Rabu, 10 Februari 2021

ANAK MUDA LAWAN DARURAT

 



ANAK MUDA

LAWAN DARURAT

BUAT BAIK TAK PERLU DIJANJIKAN DENGAN BIDADARI

 



BAUT R BAIK

TIDAK PERLU

 DIJANJIKAN

BIDADARI

BUAT BAIK ITU BAIK

BUAT JAHAT TAK PERLU

DITAKUTKAN 

DENGAN API NERAKA

BUAT JAHAT ITU 

MEROSAK KITA SEMUA




Ricesaffron@gmail.com commented on "MALAON MALAON LAGI DEKAT"

TT lu tolong jawap satu soalan tentang SEBAHAGIAN orang yg bergelar ustad dan ulamak dan sebahagian lagi orang melayu slam serta politik Islam,,, sabab TT pun macam hakim tapi hakim Beruk sebab Beruk jadi hakim tidak mengikut keadilan pd tuntutan undang undang yg betul fakta dan pertimbangan serta yg di tuntut oleh Agama, Hakim Beruk hanya berlandas pd emosi dan logic,, 


Tapi ada ketika bila kehidupan ini tidak berlaku adil kita lebih baik rujuk pada Hakim Berok, soalan dia mudah, jika sebahqgian daripada ustad, ulamak dan mubalih orang Melayu islam tidak di janji kan dengan upah dengan PAHALA atau di rasuah dengan PAHALA, agak agaknya mereka semua ni akan melaku kan kebaikan, amanah, kejujuran, sedekah dan saling hormat menghormati sesama manusia, sebab tiap kali di terang kan setiap kabaik kan akan ada ganjaran PAHALA di DUNIA dan Akhirat,,Apa akan berlaku jika mereka ini semua tidak di janji kan pahala ada kah mereka ini akan menjadi lebih zalim dari haiwan dan setan,,


 macamana dengan kemakmuran sesama manusia dan menghormati hak sesama manusia yang hidup di dunia? Sedang kan di janji pahala, manusia sering sering tidak amanah rasuah, jual agama jual kuasa di lekat dengan sijil halal,, rakus bagai binatang lapar tak pernah cukup san bersyukur,, Hallo brother TT lu tolkng jawap ,, apa akan jadi jika pahala tidak di jual beli atau di pertaruh kan,,, minta semua yang membaca jangan di salah tafsir kan,,,

MADEY PENYEBAB ANWAR GILA NUMBO

 




MADEY PENYEBAB

ANWAR GILA NUMBO

capt salai commented on

 "MADEY LICIK PADA ANWAR"

Maknanya kini kita dpt PM yg paling licik..yg telah membuat anwar gila nombor dan Atok yg hilang jawatan PM..walaupun parti kecik ahli parlimen tak banyak masih jekal sebagai PM hahaha..memang belut la muidin salute lu la..sembab pun sembab la

SAPA KUAT BERANCUK

 



SAPA KUAT

BERANCUK

AMIN


Populasi penduduk

 Malaysia kini

 32.73 juta

PENDUDUK Malaysia dianggarkan 32.73 juta orang pada suku keempat 2020, meningkat 0.4 peratus daripada 32.59 juta pada tempoh sama 2019, demikian menurut laporan Perangkaan Demografi.

Ketua Perangkawan Malaysia Dr Mohd Uzir Mahidin mengulas mengenai laporan perangkaan itu berkata jumlah penduduk itu merangkumi 29.85 juta orang (91.2 peratus) warganegara dan 2.87 juta orang (8.8%) bukan warganegara.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata penduduk lelaki melebihi penduduk perempuan iaitu masing-masing 16.83 juta dan 15.90 juta.

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 0 hingga 14 tahun (umur muda) pada suku tahun keempat 2020 menurun daripada 7.63 juta pada suku tahun keempat 2019 kepada 7.57 juta.

Katanya, sejumlah 468,975 kelahiran hidup direkodkan pada 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 121,251 direkodkan pada suku tahun keempat 2020, iaitu menurun sebanyak 2.5 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 dengan 124,384 kelahiran. 

Mohd Uzir berkata penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 2.24 juta kepada 2.34 juta bagi tempoh yang sama.

“Trend ini adalah selari dengan negara-negara maju yang menuju ke arah penuaan penduduk” katanya.

Keseluruhan 174,313 kematian direkodkan pada 2020 dengan 44,390 kematian direkodkan bagi suku tahun keempat 2020, menurun sebanyak 0.4 peratus berbanding suku tahun keempat 2019 iaitu 44,566 kematian. – Bernama, 10 Februari, 2021.

WOIT

INI BAHAYA

BANYAK JANTAN

DARI BETINA

KAH KAH KAH

SAPA 2.87 JUTA

BUKAN WARGA?

INDON? BANGLA?

NIGERIA ? 

ATAU

PALING BAHAYA

CHINA MERAH

AMIN



SATU ANDAIAN ATAU FAKTA

 



ANDAIAN

ATAU 

FAKTA

Cekpit Kelima commented on

 "PERANG DITERUSKAN"

Bro TT aku nak minta kau pecahkan berita. Berita sulit sesulit alat sulit wanita alim. Berita ini diterima oleh sahabat Special Bruk yang ditugaskan utk memantau percakapan mulut dan atas talian politikus elit. Atokhang disurahkan akan rujuk kembali dgn Abahkau dan masuk Bersatu. 


Bersatu akan digerakkan bersama Gerakan dan Parti Islam SeMalizia untuk menentang Barisan Nasional naungan Umnu. Maka disurahkan juga bulan 9 PRU akan berlangsung melibatkan 3 penjuru: PN vs BN vs PH dengan agenda penyembelihan PH dan pemecahan undi kaum Cina. Amin.

RAMPASAN KUASA DI MYAMAR

 



RAMPASAN KUASA

DI MYANMAR

NAJIB DAPAT DUIT

 


NAJIB DAPAT DUIT

TANPA JUSTIFIKASI

KAH KAH KAH

WOIT 

INI TAK BETUL

KAH KAH KAH

HANG TAK FAHAM

KAH KAH KAH

JANGAN BUAT

SILAP

AMIN




Najib terima RM2.973 bilion daripada 1MDB, mahkamah diberitahu 

MAHKAMAH Tinggi di Kuala Lumpur diberitahu bekas perdana menteri Najib Razak menerima sejumlah wang yang besar RM2.973 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaunnya tanpa sebarang justifikasi komersial atau perniagaan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dalam hujahnya berkata perkara itu didedahkan oleh pegawai penyiasat pengubahan wang haram Supt Foo Wei Min bahawa perpindahan wang dari 1MDB ke Akaun Ambank Najib bernombor 9694 dilakukan dalam tiga peringkat dan ACP D. Rajagopal telah mengenal pasti peringkat pertama dan kedua.

“Jejak wang terperinci yang dijalankan ke atas akaun Najib mendapati pergerakan wang dari Good Star melibatkan AS$120 juta (RM369,029,514) dalam lima transaksi antara 2011 dan 2012, peringkat (kedua) Aabar sebanyak AS$170 juta (RM523,389,779.96) melalui enam transaksi antara  2011 dan 2012  dan peringkat (ketiga) Tanore melibatkan AS$681 juta (RM2,081,476,926) dipindahkan melalui dua transaksi pada 2013.

“Menerapkan kaedah penilaian kewangan ‘masuk dahulu, keluar dahulu’ pada akaun Ambank Najib. Jejak wang itu menunjukkan sejumlah RM2,973,896,219.96 yang diterima Najib dalam akaun 9694, dikembalikan ke akaun Tanore sebanyak RM2,034,350,000.

Wang baki RM939,546,219.96 dalam akaun 9694 Najib dipindahkan untuk dibelanjakan oleh bekas PM dalam empat kategori yang besar,” katanya pada pendengaran permohonan pendakwaan bagi pelucuthakan RM114,164,393.44 dan barangan kemas yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd yang didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin.

Pihak pendakwaan memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap Obyu Holdings untuk melucutkan barangan tersebut termasuk 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 jam tangan aksesori, 234 pasang cermin mata dan 306 beg tangan serta wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.

Wang dan barang kemas itu dirampas oleh pihak berkuasa kerana didakwa mempunyai kaitan dengan skandal dana 1MDB.

Najib dan Umno adalah pihak ketiga dalam permohonan itu.

Muhammad Saifuddin berkata dalam kes Umno, tuntutan mereka mengenai wang tunai yang dirampas adalah derma politik, jelas tidak masuk akal kerana bagi seseorang yang telah menafikan mempunyai pengetahuan atau kaitan dengan wang itu, kini mengemukakan tuntutan sebagai pemilik sebenar.

“Tuntutan yang dikemukakan oleh Najib dan Umno bahawa wang tunai yang dirampas adalah sumbangan politik merupakan alasan yang lemah berbanding bukti yang menunjukkan sebaliknya. Tidak ada apa pun yang dapat dilakukan untuk menutup kesalahan daripada wang tunai yang dirampas,” katanya.

Peguam Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib manakala peguam Hariharan Tara Singh mewakili Umno.

Mahkamah menangguhkan kes itu pada 11 dan 15 Mac untuk mendengar penghujahan Muhammad Shafee dan Hariharan. – Bernama, 9 Februari, 2021.


PENDAKWA

TAK FAHAM

KAH KAH KAH

INI BUDAYA

PENYAMUN

AMIN

INI CARA PENCURI

AMIN

LEPAS MENYAMUN

BERI BOSS

DUIT SAMUN

KHALAS




KLUANGMAN BERHATI MULIA - TERIMA KASEH

 


KLUANGMAN

BERHATI  MULIA

kluangman commented on 

"AL-FATIHAH PELAKON

 TOK SLOO DAN BILIK SULIT"

Yesterday

Done


 AL-FATIHAH

PELAKON

 TEATER BUKAN TEATER 
 AIZAT 
MENINGGAL DUNIA

Universiti Bangsar Utama
telah menubuhkan kumpulan
Teater Bukan Teater

Pementasan pertama TBT 
pada tahun 2000
 ialah TOK AMPOO

Pada tahun 2003
 TBT mementas 
dua teater sekali jalan  
TOK SLOO
dan
BILIK SULIT

AIZAT berlakun.

Dalam Tok Sloo Aizat berlakun
sebagai orang kampung
dalam Bilik Sulit
Aizat berlakun sebagai polis

Aizat telah meninggal dunia
kawan-kawan dari UBU & TBT
membacakan Al-Fatihah

Kepada kawan kawan
dan
pembaca Tukar Tiub
jika sudi menderma
untuk membantu balu Aizat
di persilakan
AMIN


Nor Aziantie Azhar (isteri) 
di akaun Maybank 512400515982

ARAB KAKI PUTAR

 



SAPA PERNAH

PERGI NEGARA ARAB

TAHU ARAB  BANGSA

KAKI PUTAR

Unknown commented on 

"SILA BERI FAKTA RUJUKAN"

Aku tak tahan no. Kalau DNA Melayu "supreme" dunia, kenapa tunduk kepada orang Arab dan orang putih? Kenapa pakar teknologi, perubatan, dan banyak lagi bidang, Melayu tak ada pun, atau tak dominasi? Kenapa kerajaan sekarang yang hampir semua Melayu masih tak berupaya tangani Kobid? Jangan marah, tanya saja.

HARAPAN MENUNGGU

 


HARAPAN 

MENUNGGU

Unknown commented on 

"MADEY LICIK PADA ANWAR"

Rakyat dah lama sedar tu! Hanya Pakatan Harapan dan penyokong yang masih tak faham. Kalau Anwar licik, ada sikit lagi kecerdikan, tak payah tunggu sejak 1998 (20+ tahun) dan masih lagi perdana menteri menunggu. Orang Pakatan Harapan dah masa cari pemimpin yang lain.

BELUM BACA




BELUM BACA

Unknown commented on

 "TAK DAPAT DIUBAT"

Kau ni TT tak habis2 duk ratib Anwar PM Anwar PM. Cuba kau ulas sikit buku Tommy Thomas tuh nak tgk pandangan kau mcm mana. Anwar ulas aku dah baca. Satu lagi, bekas Pengarah SPRM kemana skrg? Ke dah kahwin? 

PERANG DITERUSKAN

 


PERANG TERUSKAN

AMIN

Tiada khabar angin, ura-ura Annuar akan dipecat


MAKIN RANCAK

MAKIN HEBAT

KAH KAH KAH

MALAON MALAON LAGI DEKAT

 


MALAON MALAON

LAGI DEKAT

KHALAS

AL-KESAH SEBIJI KELAPA

 


AL- KESAH

SEBIJI KELAPA

Berita Operasi Lalang mula  menyerap dikalangan aktivis dan kumpulan NGO kota London  yang mengambil tahu hal Malaysia dan Asia Tenggara.  Beberapa minggu sesudah tangkapan aku lihat peranan Amnesty  Internasional  menyebarkan berita  dan berkempen cukup unggul.  

Udo lelaki German  yang bertugas di Amnesty terus menyampaikan maklumat terkini. Dari mana  punca maklumat ini aku tidak tahu. Aku anggap Udo dan Jomo sebagai perawi saheh – Bukahari dan Muslim.  Hadis-hadis mereka sampai  kepada aku dalam masa  seminggu atau dua minggu  bukan 200 tahun kemudian. Justeru amat meyakinkan untuk dipercayai.

Perjumpaan di 44 Newmill House  telah bersetuju untuk mengumpulkan  pelajar kota London.  Tugas ini  senang dan susah.  Senang kerana aku tak perlu minta kebenaran dari sesiapa. Bilik dan dewan boleh digunakan. Dewan   milik universiti atau dewan milik Majlis Tempatan boleh di guna pakai  jika  ada kosong. Tidak perlu mengisi borang berjela-jela , tak perlu letak gambar kad pengenalan, permit polis atau surat  kebenaran dari  Naib Cancelor.

Susah kerana aku hanya seorang cuba membuat dan menyusun kembali gerakan  anti ISA. Aktivis lama dari FEUMSSO  hampir ke semua sudah balik kampung.

Senang kerana dewan kuliah untuk membuat perjumpaan   di universiti  atau  di luar universiti  boleh senang diminta. Ini  mengingatkan aku kembali ke zaman pelajar aku di Universiti Malaya (UM ). Kumpulan  pelajar, kelab siswa atau  persatuan pelajar di  UM boleh  bebas bergerak , menyusun dan mengatur aktiviti tanpa halangan. 

Aku dari Kelab Sosialis  selalu mengadakan forum dan perbincangan. Forum biasanya di adakan di dewan kuliah Fakulti Sastera.  Jika dijangka ramai yang akan datang maka kami  mengadakan di Dewan Kuliah F. Dewan Kuliah F adalah  yang terbesar di fakulti.  Untuk perbincangan yang lebih intim dan serius  kami dari Kelab  Sosialis  akan berkumpul di bilik kelas  di Fakulti Sains. 

Di zaman aku menjadi mahasiswa  semua aktiviti pelajar berjalan lancar sama seperti yang aku rasakan ketika aku sedang kembali menjadi siswa  di Polytechnic of Central London tahun 1987. Aktiviti pelajar lancar tanpa gangguan.

Di London kalau menggunakan Dewan milik Majlis Tempatan – wajib membayar sewa yang paling minimum. Paling afdal warga yang tinggal di Majlis Tempatan itu sendiri yang melamar. Semua beres. Semua tuntas.

Inilah kota  London bukan Kuala Lumpur yang telah aku tinggalkan. Aku memberi pencerahan pada diri aku bahawa tahun 1987 Kuala Lumpur  dan Malaysia kini di bawah kawalan Mahathir   Muhamad. Ketua Polis Negara  ialah Haniff Omar –  seorang ‘old  boy’.

Pada tahun 1974 - ketika Polis dan soldadu  masuk merempuh ke Universiti Malaya untuk mencari  aku  – Mahathir Muhamad ketika itu baru sahaja menjadi  Menteri Pelajaran. Untuk rakaman sejarah Mahathir bertanggung jawab  meminda Akta Universiti Kolej  Universiti 1971 (AUKU) pada tahun 1975. 

Ketua Polis Negara  ialah Haniff Omar – ‘old  boy’ .  Ketua polis ini  yang diangkat oleh Razak Husin yang juga  ‘old boy’.  Ketika aku berdemo di awal tahun  70’an hingga tahun 1974 –  aku sering ternampak sosok ini  menjadi ‘ ketua – gedebe ’ di Bulatan  Jalan Pantai.

Polis dan soldadu masuk merempuh masuk ke Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan  pada pagi 8 Disember 1974 kerana kami   kaum pelajar telah turun berdemo. Dari pagi Selasa 3 Disember 1974  demo  pelajar bermula di Dataran Merdeka.  Demo berlanjutan setiap hari hingga ke subuh Ahad 8 Disember 1974. 

Selam lima hari kami berdemo  - pagi petang siang malam. Jam 10 pagi kami mula berhimpun di Sudut Pidato depan Perpustakaan kemudian kami berarak  dari Sudut Pidato menghala keluar kampus  ke  Bulatan Jalan Pantai sebelah Masjid Universiti. Tujuan untuk mara ke kota Kuala Lumpur.

Dari Bukit Pantai – pelajar Universiti Kebangsaan akan turun berdemo sama. Kami berhimpun di sekitar bulatan Jalan Pantai.

Pertempuran antara pelajar dan FRU   - Polis Simpanan Khas  - akan berlaku di sekitar Masjid dan Bulatan Jalan Pantai.  FRU akan menembak gas pemedih  mata untuk memaksa kami masuk kembali ke dalam kampus. Restoran Amjal  ketika itu  hanyalah sebuah  restoran setinggan. Amjal  telah menjadi saksi paling setia dan melihat apa yang berlaku.
Pelajar dan mahasiswa berdemo untuk membuktikan  setia kawan kaum pelajar dengan  kuam tani miskin di Baling  Kedah. Dua minggu sebelum 3 Disember kaum tani dan warga Baling yang juga disertai oleh warga kampung  dan pekan yang berdekatan  telah turun ke jalan raya berdemo mengepong banguanan kerajaan dalam pekan Baling.

Musim hujan bulan Disember 1974  membawa malapetaka. Getah tidak dapat dituris. Makanan  habis.  Kemiskinan merebak. Kebuluran sampai. Ada warga yang  papa kedana terpaksa makan ubi gadung.

Kaum tani  Baling Kedah yang kaya dengan kemiskinan telah bangun menunjukan perasaan marah dan  melawan kemiskinan. Mereka membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah Tun Razak dan  United Malays National Organisation telah gagal.

‘ Cakap bedekah-dekah hal Melayu – yang  lapar tak makan pun Melayu’ . Inilah  cerita yang  kami di Kual Lumpur dengar datang dari mulut  kaum tani Kedah.

Satelah aku meninggalkan Universiti Malaya (UM) pada petang Ahad  8 Disember 1974 aku selalu mendengar kesah-kesah tentang UM. Tempat  terberak lagi dikenang ini kan pula tempat menyorok. 

Surah ini  berkesah bagaimana  sesudah Mahathir meluluskan pindaan AUKU1974   jika  ada pelajar nak terkentut  mereka wajib  mendapat surat kebenaran dari HEP – Canselor Hal  Ehwal Pelajar. Mengikut surah ini semua aktiviti pelajar wajib mendapat kelulusan dari HEP – termasuk terkentut.  Semua ini – aku difahamkan adalah mengikut  fasal dan peraturan  dalam  pindaan Akta Universiti dan   Kolej Universiti 1974

Wow! Bagaimana agaknya  Jantan Muda dan Minah  Bergetah hendak memadu kasih ... opps.. silap ...perkatan yang tepat di zaman itu  di UM ialah  bagaimana nak ‘smelling’ di bawah pokok buluh di tepi Tasek Universiti Malaya. Apakah  nak berendut perlu mendapat watikah dari Ungku Aziz Naib Canselor UM ketika itu  atau  dari yang Amat Mulia Pemaisuri Agung yang menjadi Canselor UM tahun 1974.  Kah kah kah. 

Kini aku berhadapan dengan  keindahan  dan istimewanya kota London.  London kota kapir di mana warganya  memulakan  pagi dengan ‘full English, melayan  keberahian seksual yang bebas lagi  lumayan dan duduk di pub  menegok beer sebelum pulang ke rumah dari pejabat. Bancian suara pada Disember 2018  oleh Eurostat dan Eurobarometer  menunjukkan 40.2% warga  Britain tidak beragama -  agnostik dan ateis. 

Ini berbeza dari negara Malaysia yang mendabik dada mengakui sebagai   negara Islam.  Menjadi anggota Organisasi Negara Islam (OIC) Islam tetapi langsung tidak menghormati hak asasi manusia  yang paling asas.

Hakikatnya di Malaysia  pada tahun 1987 sesiapa yang  bersuara dan mengkritik kerajaan Mahathir Muhamad dari parti United Malays National  Organisation dan kuncu-kuncunya akan ditangkap  di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akan masuk penjara tanpa bicara.

Operasi Lalang adalah buktinya.  Tangkapan  bermula pada 27 Oktober 1978. Akhirnya pada 20 November 1978  Operasi Lalang  telah menangkap 119 warga Malaysia  untuk ditahan di bawah ISA.

Kawan aku Yunus Ali ditangkap sama.  Aku wajib melakukan sesuatu di London. Amin.

London - kota   ini mengalu-alukan percambahan fikrah.  Kota yang  merayakan segala bentuk pandangan. Kota yang menyediakan prasarana  untuk sesiapa sahaja membuat kajian ilmiah dan  non ilmiah.

Kota di mana wujudnya pelbagai bentuk gerakan politik – dari kiri ke kanan. Dari ekstrem kanan ke ekstrem kiri. Dari yang terbuka hingga yang gelap di bawah tanah.

London dari zaman berzaman bangga sebagai tempat suaka pelarian politik.

London berbangga kerana Karl Marx yang lari dari tangkapan polis German pada tahun 1849 tinggal di London hingga meninggal dunia pad tahun 1883.  Di London Karl Marx tinggal di 28 Dean Street Soho. Marx membaca dan membuat kajian di British  Muzium.   Dari perpustakaan ini lahirnya   Al- Kitab  Das Kapital.

Aku juga berbangga kerana  aku berjaya lari dari polis Malaysia  1974 dan sampai ke London. Aku juga akhirnya bekerja sebagai pelayan di restoran Desaru  juga di Soho. Restoran Desaru  ini tidak jauh dari bekas rumah sewa Karl Marx. 

Vincent van Gogh  warga Belanda juga datang ke London. Dia  bekerja di galeri lukisan di  Convent Garden. Van Gogh  tinggal di Brixton. Dia jatuh cinta  dengan seorang Minah di Brixton.  Cinta van Gogh ditolak.  Dia merana patah hati  lalu kembali  pulang ke Amsterdam.  Kemudian Van Gogh ngelencong ke Borinage Belgium untuk merancang menjadi padri. 

Aku dari Jelebu  sampai ke Wavre Belgium. Ngelencong ke London.  Tinggal di 44 Newmill House  Bromley by Bow kemudian pindah ke Brixton.  Aku terlupa ... apakah aku ada  jatuh cinta di Brixton. 

Opss.. jawabnya ada. Cinta aku juga ditolak.  Aku sedih – tapi apa yang boleh aku lakukan. Aku tak mungkin dapat pulang ke kampung. Tidak saperti Van Gogh yang  pulang dari Brixton  ke Amsterdam untuk berjumpa adiknya Theo van Gogh yang  bersedia memberi sokongan emosi dan fulus. 

Tetiba disatu malam   aku dapat panggilan  talipon.

‘ Isham... hit the iron when it’s hot... tak buat apa apa ke?’  Ini suara Minah yang aku tak pernah kenal . Suara yang  tak pernah  aku dengar.

‘ My brother pun kena tangkap... you know my brother K.K Tan... ‘  Suara itu mengeras memberi penerangan.

‘  I don’t think so...’ Aku menggeleng  kepala. Mustahil Minah ini nampak gelengan kepala aku.

‘ My brother ... lecturer at UPM... what you want to do... Isham....you must do something...’ Suara ini melembut dan merayu.

Aduh. Aku terperanjat. Ada lagi suku sakat ISA di London. Aku wajib memukul talipon untuk bertanya siapa K.K. Tan ini. Aku semakin disedarkan bahawa  jala ISA semakin meluas menangkap. Jelas terbukti  semakin ramai  suku sakat yang terkena hingga menular  sampai ke London.
  
Geng aktivis lama aku di 34 Birnam Road semua sudah balik kampung . Sosok yang terus  tinggal di London tak pulang-pulang hanyalah Mister  Tan Wah Piow. 

Wah Piow ini kenalan lama aku dari zaman Tasik Utara. Johor Bahru.  Ketika aku Setiausaha Agung di PMUM 1974 ,  Wah Piow  menjawat  Presiden USSU – University Singapore Student Union. Dua persatuan  pelajar – PMUM-USSU – sering mengadakan program bersama. Aku pernah di jemput ke Singapura sebagai ahli panel  forum  USSU.  Pertama kali  aku duduk sebangku berkenalan  dan bercanggah pandangan dengan  Syed Husin Al-Attas.

Wah Piow terlibat dalam kes  mogok  kilang buruh leteronik  di Jurung.  Dia ditangkap kerana dituduh merusuh. Wah Piow  dibicarakan dan di penjara dua tahun  oleh Lee Kuan   Yew. Keluar dari penjara Wah Piow diwajibkan menjadi soldadu – pasukan meriam.  Tan Wah Piow lesap melarikan diri dan muncul di London untuk mendapat suaka politik. 

Melalui  Wah Piow aku diberitahu  Minah yang menalipon aku namanya Karen Tan. Kakak kepada K.K. Tan. Suami Karen bernama Jeffrey dari Sabah. Mereka  tinggal di Shepherd’s  Bush West London  dan telah  menjadi   penduduk tetap United Kingdom. Karen bekerja sebagai misi.   Jeffrey menjalankan peniagaan  menjual tiket kapal terbang untuk pelajar Malaysia.

Dari Jomo aku diberitahu bahawa K.K. Tan ialah  aktivis alam sekitar. K.K Tan  lulusan bidang jurutera dari  Manchester University. Kemudian menyambung ilmu alam sekitar di University of Carlifornia  Bekerley . Pulang dari  Bekerley dia menjadi  pensyarah alam sekitar di Universiti Pertanian (UPM).

K.K Tan menyusun dan memimpin gerakan alam sekitar. Pensyarah  ini  memberi pencerahan tentang pencemaran  akibat dari radioaktif perlombongan  nadir bumi di Papan dan Bukit Merah Perak.

Pusing punya pusing – kempen punya kempen – kami semakin ramai di London.  

Satu petang  Rohana memperkenalkan aku  dengan seorang Minah Melayu.  Kami berjumpa di kedai  kopi China Town. Sembang punya  sembang Minah Melayu yang bernama Farida ini berasal dari Bukit Chandan. Dia  anak kepada Megat Khas. Megat Khas ini aku tahu dan kenal. Megat Khas  ialah Pengerusi MCKK  ketika aku belajar di sana.  Abang kepada Farida ialah Megat Najmuddin – old boy  - senior kepada aku.

Sokongan bertambah lagi. Dari dunia akedemianya Rohana memperkenlkan aku dengan John dan Prema. John pensyarah dari London School of Economic. Manakala  Prema Devaraj Minah cun dari Pulau Pinang  ini  sedang  menyambung belajar di London. Prema  dan Rohana telah berkawan lama.  Rohana mengajar di Universiti Pulau Pinang dan  Prema warga Pulau Pinang. 

Semua yang berlaku kepada diri  aku di London sesudah Operasi Lalang   mengingatkan aku kembali kepada cerita pendek  Aku Di Sebuah Pulau.  Buku kumpulan cerpen  dengan nama yang sama ini  milik arwah emak aku. Aku membaca  kumpulan cerita pendek ini dalam tahun 1958 ketika aku dalam darjah dua.

Aku tidak akan melupakan kesah ini. Kesah sebiji kelapa yang jatuh dipukul angin dibawa air sungai ke laut. Dipukul ombak dan badai – melintasi pelbagai halangan. Akhirnya  kelapa nan sebiji  ini terdampar di pasir. Kelapa ini tumbuh bercambah dan akhirnya menjadi sebuah pulau.

Cerita  pendek  Aku Di Sebuah Pulau  yang aku baca ketika aku kanak-kanak ini telah menjadi pemandu dan falsafah hidup aku.  Cerita ini menjadi pedoman dan jurumudi dalam perjalanan hidup aku ketika aku berkelana. 

Cerita ini tidak pernah meninggalkan  aku. Ketika aku pindah dari kota ke kota. Ketika aku pindah  dari negara ke negara. Ketika aku pindah dari penjara ke penjara.  Cerita sebiji kelapa ini tetap setia bersama aku.

Pernah  aku membuka  kesah kelapa ini di  Melbourne Australia pada tahun 1977. Ketika itu   aku dihalau keluar dari Australia  oleh kerajaan Malcolm Frazer. 

Kawan aku aktivis pelajar - anak kelahiran Malaysia – T.M.B Krishnan – merasa risau dan gusar kerana kerajaan Australia telah menolak permintaan suaka politik aku. Aku wajib meninggalkan  Australia. Khalas.

‘ Krish .. not too worry mate... a good coconut... blown into the sea... will ends up as an island.... fair dinkum...dinkie die...’    Aku tersenyum memberi semangat harapan kepada kawan aku sebelum  aku meninggalkan Melbourne.

Penerangan aku kepada T.M.B Krishan bertujuan untuk meredakan kegusaran keselamatn aku  yang dipaksa meninggalkan Melbourne.  Falsafah sebiji kelapa ini  betul-betul aku  curi dari cerita pendek Aku Di Sebuah Pulau..

Benih yang baik dipukul ombak akhirnya akan menjadi pulau. (TT)


TULISAN INI JUGA
DISIARKAN DALAM PORTAL
MALAYSIANOW.COM
https://www.malaysianow.com/wacana/2021/02/10/falsafah-sebiji-kelapa/


HENTIKAN PROJEK DENGAN CHINA MERAH

 



HENTIKAN PROJEK

DENGAN 

CHINA MERAH


Jungle man commented on

 "DARI KACA TV

 KAPIR LAKNAT"

Boikotlah projek projek berkaitan cina hentikan serta merta jangan takut kalau perang kita letak Hj hadi dan mat sabu di barisan hadapan takpun bosskur pun boleh tolong



FULUS FULUS FULUS

 


FULUS FULUS

 FULUS

AMIN


Najib terima RM2.973 bilion daripada 1MDB, mahkamah diberitahu


YANG NI

KENA BERAPA

TAHUN

KAH KAH KAH