.

Rabu, 13 April 2016

FBI SEDANG CARI







TIM FBI

SEDANG CARI


DUA WARGA

MALAYSIA


DUA WARGA


ABU DHABI







 




The text of the statement






-------------

MUSTAHIL DITANGKAP






NAK TANGKAP

INI KERJA

FBI

                     
13 April 2016
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengingatkan Ketua Polis Negara,  Khalid Abu Bakar bahawa segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang diperhatikan oleh rakyat


KAH KAH KAH

woit

biar betul

mustahil tangkap

mustahil laaaa

tapi FBI lain

tim fbi pasti

gelodak gila

FBI SIASAT


---------------

PANAS KENAPA KITA PANAS





JUAL PENJANA KUASA
1.Sebab tu lah najib jual syarikat penjana kuasa kat cina......pakai petroleum banyak sangat. Tapi para rakyat marah kat dia.

 2.Setakat ni najib belum kenakan apa2 cukai utk O2 dimesia untuk atasi imbangan O2 dan CO2. Untuk pengetahuan mungkin Asal usul GST bermula dr cukai O2 la....tapi utk mengelakan rakyat kata najib gila maka ditukar nama ke GST.

3. Pokok2 menyedut udara CO2 diwaktu Siang dlm proses fotosintesis.......sebab tu kerajaan islam kelantan menebang semua pokok supaya imbangan CO2 dan O2 tak berbeza diwaktu siang atau malam. Di perak tambee zambri cantas lagi banyak hutan untuk merealisasikan teori nko beb! Sekarang baru aku nampak kebijaksanaa nko lebih kurang samo ja dgn Najib panglimo agama. Tak ramai yg sodar Rasionalnya masalah banjir hanya 1bulan sedangkan masalah CO2 hari2 pokok keluarkan. Nampak tak bijaknya teori nko.

4. Gesture kerajaan Agama di ktan pula menolong/ membantu Najib menyelamatkan kan islam menentang ISIS dgn membalak khinzir hutan klantan. Aku on PANAS PANAS OOO PANAS Publish | Delete | Spam Boley Jalan at 3:37 PM


FASA TERAKHIR
Apakah ini detiknya ALLAH menahan 1/3 hujan atau kita sedang berada 2/3 hujan? Jika benar, sesunggunhya kita memang di fasa terakhir kehidupan. Cuma ntah berapa lama tempohnya 1/3 atau 2/3 itu, adakah setahun, 10 tahun atau berapa lama selang masa setiap tempoh itu. Wallahua'lam. on PANAS PANAS OOO PANAS Publish | Delete | Spam kerenggge at 3:33 PM



CADANGAN PRATIKAL
Rencana "Panas Panas OOO Panas" menghurai sedikit dinamika atau proses munculnya gejala panas yang boleh membikin manusia jatuh benggang dan bosan dengannya.'The whole country seems to be affected by the ennui of global warming'.Namun TT harus juga menurunkan cadangan2 yang praktikal bagaimana nak mengurengkan isu gejala panas melampau ni.

 Kita pun berada dalam satu situasi modeniti yang ironi. Lagi kita sedar yang kita tidak seharusnya membakar fosil kerana itu menyumbang fenomena panas melampau lagi sakan membakarnya melalui pemakaian kenderaan. Lagi kita ketahui bahawa kurengkan penggodlan hutan, lagi banyak hutan dibotakan. Lagi kita sedar yang pembikinan industri akan memuntahkan lagi CO2 lagi banyak negar akan mendirikan industri pembuatan.

Mungkin desakan dan tuntutan kapitalisme yg tak terkawal itu adalah penyebab besar kenapa gejala panas melampau ini akan menjadi ciri kekal dalam kehidupan kita. on PANAS PANAS OOO PANAS Publish | Delete | Spam UNCLE RAMLI at 3:18 PM

IKUT AKAL
Tuan TT, Saya cadangkan kepada saudara, selain dari mempelajari ilmu sains, eloklah saudara mendalami ilmu al quran juga. Jika saudara benar-benar seorang Muslim, saudara wajib mempercayai apa yang tetulis di dalam al-quran. Banyak ayat yang menceritakan di dalam kitab suci kamu itu bahawa Allah menimpakan azabnya dalam berbagai bentuk seperti gempa bumi, hujan ribut yang membeku, letusan gunung berapi dsbnya sejak zaman berzaman sebelum kelahiran nabi kita lagi sebagai peringatan kepada makhluk supaya tidak menyekutukan Allah.

 Hang ikut akal kepala otak hang bagi hujah ilmu kejadian dan sains semata-mata, semua mangkuk hayun faham perkara tersebut. Lain la kalau hang tak percaya al quran, maka hang berpegang sajalah kepada fahaman sains tersebut dan jadilah komunis hingga ke akhir hayat. Kalau hang tanya aku pasai apa banjir besar berlaku di Kelantan, pendapat peribadi aku kata Allah murka sebab ulamak pemimpin PAS (selain Nik Aziz dan Husam Musa) sudah menyeleweng....depa rembat on PANAS PANAS OOO PANAS Publish | Delete | Spam Asrul Sani on 4/13/16

MELABON
Ni abodo,tonton porn paham ke hang melabon?tambah elnino tu bermaksud mukjizat nabi is a.patutnya penebang balak penyebab banjir Kelantan tu disalib dipasung tengah panas ni on PANAS PANAS OOO PANAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 4/13/16


-----------

FBI TELAH SAMPAI










BERAPA RAMAI

TIM FBI

TELAH DATANG

KE MALAYSiA

SAJE TANYA

JANGAN MARAH






First 1MDB Arrest - Former Senior Fund Manager Faces US Extradition Request In Abu Dhabi EXCLUSIVE!


The first 1MDB related arrest has taken place at the request of the United States, in a move that will send shock waves and shivers through the Malaysian political establishment and also in related businesses in Hollywood and Las Vegas.


Sources close to Department of Justice officials in the United States have confirmed to Sarawak Report that the former CEO of Aabar, Mohamed Al Husseiny (top right), has been detained by the authorities in Abu Dhabi, who are now processing an extradition request by the US Department of Justice, relating to charges concerning 1MDB.

Al Husseiny, who originated from Kenya, holds US citizenship, despite having moved to Abu Dhabi.

This is the first outward move in an investigation that has been ongoing in the United States and other jurisdictions for several months, into the disappearance of billions of dollars from the Malaysian development fund.


BACA DISINI:
http://swk.global.ssl.fastly.net/2016/03/first-1mdb-arrest-former-senior-fund-manager-faces-us-extradition-request-in-abu-dhabi-exclusive/
--------------

SIAPA DIA SAID ZAHARI






SAID ZAHARI





Pak Said, seorang insan luar biasa. Arwah seorang wartawan dan politikus berhaluan kiri tapi masih seorang pengamal agama yang utuh. Boleh berbicara dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris dengan baik dan bijak berpidatu juga. Ada suatu yang perlu kita puji adalah sikap beliau sepanjang hayatnya : beliau beristiqamah dengan pendirian politiknya, setia dengan pegangan politik kirinya.

Satu lagi yang istimewa pada sikapnya ialah pada bila2 masa beliau berhujah, berwacana, berdialog atau apa saja rupa kommunikasi yang mahu dilontarkan beliau tetap ceria dan mudah bersenyum, gelak ketawa dan bijak berkelakar. Salam takziah kepada anak2 beliau. Selamat jalan Pak Said dan semoga selamat bertenang bersemadi. on AL- FATIHAH PAK SAID Publish | Delete | Spam UNCLE RAMLI at 3:31 PM


  ------------

GAMBAR KLASIK 1999





kali pertama menerima sisi lain dinamika politik tanah melayu, borneo, singapura dan indonesia dengan pengaruh perang dingin pasca merdeka
oleh saksi dan pemain
kuliah said zahari tahun 1999
terima kasih pak

 

-----------

FEMES LAGI





FACE BOOK
Like This PagePage Liked · 10 hrs


FUHHH!!! Satu dunia 9 NEGARA nak siasat dakwaan pengubahan wang haram, melibatkan ribuan juta dolar terhadap dana kekayaan negara 1MDB.
SWITZERLAND sedang siasat..
SINGAPORE sedang siasat..
HONG KONG sedang siasat.....

AMERIKA SYARIKAT sedang siasat..
UNITED KINGDOM sedang siasat..
U.A.E. sedang siasat..
THAILAND sedang siasat..
AUSTRALIA sedang siasat..
LUXEMBOURG sedang siasat..

TETAPI KENAPA di Malaysia SUDAH 'DIBERSIHKAN' ??!!
Cayalah Najib.. Nama NAJIB RAZAK kini dah femes satu dunia dgn skandal dana berbilion2 ringgit !!!
Kami rakyat M'sia tumpang bangga jer





















----------

PANAS PANAS OOO PANAS




 
 
 
 
 
 KITA DAN  PANAS
Saya masih ingat lagi pada satu ketika  dahulu - dizaman saya kanak-kanak. Ada satu tahun bilamana musim buah telah gagal sampai ke kampong saya. Ketika itu saya dalam darjah tiga atau empat. Pada ketika itu kami anak-anak sekolah  tidak tahu  menahu tentang Jelebu - wilayah kampong kami - sebagai  daerah  yang paling panas dan kering di Malaysia.
 
Bila musim buah tak sampai - bila durian , manggis dan langsat tidak muncul muncul maka kami anak-anak sekolah mula bersembang dengan pelbagai pendapat. Pendapat dan pandangan yang pastinya kami pungut dari emak atau  abah atau dari datuk dan nenek.  Pendapat yang paling  menyakinkan saya pada ketika itu ialah musim buah gagal   sampai ke kampong kami kerana Datuk Undang Jelebu belum dilantik. Ditakdirkan ketika itu kerusi Undang Jelebu kosong.
 
Datuk Mendeka Menteri Akhir Zaman Undang Luak Jelebu ketua adat  yang pada anggapan kanak-kanak pastilah memiliki kuasa  atau ‘komat’ untuk membawa musim buah. Malah jika musim buah lumayan atau padi melempah ruah maka semuanya  pada anggapan kami kerana  Datuk Undang berjaya  menjaga daerah kami dengan baik.
Pada tahun 2016 ini - ketika panas sedang datang menyerang - masih ada sosok-sosok  yang memberi jawapan bahawa perubahan cuaca ini adalah kerana maksiat semakin menjadi-jadi dalam negara kita.  Ketika banjir besar melanggar Kelantan tahun lalu - kita terdengar juga hujah sademikian.  Bukan muncul dari mulut budak sekolah tetapi dari  yang alim lagi berani  mengaku ulamak.
Hujah-hujah sademikian sama tarafnya dengan hujah budak sekolah darjah tiga lima puluh tahun dahulu.Hujah hampeh yang tidak membawa apa-apa makna jika terkeluar dari mulut sosok dewasa yang berfikrah.
Pada tahun 2016 kita wajib memiliki kesedaran yang lebih ilmiah untuk memahami kenapa cuaca berubah. Menyalahkan maksiat atau sumpahan jin atau sumpah Mahsuri  atau  semua bala  dihantar oleh  Yang Maha Esa adalah jawapan karut. Jawapan sademikian tidak memberi apa-apa pencerahan dan manafaat  kepada umat manusia. Jauh sekali dapat menyelesaikan masalah.
Satu pekara yang wajib kita semua terima pada ketika ini : cuaca dunia telah berubah. Panas yang sampai ke wilayah kita ini akan berterusan. Pada tahap ini belum dapat dilihat bahawa cuaca yang dahulu akan kembali.  Panas yang ada hari ini berkemungkinan akan  menjadi lebih panas dan ganas.
Satu lagi pekara yang amat penting yang wajib kita semua terima ialah cuaca ini  berubah bukan kerana  ‘komat’  Datuk Undang Jelebu atau kerana maksiat atau kerana bala dari Tuhan.
Pada bulan Febuari 2016 yang lalu  telah dirakamkan  satu rekod kepanasan dunia  yang paling panas semenjak  bumi manusia ini wujud. Cuaca panas   inilah yang  sedang membawa bencana kepada umat manusia.
Kemarau telah dan sedang berlaku  dibeberapa negera -  di India, Somalia, Siam dan Uganda. Malah di Palau di Lautan Teduh telah juga diserang kemarau. 
Di Amerika - Sungai Colorado mulai susut. Di Carlifornia banyak telaga air kering. Di Eropah Tengah kemarau berpanjangan.  Di Honduras Amerika  Latin juga sedang mengalami kemarau.
Sungai Zambezi adalah  sungai terpenting di Afrika. Sungai  sepanjang 2574 kilometer ini bermula  di Zambia melintasi  Angola ,Namibia, Botswana,  Zimbabwe dan Mozambique sebelum masuk ke Lautan Hindi.  Sungai Zambezi ini bagitu penting kerana ianya mewujudkan lembah pertanian  subur seluas 1,390,000 kilometer  pesegi.  Ini lembah makanan Afrika. Sungai Zambezi ini untuk pertama kalinya dalam masa 30 tahun telah susut.
Manakala di Asia Tenggara - lembah selatan Sungai Mekong Vietnam  yang menjadi wilayah sawah padi  telah mengalami kemarau. Sungai Mekong telah juga susut pertama kali samenjak tahun 1926. 
Semua  berita kemarau dan keadaan cuaca yang saya tulis diatas  berlaku pada bulan Febuari hingga April 2016 ini. Pada bulan yang sama  juga untuk pertama kali dalam sejarah Malaysia - sekolah-sekolah  telah ditutup di Kedah dan Perlis kerana panas.
Lima enam tahun yang lalu - sebelum panas tahun ini menyerang, kita selalu mendengar nama El-Nino disebut-sebut. Akhbar ada melaporkan  kesampian El-Nino yang akan membawa panas.  Ramai juga  Pak Menteri menyebut-nyebut hal ini. Saya tidak tahu sama ada ini  hanya retorik politik yang mereka hamburkan apabila melihat kampong-kampong mulai kering kontang. Tetapi panas lima tahun dahulu tidak sepanas  minggu ini. Justeru lima tahun dahulu tidak ramai yang ambil pot tentang El-Nino.
 Justeru menjadi amal jariah kepada saya untuk memberi pencerahan tentang EL-Nino dan panas. Saya berharap anak semua bangsa mulai sedar kenapa kita dibakar dan apa yang sedang membakar  kita semua. Dan kenapa dunia terbakar. (Malah untuk saya - sebelum saya ke penjara - inilah jihad saya untuk memberi pencerahan seberapa  yang boleh.)
El-Nino ini ialah udara panas yang membawa pemanasan air di permukaan Laut Teduh  atau laut Pasifik di bahagain Khatulistiwa. Kawasan air laut panas ini termasuk  ke Laut Teduh di wilayah Amerika Latin. El-Nino ini bahasa Sepanyol - nama untuk Nabi   Isa dari Nazareth yang baru dilahirkan. El-Nino membawa udara panas sebelum Hari Krismas menyusul.
Pemanasan air laut ini menolak udara panas  naik ke atas dan menjemput udara sejuk yang dipanggil La Nina.   La Nina ini anak kecil perempuan dalam bahasa Sepanyol. La Nina membawa udara sejuk  berlawaan dengan El-Nino yang membawa panas.
EL-Nino dan La Nina ini bertembung. Pertembungan ini melahirkan  satu perubahan cuaca. Pengaruh dari tekan ini membawa tambahan hujan  i.e banjir. Atau mengurangkan hujan  i.e  kemarau.
Lalu persoalan timbul - kenapa Laut Teduh menjadi panas?
Laut Teduh  menjadi panas kerana wujudnya pemanasan dunia.  Kenapa wujud pemanasan dunia atau global warming? Inilah persoalan yang wajib kita tanya setiap saat apabila kita berhadapan dengan panas, kemarau atau banjir. Apa telah berlaku?
Pemanasan dunia atau global warming ini berpunca  dari  udara karbon diosida ( C02)  yang sedang menuntup ruang  atmospera kita.  Semenjak kun fi ya kun. Semenjak alam ini wujud CO2  wujud sama. CO2  lahir dari dedaun, hewan dan proses fotosentis tanaman.  Fotosentisis proses dimana deduan melalui cahaya matahari diwaktu siang  menyedut C02. Udara C02 yang  disedut oleh dedauan ini  dimuntahkan diwaktu malam sebagai oxygen yang kita perlukan untuk  bernyawa.
Untuk sekian lama - berjuta juta bilion tahun  wujud imbangan antara C02 dengan oygen. Dunia, haiwan, tanaman dan umat manusia hidup amat permai bersama alam.
Kini  imbangan  itu tidak wujud lagi.  Kenapa dan apa yang menyebabkan imbangan  terkocak dan tidak wujud lagi. Soalan sademikin adalah soalan  falsafah, soalan politik dan soalan ekonomi.
Pada hemat saya keseimbangan dunia hari ini telah dirosakkan oleh fikrah manusia itu sendiri. Keupayaan manusia berfikir telah membawa kerosakan yang maha sangat kepada alam ini. Manusia  satu jenis haiwan yang memiliki akal fikiran. Haiwan ini ingin tahu semua hukum-hukum alam. Haiwan ini berpendapat dengan mengetahui hukum alam maka alam akan dapat ditundukkan untuk keselesaan perjalanan  hidup umat manusia. 
Mengenal dan mengetahui hukum hukum alam ini dan kemudian berusaha untuk menundukkan alam menjadi satu pedoman. Ini dikenali sebagai  modeniti.  Falsafah modeniti inilah yang sedang membawa porak peranda kepada kita semua sekarang ini.
Kalau dahulu C02 hanya datang dari tumbuhan-tumbuhan. Hari ini C02 telah bertimbun  dan bergantang gantang keluar dari pembakaran fosil. Apa itu fosil? Fosil adalah bahan haiwan dan tumbuhan yang telah berjuta-juta tahun  terkambhus  dan tersimpan dalam perut bumi ini. Fosil  ini telah menjadi arang batu atau minyak petrolium. 
Penemuam arang batu sebagai bahan bakar telah boleh membakar air untuk  mewujudkan wap  telah berlaku 200 tahun dahulu. Wap  pula boleh menggerakkan injin.  Ini satu penemuan moden. 
Pada awal penemuan pembakaran arang baru manusia tidak mengetahui apa yang akan terjadi  200 tahun kemudian. Ketika itu manusia bergumbira kerana dapat bergerak dengan pantas ke wilayah yang jauh.  Manusia ada kereta dan keretapi. Ini tanda  utama modeniti.
Kemudian - bahan bakar petrolium ditemui. Ini 150 tahun dahulu. Petrolium juga adalah fosil. Dengan penuh kegumbiraan manusia  telah sekali lagi menyambut kedatangan petrol untuk mengambil alih peranan arang.    Modeniti dirayakan. 
Bahan bakar petrolium adalah menjadi asa tamadun moden. Malah tamadun kita hari ini adalah tamadun petrolium. Hari ini kehidupan manusia moden adalah kehidupan  petrolium. Apa sahaja yang kita usik, apa sahaja yang kita pakai, apa sahaja yang kita gunakan -  semuanya berasaskan bahan bakar petrol. Dari berus gigi hingga ke hidangan makanan yang kita nikamati - semuanya berasaskan bahan bakar petrol.
Fosil dibakar - i.e apabila arang batu atau minyak petrol dibakar untuk dijadikan tenaga. Keluara bersama tenaga ialah C02.  
Pada tahun 2016 keseimbangan sedutan oleh dedauan terhadap C02 tidak dapat berlaku lagi. Deduan , pokok tumbuhan dan  hutan yang bertanggung jawab membersihkan dan menukar C02 untuk menjadi oxygen  semakin berkurangan. CO2 yang dikeluaran kerana pembakaran fosil bertambah berkali ganda. Manuaia kini hidup dalam rumah kaca. Yang memagari kita ialah C02.
Data pada tahun 2014 menunjukkan dalam dunia kita hari ini telah wujud 2 bilion buah kereta. Ini data tahun 2014. Saya tidak tahu berapa  tambahan telah berlaku dlam masa dua tahun ini. Di Malaysia  dari laporan portal MotorTrader sahaja terdapat 21.25 juta jenis kereta bermotor yang telah berdaftar.  
Kegilaan manusia - anak semua bangsa untuk berkereta - tidak puas puas. Obsesi manusia dengan kereta tidak padam-padam. Ini tanda modeniti. Akhirnya di Malaysia Kancil  tidak lagi tinggal dalam hutan.  Kelisa  tidak lagi bernafas  dalam air. (TT)
 
 
 
 
 
 
NOTA
tulisan ini  telah disirakan
dalam SUARAN KEADILAN




-----------------

AL- FATIHAH PAK SAID




AL-FATIHAH


May 18, 2015

 Born Unfree
Not that I was not hungry
I refused the food.
Not that I was not sleepy...

I kept awake.

My ears keep hearing
the cry of an infant.

For months in solitary
it was a source of anxiety.
For hours to this moment
it is endless excitement.

Then came the news of
the arrival of my little one.

I am the father
robbed of my freedom
whose world has shrunk
into a dark little dungeon.

My child, just born
into a world yet unfree.


Said, 88, meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini dan Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 17 tahun di Singapura semasa era Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Singapura
 























Amirx Abd Hadi
17 hrs

Terima berita menyedihkan. Jam 12.30 tgh hari tadi, Pak Said Zahari, bekas Ketua Editor Utusan Melayu, pergi meninggalkan kita semua.
Beliau ditahan dibawah ISA selama 17 tahun. Terlibat mengetuai mogok membantah UMNO menguasai Utusan Melayu.
Selamat pergi, Pak Said Zahari.

-----------

TANGKAP DAN DAKWA




 
TANGKAP

KEMUDIAN

DAKWA





Tahan semua terbabit kontroversi 1MDB-Aabar, gesa Pua

Semua yang terlibat dalam melakukan pembayaran dari 1MDB kepada syarikat yang didakwa palsu, Aabar seharusnya disiasat dan ditahan, kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

"Kami meminta Polis Diraja Malaysia bertindak segera untuk menyiasat dan menahan semua pihak yang terlibat dalam penipuan besar-besaran yang digelarkan sebagai "Rompakan Abad ini" oleh Sarawak Report," jelas Pua dalam kenyataannya, hari ini.

KAH  KAH KAH

woit

tony pua dan

FBI ini samakah

mana yang betul

mana yang akan

menangkap

sotong  & ikang

kah kah kah

TIM FBI SAMPAI













-------------

AYAM CURI JIL MASUK





 

INI AMAT
 
BERANI
 
AMAT TEGAS
 
HEBAT
 

Curi ayam pun dakwa, inikan pula berbilion: Muhyiddin

Beliau bandingkan pencuri ayam berbanding PM yang didakwa 'mencuri' berbilion wang Negara.


KAH KAH KAH
 
woit
 
apa lagi
 
kah kah kah
 
lu ingat ini
 
curi telooo
 
lu ingat ini
 
curi lembu
 
kah kah kah
 
bilion bilion
 
kah kah kah
 
HACUS MANCUS















--------------

SAID ZAHARI

 
 
 
AL-FATIHAH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
SAID ZAHARI
Bayangkan 17 tahun dipasung .. bukan setakat dipasung tapi seluruh ekosistem kehidupanya di uncah, dikacau .. tapi Said Zahari tetap mapan menghadapinya, Sang Jaguh ni tetap jaguh .. bagi aruah, biar beras ditabur, biar jagung ditabur, apa lagi habuk dedak makanan babi, jika ia perkara salah, maka sebutir pon dia tak akan jamah.
 
Semoga Sudara Said Zahari diberi kesejahteraan, keadilan dan keamanan di wilayah yang satu lagi .. sesungguh nya Allah itu maha pengasih dan penyayang .. ingat bila kita dapat kasih sejati daripadanya, 70, 700 waima 70 biliyun bidadari bertelanjang bulat pon, kita dah tak peduli .. kita sedekah je lah bidadari ini pada yang telah menempahnya seperti Pak Ostad dan Para Pembeli Syurga. on AL-FATIHAH
panglimo potaseh
on 4/13/16

-------------

BODOHKAN ORANG MISKIN




KETUA BIDADARI
mara-majlis amanah rakyat -takda pun perkataan melayu..lihat melayu mara buat medan mara..tempatnya jin bertendang..mara sudah 50thn, baru muncul low yat 2 mara di bgn mara..asalnya dlm bangunan tu byk syarikat2 2ringgit ali baba mkn atas angin..mkn komisen..paling hebat lg bukan makan atas angin, malah main golf sambil beramal makan angin..wajib ditemani istri ketua bidadari bagi mengelakan fitnah..nanti allah murka..
 
org2 miskin mesti dibodohkan..sb miskin itu lemah..tak berpelajaran..tolong jgn samakan dgn lce..lce tu pun dikira berpelajaran..lebih tinggi dari darjah 6 seperti tamil sami vellu...mujur nabi takda degree, takde sijil takda lce, kalo tak nabi pasti kaya raya dan barakoh maksum syurgawi..kohkohkoh... on RASUAH DAN JUAL AGAMA
Anonymous
on 4/11/16




-------------

PROGRAM MALAM INI





MALAM INI


MENGENANG 17 TAHUN LEGASI

UNIVERSITI BANGSAR UTAMA (UBU)

Kuliah Bangsar Utama (KBU) akan menampilkan berberapa alumni UBU yang lebih sedekad lalu terlibat secara langsung dalam kancah aktivisme nasional,regional dan antarabangsa bermula dari sebelum zaman Reformasi 1998.
Tokoh-tokoh ini merupakan perintis kepada tertubuhnya perkumpulanan anak muda progresif, independen dan kritikal yang berpusat di Bangsar Utama.

UBU merupakan Institusi bayangan (Imagined Institution) yang berpegang kepada falsafah 'Universiti Bukan Universiti'.. Berasaskan metodologi 'DILARANG MELARANG', kumpulan anak muda ini bereksperimen dengan wacana kebebasan, kritikal dan radikal walaupun dalam ruang yang minimum dan represif..
Sedekad kemudian, idea ini kemudiannya menjadi inspirasi & model kepada penubuhan lebih banyak lagi kumpulan anak muda progresif dan radikal yang lain di Malaysia..

Setelah 17 tahun berlalu, pada hari ini, kebanyakan alumni UBU adalah ahli politik & aktivis sosial terkenal, penulis lirik, seniman, wartawan, ahli perniagaan,teknokrat, birokrat, penyelidik dan juga ahli akademik...Dalam erti kata lain, alumni UBU mencakupi kelas Proletariat sehingga ke kelas Bourgeoisie...Merangkumi kelompok dissident sehingga ke aparacik pemerintah..
Seperti kebanyakan organisasi, UBU juga mengalami beberapa evolusi sepanjang 17 tahun ini..Sehinggalah penjelmaan semula dalam bentuk Kelab Bangsar Utama (KBU) yang lebih mantap, beragam dan berstruktur.
Sehubungan itu, KBU dengan penuh rasa hormat, mengundang Y.M Amin Iskandar@Black (Wartawan/bekas editor The Malaysian Insider), Y.A.M Rahmat Haron (seniman 'outsider' & kolumnis yang prolifik), Y.M Khairul Anuar Ahmad Zainudin@Jonah (Aktivis politik dan bekas mangsa I.S.A) bagi berkongsi pengalaman suka duka mereka sepanjang bergelar aktivis-pelajar UBU..
Jemputan ini ditujukan kepada semua anak muda semua bangsa bagi mendengar perkongsian daripada tokoh-tokoh ini berkenaan pengalaman dan juga beberapa 'cerita-cerita nakal' lagi radikal sepanjang pergulatan mereka dalam dunia aktivisme.

DILARANG MELARANG!.





-----------

MAHU PERUBAHAN

 
 
 
 
MAJORITI
 
MAHU
 
PERUBAHAN
 
 
Undi sokong siapa: 585 pilih 'Mahu Perubahan'
 
SHAH ALAM – Berdasarkan undian yang dijalankan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim di Facebooknya, seramai 585 pengikutnya memilih ‘Mahu Perubahan’.
 
Sementara itu, 172 lagi pengikut beliau memilih ‘Sokong BN’ dan 107 memilih ‘Sokong Pembangkang’ manakala 36 memilih ‘Lain-lain Pandangan’.
 
“Mohon maklum bahawa jumlah undian setakat 10.54 malam, 11 April 16. Jumlah keseluruhan ialah 900, jumlah komen 887. Terima kasih,” tulisnya.
 
Sebelum ini, beliau memuat naik status di akaun rasminya itu yang meminta pengikutnya membuat undian pada status berkenaan.
 
“Banyak kawan-kawan bilik sebelah mengemukakan undi fasal Najib. Saya akan komen selepas ini. Saya ingin bertanya kawan-kawan dan pengikut saya.
 
“Sokong BN tulis 1, Sokong Pembangkang tulis 2, Mahu Perubahan tulis 3 dan Lain-lain pandangan tulis 4. Berilah pandangan ikhlas. Semoga ALLAH SWT memberkati,” katanya.
 
Pada status sama beliau memberitahu bahawa daripada 222 jumlah kerusi Parlimen, BN 134, DAP 37, PKR 29, PAS 13, Amanah 8.
Setakat ini undian itu masih berlangsung tanpa disebut tarikh akhir undian berkenaan.


KAH KAH KAH
 
woit yb
 
bila lagi
 
dah ramai
 
minta berubah
 
tak kan tak
 
faham faham
 
kah kah kah
 
HAMPEH LOOH

-----------