.

Rabu, 3 Mei 2017

SEBELUM PILIHANRAYA TURUN KE JALAN RAYA




JELAS MENIPU

SEBELUM 
KE PILIHAN RAYA
KITA TURUN 
KE JALAN RAYA
KALAU TIDAK
KEMPEN #SPR PENIPU
TIDAK ADA MAKNA
TIDAK MEMBERI KESAN








SEMUA WAJIB SOKONG TURUN KE JALAN RAYA





SEMUA

WAJiB

SOKONG

TURUN KE

JALAN RAYA










TUGAS SPR IALAH MENIPU








TUGAS SPR

SEMAKIN RAMAI SEDAR
BAHAWA SPR INI
ADALAH ALAT NAJIB

SPR IALAH LEMBAGA
YANG DIDIRIKAN UNTUK
MEMASTGIKAN NAJIB
DAN PARTI 
UNITED MALAYS 
NATIONAL ORGANISATION
AKAN TERUS MENANG

JIKA ADA SOSOK
TIDAK FAHAM INI
MAKA BEBALLAH SOSOK INI

DALAM NEGARA DUNIA KETIGA
DALAM NEGARA ZALIM & GANAS
TIDAK PERNAH BERLAKU
PERUBAHAN KERAJAAN
MELALUI BUANGAN UNDI

CONTOH TERBAIK
DARI TAHUN 1957 HINGGA 1964
DI MALAYSIA ADA PILIHANRAYA
KERAJAAN TEMPATAN
SETIAP KALI PEMILIOHAN 
PARTI BURUH/PARTI RAKYAT
MENANG BESAR 
AKHIRNYA 
PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN
DI HARAMKAN HINNGA HEI INI

SEDARLAH
DALAM NEGARA ZALIM & GANAS
JIKA PILIHAN RAYA BOLEH
MENGUBAH APA APA
PILIHAN RAYA TELAH LAMA
DIHARAKAN

CONTON TERBAIK
DI BRUNEI TAHUN 1962
PARTI RAKYAT BRUNEI
MENANG BESAR
KEPUTUSAN DIHARAMKAN
PEMIMPIN PRB DITANGKAP
SAMPAI HARI INI
TIDAK ADA LAGI
PILIHAN RAYA DI BRUNEI

-------

KEMPEN LAWAN SPR








SPR

TiPU

1,000 pemilih didaftar 2 kali atau lebih di Johor, dakwa DAP

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol dari DAP, Tan Hong Pin hari ini mendakwa pihaknya menemui lebih kurang 1,000 pemilih yang disyaki namanya daftar dua kali atau lebih dalam daftar pemilih.
"Dengan kata lain, mereka ini boleh mengundi di dua kawasan pilihan raya. Hal ini bercannggah dengan prinsip asas 'satu orang - satu undi'.
ADA LAGI
YANG TAK 
CAYA SPR
IALAH 
LEMBAGA
PENIPU
-------------------

BARU SEKARANG SEDAR









BARU SEKARANG

SEDAR!

INI MASALAH

BESAR AHLI

POLITIK KITA

RAKYAT DAH

KATA JUTA KALI

PILIHAN RAYA

MEMANG TIPU 

TAPI MASIH

BERTANDING

KERANA NAK 

MENANG

BILA TAHU

XLEH MENANG

BARU CAKAP

SPR PENIPU

WALHAL DARI 

DULU SPR INI

KERJA MENIPU

SPR tipu, kata PKR selepas langkah tidak 

edar rang daftar pengundi
 | May 3, 2017
Langkah SPR tidak menunjukkan rang daftar pemilih tambahan kepada parti politik membuka ruang kepada penipuan pada pilihan raya, kata Nurul Izzah Anwar






PETALING JAYA: PKR hari ini membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak lagi mengedarkan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun kepada parti politik, menyifatkannya penipuan dan manipulasi badan itu bagi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya.

BANI MELAYU

KATA INI

DAH TERANTUK

BARU TENGADAH

DAH TERLAMBAT

KEPALA DAH

BONJOL KENA

TIBAI OLEH SPR



---------------------

MAT SKODENG OVERTIME





MAT SKODENG OVERTIME
BAGUS PAS HALANG MEGADETH BANGLA semua kawin janda janda MELAYU dah jadi WABAK Melayu Melayu gila METAL TRASH sampai di janda janda kan bini bini mereka Tengok sana tengok sini MELAYU joget joget TRASH METAL siang malam sampai MAT SKODENG kerja Overtime Apa kata ULARMAMAK MEGADETH tak sedekah macam Pak Affin ke ???? on 
PEMUDA PAS BANTAH MEGADETH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 3:02 PM



--------------

INI TEPAT KES JUAL AGAMA







KES KLASIK

JUAL AGAMA

BUKTI BAHAWA

DUIT LEBIH

BERKUASA

IMAN ISLAM

DIJANJIKAN

BIDADARI

PUN TAK GUNA

AJK masjid ditahan SPRM disyaki rasuah


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan bekas pengerusi dan bekas setiausaha jawatankuasa sebuah masjid di Melaka kerana dikatakan terbabit rasuah dalam proses penjualan tanah wakaf masjid berkenaan.
Menurut sumber SPRM, suspek berusia 61 dan 46 tahun itu dipercayai menerima wang sogokan bernilai RM116,000 bagi melancarkan proses jual beli tanah wakaf milik masjid itu di Kampung Bukit Cina, Melaka.
“Kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada seorang lelaki bukan Islam dalam proses jual tanah wakaf itu pada 2012.
KALAU IKUT

PANDANGAN

PARTI ISLAM

INI MESTI

KERJA JAHAT

GENG LIBERAL

X CAYA TUHAN

KALAU TAK 

INI MESTI

KERJA AHLI

PARTI DAP




-----------------

PEMUDA PAS BANTAH MEGADETH







BANTAH

JANGAN TAK

BANTAH

INI PROJEK

KRISTIAN

INI PROJEK 

LIBERALISMA

ANTI ISLAM

ANTI MELAYU

Bantah konsert Megadeth,nafi poster kait ketua pemuda

DEWAN Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius penganjuran konsert Megadeth, sebuah kumpulan rock thrash metal dari Amerika Syarikat pada 5 Mei 2017 di Stadium Negara. Pada tahun 2001, band ini pernah dihalang untuk menganjurkan konsertnya di Kuala Lumpur.

Demi masa depan negara yang lebih gemilang dan keseimbangan pembangunan rakyat yang berkualiti tinggi, DPPM mempersoalkan penganjuran konsert seperti ini. Apakah ia membawa faedah besar untuk rakyat atau hanya membuka ruang kepada rakyat untuk menyaksikan budaya yang tidak sihat di dalam negara ini.


INI KUMPULAN

SETAN BAWA

SESAT AKIDAH

SESAT LAGI

MENYESATKAN



------------------

BANI MELAYU DIKEPONG





PSIKIK MELAYU DIKEPONG

Minggu lalu Parti Islam PAS  selesai dengan Muktamar ke 63 di Alor Star. Salah satu usul yang diterima oleh Muktamar tanpa perbincangan ialah meminda Perlembagaan Malaysia. Pindaan ini bertujuan untuk memastikan hanya warga Islam  (baca Melayu) sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apa yang tersirat dari usul ini?  
Usul ini tidak menjadi hu hah hu hah dan heboh saperti  RUU355 tetapi ianya membawa makna dan implikasi yang mendalam terhadap apa yang kita semua kenali sebagai Malaysia.  Saya cukup yakin usul PAS ini juga adalah manifestasi dari psikik Bani Melayu dalam konteks persoalan nasional.

Pada hemat saya usul ini adalah benteng pertahanan garis  belakang dari  Parti PAS. Atau lebih tepat lagi usul ini bertujuan sebagai langkah pertahanan berjangka panjang. Apa yang ingin dipertahankan oleh PAS ialah hegemoni Ketuanan Melayu.

Mungkin ada yang bertanya - bukankah  konsep KETUANAN MELAYU ini milik parti United Malays National Organisation. Bukankah Pas ini parti Islam yang TIDAK berkiblatkan bangsa-bangsa.

Perlembagaan Parti Islam tidak berkiblatkan bangsa-bangsa. Parti ini dibuka kepada  sesiapa sahaja yang beragama Islam. Tetapi suasana politik dalaman dan luaran telah menjadikan Parti Islam ini mengambill garis baru  yang asasnya ialah psikik Melayu yang telah lama mengenap dan terpendam dalam sanubari ahli-ahli  Pas.

Kebelakangan ini   telah wujud garis pertemuan antara Parti Islam dengan parti United Malaya National Organisation. Parti Pas dengan jubah Islamnya kini mendakap  dan menyokong hegemoni ketuanan Melayu. Dalam masa yang sama parti United Malays National Organisation  pula telah mula  berwuduk untuk bersama sebaris dengan PAS.

Serangan PAS terhadap parti DAP adalah bukti yang jelas dimana psikik Melayu yang terpendam dalam PAS  telah dipergunakan oleh pemimpin parti Islam dalam usaha mencari pengaruh dan menabung kuasa.

Tidak tanduk parti Islam ini adalah jawapan Bani Melayu terhadap Yang Lain. Ini adalah manifestasi psikik  Melayu yang merasa dirinya sedang dikepong.
Melayu merasa dikepong atau terkepong?

Dikepong atau terkepong - mimiliki nuansa perang. Dikepong bermakna dalam kedaaan kurang selamat. Soldadu Peranchis  di Vietnam dikepong oleh gerila Vietcong diwilayah  Dien Bien Phu pada tahun 1954. Dari kepongan ini mereka diserang dan akhirnya kuasa kolonial Peranchis  mengaku kalah. Tentera Amerika di Saigon dikepong oleh gerila Ho Chin Minh pada tahun 1975 dan akhirnya mengaku kalah.

Dikepong dalam kontek persoalan nasional yang saya  bincangkan ini memiliki dua jalur. Jalur pertama Bani Melayu dikepong oleh United Malays National Organisation. Pengepongan ini dilakukan secara licik, secara tersusun dan ada  pengepongan yang dilembagakan.

Apa yang dikepong ialah minda dan fikrah Bani Melayu.  United Malays National Organisation tidak akan membenarkan fikrah dan minda Bani Melayu menjalar bebas. Fikrah Bani Melayu wajib disimpai dan dibongsaikan.

Fikrah Bani Melayu yang bongsai dan bantut adalah wilayah yang subur untuk parti Ketuanan Melayu Melayu ini menanamkan ketakutan. Ketakutan ini adalah sebahagaian dari unsur psikik Melayu. Apa yang menakutkan fikrah Bani Melayu ialah Yang Lain. Yang Lain disini ialah  Bani China. Bani Melayu terus menerus ditakut-takutkan dengan ‘ hantu china’.

Dengan bijak dan tersusun United Malays National Organisation telah menggunakan babak babak sejarah Tanah Melayu yang bersangkutan dengan Yang Lain. Babak-babak ini diulang cetak dan ulang sebar dalam usaha untuk menakutkan Bani Melayu.

Contohnya - babak kemasukan Bani China dan India ke Tanah Melayu diulang sebar tanpa memberikan satu analisa tuntas. Sesekali terpancut ucapan pemimpin parti Ketuanan Melayu ini menuduh parti  Malaysian Chinese Association (MCA) sebagai ‘tidak berterima kaseh’. Atau kesah-kesah  ‘selendang merah’ atau kesah ‘ parang panjang’ terus dimitoskan  sehingga menjadi sebahagian dari psikik Melayu.

Hingga ke hari ini tidak ada pula satu kajian ilmiah yang dapat memberi satu cadangan jalan penyelesian permasalahan nasional.

Parti  United Malays National Organisation  terus menggunakan babak-babak sejarah ini sebagai taktik mengepong fikrah Bani Melayu. The Other/ Yang Lain  menjadi senjata yang amat mujarab untuk memagar  minda dan fikrah Bani Melayu.

Jalur kedua dalam usaha pengepongan ini ialah dengan memastikan Bani Melayu terus bergantung dengan United Malays National Organisation. Pergantungan utama ialah ekonomi. Bani Melayu yang ekonominya tidak semaju ekonomi moden diberi nafas  agar terus bergantung dengan United Malaya National Organisation.

Parti Ketuanan  Melayu ini dikatakan sedang gila babi berusha untuk menambah  baik ekonomi Bani Melayu.  Tanpa parti United Malays National Organisation Bani Melayu yang tercicir ekonominya akan terus tercorot akan hilang dari bumi ini.

Fikrah Bani Melayu yang sudah dikepong kini  menjadi bongsai sehinggakan tidak lagi dapat memiliki minda yang rasional. Bani Melayu menjadi tidak rasional apabila merasa takut. Bani Melayu dalam ketakutan dan merasakan  diri mereka akan diteggelami oleh Bani China.

Meminda Perlembaagan Malaysia untuk memastikan hanya Melayu/Islam sahaja yang boleh menjadi Perdana Menteri adalah hasil dari pengepongan dan pergantungan ini.  Secara tidak rasional Bani Melayu yang jumlah lebih ramai dari Bani China atau India tetapi merasa takut kepada kumpulan minoriti.

Kebongsaian ini telah menjadikan kumpulan majoriti takut kepada kumpulan manoriti. Ini adalah sebahagian dari ciri, pola dan watak psikik Melayu.

Parti United Malays National Organisation telah mengambil kesempatan melalui psikik ketakutan Bani Melayu ini. Ketakutan terhadap Bani China ini telah menjadikan Bani Melayu bebal dan tidak memiliki fikarah  yang bebas terbuka.

Sayugia dingatkan bahawa mengambil kesempatan dari psikik ketakutan Bani Melayu ini bukan  hanya dieksploit  oleh United Malays National Organisation sahaja. Fikrah yang bongsai ini amat-amat disukai oleh para  Towkay dan Cukong. United Malays National Organisation mengambil peluang meraih sokongan politik dari psikik ketakutan Bani Melayu. Manakala dari parti MCA dan para Cukong mereka meraih keuntungan ekonomi.

Kalau parti DAP mahu mewujudkan Malaysian Malaysia - parti MCA ini lebih licik. Ianya tidak menganggu gugat sentimen Bani Melayu. Parti ini amat gumbira sekali jika suasana yang wujud saperti hari ini terus wujud sampai kiamat.

Parti Cukong ini juga tidak mahu fikrah Bani Melayu bebas merdeka. Parti MCA dan para Cukong sentiasa  mahu Bani Melayu bonsai dan bodoh. Dalam kebodohan dan kebebalan Bani Melayu ini maka para Cukong boleh berkenduri kendara merampok dan menjarah  tanah-tanah milik Bani Melayu.

Lihatlah sahaja bagaimana para Cukong yang diwakili oleh MCA telah mengubah rupa bentuk kota dan pekan Melayu. Saya telah menimbulkan tentang Bangsar South atau Gombak East. Ini hanyalah manifestasi dalam usaha untuk mengubah sejarah, tradisi dan  rupa bentuk Tanah Melayu. Ini dilakukan dengan licik sehinggakan Bani Melayu yang fikrahnya telah bongsai lagi  takut tidak  lagi memiliki kesedaran nasional bahawa tanah air mereka sedang digadai.

Saya cukup yakin Parti MCA dan para Cukong ini amat-amat bergumbira dengan keadaan yang sedang wujud sekarang. Parti MCA dan para Cukong malah Yang Lian juga amat gumbira melihat Bani Melayu dibungkus oleh psiskik takut terkepong. Manakala  kepimpinan  Bani Melayu pula  bodoh dan senang dirasuah.
Mari kita putar ke belakang saketika. Lihat kembali zaman kerajaan Mahathir menjadi Perdana Menteri. Pada ketika itu  tanah Keretapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar  Singapura tidak terjual kepada Lee Kuan Yew walau pun berkali-kali dilamar. Masuk sahaja Najib Rosmah - dengan sakelip mata sahaja tanah KTM ini terus hilang lesap. Apa maknanya ini?

Ini maknanya para  Lee Kuan Yew  , para Cukong,  para Towkay  dan juga para penyokong MCA amat-amat gumbira jika pemimpin Melayu ini bebal, bodoh, bermasaalah dan korup. Lagi korup pemimpin United Malays National Organisation - lagi besar keduri para Cukong.

Wajib juga diumumkan  bukan sahaja pemimpin politik korup sahaja yang disanjung oleh para Cukong - malah para pegawai Bani Melayu dalam semua jabatan kerajaan yang korup turut sama dirayakan oleh para Cukong.

Bukti yang amat jelas baru berlaku. Ini dengan berita  SPRM menangkap seorang YB yang juga Exco Tanah kerjaaan Johor. YB ini  telah lama dirayakan oleh para Cukong kerana peranannya mengubah dan menjualkan tanah milik Bani Melayu kepada Bani China.

Ini bukan lebong Hishamuddin Rais. Ini berita dan fakta dari mahkamah Johor Bahru. Hakikatnya lagi korup pemimpin Melayu itu lagi dirayakan oleh para Cukong. Lagi bodoh pemimpin Melayu itu lagi gumbira sambutan dari Yang Lain.

Tertangkapnya YB dari Johor ini telah membuka kitab yang maha luas. Kitab ini ialah kitab Forest City di Johor. Sekali pandang ianya hanyalah ‘ real estate’ atau ‘ jual beli hartanah’. Tetapi di Malaysia ini jual beli hartananah ini memiliki implakasi politik yang amat amat besar.
Malah Forest City  hanyalah lubang kecil yang akan memecahkan tembok besar. 

Forest City hanyalah lubang jarum - walau pun Bani China  dari China Merah yang akan datang hanya  berjumlah 700,000 orang - tapi yakinlah ini ialah - lulus jarum lulus kelindan. Forest City adalah permulaan awal dimana dalam masa yang tidak lama seluruh Tanah Melayu ini akan tergadai kepada Bani China. Kali ini Bani  China datang dari China Merah.

Sejarah berulang kembali. Dulu Bani China dibawa oleh Inggeris. Kedatangan mereka ditentang  oleh para nasionalis Melayu. Hari ini Bani China meloroh masuk kerana di jemput oleh Parti Ketuanan Melayu.

Apa akan terjadi?  Apakah minda Bani Melayu yang dikepong akan pecah. Apa akan terjadi dengan persoalan nasional yang masih lagi belum selesai. Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45






--------------------

SILA RENUNGKAN






RENUNGAN

kamu tahu najib
terlibat kes bunuh
kamu fikir nilai ringgit
akan naik jika najib jatuh 
kamu percaya  najib
akan ditangkap akhirnya

apa yang kamu tahu
apa yang kamu fikir
apa yang kamu percaya
semuanya tidak ada makna
semuanya hampeh
jika kamu tidak 
melakukan sesuatu



---------------

MUKA MENTERI KAKI REMBAT



FACE BOOK
“Kelak akhir zaman akan ada PEMIMPIN-PEMIMPIN yang aniaya, MENTERI-MENTERI FASIK, hakim yang curang, ULAMA-ULAMA PENDUSTA” - HR Thabrani



Muaazam Hayate "Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang (untuk menjaga anak-anak Adam),maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu zalim dan amat bodoh(Al-Ahzab : 72)
Zamuri Rosai Dh hampir 60thn merdeka...Kesedaran d Tangan ANDA Rakyat 1Mlysia melalui peti Undi pda Pru14 ...
Razmi Remi smpi skrg mrk yg brkenaan x jwb knp duit 1mdb mlalui src msuk dlm ac najib, kmudian dibahagi2kn kpd bberapa ind trtentu? sprm pun senyaap.
LikeReply6April 30 at 1:05am
Ana Khair Nak cpt kaya dan enjoy punya pasal la ...jual akhirat

-------------------