.

Sabtu, 18 Oktober 2014

LYNAS TIPU LAGI






KOMENTAR
semua laporan
di amerika
di united kingdom
di jepun
di german

di peranchis
di rusia
semua mengatakan selamat
semua kajian selamat

tapi three miles island
meledak di amerika tahun 1979
meledak di chernobyl tahun 1986
meledak di fukushim tahun 2011
bocor di sellafeild bocor tahun 2005
walau pun kajian semua kata
tak ada apa apa bahaya

ini lah hakikat menipu

hari ini sellafeild di uk
telah ditutup
untuk menutup kilang ini
kerajaan britain
wajib belanja 70 bilion pound

70 bilion pound ini rakyat 
yang bayar

kilang lynas BELUM ada tempat
pembuangan sisa
sampai hari ini BELUM ada jawapan
dimana sisa santau radio aktif ini
akan dibuangkan

gerombolsn ketuanan melayu
terus menipu rakyat

Kilang Lynas keluar sisa radioaktif tahap 

rendah


Pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) memutuskan  kilang pemprosesan nadir bumi Lynas dekat Kuantan, mengeluarkan paras sisa radioaktif yang sangat rendah.
Keputusan itu dibuat oleh pasukan pakar IAEA selepas misi pemeriksaan susulan bebas bagi mengkaji semula keselamatan radiasi di kemudahan pemprosesan nadir bumi tersebut.
"Risiko radiologi kilang Lynas sangat rendah berikutan paras radioaktif yang rendah," kata ketua pasukan dan pengarah Bahagian Kitaran Bahan Api Nuklear dan Teknologi Sisa, Jabatan Tenaga Nuklear IAEA, Juan Carlos Lentijo, dalam satu kenyataan.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kilang-lynas-keluar-sisa-radioaktif-tahap-rendah#sthash.JESf730j.dpuf


JALAN RAYA 

JAWAPAN TEPAT



---------

KALAU BERANI BUAT LAH





TOK IS CHIP


 | October 18, 2014
australia
IIni berikutan tindakan sesetengah pemimpin PKR membawa masalah politik negara kepada pengetahuan pemimpin negara luar.


KAH KAH KAH

woit
kalau berani 
buatlah 
kalau hebat
buatlah
cakap tak guna
tok is chip

KAH KAH KAH



-----------

PESANAN UNTUK ZUL NORDIN





KOMENTAR

pada pru 2008
zul nordin tidak cukup duit
untuk bayar duit cagaran bertanding

maka zul nordin jumpa dinsman
minta bantuan carikan duit cagaran
dinsman kenal baik dengan puan ainon
lalu dapatkan duit pinjaman dari puan ainon
sampai hari ini - 2014 -duit itu
masih tidak dibayar kembali
oleh zul nordin

soalannya bagaimana hishamuddin rais
tahu maklumat dalaman ini?

untuk pengetahuan pembaca
dinsman puan ainon dan hishamuddin
masuk universitu malaya 
pada tahun yang sama
malah puan aionon 
ialah ahli majlis pmumke 16
setiausaha agong pmum majlis ke 16
ialah hishamuddin rais

kalau ini berita firnah 
zul nordin sila saman

NOTA
ada satu lagi berita
berita zul nordin tipu spr
sabar dan nanti

Perhimpunan cemar imej peguam

KUALA LUMPUR 16 Okt. - Sikap degil kira-kira 1,000 peguam termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan aktivis yang menyertai perhimpunan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) di Padang Merbok di sini hari ini disifatkan sebagai mencemarkan imej peguam di seluruh negara.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,  Zulkifli Noordin berkata, perhimpunan 'Berjalan untuk Keamanan dan Kebebasan' itu dilakukan tanpa mendapat persetujuan menyeluruh daripada badan-badan peguam.

"Saya mengutuk keras perhimpunan itu yang ternyata bersikap pentingkan diri dan memburukkan imej peguam di seluruh negara.


KAH KAH KAH

woit
sebelum becakap 
sebelum buka mulut
bayar hutang dahulu
puan ainon dah lama cari

KAH KAH KAH





-------------

AMERIKA SUDAH MARAH






KOMENTAR

sama saperti isa
akta hasutan 1948 ini
sedang menjadi ajenda dunia
akta baginda queen ini
sedang dibincangkan di akhbar amerika
sedang dibicangkan oleh ngo dunia

kelmarin rumah puteh mengeluarkan kenyataan
ini amat penting  rumah puteh adalah kuasa dunia

ayat akhir amat penting
ini bukan hanya mengenai akta hasutan
ini adalah tandan dan amaran
tentang pembicaraan anwara ibrahim
pada 28 dan 29 oktober ini


KUALA LUMPUR 17 Okt. - Kerajaan diminta tidak tunduk dengan desakan Majlis Peguam supaya memansuhkan Akta Hasutan 1948 (Akta Hasutan) kerana peruntukan undang-undang itu berperanan penting dalam menjaga...

  1. Malaysia Chronicle ‎- 19 hours ago
    Concerned over the use of the Sedition Act 1948 against critics, Washington ... The US government had taken note of yesterday's march by the ...

Concerned over the use of the Sedition Act 1948 against critics, Washington has reminded Putrajaya to keep its promise to repeal the colonial-era law, a statement issued through the United States embassy here said today.
The US government had taken note of yesterday's march by the Malaysian Bar which is calling for a repeal of the act and had sent observers to the protest with other diplomats, it said.
“We recognise that the peaceful nature of this protest reflected efforts of the Bar Council and Malaysian authorities.
“The United States remains concerned with the Malaysian government’s use of sedition laws. We welcomed Prime Minister (Datuk Seri) Najib Razak’s announcement in 2012 of his intention to repeal the Sedition Act and encourage the government to follow through on that commitment,” the statement said.
Putrajaya was urged to apply the rule of law fairly, transparently and apolitically to promote confidence in Malaysia’s democracy, judiciary and economy.

Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=380802:us-govt-concerned-with-najibs-use-of-sedition-act&Itemid=2#ixzz3GSf9obhc
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter


KAH KAH KAH

woit
uncle sam sudah marah
tiga minggu dulu
akhbar new york times
keluarkan lidah pengarang
kah kah kah
ini rumah puteh pulak
sokong gerakan hapus 
akta baginda queen

KAH KAH KAH


---------

UCAPAN TAHNIAH DARI JAI DAN EZI








KOMENTAR

jai dan ezi
ucapkan tahniah dan salut
tapi program pagi ahad
jai dan ezi masih tidoo
satelah memburu sepanjang malam

anjing ialah kekasih setia manusia
anjing adalah kawan sepanjang zaman

'jika kamu tidak mengenak ajing
maka kamu tidak mengenal apa itu cinta'


INI EZI
SAMPAIKAN SALAM KU
KEPADA ANGIN YANG LALU


Pengasas Muslim ‘I Want to Touch a Dog’ atasi prejudis bagi rapatkan jurang


Malaysia, di mana kaum dan agama semakin menjadi isu hipersensitif, acara "I Want to Touch a Dog" esok oleh Syed Azmi mengundang pujian serta kritikan.

Namun dia menekankan objektifnya adalah untuk menolong orang ramai mengatasi rasa takut kepada anjing dan belajar rasa belas kasihan yang diajar Islam.

"I Want to Touch a Dog" akan diadakan di Central Park Bandar Utama dari 8 am ke 10 am esok, bagi warga Muslim dan bukan Muslim yang takut kepada anjing.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengasas-muslim-i-want-to-touch-a-dog-atasi-prejudis-bagi-rapatkan-jurang#sthash.wQ5WxtBz.dpuf


INI JAI
MULA PEKAK DAN MULA BUTA
KASIH SAYANG TIDAK TERHINGGA



----------

SILA BERI PANDANGAN






KOMENTAR

wahai para pembaca
sila baca berita ini
sila beri pandangan
apakah hukuman ini setimpal?

kenapa yang miskin
terus ditekan
terus diinyanya
weal hal najib  yang terlibat
dalam kes bunuh altantyuya
tidak ada dakwa dakwi

Penganggur dihukum penjara 8 tahun, 10 sebatan bersalah miliki syabu



IPOH: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan sepuluh sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini sebentar tadi selepas didapati bersalah memiliki 62.88 gram dadah jenis syabu pada Februari tahun lalu.
Sew Teck Keong, 29, dituduh melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah kedai yang terletak di Hala Chemor 1, Taman Mutiara Chemor di sini, kira-kira jam 12.30 pagi 23 Februari tahun lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dah boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara seumur hidup dan dikenakan tidak kurang 10 kali sebatan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Noorin Badaruddin yang membuat keputusan itu turut menetapkan hukuman terhadap tertuduh berlangsung sejak tarikh tertudup ditangkap pada 26 Februari tahun lalu dan memerintahkan semua barang kes dilupuskan dan diserahkan kepada pihak pendakwaan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Haris Ong Jefrey Ong manakala tertuduh diwakili peguam J Harikrishnan.

---------

BILA RAKYAT BANGUN MELAWAN










Projek AES bernilai RM700 juta kini jadi ‘gajah putih’


Setelah diperkenalkan dua tahun lalu, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bernilai RM700 juta untuk merakam pemandu laju kini menjadi gajah putih, tidak dapat memenuhi tujuan mencegah pelanggaran had kelajuan kerana berhadapan dengan isu undang-undang yang masih tertangguh.

Saman masih dikeluarkan menerusi sistem ini – hampir 1.5 juta mengikut jumlah terkini – tetapi hanya sedikit yang membayar, kerana tindakan Peguam Negara membekukan penguatkuasaan terhadap pesalah yang disenarai hitam kerana tidak membayar denda dalam tempoh ditetapkan.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendedahkan hanya kira-kira 200,000 saman daripada jumlah itu diselesaikan, tetapi tanpa kuasa untuk menyenaraihitamkan mereka yang tidak membayar, AES menjadi alat tidak berkesan untuk mencegah mereka yang memandu melebihi had laju.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/projek-aes-bernilai-rm700-juta-kini-jadi-gajah-putih#sthash.h1vhNsdt.dpuf


KAH KAH KAH

ini bukan projek gagal
ini projek berjaya
700 juta telah berjaya lesap
inilah contoh ketuanan melayu
tak kan tak faham faham

KAH KAH KAH


AES YANG BAIK
ialah
AES YANG TELAH DIBUNGKUS


-----------

MINAH DAH BUNTING



Taja Artis : Bukan Penjelasan Selebriti Yang Ditagih Tetapi Kumpulan Perubatan Johor

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor menghargai usaha Rozita Che Wan untuk memberikan penjelasan sebagai respons balas kepada isu tajaan rawatan bersalin oleh KPJ Ampang Puteri.

Namun begitu, yang dipersoalkan adalah Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) yang menaungi Hospital Ampang Puteri bukanlah Rozita Che Wan. Mengapa KPJ masih berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan asas keputusan memberikan tajaan tersebut.

Maka, rakyat Johor tidak menagih penjelasan Rozita Che Wan tetapi jawapan konkrit daripada anak syarikat kumpulan Johor Corporation (JCorp) itu. KPJ perlu bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan kerana JCorp dan KPJ adalah merupakan syarikat sayap pelaburan Negeri Johor.

Malah, sebelum ini beberapa keputusan pelaburan, perniagaan dan promosi yang dilakukan oleh JCorp telah menyebabkan kerugian besar termasuklah Amanah Saham Johor satu ketika dahulu. Sudah pastilah, rakyat negeri ini sebagai stakeholders tidak rasmi mempunyai hak untuk mengetahui asas keputusan tajaan tersebut.

Kepada Rozita Che Wan, SAMM Johor tidak berniat mempertikaikan rezeki yang diterima oleh bakal anaknya tetapi apalah salah kiranya Rozita Che Wan mempunyai sedikit jiwa yang besar dan menjadi seorang selebriti yang "Noble" dengan menolak pemberian KPJ ini, sebaliknya meminta KPJ membantu ramai lagi orang-orang susah yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan daripada mereka.

Hadzril Rizal
Penyelaras
SAMM Johor



---------