Khamis, 30 Julai 2009

BERITA SUNYI SENYAP -



JUDI DAPAT LESEN UNTUK JUDI LAGI JUDI
–business times singapore

KUALA LUMPUR, July 30 — Last week, number forecast operator Multi-Purpose Holdings told the stock exchange that its subsidiary Magnum Corporation had received government approval for a new four-digit (4-D) game that would incorporate a jackpot element.

This follows Kuala Lumpur's decision last October to award all three 4D gaming companies — Berjaya Sports Toto, Magnum and Tanjong plc — 10 more special draws a year. Each draw typically adds about RM20 million to total sales.

Such decisions demonstrate Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's unusual pragmatism. He doubles as finance minister and thus oversees the gaming sector and such decisions leave Najib vulnerable to attack from the opposition Islamic party which could easily accuse the government of being unIslamic.


KAH KAH KAH…

Kah kah kah…. SENYAP DAN SUNYI…. Kah kah kah…

Kah kah kah…. HANYA SURAT KHABAR LUAR YANG TAHU….kah kah kah…

Kah kah kah…. MACAM SYARIKAT BERAS NEGARA…. DAH KANTOI BARU RAKYAT TAHU….. kah kah kah….

Kah kah kah …. KAYALAH TOWKAY JUDI…. BUAT DUIT ATAS ANGIN…kah kah kah…

Kah kah kah... KAYALAH TOWKAY BERAS... kah kah kah..

Woit... CAKAP KETUANAN MELAYU... CAKAP NAK BELA MELAYU... kah kah kah..

Woit... KALAU MACAM INI BUKAN TOLONG MELAYU... INI LINGKUPKAN NEGARA...kah kah kah..

Kah kah kah…. SATU MALASIA KENA TIPU…. kah kah kah

p/s BILA PULAK NAK JUAL FELDA?



TER KINI !!! GEMPAQ !!! BARU - FATWA MAHU KELUAR




HARAM ANJUR SERTAI SERTAI DEMONSTRASI JALANAN
– berita hairan

KUALA LUMPUR: Islam mengharamkan umatnya menganjur atau menyertai aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara seperti perhimpunan haram bagi mendesak kerajaan menghapuskan dan mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu ini.

Pelbagai pihak termasuk menteri berkaitan, mufti dan ulama menyifatkan berdosa bagi mereka yang terbabit secara langsung dalam perhimpunan itu kerana jelas bertentangan dengan Islam kerana boleh mencetuskan ketegangan dan huru-hara.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim, berkata Islam tidak menggalakkan mana-mana umatnya untuk menyertai dan menganjurkan majlis yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat.

Sementara itu, Mufti Perak, Harussani Zakaria, berkata jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.


KAH KAH KAH….

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH


Kah kah kah… PELIK…HAIRAN… TAKJUB… PENING KEPALA… TERKINCIT OTAK...kah kah kah..

Kah kah kah… PASAL INI CEPAT FATWA KELUAR….kah kah kah…

Kah kah kah…. PASAL ISA…. PASAL AKTA ZALIM...TAK ADA PULAK FATWA…kah kah kah…

Kah kah kah... TAK JUMPA PULA NAZ DAN ZAT NYA....kah kah kah..

NOTA:Inilah contoh terbaik bagaimana agama dan juru-juru agama
digunakan untuk menegakkan kezaliman.Dari semenjak agama muncul -
agama telah digunakan sebagai helah dan hujah untuk menundukkan
kaum tani dan kaum buruh dari bangun menentang kezaliman.

Di Zaman Pertengahan Eropah Gereja telah bersubahat dengan kaum
feudal untuk merampas tanah dan tanaman kaum tani.

Di zaman kolonial agama telah digunakan untuk merampas tanah dan bumi
di Asia - Afrika dan Amerika Latin.

Di Mesir, Iraq, Iran, Pakistan, Jordan - agama sedang digunakan
untuk mematahkan kemaraan kaum buruh dan tani dari bangun
untuk merampas kembali hak tenaga kerja mereka.

Di Saudi Arabia - tak payah tulislah.




PADAN MUKA



PERMOHONAN MAAF


Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009.

YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu.

Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.
Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah.

Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

BACA INI

BONEKA UMNO NASIHAT AWAL – NIK AZIZ

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU 14 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan kenyataan kerasnya terhadap mereka yang menyokong cadangan penubuhan kerajaan perpaduan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya merupakan nasihat awal.

Namun beliau mengingatkan bahawa nasihatnya itu mesti didengar kerana mempunyai hujah jelas untuk menangkis cadangan yang dianggapnya sebelum ini sebagai 'ilham' UMNO.

Beliau berkata, gelaran 'boneka UMNO' yang diberikan kepada kalangan pemimpin Pas yang menyokong idea itu hanyalah merupakan kaedah pertama untuk menasihati golongan tersebut.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH…. TERBONGENG… TERLONDEH….KAH KAH KAH

Kah kah kah…. NAMPAK PUTAR…MEMUTAR…kah kah kah…

Kah kah kah… KUNTAU.. MUNTAU… BELIT….kah kah kah…

Kah kah kah… PUSING… KACAU… GORENG …. kah kah kah..

Kah kah kah… PADAN MUKA …kah kah kah...

Kah kah kah... TAKUT PULAK KENA SAMAN...kah kah kah..



SILA BACA INI DAHULU - TAK PERLU HAFAL




PERINGATAN DAN PANDUAN




PENTING ! PANDUAN BAGI PESERTA PERHIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

PERKARA YANG PERLU ANDA BAWA/SEDIAKAN

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

PERKARA YANG TIDAK DIBENARKAN


1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.
4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.
5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA
7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.
9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEBELUM PERHIMPUNAN


1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.
10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.
11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI


1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN


1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa ”saya akan jawab di Mahkamah”
6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.
8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.
10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

APA YANG ANDA BUAT SELEPAS DIBEBASKAN

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
9. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
10. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.





LAGI HARTA NEGARA TERGADAI




PENGUASAAN SAHAM FIRMA HONG KONG TIDAK JEJASKAN BERNAS
- bernama

Padiberas Nasional Bhd (Bernas) menjelaskan bahawa penguasaan 31 peratus jumlah sahamnya oleh Wang Tak Co Ltd, sebuah firma pelaburan yang berpengkalan di Hong Kong, tidak menjejaskan Bernas.

Ini kerana ia tidak akan mengakibatkan perubahan struktur penguasaan dan pengurusan syarikat Bernas," katanya dalam satu kenyataan yang mengulas satu laporan akhbar tempatan mengenai perkara tersebut di sini Rabu.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH…

Woit… HABIS… HANCUR…. LINGKUP…. kah kah kah…

Kah kah kah… TAK LAMA LAGI FELDA PULAK…. kah kah kah…

Woit… KALAU BERAS UNTUK MAKANAN PUN DI MILIKI ORANG …. APA ADA LAGI PADA RAKYAT…. kah kah kah…

Kah kah kah.. CAKAP NAK JAGA MELAYU… kah kah kah…

Kah kah kah…. TAPI HARTA NEGARA JUAL PADA HONG KONG…kah kah kah…

Woit… KENAPA INI BERLAKU ?.... kah kah kah…

Kah kah kah… MUNKEE MUNKEE NI TAHU …. DUA TAHUN LAGI SEMUA BUNGKUS….kah kah kah…

Kah kah kah… SEKARANG APA BOLEH JUAL … AKAN DI JUAL…kah kah kah..

Kah kah kah…. SEKARANG APA BOLEH REMBAT… AKAN DI REMBAT…kah kah kah…

Woit…. INI ROMPAKAN GEROMBOLAN… LAST KOPEK… kah kah kah..

Woit... MANA DIA PEWARIS...kah kah kah..

Woit... MANA DIA PESAKA... kah kah kah..

woit... MANA DIA GABEM... kah kah kah...

kah kah kah... TAK KAN TAK SEDAR BERAS SUDAH HABIS DALAM TEMPAYAN...kah kah kah



SOS AFRIKA



AL-MALIKUL SEMBAB MENUNGGU OKSIGEN




BN-UMNO KINI LEMAS PERLUKAN TALIAN HAYAT
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyifatkan Barisan Nasional (BN) dan Umno dalam keadaan 'lemas dan memerlukan 'talian hayat' untuk memberikan suntikan oksigen agar dapat terus bernafas' untuk mendapat sokongan masyarakat.

Beliau berkata demikian sebagai respons kenyataan i Muhyiddin Yassin yang menganggap Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dalam konteks PAS-Umno sedangkan Mursyidul Am PAS itu menegaskan kerjasama yang akan dijalinkan antara Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat.

KAH KAH KAH

Woit… JAUH LAH NAK BAGI TALIAN HAYAT PADA SEMBAB…kah kah kah..

Kah kah kah… DALAM HUTAN UGANDA… kah kah kah…

Kah kah kah… BIARKAN MALIKUL DI UGANDA LAGI BAIK…kah kah kah..

Kah kah kah…. BIAR JADI RAJA BUGANDA DI SANA… kah kah kah…



ZZZZZZZZZZZZZZZZ




BANTAH ISA – ABDULLAH DIAJAK KE PERHIMPUNAN MANSUH PADA 1 OGOS
– harakah daily

KOTA BHARU, 29 Julai (Hrkh) - Abdullah Ahmad Badawi, diseru hadir pada majlis perhimpunan membantah kezaliman ISA 1 Ogos ini, sekiranya benar mengakui akta berkenaan adalah zalim serta tidak relevan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Husam Musa, berharap bekas Perdana Menteri itu dapat hadir sama pada majlis perhimpunan yang akan diadakan nanti bagi menyatakan kebersamaan hasrat bagi menentang kezaliman itu.

KAH KAH KAH… KAH KAH KAH..

Woit…. TAK PAYAH LAAA MUNKEE NI TURUN…kah kah kah…

Kah kah kah…. NANTI DIA ZZZZZZZZZZ TENGAH JALAN….kah kah kah…

Kah kah kah…. BILA DIA ZZZZZZZZ TENGAH JALAN….JALAN JAM…kah kah kah…

Woit… SURUH MUNKEE NI PERGI MAIN TENGAH JALAN DI LEBUH RAYA PLUS… kah kah kah…

Kah kah kah… BAGI JAM SATU MALAYSIA… kah kah kah…