1 - apakah bendanya ini? 2 - apa maknanya benda ini? 3 - dimana boleh ditemui benda ini? 4 - siapa penyimpan benda ini? 5 - apa yang tersangkut pada benda ini?
sila jawab lima soalan diatas. kemudian sila tulis tidak lebih dari 25 patah perkataaan: benda ini baik untuk dibuat apa?
nota: hanya semua warga dunia boleh mengambil bahagian peraduan ini tidak ada sangkut paut dengan apa apa parti politik yang sedang hidup atau yang setengah nak mati
LARANGAN: gobala krishan uumi ulfida mat ezam khir toyo ali rustam mufti perak dan shahidan kassim dilarang mengambil bahagian
HANTAR: sila hantar jawapan ke alamat diatas keputusan adalah muktamad segala surat menyurat tidak akan dilayani - sila hantar surat saman sepuluh tahun kemudian.
HADIAH: untuk melihat hadiah sila buka: www.ledatinfou.org
RM 200 JUTA UNTUK SERAGAM HARGA BARANG LUAR BANDAR - meloya
SAMARAHAN 21 Jan. - Kerajaan memperuntukkan RM200 juta untuk membolehkan pelaksanaan program penyeragaman harga barang keperluan khususnya di kawasan luar bandar dapat dilaksana dan diperluaskan ke seluruh negara sepanjang tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan kepada Sarawak memandangkan negeri ini mempunyai prasarana yang terhad berbanding negeri lain.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit… TAK FAHAM LAAA…. kah kah kah..
kah kah kah… INI NAK NAIKAN HARGA KE?.. ATAU NAK TURUN KAN HARGA?...kah kah kah..
woit… KALAU 200JUTA RM DI GUNA UNTUK NAIK HARGA… INI KERJA GILA… kah kah kah..
kah kah kah… NAPA TAK AMBIL DUIT ITU… DAN JADIKAN HARGA BARANG LEBIH MURAH……kah kah kah..
woit…. TOLONG JANGAN GUNAKAN PERKATAAN PELIK PELIK…kah kah kah..
MCA NAFI TIDAK SETUJU PEMILIHAN CALON BN DI TENANG - berita hairan
LABIS: MCA menolak dakwaan kononnya ia tidak bersetuju dengan pemilihan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.
Presidennya, Chua Soi Lek, berkata sejajar dengan semangat BN, parti itu menerima apa saja keputusan yang dibuat.
"Kami menghormati pilihan UMNO. Apabila kami (MCA) buat keputusan, UMNO dan parti komponen BN lain juga menerimanya. Itulah caranya untuk kami pastikan BN sentiasa kuat dan bekerja sebagai satu pasukan. Kami tidak berbalah secara terbuka tentang pemilihan calon," katanya kepada pemberita selepas melawat sebuah kuil Buddha Siam di Jalan Guan Peng di sini.
Dr Chua berkata, BN membuat pilihan tepat kerana sebagai bekas penolong pegawai daerah, Mohd Azhar, 38, berpengalaman dalam bidang pentadbiran dan ini merupakan suatu kelebihan kerana ada pelbagai isu tempatan yang perlu diberi perhatian.
"Di samping itu, beliau juga masih muda dan penuh bertenaga serta diterima baik oleh masyarakat Melayu dan kami harap pengundi Cina akan memberi sokongan kepadanya," katanya.
Azahar, anak kelahiran Labis, yang mendirikan rumah tangga dengan Tuty Roshizana Tumin serta dikurniakan tiga cahaya mata, memperoleh Diploma Pentadbiran Awam daripada Institut Teknologi Mara pada 1993 dan ijazah sarjana dalam jurusan politik daripada Portsmouth.
MOHD AZAHAR SESUAI WAKILI BN : NAJIB - berita hairan
Najib Razak, berkata Mohd Azahar Ibrahim, 39, adalah calon yang amat sesuai untuk mewakili Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini.
Najib berkata, Mohd Azahar mempunyai beberapa kelebihan seperti kelulusan yang baik dan mempunyai pengalaman sebagai penolong pegawai daerah, yang membolehkannya memahami segala keperluan dari segi pentadbiran.
KAH KAH KAH KAH AKH AKH KAH AKH KAH
woit... INI MESTI ADA MASAALAH.... kah kah kah..
kah kah akh... KALAU CUKONG KATA TAK ADA MASAALAH... ERTINYA MESTI ADA MASALAH... kah kah kah
kah kah kah... TENGOK PULAK... MAT MONGOL JAWAB..kah kah kah..
kah kah kah...KATA MAT MONGOL INI MALAON TERBAIK... kah kah kah
woit.... APA KES MALAON INI.... MASA JADI PENOLOMNH PEGAWAI DAERAH?... kah akh akh..
kah kah kah... CUBA SELIDIK.. MESTI ADA MASALAH DENGAN CUKONG...kah kah akh..
kah akh akh... KALAU TIDAK... KEPALA CUKONG TAK CAKAP MACAM INI... kah kah kah...
KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar mendakwa Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.
Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.
"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.
"Saya ingat Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.
Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.
Semalam, Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji. KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... MADEY INI BUKAN HANYA LUPA SEJARAH... kah kah kah..
kah kah kah... MADEY NI SENGAJA INGIN MELUPAKAN MACAM MACAM... kah kah kah..
kah kah akh.. SEKARANG MARAH PADA DOLAH.... TAPI DIA LUPA DIA YANG LANTIK DOLAH... kah kah kah..
kah kah kah... SEKARANG MARAH BUKAN MELAYU BOLOT HARTA KEKAYAAN... kah kah kah...
kah kah kah... TAPI DIA LUPA DIA YANG BAGI HARTA PADA VINCENT TAN ... ANANDA.. YEOH TIONG LEY...kah kah kah..
nota: madey ingin melupakan sejarah dirinya sendiri siapa dia? dari mana asal usul? kerana itu satu negara tak pernah melihat gambar kaum keluarga ayahnya dia takut ada gambar ayahnya pakai dhoti kah kah kah
umum selalu bertanya apakah patukan untuk menilai satu satu kerja seni. kenapa yang ini diangaap seni? dan kenapa yang itu dianggap sampah ?
jawabnya ini:
dalam pembentukan seni ada dua pekara yang amat penting bentok dan isi - form and content - inilah yang menjadi tangga ukur biasanya kita ada melihat banyak kerja kerja seni dari pelbagai bentuk - bentuk bentuk indah tetapi tidak memiliki isi
lukisan, lakaran, arca, filem, musik, novel, certot, teater, bangsawan - kebanyakan hampeh kerana tidak memiliki isi - bentuk indah tetapi isinya kosong.
keadaan ini dicelarukan oleh kerja seni genre bodek yang berkeliaran. kerja seni genre bodek ini kerjanya membodek kuasa yang wujud
ditahap pensejarah negara kita hari ini yang harus kita rayakan ialah SENIMELAWAN - jagan lupa hanya seni melawan yang berani membuka tirai yang baru. sejak zaman berzaman seni melawan telah membuka luas dunia kita hari ini.
shaer dan gurindam melahirkan sajak lukisan zaman pencherahan melahirkan art moden patong bentuk manusia kini melahir ukiran yg konsep
semua ini melalui perlawanan melawan yang lama untuk melahirkan yang baru
bila sajak muncul di tanah melayu sajak juga diperlekeh - ini pekasra biasa yang abru akan membawa perubahan
seni akan terus berkembang - lihat musik dari era klasikal masuk ke era jazz - big band - pop - rock - blues punk - metal - core - grunge - lihat dan lihat musik yang terus kekal ialah musik yang melawan
dengarkan lagu lennon - imagine - sampai hari kiamat nanti lagu ini masih relevant - ini kerana bentuk dan isinya melawan
melawan disini bukan hanya bermakna melawan gerombolan! melawan betuk lama melawan kezaliman melawan cara menulis lama melawan cara memetik gitar melawan cara pukul drum
hidup yang saheh ialah hidup yang melawan!
aku melawan maka aku wujud! aku tunduk maka aku mati!
paling penting!
melawan seni genre bodek yang membunuh kreativiti.
kreaviti suci hanya mucul apabila kita bagun melawan - dengar lagu INTERNATIONALE satu satunya lagu telah lebih seratus tahun masih relevant hinnga hatri ini
nota: siapa yang mengaku dirinya seniman tetapi tidak tahu lagu INTERNATIONALE harus membuka youtube dan mendengar lagu ini dalam semua bahasa yang wujud dalam dunia ini - dari peranchis, ke inggeris , ke belanda ke melayu hanya belum ada lorat perak
NOTA: nikmatilah seni libanglibu satu seni melawan metal yang bagun melawan
ISA BIMBANG BAHASA MELAYU TERUS TERJAJAH - berita hairan
KANGAR: Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu bimbang bahasa Melayu akan terjajah apabila terlalu banyak istilah Inggeris digunakan dalam bahasa kebangsaan itu.
Beliau berkata, bahasa Melayu juga akan ketinggalan jauh jika ia tidak dimartabatkan secara bersungguh-sungguh oleh semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai.
Berucap merasmikan wacana bahasa Melayu bertemakan "Realiti dan Cabaran" di sini hari ini, beliau berkata, bahasa Melayu kini dituturkan oleh kira-kira 300 juta manusia dan menjadi bahasa kelima terbesar di dunia selepas bahasa Mandarin, Inggeris, Hindi, Urdu dan Sepanyol.
"Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu adalah perjuangan mempertahan perlembagaan negara kerana sudah termaktub dalam Perkara 152 bahawa bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara ini," katanya.
Katanya, rakyat dan pemerintah negara maju juga memartabatkan bahasa rasmi negara masing-masing dan wajar sekali rakyat dan pemimpin negara ini turut mempunyai semangat yang serupa.
Menteri Besar turut menyifatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan kerana ia bahasa yang difahami oleh seluruh rakyat begitu juga dengan tulisannya.
KAH AKH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... WHAT IS THE BECAUSE.... kah kah kah..
kah kah kah... WHY YOU LIKE DIS.... kah kah kah...
kah kah akh...WHY NOT LIKE DAD.... kah kah kah..
kah kah kah... YOU PRECINT WHAT LIF PUTRAJAYA?... kah kah kah..
kah kah kah...YOU GO KL SENTRAL..WHY.. NO GO... kh kah kah..
kah kah kah... YOU WHERE COME ?.... kah kah akh..
kah kah kah... YOU MALAYSIA LIKE FOOD?.... kah kah kah...
woit... LEPAS TU ... WHAT HAPPEN?... SO... TAK JADI APA PUN.... kah kah kah..
nota: pengunaan dakwat ini cuba dipadamkan dari tuntutan rakyat apa yang cuba dihebohkan ialah undi proksi ini semua adalah helah dan taktik untuk memastikan gerombolan menang!
KDN GERAK GELOMBANG KESUKARELAAN LEBIH BESAR - berita hairan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menggerakkan gelombang kesukarelaan yang lebih besar untuk menyertai Anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA) di seluruh negara bagi menyokong dan membantu tugas warga kerja kementerian itu.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong, berkata ia perlu dilakukan secara konsisten dan menyeluruh bagi manarik lebih ramai anggota baru yang boleh melonjakkan lagi jumlah anggota RELA di seluruh negara.
"Ini kerana jumlah anggota yang ramai dapat menggambarkan sokongan serta minat orang ramai untuk bersama-sama menggerakkan gelombang kesukarelaan, sekaligus perlu dimantapkan supaya menjadi aset bernilai kepada negara.
"Oleh itu pertubuhan itu perlu memperbanyakkan lagi program latihan bagi melahirkan modal insan yang benar-benar terlatih, berkualiti dan mampu menjalankan tugas dengan profesional," katanya pada majlis pelancaran platun Cina dan kempen penambahan anggota Rela peringkat negeri Kedah di sini semalam.
Lee berkata, beliau mahu anggota RELA meningkatkan peranan supaya menjadi pasukan kesukarelaan rakyat di barisan paling hadapan untuk keselamatan dan kemasyarakatan bukan sahaja dalam negara tetapi mempunyai peranan di peringkat antarabangsa.
KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH
woit... FAHAM APA MAKNA BERITA INI ?.... kah kah kah..
kah kah kah... INILAH CARA UNTUK DAPAT UNDI POS... kah kah kah...
kah kah kah... INI LAH CARA UNTUK MEMASTIKAN GEROMBOLAN AKAN TERUS MENANG... kah kah kah..
kah kah akh... SETIAP KAWASAN AKAN ADA RELA...kah kah kah..
kah kah kah... INI BERMAKNA ... SETIAP KAWASAN AKAN ADA UNDI POS.... kah kah kah..
kah kah kah.... ANAK DAN ISTERI RELA AKAN MENJADI PENGUNDI POS... kah kah kah...
nota : kini angka resmi ada 2,042,215 anggota rela seluruh negara di selngor ada 355,269 di perak ada 294,900
lihat angka ini smue ini adalah undi dari bank simpanan rela kalau pilihanraya boeh mengubah apa apa telah lama pilihanraya di haramkan !
nota: jangan terperangkap dengan taktik sprm yang heboh tentang undi proksi itu tak penting yang penting ialah hapuskan undi pos
Dapatkan Buku Terbaru Hisham, hubungi 012-664-8873 Hadi
BUKU TERKINI
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET (hegemoni media daulah pecah) Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market