Khamis, 17 September 2009

SEBELUM BERBUKA PUASA - SEBELUM MENEGOK AYER




AKHIRNYA KITA SAMPAI JUGA


apakah kau masih angkuh lagi
bila aku terhidu hutan hutan yang kau bakar
apakah kau masih angkuh lagi
bila kau merampas tanah si penan di hutan
apakah kau masih angkuh lagi
bila bukit dan gunung semakin runtuh

bukalah telinga kamu damparkan ke padang tandus
dengari tiupan bangsi seorang gipsi
bukalah telinga kamu damparkan ke laut jauh
dengari alunan tangisan saekor paus
bukalah telingan kamu damparkan ke gunung ganang
dengari tangisan kera dihutan

seribu pokok yang kau tebang
seratus bukit yang kau tarah
sepuluh sungai yang kau empangi
sejuta lombong yang kau gali
tidak akan memuas hati berahi

esok sebelum fajar menyingsing
esok sebelum kamu melihat siang
esok sebelum matahari mula membakar
dalam kesunyian subuh
dalam sunyi yang sunyi
dalam sunyi pada hati
kau tanya diri sendiri
apa lagi yang kau perlukan
apa lagi yang kau berahikan
apa lagi yang kau ingin kumpulkan

kalau kau temui jawapan itu
kau nyatakan bukan kepada aku
jeritan kepada hutan
jeritkan kepada gunung
jeritkan kepada laut
jeritan kepada umat manusia
tentang alam ini sedang sakit menderita




INGATAN YANG BETERUSAN




SUARA KAMU MENGUBAH HATI ANAK MUDA



SELAMAT JALAN MARY

mary travers – peter, paul and mary
where have all the flowers gone
akan aku main kan kembali puff the magic dragon
akan aku mainkan kembali leaving on the jet plane
akan aku mainkan kembali if I had a hammer

suara kau akan terus di dengari
hingga ke akhir zaman





BERITA GEMPAR – TOYO ANTA SURAT PADA DIRI SENDIRI




KHIR TOYO TERIMA UGUTAN BUNUH
– malaysia kini

Khir Toyo tengah hari ini membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Shah Alam selepas menerima sepucuk surat ugutan bunuh terhadapnya.

Mantan menteri besar Selangor itu menerima ugutan tersebut dalam sepucuk surat pagi tadi yang dikirimkan ke pejabat DUN beliau di Sungai Panjang

Surat itu antaranya bertulis: "Hentikan cubaan menjatuhkan kerajaan Selangor. Jika tidak, saya bebas mencari kamu di Selangor."

"Saya boleh tembak kamu atau sumpitan beracun yang boleh membunuh kamu dalam masa beberapa saat sahaja," surat itu dipetik.

Surat dua halaman bertulisan tangan itu dikirim dari Bukti Raja berdasarkan cop pada setemnya.

KAH KAH KAH


kah kah kah… MACAM MACAM DI BUAT NAK CARI SIMPATI RAKYAT… kah kah kah..

kah kah kah…. INI UGUT DIRI SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah…. ADA KETUK KEPALA SENDIRI…. kah kah kah…

kah kah kah... NAH ALIH PANDANGAN.... KES RASUAH...kah kah kah

woit.. SAPA ADA MASA NAK LAYAN BEROK INI.... NAK BUNUH APA ?... kah kah kah

kah kah kah... BEROK INI DAH MATI BERDIRI...kah kah kah...'

nota

ini trik paling lama dalam buku perang saraf.
dari zaman iskandar zulkarnain sudah pakai.
september 11 pun pakai trik ini.
madey tangkap al-maunah juga pakai trik ini.

tujuan cari simpati – yang dirancang diri sendiri:

amerika bom twin tower kerana nak dapat simpati rakyat serang iraq
madey rancang kes al maunah kerana nak dapat simpati bila melayu sudah benci

carilah trik baru :

suruh bini telanjang bogel kat jalan raya
kemudian katakkan kena bomoh khalid ibrahim
atau terima dua botol whisky black lebel katakan nik aziz salah hantar
yang sepatutnya chivas regal kah kah kah





KENALI KERETA PROTON ANDA




TAK PERLU AMBIL NUMBER KERETA INI SUDAH NAIK MINGGU LALU



TAHUKAN ANDA KENAPA PROTON BUAT KERETA UNTUK F1

KERANA :
1 – Tingkap Proton F1 tak di perlu dibuat – masalah tak timbul
2 – Wiper tak perlu ada – masalah tak timbul
3 - Apabila tetiba terhenti di tengah jalan sudah ada krew bersedia menolak.
4 – Cermin pandang belakang tak tecabut – kerana cermin ini tak perlu ada
5 - Dijamin boleh start tiap pagi kerana tiap hari kena repair

PALING PENTING – kereta proton F1 tak ada number. bila berlanggar jalan tak jam – satu malaysia tak berkumpul nak ambil number.





SELIPAR JAMBAN UNTUK MADEY



SATU MALAYSIA BERSETUJU SELIPAR JAMBAN UNTUK TENGKOK MADEY



Nota:

inilah pungutan suara dari sanubari
rakyat. pungutan suara seperti ini
menggambarkan apa yang sebenarnya
di rasakan oleh rakyat.

pungutan suara maacam ini juga perlukan dilakukan :
dimana madey patut ditanamkan:-
masjid negara?
zoo negara?
taman negara?




BERSEDEKAHLAH DI HARI BAIK BULAN BAIK INI - AMIN




MAK SAUDARA YANG DI TINGGALKAN


SEPUPU YANG MENJAGA KAMBING


OLE OLE RAYA PKR UNTUK SAUDARA ROSMAH - malaysiakini

Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara dan sepupu isteri i Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

nota:
diharapkan sesiapa di berhari raya di negeri sembilan
sila lawati keluarga ini di kampong mertang, gunung pasir seri menanti.

keluarga yang telah ditinggalkan oleh anak suadaranya yang malu
kerana kemiskinan mereka.

seperti tenggang yang tak mengakui orang asal
seperti madey dan chandra muzaffar yang tidak mengakui orang india
seperti hitler yang tidak memgakui isterinya eva braun seorang yahudi
semuanya ini akan membawa kemusnahan kepada kita semua.




BERITA BAIK SEBELUM HARI RAYA




DAP: UMNO YANG SESAT KAN MELAYU
- malaysikini

Seorang pemimpin DAP menafikan dakwaan orang Melayu yang menyertai parti itu disifatkan sebagai "kumpulan sesat dalam politik" dan "digesa agar kembali ke pangkal jalan".

Ahli jawatankuasa pusat DAP Ahmad Ton sebaliknya mendakwa Umno sendiri yang menyesatkan orang Melayu di negara ini.

"Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sanggup mengikut (semangat) pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Ikut Umar Abdul Aziz tidak sesat.

"Di Pulau Pinang, sekolah agama rakyat, kerajaan negeri bantu. Kalau di Johor, ia ditutup," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain Ahmad yang sudah lama bergiat dalam DAP, parti itu turut melantik Tunku Abdul Aziz Ibrahim, yang sebelumnya terkenal aktif bersama Transparency International, sebagai naib pengerusinya Ogos tahun lalu.

Abdul Aziz kemudiannya dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

nota:
semakin ramai anak anak muda melayu memiliki kesedaran tidak mahu ditipu
dan di perbodohkan oleh gerombolan. umno sedang dilihat sebagai satu
gerombolan sesat yang lagi menyesatkan.
sesat dalam hutan rasuah dan menyalah guna kuasa. mabuk
mengumpul harta kekayaan. berdengong dan berkhayal dengan kuasa.
inilah tanda tanda ketuanan melayu sedang nazak sebelum
tali jamban di tarik kah kah kah.




BERITA SPESIAL UNTUK ORANG CHINA SAHAJA




80 PERATUS GULUNGAN MUDA TIDAK SOKONG BN – DAIM
– harakah daily

80 peratus dari golongan muda tidak menyokong Barisan Nasional kata bekas Daim Zainuddin.

Para siswazah menganggur, kebanyakannya Melayu, akhirnya terlibat dengan politik dan mereka menyertai PAS akibat rasa marah kepada kerajaan kerana tidak mempunyai pekerjaan, kata bekas Bendahari Umno itu di dalam temubual dengan China Press Ahad lalu.

KAH KAH KAH…

kah kah kah…. APA PASAI TAK ROYAK PADA AKHBAR MELAYAU…kah kah kah…

kah kah kah… ORANG CHINA TAK TAHU PEKARA INI…. kah kah kah..

woit… AL-MONGOLIA LUPUS DASAR EKONOMI BARU… CAKAP PADA AKHBAR SINGAPURA…. kah kah kah…

kah kah kah… ANAK MUDA TAK SOKONG GEROMBOLAN CAKAP PADA AKHBAR CHINA….kah kah kah..

woit… AKHBAR MELAYU NAK TERUS TIPU MELAYU…kah kah kah..

nota:
anak anak muda yang belum mendaftar sila mendaftar.
yang ada awek ajak awek mendaftar.
yang ada balak ajak balak mendaftar.
yang tak ada awek yang tak ada balak
sila iklan dalam face book kah kah kah




IKANG TERUS BERGADUH LAGI




TIADA ALASAN ADUN BN TENTANG SAYA : MB TERENGGANU
– mStar

Ahmad Said berkata kemelut politik di negeri itu disebabkan campur tangan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata sebenarnya tiada alasan bagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) di Terengganu menentang kepimpinannya.

"Sebenarnya semua wakil rakyat BN di Terengganu, anak buah saya. Kalau saya yang paling junior, munasabah orang tak puas hati, tetapi di kalangan 28 Adun BN di Terengganu, saya paling senior.

KAH KAH KAH..

kah kah kah… TAK ADA ALASAN ?.... kah kah kah..

INI ALASAN NYA:
1 – munkee ni pergi jumpa pas nak urus beli kambing walhal gerombolan ada lembu
2 – munkee ini akan cantas semua yang dia tak suka bila pilihanraya di umum
3- munkee ini ada kroni baru – kroni lama sakit kepala
4 – munkee ini hanya derma buah kurma –
5 – munkee ini kontrol duit minyak
6 – munkee ini bukan memang senior – dia kaki buli kah kah kah
7 – munkee ini potong stim kroni idris jusuh




PROJEK BUKU TIPU MELAYU




UNGKU AZIZ : PERJUANG MELAYU TULEN
- mStar

Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid, pasti akan dikenang sebagai orang yang paling banyak memperjuangkan nasib orang Melayu.

Walaupun usianya sudah mencecah 87 tahun, tidak pernah terlintas dihatinya untuk berhenti daripada mengkaji dan mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut yang melanda orang Melayu terutamanya masalah kemiskinan.

Oleh sebab itu setiap kali berbicara mengenai masalah pokok orang Melayu, jawapan ringkas yang pasti akan diberikannya ialah kemiskinan dan baginya jalan keluar daripada terus dibelenggu masalah ini pula ialah pendidikan.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH….


kah kah kah… INI JUGA KANGKONG…YANG PANDAI MERAPU…. kah kah kah…

kah kah kah … TAK PERCAYA.. .. TAK PERCAYA… kah kah kah..

woit… SELALU BUAT PROJEK TIPU MELAYU…. kah kah kah

TAK PERCAYA ?

nota:
sila pergi ke lebai google dan cari berapa buah kang kong ini ada tulis buku.
sila pergi ke mph borders popular konikuya – cari kalau ada buku munkee ni
munkee ni declare telah baca 7000 buku… tapi satu habuk buku tarak
berapa banyak projek buku munkee ni dah heboh satu tunku pun tarak kah kah kah