60 bermaksud: "Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir dan orang-orang .


---------------

BANGANG! PADAN MUKA





PM tipu rakyat Kelantan, Jawatankuasa Khas Petroleum gimik PRU13, kata NGO


Najib Razak didakwa sebagai 'penipu' dan hanya cuba mengaburi mata rakyat Kelantan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu apabila mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Khas Tuntutan Bayaran Tunai Petroliam bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung Malaysia pada 4 Ogos, 2012.

Ini kerana, walaupun berjanji keputusan pertama dalam tempoh enam bulan setelah persidangan pertama, sehingga kini tidak ada sebarang hasil jawatankuasa ini, kata Pertubuhan R Kelantan yang memperjuangkan bayaran royalti petroleum untuk negeri itu.

Presiden R Nazri Deraman dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, setelah dua tahun pembentukan jawatankuasa ini, tidak ada sebarang hasil yang diumumkan.

Katanya, empat hari selepas pengumumaan Najib iaitu pada 8 Ogos, 2012, Pertubuhan R Kelantan menyerahkan memorandum bantahan dan menolak Jawatankuasa Khas ini, kepada Menteri Besar Kelantan pada ketika itu,  Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nazri berkata, Jawatankuasa Khas tersebut tidak mempunyai asas perundangan dan ditubuhkan semata-mata bertujuan mengaburi mata rakyat Kelantan yang ketika itu begitu teruja dengan perjuangan menuntut royalti.

"Jawatankuasa tersebut juga hanyalah janji politik licik perdana menteri untuk berdepan PRU13.

KAH KAH KAH

woit
yang bangang
percaya pada najib
pasal apa?
tak kan tak sedar sedar
mustahil tak tahu



nanti pru 14
buat janji lagi
jadi bangang lagi
padan muka

KAH KAH KAH



-----------