.

Isnin, 29 Jun 2015

WAKIL TUHAN BERSABDA






MAMAT 

ONLINE





Kurang pahala fitnah 1MDB di bulan Ramadan, kata menteri

Masyarakat Islam dinasihatkan ‎supaya tidak menjadi "keyboard warrior" dengan menyebarkan fakta tidak benar di laman sosial kerana melakukan fitnah di hujung jari juga dianggap berdosa terutamanya di bulan Ramadan, kata Jamil Khir Baharom.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu merujuk kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila pengguna laman sosial kebelakangan yang ghairah "menyebarkan cerita dan maklumat yang tidak sahih" mengenai syarikat dibebani hutang RM42 bilion itu.

KAH KAH KAH
woit
susah susah sangat
cerita hal dosa
cerita hal pahala
cerita hal bulan puasa
baik cari ayat
yang membuktikan
najib suci bersih
dari fulus mulus
kah kah kah 
masukan  juga ayat
yang mengatakan
wal najibun en kun tum
ni aaa ka  wa tak kenal
wal tun tuya

HAM DULIL LAH



-----------------

AURAT BUAT TOK SHEIKH STIM






HUDUD
Hudud tu bagus tapi cubalah fikir pasal rakyat dulu. Mangsa banjir di Kelantan dah dapat rumah semua? Macamana dengan kod sara hidup yang tinggi sekarang? on ANJING DAN ULAMAK
Anonymous
at 4:57 PM


ISLAM AURAT
Keynote Islam di Tanah Melayu ini hanya berlingkaran pada: Aurat, Khalwat, Anjing, Babi, Tarawikh 20 rakaat, Pahala Bergunung Ganang, Air Doa, Tangkap Jin, Tangkap Sotong, Jatuh Kapir, Potong Tangan, Anak Luar Nikah, Rogol Bini, Serban, Jubah, Sawan Kalau Tengok Pangkah, Jenama diri dgn gelaran (Cooontoh: Datok Doktor Ustaz Haji Lebai Fadilah Kamis) dan Membezakan bulan-bulan tertentu. 

Orang Asli pun tak larat dengan perkara yang disebut diatas sebab tu orang Asli lebih suka masuk Kristian sebab tonyok, monyet dan tupai masih boleh dimakan didalam hutan belantara. on ANJING DAN ULAMAK
panglimo potaseh
at 4:55 PM





-----------

MARA TIPU MELAYU





STRUKTUR SYARIKAT MARA INC MEMUDAHKAN PENYELEWENGAN, TAN SRI ANUAR MUSA MELAWAT HARTANAH

National Oversight & Whistleblowers (NOW) merujuk kepada kenyataan-kenyataan Anuar Musa kebelakangan ini mengenai skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc; seperti berikut:

1.    Beliau memberi gambaran seolah-olah beliau tidak tahu menahu mengenai kontroversi pembelian itu sehinggalah isu itu ditimbulkan

2.    Beliau memberi gambaran bahawa berdasarkan maklumat yang ada pada MARA, pembelian itu adalah baik dan tidak ada apa-apa yang menimbulkan syak wasangka mengenai urusniaga tersebut

Minggu lalu, saya (Rafizi Ramli) berada di Australia untuk beberapa urusan dan sempat membuat siasatan ringkas mengenai pembelian hartanah-hartanah tersebut.

Saya berjaya mendapatkan satu dokumen dalaman MARA yang digunakan di dalam satu taklimat kepada Tan Sri Anuar Musa dan delegasi MARA mengenai pembelian hartanah ini. Taklimat itu diberikan pada 20 Mei 2014 di Melbourne dan selain dari  Anuar Musa sendiri, delegasi MARA itu turut disertai oleh ’ Lan Allani iaitu individu yang dikaitkan bertanggungjawab dengan pembelian hartanah ini.

Lawatan delegasi MARA ini untuk melawat hartanah yang baru dibeli di Melbourne dilaporkan oleh Kementerian Luar Negara di lamannyahttp://www.kln.gov.my/web/aus_melbourne/e2014/-/asset_publisher/ME2g/blog/majlis-amanah-rakyat-mara-working-visit-to-melbourne-australia?redirect=%2Fweb%2Faus_melbourne%2Fe2014%22 . G

  
Dokumen dalaman yang berbentuk taklimat kepada  Anuar Musa dan delegasi MARA itu memberi beberapa maklumat penting mengenai keseluruhan pelaburan hartanah MARA Inc di Melbourne. Salah satunya ialah struktur pegangan syarikat-syarikat milik penuh MARA Inc yang akhirnya memiliki 4 hartanah yang dibeli iaitu:

1.    746 Swanston Street
2.    Dudley International House
3.    333 Exhibition Street
4.    51 Queen Street

Saya sertakan 2 mukarusat dari dokumen itu yang menunjukkan struktur pegangan syarikat-syarikat milik penuh MARA Inc. Daripada dokumen tersebut, dapat disahkan bahawa:

      i.        Bagi 2 hartanah (746 Swanston Street dan Dudley International House), MARA Inc menubuhkan satu syarikat milik penuh di luar pesisir pantai (offshore company) yang didaftarkan di British Virgin Island (BVI) untuk memiliki 2 hartanah ini. Syarikat BVI bermakna segala maklumat kewangan dan operasi syarikat ini dilindungi sepenuhnya oleh kerahsiaan dan tidak termasuk di dalam carian umum

    ii.        Bagi 2 lagi hartanah (333 Exhibition Street dan 51 Queen Street), MARA Inc menggunakan 3 lapisan syarikat di negara yang berbeza untuk memiliki hartanah ini.

Bagi 333 Exhibition Street, hartanah ini dipegang melalui Powerwell Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), yang seterusnya memiliki Carlton Garden Pte Ltd (didaftarkan di Singapura), yang seterusnya memiliki Peters Equity Pty Ltd (didaftarkan di Australia) yang akhirnya memiliki hartanah itu.

Bagi 51 Queen Street, hartanah ini dipegang melalui Vortex Holdings Limited (didaftarkan di Labuan), yang seterusnya memiliki Marinn Property Pte Ltd (didaftarkan di Singapura), yang seterusnya memiliki Queville Pty Ltd (didaftarkan di Australia) yang akhirnya memiliki hartanah itu.

Daripada maklumat-maklumat ini, jelas bahawa pembelian hartanah ini distrukturkan untuk menyembunyikannya dari pengetahuan awam dengan menggunakan syarikat pesisir luar pantai di BVI atau menggunakan beberapa lapisan syarikat yang didaftarkan di negara yang berbeza untuk memisahkan hartanah itu dari MARA Inc.

Tindakan menggunakan syarikat-syarikat yang berbeza-beza ini bukan sahaja sepatutnya menimbulkan syak wasangka, ia juga menelan belanja pengurusan dan pentabdiran yang merugikan MARA.

Oleh kerana Anuar Musa telah melawat sendiri hartanah-hartanah ini dengan diiringi oleh  Lan Allani dan diberikan maklumat ini sejak tahun 2014 lagi, NOW mengajukan soalan-soalan berikut kepada beliau:

      i.        Bukankah sepatutnya  Anuar Musa sudah sedia maklum bahawa pembelian hartanah ini bermasalah melihatkan kepada struktur pegangan yang digunakan MARA Inc?

    ii.        Kenapa beliau tidak mengarahkan siasatan yang lebih awal sejak tahun 2014 lagi dan bukannya selepas perkara ini didedahkan oleh akhbar Australia?

   iii.        Kenapa syarikat-syarikat di BVI, Labuan dan Singapura digunakan untuk membeli hartanah-hartanah ini sedangkan pemilik sebenarnya ialah MARA Inc?

Daripada dokumen yang diperolehi, NOW akan mendedahkan beberapa perkara lagi minggu ini yang menunjukkan bagaimana pelaburan hartanah ini tidak memenuhi syarat pulangan kepada MARA dan sepatutnya telah dihentikan oleh Anuar Musa sebaik sahaja beliau menjadi Pengerusi MARA.


RAFIZI RAMLI
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif NOW
29 Jun 2015



------------

SELAMAT BERBUKA








HARI ke 12

petang kelmarin gwa telah
gerak ke utara
rancangan cari petai di bidor
kerana gagal hari sabtu ke sekinchan
maka gwa gerak awal
belum pukul empat dah gerak
lebuh raya kosong petang ahad

tapi kami tak terus ke bidor
masuk ke simpang sungkai
kawasan perkampongan yang kampong
aman tak banyak kereta

ditepi jalan banyak jualan
bukan kuih berbuka tapi 
petai durian dan ubi keledek


apa yang gwa mimpikan terjadi
gwa beli saikat petai
sebuah durian 
semangkok jering

petai cukup  lumayan
gwa beli banyak ini untuk simpan
gwa wajib ada simpanan petai 
bukan gawa jerok
tapi gwa simpan dalam minyak zaiton
satengah melayu satengah mat saleh
tiap hari bila gwa makan
 gwa wajib ada petai


SUNGKAi
pasar ramadan pekan kecil ini
 amat amat menarik
tidak mengada-ngada
besar sadikit dari bazar bangsar utama
gwa cari yang spesial - tak jumpa

gwa beli   rebung dengan daun manis
ikan patin tempoyak
ini yang dilihat agak spesial
dan murtabak durian
yang lain biasa biasa saje


BiDOR
dulu gwa selalu dapat petai dari bidor
gwa rasa sungkai lagi best
harga berpatutan

gwa pergi juga masuk bidor 
saje nak tengok petai disana
memang banyak tapi gwa tak usik
nak ucap
bai bai 
pada petai di bidor



SLiM RIVER
kami pulang ke slim river
jalan lama
melintasi kampong
yang pada satu ketika dulu
masa gwa sekolah di utara
sering melintasi daerah ini

waktu masih banyak
lalu mencari port untuk berlabuh
jumpa kedai tepi tasik
tapi kelihatan kosong
mungkin kami masih awal


ditepi tasik pun kosong tak ada orang
mungkin yang memancing dah pulang
mungkin bulan puasa tak ada yang berendut
maka kamilah di tepi tasik
menunggu berbuka puasa


SELAMAT 

BERBUKA

------------

ANJING DAN ULAMAK






hadi-awang-hudud-pas
Presiden Pas menjelaskan beliau menggunakan perkataan salak ini sebab kerana mereka yang menentang hudud melawan hukum Tuhan More ››

Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi           

PAS akan meneruskan agenda untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, demikian ditegaskan Presidengnya Abdul Hadi Awang.
      
" Biarlah...biar dia sahaja yang bersuara kita bawa agenda kita. Biar anjing menyalak, serigala menyalak... qabilah berjalan terus sampai ke destinasi, matlamat yang dituju."

           ABANG JAI

Asri: Jangan lupa 'ulama' perangai macam anjing

          Bekas mufti Perlis  Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam agar tidak lupa "ulama yang bersikap bagaikan anjing" dalam kesibukan membincangkan isu kempen menyentuh bintang itu.


Merujuk sepotong ayat al-Quran, tokoh agama itu menjelaskan ayat tersebut telah menyamakan ulama yang menjual nilai ajaran Allah demi kepentingan dunia sepertimana anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.



KAH KAH KAH


i rest my case

i've nothing to

add my lord

KAH KAH KAH

----------------

PEMIMPIN ISLAM DI HINA LAGI






PEMiMPi

MELAYU iSLAM 

DiHINA LAGi

Nilai hartanah Melbourne melambung, terdapat rasuah, dokumen bukti, kata The Age

Beberapa penilai hartanah bagi pangsapuri Dudley International House di Melbourne membuat perakuan bersumpah berhubung peningkatan nilai hartanah berkenaan sekali gus menepis dakwaan Majlis Amanah Rakyat (Mara), mereka membayar lebih rendah daripada harga pasaran, kata The Age.

Wartawan dan pengarang serantau akhbar Australia itu memberitahu The Malaysian Insider, berdasarkan bukti yang mereka perolehi dalam mendedahkan transaksi membuktikan "terdapat keraguan yang munasabah" ke atas kenaikan harga dan amalan rasuah melibatkan pegawai Malaysia.


"Dakwaan nilai hartanah tidak melambung adalah palsu. Penilai mengakui dalam perakuan bersumpah di mahkamah harganya meningkat daripada AS$17.8 juta kepada AS$22.5 juta," wartawan Nick McKenzie memberitahu The Malaysian Insider dalam emel yang dihantarnya semalam.

 McKenzie berkata, akhbar itu juga mempunyai "invois palsu" bagi membuktikan sememangnya terdapat amalan rasuah.

"Kertas kerja ini semua juga boleh diberikan kepada pihak berkuasa Malaysia. Ia sudah berada di tangan polis persekutuan Australia," katanya.

Pembongkaran itu susulan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang berjanji untuk mendedahkan lebih banyak bukti mengenai perjanjian berkenaan pada satu sidang media pagi ini.

The Age sebelum ini melaporkan, hartanah itu dibeli anak syarikat Mara, Mara Inc dengan harga RM63.5 juta, walaupun ia bernilai RM51 juta ketika pembelian dilakukan. Bakinya, kata akhbar itu, adalah sogokan kepada beberapa pegawai kanan Mara yang sudah dibawa pulang ke tanah air.

Pengerusi Mara Tan Sri Annuar Musa dalam satu temu bual baru-baru ini berkata, nilai hartanah itu sebenarnya bernilai RM71 juta ketika pembelian dilakukan.

Pada sidang media pertamanya selepas kontroversi pembelian hartanah di Melbourne yang didedahkan akhbar harian Australia itu, Annuar berkata pembelian berkenaan diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi kemudiannya menafikan dakwaan tersebut.

Najib kemudiannya berkata, pembelian itu diluluskan secara konsensus Majlis Ekonomi yang dipengerusikannya sendiri.

Dalam satu temu bual lain bersama RTM beberapa hari kemudian, Annuar berkata Mara tidak kehilangan apa-apa wang selepas pembelian hartanah itu kerana nilai pasarannya jauh lebih tinggi berbanding harga pembelian.

"Jika kita mengetahui yang hartanah itu bernilai RM51 juta seperti dilaporkan media, sudah tentu kita akan melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga yang lebih rendah," katanya.

"Kita tidak kehilangan wang, kita buat wang," katanya.

Bagaimanapun dakwaan itu juga dinafikan Pengarang Asia Pasifik The Age dan Sydney Morning Herald John Garnaut.

KAH KAH KAH
woit
ini surat khabar kapir
mana boleh percaya
wartawan tak tutup urat
wartawan makan babi
wartawan usik anjing
ini hina dan fitnah pemimpin melayu
ini hina pemimpin islam
ini hina raja raja melayu
mana pahlawan melayu
mana pahlawan bugis
bila nak saman akhbar ni

PUNDAK MUNDAK



-------------

BURSA SAHAM KUALA LUMPUR












BERiTA 

TER NOW

bursa saham 

kuala lumpur

jatuh 17 mata





-----------------------

SATU LAGI BERITA GUMBIRA







FACE BOOK


TADI WANITA ...
SEKARANG PEMUDA 😊

























SEKALi LAGI

gwa nating

to add mi lod

KAH KAH KAH
-------------

APA ADA PADA 30 JUN





APA DIA


KAH KAH KAH

kenapa mengapa
 &
 apa  dia

30 jun 


-------------

SOTONG TETAP BERENANG





Isu hudud: Biar anjing, serigala menyalak, kata Hadi11:19AM Jun 28
"Saya terpaksa sebut perkataan salak ini sebab dia melawan hukum Tuhan," kata presiden PAS itu



KAH KAH KAi

biar anjing 

serigala

menyalak 

sotong tetap 

berenang 

di laut

KAH KAH KAH 


------------------

YA AMPOOON YAN MAULANA





JMW 4.0 maki Sultan Johor

 | June 28, 2015
Pemilik akaun Facebook JMW 4.0 sebut perkataan ‘puii’ terhadap Sultan Johor




PETALING JAYA: Satu laman Facebook dikesan memperlekeh institusi beraja di negara ini khususnya terhadap Kesultanan Johor.
Dalam status terbaru yang dimuat naik pada Ahad, pemilik akaun JMW 4.0 bertindak kurang ajar dengan menyebut perkataan puii terhadap Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
“Berbeza dengan kerabat Arjentina, mereka lebih menyokong kerajaan yang ada ketika ini.
“Hitam putih cicak kobin. Puii,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dalam status yang dimuat naiknya pada 26 Jun lalu, pemilik akaun meminta pengikutnya berkongsi posting JMW vs UMNO.
“Siapa tak share dia beruk”, tulisnya.
Ia merujuk kepada posting yang menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
“TMJ please SEDAR diri bahaw tanpa UMNO, istana johor tak ada apa-apa”.
Ia sebahagian daripada status berbaur kesat yang dimuat naik pemiliknya.
Berdasarkan maklumat yang tertera, ia kali keempat akaun itu diwujudkan.
“JMW kembali lagi buat kali keempat selepas direport hampir 36281936291 juta kalinya.
Sape sentap die BERUK.


KAH KAH KAH

i have nating 
too add mi lod
i res mi kes mi lod

KAH KOH KAH

---------------

PERANG DALAMAN BERMULA








FACE BOOK


DAH MULA .... DAH MULA 😉








































KAH KiH KoI


------------------

NUJUM SERBANI BERSABDA






Nasrudin: Rancangan G18, PasMa tak ke mana...Susan Loone | 1:39PM Jun 28
Beliau anggap tubuh parti baru sebagai "fenomena sementara" yang beransur-ansur hilang tidak lama lagi.


KAH KAH KAH
woit
pak nujum dah beri ramalan
abislah JANJI BAKRI
abislah G18
jangan main main
don play play
tilek nasib dalam air
buang jin dalam laut
ini nujum  mureed jinakolojis

C@#i*&O(7##@ 


-----------------

RANCANGAN GAGAL








GAGALiS
sabtu petang kelmarin  jam 4.30
gwa bergerak menuju
tanjung karang  sekinchan
siap dengan kerepai
siap dengan tong ikan


nasib  punya nasib
jem sana sini
ambil lebuh raya guthrie
potong ke kuala selangor
masuk kampong kuantan
lintas kawasan kelip kelip
jalan tak ada masalah
nak masuk kembali ke jalan besar
simpang ke kuala selangor
jem jem jem

ingatkan jem kerana
pasar ramadan kuala selangor
bukan bukan bukan
dari kuala selangor
 jem gila
 terus hingga ke tanjung karang

jam 7.15 masih dalam jem
rasa rasa akan berbuka korek tahi idung
korek tahik idung
adalah berbuka paling afdal dalam kereta

nasib baik
jam 7.18 sempat potong 
masuk pekan tanjung karang
tapi
bazar ramadan dah selesai
pasar ikan dah tutup
hanya sempat beli minuman
tak ada apa yang spesail
berbuka berdiri
gagalis betul kali ini


TAPi AWAS
kegagalan petang sabtu ditebus
pada petang ahad
laporan menebuis gagal
keluar petang ini
kah kah kah


---------------