SAWAH PADI DI KUALA SELANGOR

KELMARIN TERSILAP
aku tersila bukan ke sungai dua tetapi sungai besar
kenapa silap – kerana aku bukan orang selangor
jadi tak boleh gantikan tan sri khalid untuk jadi
mb selangor kah kah kah.
TENTANG TENGGILING
aku amat menyedari bahawa spesi ini semakin kurang
kesahnya bagini:
beberapa bulan dahulu :
cuaca agk panas aku dalam pejalanan ke pulau pinang
kawan memandu kereta – kami mengikut jalan lama –
aku suka sekali mengikut jalan lama ini – lebuh raya
amat amat membosankan lagi pun aku akan
dapat peluang berhenti membeli mentarang dan barang
kampongan.
lalu berhenti di sebuah warung banjar – di gigi pekan –
warung ini penuh dengan jantan sasa yang baru balik dari sawah
atau kebun . dari apa yang aku perhatikan warung tempat aku
singgah ini ini pembuat roti canai yang baik
hampir kesemua orang nampaknya memesan roti
canai – seperti lemming aku pun memesan roti canai
aduh ! garing terbaik.
sebelum membayar aku bersembang dengan tukang masak
bertanyakan apakah ada makan ‘spesial’ disini. lalu cerita tenggiling
muncul. aku sendiri tercegat terperanjat ! tapi tukang masak ini
mengeluarkan hadis saheh maka aku pun menerima hadisnya.
sebelum ini aku pernah masuk ke dlam sawah di hadapan kg sungai haji
durani ada sebuah restoran – masakan bajar – ini memang spsial –
apa spesialnya carilaaa sendiri – malah restuaran ini telah ditulis
dalam majalaah off the edge yang telah arwah.
SUNGAI BESAR
sebelum ke sungai besar telah singgah di ijok –
tapi kali ini ada pasar tani – sibuk dan ramai orang
dalam pekan kecil ini.
membeli pecal – ini baru pecal profesional – harga hanya
1.70 sen. dibungkus dlam daun pisang – ada nasi impit bukan
macam pecal yang pernah di beli dari pasar ramadan dua minggu
dulu di ijok. juga membeli popiah basah dan air tebu.
aku juga membeli satu kilo buah rambai
manis ! sekarang aku sedang mengumpulkan kulit
rambai ini untuk di keringkan
aku hendak experiment – satu santapan melayu
yang akan memgalah kan chex maxim di paris !
ketika di pasr ini – aku ditegur sapa oleh seorang anak muda munkin
dari AMK – dia bertanya apakah aku ada program di wilayah ini.
aku hanya terseyum – ada : program cari makan. dia terseyum.
kemudian beli ikan dan udang
membeli ulam pegaga untuk membuat minuman
dan seikat kangkong air untuk marang dan sepang
dari ijok kami terus ke sungai besar
ini wilayah khir toyo – jangan terperanjat daerah ini
kelihatan jelas lumayan dan berada.
banyak taman perumahan yang kelihatan mewah
mungkin kerana satu ketika dulu mb dari dari daerah ini.
bayangkan kalau rumah mb 24 juta di shah alam
pastikan ada berjuta juta ringgit lagi projek
masuk ke wilayah ini.
kami tercari cari pasar ramadan. dari maklumat kami
telah di beritahu pasar ramadan dekat dengan stadium
dua kali tersalah arah akhirnya bertemu – sayang kami
terlewat – yang terbaik telah di jual – lalu membeli ikan
terubuk bakar -
lalu memcari tempat terbaik untuk berbuka
entah lorong mana
entah taman mana
kami masuk dan bertemu dengan resturan tepi jalan
memesan nasi minuman dan pajeri terong
anak muda sang pelayan agak hairan kerana
muka kami muka orang luar .
aku membuka ikan terubuk bakar dan pecal.air tebu
dan popiah telah aku makan dalam kereta.
enak makan malam kami. lalu aku bertaya apakah
kami ini di selangor atau di perak – anak muda
sang pelayang menunjukkan di hadapan yang tak jauh ada perak
banyangkan aku hampir melintasi sebuah negeri untuk
berbuka puasa
perjalan pulang aku dengan penuh harapan berharap
akan melihat lampu lampu malam tujuh liku
gagal !
modeniti telah mengambil alih.
ada beberapa buah ruamah dan kawan kampong
yang ada lampu minyak tapi seolah olah orang jawa di selangor
tidak menyambut malam tujuh liku.
aku selalu terkenang lampu lampu dan lampu
atau bunyi meriam buluh
atau bunyi mercun
kerana itu kita lihat imajiansi si pembuat iklan
hari raya telah bertemu dengan lebai santa
ini kerana rujukan mereka semakin di kecilkan
mercun tidak boleh lagi
ketupat jadi nasi impot dalm plastik
lemang di beli di tesco
lagu saloma – dan dam dum bunyi memcun – di gam
maka hasilnya ialah hari raya kita naik kebulan
ini macam di babak akhir filem dari jemapoh kah kah kah
HARI INI
hari ini aku tak puasa
jam tiga petang aku di serang migraine
sesiapa yang tahu penyakit ini pasti akan faham
inilah penyakit yang menggangu tetapi tidak membunuh
kerana itu tidak ada banyak percubaan untuk
menamatkan penyakit ini
tidak banyak research macam barah
tidak heboh macam hiv
tidak gempak macam denggi
tapi terus wujud
syarikat panadol dan paracetemol dan pain killer
amat suka dengan penyakit ini – kerana pil
menahan sakit terus di jual.
aku hanya makan dua panadol agar
panadol ini bukan mngubati migraine
panadol ini menekan saraf yang membawa sakit
migraine aku masih ada hanya aku tidak merasakan
nampaknya tahun ini puasa aku kurang
tidak seprti tahun lepas
tidak seperti aku d kamunting
tapi lebih baik dari aku di london atau melbourne
DEWAN PERHIMPUANAN CHINA
sebentar lagi akan ke sana
ada forum
besama kenalan – amir dan zunar
ada kenalan baru – seorang dj stesen radio mandarin
jamaluddin ini baru sahaj di buang dari stesen ini
katanya kerana dia berani bercakap tentang kebenaran
bagus juga
aku pernah bersua dengan si jamal ini
tapi tidak pernah bercakap
ini ketika ibuanda nya wafat
aku ke serau dan ke makam
ibunya orang besar – pejuang kemerdekaan tanah melayu
hebat orangnya - aku bangga kerana malam ini
akan bersama anakanda shamsiah fakeh !

.jpg)




