.

Khamis, 29 Mei 2014

SIAPA BOSS INDIA INI





FACE BOOK


Roslan Alan
3 hours ago via Twitter
------

SIAPAKAH CALON TIMBALAN PRESIDEN YANG BERI RASUAH KEPADA MALIK HUSSIN ?



Benarkah dalam mesyuarat Biro Politik malam semalam telah berlaku satu peristiwa yang menggemparkan ?

Mesyuarat yg dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah "terpegun" apabila saudara Malik Hussin telah "melemparkan" sejumlah wang rasuah ke atas meja.

Menurut sumber sebagai berkata bahawa wang tersebut afalah wang cuba disogokkan kepada beliau.

Apa yang pasti calon Timbalan Presiden tersebut bukan Khalid Ibrahim.

Sebagai ahli akar umbi boleh fikirkan apakah layak calon tersebut dipilih ?



KESAHNYA
ada seorang india
datang jumpa pak malik
dia beri pak malik sagengam wang
ini kerana pak malik orang besar
dalam pimilihan pkr

pak malik marah

pak malik buang duit itu ke muka
orang india ini

dan pak malik berkata:
get that money to your 
fucking boss
i m not for sale

persoalan yang dihadapti oleh pak malik
ialah pengunaan perkataan fucking boss
bolehkah perkataan itu digunakan untuk boss

besar kemungkinan pak malik
akan disaman kerana menggunakan
perkataan lucah
kah kah kah

NOTA
dikatakan boss

india ini

ialah ... 

kah kah kah

saje tak nak 

cakap

jangan pancut 

cepat

main main dulu

kah kah kah


--------

TUNGGU PENGUMUMAN



KAH KAH KAH

siapa yb ini
ini yb romeo
kita patut sokong
ini yb contoh

agak agak yb ini dari
parti apa?

ini mesti yb cina
yang tak sembahyang
minum samsu
makan babi
ambil rasuah

kah kah kah

Pilihanraya kecil di Terengganu?
PETALING JAYA: Heboh di negeri Terengganu berita kononnya satu pilihanraya kecil bakal diadakan tidak lama lagi kerana seorang ADUN dikatakan akan meletakkan jawatan.
Sejak dua hari lepas pelbagai khabar-khabar angin bertiup di negeri tersebut. Pejabat FMT turut dihujani dengan panggilan telefon daripada orang ramai untuk mengesahkan berita tersebut.
Menurut sumber, ADUN itu tidak tahan dengan tekanan dan beliau akan melepaskan jawatan di atas sebab-sebab peribadi walaupun beliau telah berhasrat tidak mahu bertanding lagi pada PRU akan datang.
FMT difahamkan ia adalah kerana bekas perempuan simpanannya membuat aduan kepada istana yang mana ADUN tersebut mungkir janji.


RAKYAT SUKA
lagi banyak pilihan raya kecil 
lagi baik untuk rakyat
dapat beras
dapat gula
dapat kain batik
silap hari bulan
dapat cium tangan najib
dapat bau karipap rosmah
kah kah kah



-----------

MELAYU NAK APA?









MELAYU: NAK APA LAGI?

Semenjak kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU12 kita melihat semakin galak munculnya NGO-NGO yang memakai jubah 'hijau' berjanggut dan berserban untuk menyuarakan 'garis Melayu'. Kita terbaca nama Perkasa, Jati, Jaringan Melayu dan paling baru Isma. Ini hanyalah nama-nama NGO yang sempat kita ingati. Walhal ada puluhan malah ribuan lagi NGO jenis Melayu yang diwujudkan oleh akhbar jala - Penyebar Fikiran Rakyat.

Apabila 52% warga Malaysia menolak United Malays National Organisation dan Pakatan Rakyat memenangi seluruh undi popular di Tanah Melayu dan di Sabah dan Serawak – maka NGO-NGO Garis Melayu ini semakin kuat raungnya. Siang malam mereka mendodoi dan meroyan kerana Tuan Mereka sedar bahawa kalau TIDAK dengan penipuan yang dirancang oleh SPR – parti United Malays National Organisation telah terkambus.

Tanpa penipuan SPR dalam PRU13 Negara Malaysia pasti telah terlepas dari cengkaman Rosmah dan Najib. Tanpa SPR menipu dalam PRU13 Malaysia telah kembali dimiliki oleh rakyat untuk menjadi sebuah negara yang lebih adil dan lebih demokratik untuk keselesaan anak semua bangsa.

Tetapi apakah sebenarnya NGO Melayu Islam ini? Kenapa mereka meraung? Bagaimana boleh kita memahmi NGO ini? Siapa Tuan Ngo ini? Dan apa peranan NGO Melayu Islam ini?

Sekali lagi saya wajib menerangkan kepada pembaca yang budiman bahawa politik ialah ekonomi. Tujuan berpolitik ialah untuk merampas kuasa politik. Dengan kuasa politik segala punca ekonomi akan dapat dimiliki.

Pakatan Rakyat berpolitik kerana mahu mendapatkan punca-punca ekonomi negara ini. Dengan menguasai punca ekonomi Pakatan Rakyat berkemungkinan mengagih-agih punca ekonomi ini dengan lebih adil kepada orang ramai.

Manakala United Malyas National Organisation berpolitik untuk mempertahankan kuasa ekonomi yang mereka miliki. Dengan kuasa ekonomi yang ada dalam tangan - Parti Ketuanan Melayu bersama kuncu-kuncu boleh merampok dan menjarah ekonomi negara tanpa halangan atau dakwa dakwi. Dengan kuasa politik Parti Ketuanan Melayu ini dapat memperkayakan kroni dan anak bini mereka. Dengan kuasa ekonomi Parti Ketuanan Melayu ini dapat membeli kuasa politik, mengupah polis dan SPR untuk mempertahankan kuasa mereka.

Justeru pertembungan Pakatan Rakyat dengan United Malays National Organisation ialah perebutan punca ekonomi. Jika ada Si Polan yang gagal memahami pekara asas ini maka Si Polan ini akan gagal memahami apa itu politik dan apa itu politik di Malaysia. Gagal memahami asas ekonomi maka akan gagal memahami asas politik. Politik ialah manifestasi ekonomi. Berpolitik bertujuan untuk merangkul dan memiliki punca ekonomi.

Agama, bangsa, bahasa – semua ini – bukan kemudi politik. Ajenda ini muncul dan atau dilahirkan hasil dari pertembungan perebutan ekonomi. Justeru, jika kita terus melihat Agama, Bangsa, Bahasa sebagai kemudi politik Malaysia maka kita memiliki pandangan salah. Politik di Malaysia – malah dimana-mana pun politik dalam dunia ini semua dikemudikan oleh ekonomi.

Malah - Persidangan OIC atau Muktamar Nadathul Ulama atau Muktamar Parti Muhamadiah di Indonesia atau Muktamar PAS saban tahun - yang menjadi kemudi perbincangan ialah ekonomi. Pelbagai parti politik Islam atau pertubuhan Islam ini bebincang dalam muktamar mereka untuk mencari jalan memperbaiki taraf ekonomi ummah. Pemimpin parti akan bermuktamar dan bertekad untuk mengeluarkan ummah dari lembah kemiskinan.

Amerika menyerang Iraq dikatakan kerana 'senjata pemusnah' yang dimiliki oleh Saddam Hussein. Tetapi dunia tahu Amerika datang menyerang kerana minyak. Minyak ialah punca ekonomi. Obama datang ke Kuala Lumpur untuk memaksa Najib menanda tangani perjanjian TPPA. Perjanjian TPPA ini ialah perjanjian ekonomi.

Justeru suara dari Perkasa atau dari Isma walau pun bunyinya Melayu, walau pun bunyinya Islam tetapi dibelakang Melayu dan Islam ini ialah perebutan ekonomi.

Penganut fahaman Isma atau penganut fahaman Perkasa mengeluarkan kenyatan rasis anti Cina kerana ekonomi. Pengikut NGO ini melihat secara jelas dengan mata kepala mereka bahawa Orang Cina di Malaysai ini lebih kaya. Orang Cina lebih berwang, lebih senang kehidupan mereka dari orang Melayu. Orang Cina memiliki kota perniagaan, harta Orang Cina dalam bandar bernilai tinggi, bangunan dan gedung perniagaan hampir dalam semua kota, pekan dan bandar dimiliki oleh Orang Cina.

Jika dibandingkan Orang Melayu dengan Orang Cina – amat jelas Orang Cina lagi kaya. Pandangan ini bukan satu pandangan salah.

Ahli Isma dan Perkasa melihat hakikat wujudiah ekonomi yang terpampang dimata mereka maka lahirlah kenyatan awal bahawa Orang Cina di Malaysia ini adalah kaum Pendatang. Dari Kaum Pendatang kini Orang Cina telah ditakrif oleh Isma sebagai Kaum Penceroboh. Kebencian terhadap Cina itu ialah kebencian kerana ekonomi dan kekayan di Malaysia ini TIDAK menjadi milik ahli Isma dan ahli Perkasa.

Kemarahan Isma ini adalah kemarahan EKONOMI yang dimanifestasikan dalam bahasa rasis. Ini sama saperti apa yang telah berlaku di German pada tahun-tahun sebelum meledaknya Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua - ekonomi German malah ekonomi Eropah semuanya dimiliki dan dinaungi oleh Kaum Yahudi. Malah dari sinilah lahirnya fahaman Nazi yang ingin mengembalikan hak German kepada German.

Pandangan Nazi dan rasisma khususnya di German dan umumnya di Eropah berlatar belakangkan kekuatan Parti Komunis, Parti Sosialis dan Gerakan Kaum Buruh. Ketika ini Sosialis Rusia dilihat sebagai negara contoh dan menjadi idaman kaum buruh diseluruh Eropah dan dunia. Maka garis politik kiri dan Parti Komunis dianggap sebagai musuh utama yang menghalang kelahiran Bani Aryan – kaum kulit puteh yang seharusnya menjadi TUAN untuk Dunia.

Sayugia dingatkan disini bahawa dibelakang Parti Nazi Hitler adalah taikon dan tuan-tuan pemilik bank, tuan pemilik kilang besi, tuan pemilik kilang kereta dan tuan pemilik syarikat gergasi. Kaum industrialis German dan para taikon inilah yang memilihara Hitler dan mereka yang sewaktunya denganya.

Apa yang ingin saya gambarkan disini ialah wujudnya persamaan apa yang berlaku di German pada tahun-tahun 1930'an dengan apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang. Apakah kenyatan saya ini keterlaluan? Apakah kenyatan saya ini TIDAK berpijak dibumi yang nyata?

Mari saya terangkan agar kita semua tidak mengambil sikap yang salah terhadap Isma atau Perkasa. Memang ramai akan ketawa apabila nama Ibrahim Ali disebut. Watak Tok Heng ini dilihat sebagai Badut Politik. Ramai yang yakin bahawa tidak ada apa-apa yang tersimpan diantara dua teliga Tok Heng. Tok Heng dianggap sebagai katak. Awas!

Bagitu juga dengan Isma yang dianggap Lebai Kampong yang mencari makan dengan menjual agama. Ahli Isma adalah mereka yang gagal dalam persekolahan lalu maka mereka berhijrah ke Timur Tengah untuk jadi Tok Lebai. Sebenarnya pandangan ini mungkin tepat dan mungkin salah tetapi awas!

Hitler juga adalah seorang pelajar yang gagal untuk memasuki sekolah seni di Vienna. Kerana gagal dalam bidang seni Hilter menjadi soldadu. Pencapaian tertinggi Hitler hanya ke tahap Tok Sarjan. Tetapi awas dan waspada siapa di belakang Hitler, siapa dibelakang Tok Heng dan Isma. Inilah yang wajib difahami.

Satelah PRU12 2008 berlangsung saya amat yakin telah ada perbincangan yang teratur – perbincangan tentang taktik dan strateji untuk mempertahankan kuasa politik United Malays National Organisation. Ini mungkin perbincangan tetutup yang hingga ke hari ini tidak diketahui siapa yang hadir. Mustahil perbincangan ini tidak wujud. Saya amat yakin ianya telah berlaku malah bukan satu perbincanga sahaja. Besar kemungkinan satu 'badan' atau satu ' jawatankuasa kerja' telah dimunculkan.

Ingati kembali sejarah bagaimana YB Khalid Samad telah mengakui yang dia telah terlibat dalam perbincangan sulit pada malam pertama satelah Pakatan Rakyat mendapat 5 buah Negeri pada tahun 2008. YB Khalid telah dijemput untuk berbincang dengan Pak Lah dalam usaha untuk menubuhkan kerajaan campuran Ketuanan Melayu dengan Parti Pas. Ini bukan fitnah. Ini fakta sejarah.

Perancangan ini wujud kerana pada hakikatnya sesudah PRU12 United Malaays National Organisation telah bungkus. Maka dari sinilah munculnya straterji: Melayu/Islam/Raja. Secara dirancang kita lihat bagaimana Hasan Ali yang kecewa TIDAK dapat menjadi Menteri Besar Selangor telah muncul dengan ajenda karipab basi yang dipanggilnya Melayu, Islam dan Raja.

Melayu, Islam dan Raja ini sedang dijaja oleh Jati, Pekasa dan Isma. Tiga pekara ini disadur pula dengan Hak Keistemewaan Melayu. Dan sekali sekala tiga pekara ini akan dililit pula dengan Perlembagaan Persekutuan.



Apa sabenaranya Raja, Islam dan Melayu ini? Siapa sebenarnya dibelakang Isma dan Pekasa ini? Jika kita rajin , sila baca kembali sejarah kebangkitan Hitler di German. Lihat dan fahami bagaimana dibelakang retorik Bani Aryan yang berkulit puteh bermata biru adalah kaum pemodal yang merasa tergugat oleh sokongan ampoh kaum buruh terhadap Parti Komunis.

Jangan terperanjat dibelakang Hilter yang dikatakan anti Yahudii itu ialah kaum Zionis sendiri yang melihat projek Aryan Hitler ini akan membawa manfaat. Apakah kita hairan apabila dibocorkan bahawa Ibrahim Ali yang anti Cina juga pernah menjadi lembaga pengarah syarikat Vincent Tan. Dan siapakah agaknya di belakang Genting dan Empat Numbor Ekor?  (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang hendak melanggan 
akhabar mingguan ini sila pukul talipon
03-92-21-10-45















-----------

DAPAT BAU KARIPAP ROSMAH





BILA NAJIB 
TAK BASUH TANGAN
hassan malik 
dapat bau karipap rosmah
kah kah kah
Skandal pinjaman Bank Rakyat RM32 juta: Menteri elak wartawan
Menteri Kabinet yang terlibat dengan skandal kelulusan pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM32 juta hari ini menolak untuk memberikan sebarang jawapan kepada wartawan hari ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Hasan Malek meninggalkan majlis sebaik sahaja selesai merasmikan Mesyuarat Agung...





KAH KAH KAH

buru jangan 

tak buru

buru sampai 

jadi katak puru

kah kah kah

---------

MELAYU DI TIPU LAGI





AL-FATIHAH



DAH LAMA  MATI
Kematian yang ditangguhkan.. dengar cite azlan shah mati 25/5 lagi..tpi 28/5 baru umum dia mati..dengar cite ada perebutan takhta sultan perak berlakunya senketa antara 3 keluarga diraja perak,...

Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah....adakah perak bakal mendapat raja permaisuri berbintikan mat saleh davidson? hidup melayu!!!! hidup ketuanan melayu!!!! mana pukida mana pukimak mana pukisa kah kah kah on JENG JENG JENG
Anonymous
on 5/29/14

MACAM KES N9
Mcm yg terjadi pada N9 la..Masa Almarhum Tuanku Jaafar mangkat, bukan Tunku Naqiuddin yg menjadi pewaris takhta, sebaliknya Majlis Dato2 Undang2 Luak yg memutuskan Tuanku Mukhriz yg di lantik menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan...

Sebabnya semasa Ayahanda Tuanku Mukhriz iaitu Tuanku Munawir mangkat, Tuanku Mukhriz masih kecil...So Majlis Dato Undang Luak melantik adindanya iaitu Tuanku Jaafar sbg Yang DiPertuan Besar..So skrang Tuanku Mukhriz adalah pewaris takhta N9 yg sebenar..tapi den heran nape si rais tak dilantik yamtuam besar n9..kah kah kah on JENG JENG JENG
Anonymous
on 5/29/14





---------

SATU LAGI KONSERT FREE






BERITA SEDIH
jamal mat pet
anak tempatan
buat konsert
untuk kumpul orang melayu islam 
 ditelok intan

hasilnya
sama macam
konsert
ramli sarif
beratus ribu
ooopps....
berbelas belas
penonton datang

sedih
kasihan kepada anak tempatan
yang semakin koyok dan lokok

satu lagi
projek
united malays national organisation


NOTA
bila agaknya
para seniman ini akan faham
konsert free
akan melekehkan 
martabat mereka
yang sudah pun lekeh
kah kah kah
-----------

KE MAHKAMAH LAGI






KOMENTAR
ke mahkamah lagi
untuk menentukan
dakwaan akta hasutan
hari ni ok
petang tak perlu
bangun pagi
Lawyers For Libertykah kah kah



Esok: Kes cabar Akta hasut /2.30pm/Mahk Tinggi Jen 2 Jln Duta dgn Peguam Sebarkan



-----------

KETAWA KAH KAH KAH





MALAM INI

pj live arts

petaling jaya



semua dijemput
datang
buat ramai
---------

SEBUAH SAJAK PAGI KHAMIS













-------

CONTOH HAMPEH




Malaysia contoh negara Islam bijaksana dalam politik

PUTRAJAYA 27 Mei - Malaysia merupakan negara Islam contoh dalam aspek kebijaksanaan politik kerana berjaya mentadbir negara walaupun mempunyai rakyat yang terdiri daripada agama dan kepercayaan yang berbeza.



KAH KAH KAH
negara islam contoh
ialah malaysia
kah kah kah

bayangkan negara islam
tak contoh
god save baginda queen
kah kah kah



----------

TUNGGU DAN LIHAT





KUALA LUMPUR 27 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa kerajaan agar mengkaji semula mekanisme pemberian diesel bersubsidi memandangkan badan tersebut telah mengesan banyak ketirisan...



KAH KAH KAH

betul tak
apa yang tt
tulis?

yang berlaku sekarang
ialah kempen mengolah
persetujuan orang ramai

segala keburukan dipaparkan
akhirnya subsidi
akan ditarik

tak caya?

tunggu dan lihat

KAH KAH KAH




-----------