Ahad, 3 Disember 2023

TIGA KOLONEL ISRAEL MATI DITEMBAK


TIGA 

KOLONEL ISRAEL

MATI DI TEMBAK

KHALAS

BERAP MATI BERAP CEDERA BERAPA GILA - SOLDADU ISRAEL


BERAPA MATI

BERAPA CEDERA

BERAPA GILA

SOLDADU ISRAEL

KHALAS

AL-FATIHAH - DUA JENERAL IRAN TEWAS !!!


AL- FATIHAH

AMIN

DUA JENERAL IRAN

TEWAS 

AMIN 

APA TINDAK

 BALAS IRAN

AMIN 

NEGERI ABADI DI MANA ?




Kalah PRK Kemaman

 tanda UMNO makin 

cepat ke ‘negeri abadi’

 – Wan Razali
KUANTAN – Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman semalam menyaksikan kemenangan Pas sekali gus mengukuhkan kedudukan Perikatan Nasional (PN) di Terengganu.

Ahli Parlimen Kuantan, Wan Razali Wan Nor berkata, isyarat kemenangan itu akan membawa parti lawan, UMNO yang dilihat semakin ditolak ahli sendiri dan rakyat dalam senario politik di Malaysia.

”Keputusan kerjasama UMNO dengan DAP, PKR dan Amanah juga telah memperlihatkan penolakan penyokong UMNO itu sendiri.

”Ia telah menyebabkan UMNO ditinggalkan oleh ahli dan pengundinya. Jika ianya berterusan, tidak mustahil usianya makin cepat sampai ke ‘destinasi abadi’.

”Keputusan PRK Kemaman menunjukkan orang Melayu telah membuat keputusan bahawa Pas atau PN sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaga orang Melayu,” kata pemimpin Pas itu menerusi kenyataan.

Terdahulu pada PRK Kemaman semalan menyaksikan  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menang besar dengan majoriti 37,220 berbanding 27,179 undi yang dimenangi penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dr. Sam memperoleh 64,998 undi manakala pesaingnya, Jeneral (B)  Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) memperolehi 27,778 undi.

Wan Razali berkata, peningkatan majoriti itu melebihi sasaran awal sebanyak 30,000 menunjukkan sokongan rakyat kepada PN semakin meningkat.

”Tahniah kepada semua pengundi Kemaman atas pilihan anda semua . Terima kasih kepada pengundi Pas dan penyokong UMNO yang telah mengundi Pas.

”Kepada semua ahli dan penyokong akar umbi UMNO, pimpinan kamu lebih suka bermesra dengan DAP, PKR dan Amanah. PN pula sentiasa terbuka untuk anda semua.

”Kepada anak-anak muda, tahniah kerana anda semua sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku dalam negara ini,” katanya. – 

WOIT

NEGERI ABADI NI

DIMANA?

KAH KAH KAH

UMNO NAK

KE SANA NAIK

KERETA APA?

KAH KAH KAH

ADA ORANG

ANTA ATAU 

GI SENDIRI

KAH KAH KAH

KHALAS

PENGUNDI MELAYU TAK SUKA DAP !!!



Pengundi Melayu tolak kerjasama Pakatan-BN, kata Muhyiddin

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menyifatkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sebagai petanda jelas pengundi Melayu menolak kerjasama Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Presiden Bersatu itu berkata pertambahn majoriti tersebut adalah petanda jelas peningkatan sokongan kepada PAS khususnya, dan PN amnya.

“Pada masa yang sama, keputusan PRK Kemaman ini juga mengesahkan populariti kerajaan PH-BN yang semakin merudum.

“Rakyat, khususnya orang Melayu, menolak kerjasama antara kedua-kedua parti ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di Facebook hari ini.

“Keputusan PRK Kemaman adalah rentetan trend penolakan pengundi BN terhadap kerjasama parti itu dengan PH seperti yang dapat diperhatikan dalam semua PRK sebelum ini.

“Ini adalah suatu amaran berterusan daripada pengundi kepada BN, khususnya Umno, supaya menilai semula kerjasama mereka dengan PH,” kata Muhyiddin meskipun lima ahli Parlimen daripada partinya sendiri menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada PRK semalam, Samsuri memperoleh 64,998 undi, menewaskan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mendapat 27,778 undi.

Samsuri, yang menang dengan majoriti 37,220 undi, memperoleh 70% undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias ​​Hamid pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November tahun lepas.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata undi yang diperoleh calon BN pada PRK ini jauh lebih rendah berbanding semasa PRU15 lalu.

Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi semalam sebanyak 93,289 adalah 18.5% lebih rendah berbanding PRU15 sebanyak 114,553 pengundi.

“Ini petanda penyokong BN sendiri beralih arah menyokong PAS,” kata Muhyiddin dalam kenyataan itu. – 3 Disember, 2023.



WOIT

KAH KAH KAH

BILA LAGI

NAK TUNGGU APA?

KAH KAH KAH

CALON PM

DAH ADA

AMIN

10 YB UMNO

NAK CABUT LARI

KAH KAH KAH

AMIN 

LAMA LAMA TUNGGU DISAPU ORANG 

KAH KAH KAH

KHALAS 

KES KOBIID MENINGKAT


Kes Covid-19 meningkat 57.3%

SEBANYAK 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November lepas, meningkat 57.3% berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata majoriti kes iaitu 48% melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98% hanya bergejala ringan.

Beliau berkata kes mingguan Covid-19 dikesan telah melepasi angka 1,000 pada setiap minggu sejak ME 41/2023 hingga ME 47/2023 dengan kadar peningkatan antara 7.1 hingga 57.3%.

Dr Muhammad Radzi berkata terdapat lapan kluster Covid-19 yang masih aktif dilaporkan dengan 121 kes terlibat dalam kluster berkenaan.

“Jumlah kumulatif kluster yang dilaporkan hingga ME 47/2023 ialah 7,248. Majoriti kluster yang dicatatkan ialah kluster pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Muhammad Radzi berkata kadar kemasukan pesakit Covid-19 termasuk yang disyaki virus itu ke fasiliti kesihatan meningkat kepada 2.9 bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 47/2023 berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata pada ME 47/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 0.4%, manakala pengisian katil bukan kritikal Covid-19 (0.9%) dan pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) kekal pada 0.2%.

Meskipun terdapat peningkatan kes Covid-19 menurut beliau, keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Beliau berkata sebanyak empat varian Omicron baharu dilaporkan pada ME 47/2023 yang kesemuanya terdiri daripada varian membimbangkan (VOC).

Dr Muhammad Radzi berkata jumlah kumulatif kes yang dijangkiti virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan varian mempunyai kepentingan (VOI) ialah 28,102 kes dengan 27,297 kes merupakan VOC, manakala 805 kes VOI.

Bagi VOC, 72.8% terdiri daripada varian Omicron, diikuti 26.3 peratus varian Delta dan selebihnya varian Beta dan Alpha, sementara bagi kes VOI, 785 kes (97.5%) currently circulating VOI (519 kes XBB.1.16 dan sublineages, 251 kes XBB.1.5 dan sublineages, serta 15 kes EG.5 dan sublineages) telah dilaporkan.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi berkata dua kes varian Omicron baharu BA.2.86 dilaporkan di Malaysia pada ketika ini dengan kedua-dua kes dirawat sebagai pesakit luar dan dalam keadaan stabil.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini melaporkan peningkatan varian BA.2.86 yang pertama kalinya dilaporkan pada 24 Julai lepas dan diklasifikasikan sebagai VOI.

Sehingga kini, terdapat hampir 46 negara melaporkan varian BA.2.86, namun tiada perubahan dari segi klinikal dan keterukan disebabkan varian berkenaan.– Bernama, 3 Disember, 2023

JELAS

KES MAT KOBID

BELUM SELESAI

AMIN

DIA DATANG

SEKALI LAGI

AMIN

DILAPORKAN

KURNG GANAS

AMIN

KHALAS

MAYAT KOMANDAN ISRAEL JADI TEBUSAN



KOMANDAN ASKAR

ZIONIS 

MATI DITEMBAK

MAYAT JADI

 TEBUSAN

KHALAS

AGUS DAN WAHAB BAKAL DI DAKWA


AGUS & WAHAB

BAKAL DI DAKWA

AMIN

[5:16 pm, 01/12/2023]  Agus dan  Wahab ni bakal kena kes Kanun Keseksaan  ( Criminal Procedure Code).Kerana melibatkan  kekerasan !

[5:17 pm, 01/12/2023]  ....ya'ani Kekerasan Pelir.  Kah kah kah

INGATI BALING - INGATKAN SELASA 3 DISEMBER 1974




INGATI BALING

AMIN

INGATKAN SELASA

3 DISEMBER 1974

AMIN

AGUS KENA SIASAT


Polis siasat dakwaan gangguan seksual babit Agus


BEKAS ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Dr Mohammad Agus Yusoff sedang disiasat atas dakwaan gangguan seksual, lapor media.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain dilapor berkata siasatan dijalankan susulan laporan dibuat oleh Penolong Pegawai J-KOM  Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani semalam.

Beliau dipetik Sinar Harian sebagai berkata, berdasarkan laporan itu Abdul Wahab mendakwa kejadian berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu Sarawak.

“Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan,” katanya.

Menurut Razarudin, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan.

Semalam, polis mengesahkan Abdul Wahab membuat laporan polis berhubung rakaman video perbualan individu mirip Agus dan seorang kakitangan J-Kom.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata Abdul Wahab membuat laporan polis pada 11 pagi semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.

Kes itu disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman, katanya menurut laporan Bernama.

Pertengahan bulan lalu satu rakaman video memaparkan perbualan antara lelaki didakwa mirip Agus dengan seorang individu lain tersebar di media sosial.

Agus mendakwa video itu disunting dan beliau telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sementara itu, Abdul Wahab dilaporkan berkata beliau tertekan dengan apa yang berlaku dan mahu membersihkan namanya. – 1 Disember, 2023.

WOIT

AWALNYA DIUMPAN

UNTUK DIPERANGKAP

AMIN

KINI UMPAN DAH

JADI PERANGKAP

KAH KAH KAH

KHALAS

KERAJAAN AKAN RUNTUH ?



Lebih 10 ahli parlimen kerajaan akan sokong Perikatan, dakwa Pak Wan


LEBIH 10 ahli parlimen blok kerajaan akan menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk membentuk kerajaan baru menggantikan gabungan Pakatan Harapan bersama Barisan Nasional dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak, kata pemimpin Bersatu Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau mendakwa spekulasi peralihan kerajaan itu sebenarnya “lebih kuat dan realistik” berbanding ura-ura ramai lagi ahli parlimen PN akan menyokong kerajaan, lapor Sinar Harian.

Redzuan bagaimanapun enggan mendedahkan identiti ahli-ahli Parlimen blok kerajaan itu.

“Kalau hendak andaikan akan ada lagi ahli Parlimen Bersatu akan berpaling tadah, saya fikir spekulasi ahli-ahli Parlimen blok kerajaan termasuk BN (Barisan Nasional) dan PKR bakal menyokong PN menubuhkan kerajaan baharu lebih kuat… realistik.

“Saya dapat maklumat ada ura-ura lebih 10 ahli Parlimen yang hendak berpindah blok.

“Mereka ini mengkaji asas permasalahan kerajaan sekarang dan menyedari Kerajaan Perpaduan ini ditunggang DAP,” katanya seperti dipetik Sinar Harian. 

Redzuan menyifatkan spekulasi yang beliau dedahkan sebagai “pohon tidak akan bergoyang jika tiada angin”.

Beliau menyebut amaran Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengenai perjanjian bon kesetiaan RM100 juta antara parti dan ahli-ahli Parlimen BN untuk kekal setia sebagai antara asas spekulasi itu.

Media sebelum ini memetik sumber dalaman PN yang tidak dinamakan, mendakwa ada lapan lagi ahli parlimen gabungan itu akan berpaling tadah menyusul lima yang berbuat demikian sejak Oktober.

Lima ahli parlimen PN itu ialah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli), dan yang terbaru minggu lepas Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang). – 2 Disember, 2023.

KAH KAH KAH

BILA YB PERIKATAN

PALING TADAH

LU UCAP 

SELAMAT DATANG

AMIN

BILA YB PAKATAN

SOKONG PERIKATAN

LU NAK CAKAP APA

KAH KAH KAH

LU WAJIB

UCAP SAYORNARA

SELAMAT TUBUH

KERAJAAN BARU

AMIN

KHALAS

RAMAI PENGUNDI UMNO LARI KE PERIKATAN


PN menang Kemaman dengan majoriti lebih besar

MENTERI Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar mempertahankan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Kemaman apabila mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan majoriti lebih besar berbanding yang dimenangi gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden PAS itu meraih 64,998 undi mengatasi lawannya yang mendapat 27,778 undi.

Samsuri menang dengan majoriti 37,220 undi, lebih 10,000 undi berbanding yang dimenangi calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15, setahun yang lalu.

Pada PRU15, Che Alias mendapat 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru mengalahkan calon BN Ahmad Said, Hasuni Sudin (Pakatan Harapan) dan Rosli Ab Ghani (Gerakan Tanah Air). Beliau menang dengan 27,179 undi.

Keputusan diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya Ahmad Farhan Abdul Wahab di pusat penjumlahan undi di Majlis Perbandaran Kemaman.

Sebelum itu, dalam ucapannya kepada para penyokong PAS dan PN, Samsuri menyifatkan majoriti yang bertambah itu petunjuk baik untuk mereka.

“Ini merupakan satu game changer, membuka pintu bagi kita menuju ke Putrajaya,” katanya.

Sepanjang kempen pilihan raya sejak 18 November, Samsuri disebut-sebut sebagai calon perdana menteri bagi PN.

Malah bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkempen untuknya pada hari terakhir semalam juga berkata Samsuri layak diangkat sebagai perdana menteri atas rekod baiknya mentadbir Terengganu.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari dalam ucapan menyambut kemenangan Samsuri mencabar bekas calon BN Ahmad Said supaya memfailkan petisyen di mahkamah sama seperti yang dilakukannya selepas PRU15.

“Kalau beliau nak buat petisyen pulak, dipersilakan.

“Kalau kemenangan 27,000 kamu katakan menang rasuah, malam ini kalau 40,000 sila failkan petisyen sekali lagi. Kalau kamu failkan petisyen lagi sekali, InsyaAllah, majoriti 50,000 menanti,” katanya di majlis perhimpunan penyokong PAS di Chukai, malam ini.

Pilihan raya Kemaman hari ini diadakan semula selepas mahkamah membatalkan kemenangan Che Alias atas petisyen yang difailkan oleh seorang pengundi.

Hakim Anselm Charles Fernandis dalam keputusannya mendapati pempetisyen berjaya membuktikan elemen rasuah yang bertujuan mempengaruhi pengundi dalam PRU15. – 2 Disember, 2023.

WOIT

BERTAMBAH 10.000

ERTINYA AHLI

GEROMBOLAN

LARI

KA KAH KAH

MEREKA  TAK

YAKIN DGN UMNO

KAH KAH KAH

KINI MEREKA

UNDI PERIKATAN

 AMIN

 KHALAS

KESAH WAHAB SEMAKIN PELIK


KESAH WAHAB

SEMAKIN PELIK

AMIN

DASAI TAK NAK JOLOK AGUS


DASAI TAK NAK

JOLOK AGUS

KAH KAH KAH

KHALAS

Unknown commented on
 "KES WAHAB MAKIN PELIK"

Entah2 dia dapat job Jkom sebab jadi toyboy Agus. Agus frust sebab Dasai tak nak jolok dia. Dasai kena jaga2 tak kantoi lagi kah kah kah

KESIAN JENERALKITA


KESIAN 

JENERAL KITA

AMIN

KHALAS



Unknown commented on
 "JENERAL JADI ULAM ?"

Semua dah tahu bekas jeneral akan masuk bakul sampah' sejarah saja, tak payah tunggu kira sampai malam, awal awal lagi semua sudah tahu, tak apa itulah pilihan di tangan selepas dihitamkan jari hitamkan hati asal masuk syurga dinaungi pas Sdn Bhd kah kah kah

KEMAMAN


KEMAMAN


AHAD 3 DISEMBER 2023
PRK KEMAMAN SELESAI
KAH KAH KAH
SEORANG JENERAL 
JADI ULAM PERIKATAN

UNDI BERTAMBAH 10 RIBU
KAH KAH KAH
INI MAKNANYA MAKIN RAMAI
AHLI  GEROMBOLAN LARI
MEREKA BERDUYUN DUYUN
MENGUNDI PARTI PAS
AMIN

KESIAN LIHAT JENERAL
UNDI AWAL
UNDI POLIS DAN UNDI ASKAR
DAPAT ATAU  TIDAK ?
KAH KAH KAH

CALON PERIKANTAN
DR SAM DI KATAKAN SEBAGAI
CALON PERDANA MENTERI PERIKATAN
BIJAK BERILMU CEKAP DAN DAN DAN
TAPI MASALAH BUKAN CALON
MASALAH BESAR PARTI PAS
DENGAN DASAR TALIBAN
BUKAN MELAYU TOLAK
MELAYU TOLAK
AMIN

KALAU PAS MASUK  
KE GARIS TENGAH
PASTI PRU 16 MILIK PERIKATAN
OMBAK KESEDARAN MELAYU
MASIH AMPUH DAN MELUAS
AMIN

ISRAEL
KINI LANCAR PROJEK
BUNUH PEMIMPIN HAMAS
BILA PEMIMPIN MATI
MAKA DARI TEORINYA
GERAKAN MATI

PILIPINA
DI LAPOR AMARAN DI BERI
TSUNAMI AKAN SAMPAI
BILA BILA MASA
KERANA GEMPA BUMI
DI MINDANAO

KOREA SELATAN
NAIKKAN SATELIT PERTAMA
UNTUK INTIP
KOREA UTARA

HOKKIEN
CERAH KERING SEGAR
MATAHARI DAH KELUAR
LANGIT BIRU BERAWAN PUTIH
KL & KL SENTRAL
BERKABUS NIPIS

SUSANA PAGI AHAD HENING
DENGAN SIMPONI CENGKERIK

HA HA HA
PAGI INI GUA DENGAR SUARA
TAK TIBAU
BIASANYA BELAGU PETANG
TAPI DI HOKKIEN BERLAGU PAGI

HARI INI
AKAN PANAS
GUA AKAN KE PASAR
DAN NAK TENGOK
BUAH APA YANG RAMAI
DAN MUARK DI PASAR DI CHOW KIT
AMIN

BRO
SENYUM
KITA SAMBUT AHAD
YANG NYAMAN DENGAN
SENYUMAN

HARI AHAD PERGI PASAR
BELI IKAN DAN SAYUR SEGAR
KEMAMAN BN KALAH BESAR
TANDA MELAYU MAKIN SEDAR

SIANG MALAM PANDU KERETA
ADA CUTI PERGI BERONGGENG
KESIAN TENGOK JENERAL KITA
JADI ULAM KALAH MENONGGENG
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERSANTAI