Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Selasa, 25 Disember 2012

SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN




TANYA USTAZ INI


SATU PERTANYAAN 
pembaca TT yg budiman nak tanya sikit ... sbb ada kemuskilan nih: 1. antara nabi isa ngan nabi muhammad ketika mereka dimuka bumi ini ada tak mereka membunuh manusia lain? on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN

-----

UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ




 DARI FACE BOOK USTAZ




Selamat sambutan hari natal untuk saudara2ku yg beragama kristian... 

Moga2 kita sesama menuju kepada fitrah. Moga2 Tuhan memberikan kita kasih sayangNya.

-----

PENCERAHAN DAN PENGELAPAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB




TURUN KE JALAN RAYA
SATU TINDAKAN SUCI

TUKAR TIUB HANYA JALAN KAKI
1.ginilah bhaiii!!ko pun dah senja!!bila-bila masa pun ko boleh mati!!ko pi lah belajar agama kat nik azizka!hadi awangka!harun dinka dll!siaan kat ko!!

 2.ko ni dah lah susah masa dok atas dunia!!merempat sana-sini!berkelana sorang diri!!
kawan-kawan ko yang sama-sama kat UM dulu naik merc!!
ko jalan kaki jee!!
takut diakhirat nanti ko dapat susah pulak kat neraka bhaii!! 

3.puak-puak kapiaq tu tak palah bhaii!!dunia ni macam syurga depa!!sebab depa akan masuk neraka nanti!!yang ko ni gayanya hidup susah memanjang bhaii!!

4.siannn kat ko bhaii!!orang islam belajaq agama kat tok guru!!ko belajaq agama dari guan eng!!siannnn kat ko!! p/s nasihat ni tak berkaitan dengan pegangan politik bhaii tapi atas dasar kesiaann kat ko bhaii!! on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/25/12


PADRI JUGA MEMBACA TUKAR TIUB
tt..gua bru plg sbahyang dri greja. smasa dlm greja padri tengok gua buka lu punya blog dri gua punya samsung...dia tanya sapa punya blog? gua jwb tukar tiub dia terus sebut lu punya nama. brutal la lu tt...padri pun follow lu punya bloggg... on SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA

 

JANGAN MALAS MEMBACA - JANGAN HANYA MENDENGAR
Kenyataan TT ni kena pikir sedalam2nya. kenapa dia cakap macam tu, kena banyak membaca, kena banyak bertanya, kena rujuk kitab-kitab dari seluruh pelosok dunia then boleh lah nak komen. kalau setakat rujuk kepada mufti perak tu, tak payahlah nak jatuh hukum pada orang lain... on MAULUDUL RASUL NABI ISA - PENCERAHAN PEMBACA


JANGAN KENA TIPU OLEH ARAB
Ulasan-ulasan yang ditulis oleh orang-orang yang mengutuk Hishamuddin Rais kerana mengucap maulidul rasul kepada penganut agama Kristian adalah sangat poyo dan bangang. Ia membuktikan kepada semua bahwa majoriti umat Islam di Malaysia ini terlalu sensitif tidak tentu hala sangat sampai hari kebesaran agama lain pun nak diIslamkan.

Kalau diberi kuasa memerintah, sudah tentu pencaci-pencaci Hishamuddin akan melarang penganut agama lain daripada menyambut hari kebesaran mereka dan melarang umat Islam daripada berkawan baik dengan penganut-penganut agama lain.


Apa yang mereka nak ialah bergaduh, berjihad, berperang dengan penganut-penganut agama lain seperti apa yang sedang berlaku di Pakistan, Arab Saudi dan Afghanistan. Malah dengan umat Islam bermazhab Shiah pun mereka yang kononnya lebih baik daripada penganut agama lain ini nak melarang daripada menganuti fahaman Shiah di Malaysia. Kalau pasal kutuk agama lain, majoriti umat Islam di Malaysia ini adalah juara. Tetapi kalau pasal on MAULUDUL RASUL NABI ISA - PENCERAHAN PEMBACA


------

LAGI UCAPAN MAULUDDUL RASUL NABI ISA



KENYATAAN MEDIA
25 DISEMBER 2012

Perutusan hari Natal 2012

Dalam kesempatan ini KEADILAN mengucapkan kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian “Selamat Hari Natal” dan sambutlah dengan penuh kegembiraan bersama keluarga, saudara dan juga sahabat handai. Raikanlah musim perayaan ini dalam suasana penuh kekeluargaan dan mesra. Martabatkanlah budaya Malaysia yang berbilang bangsa ini agar keharmonian kaum terus dipertahankan.

Janganlah kita leka dalam musim-musim perayaan ini bahawa keselamatan adalah menjadi perkara asas yang paling utama dititikberatkan. Ini termasuklah keselamatan di dalam dan luar rumah serta di jalan raya. Sudah pastinya musim perayaan ini ramai yang akan bercuti dan sebagainya. Maka KEADILAN mengharapkan rakyat Malaysia sama ada menyambut perayaan ini atau pun tidak, marilah bersama menjaga keselamatan dan berkerjasama dengan pihak berwajib untuk membenteras aktiviti jenayah sosial yang semakin meningkat khususnya ketika musim perayaan.

Oleh yang demikian, KEADILAN sekali lagi mengharapkan kerterbukaan daripada semua pihak untuk bersama-sama dalam agenda membela hak rakyat, tua dan muda tanpa membedakan etnik dan kepercayaan mereka. Inilah dasar kita yang memartabatkan rakyat itu sebagai satu sumber kekuatan bangsa Malaysia.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden


--------

SAMBUTAN TAHUN BARU - PAKAI KUNING DAN PAKAI HIJAU



SAMBUTAN TAHUN BARU

semua yang akan hadir
untuk sambutan tahun baru
sila pakai 
baju kuning
atau
baju hijau

ANAK ANAK MUDA
di dataran merdeka
di bukit bintang
di klcc
sila pakai kuning dan hijau
kita gempak kan najib dan rosmah
kita hijau tahun baru ini
kita kuningkan tahun baru ini
kita rock kan tahun baru
dengan irama melawan
kita tamatkan irama bodek

SELANGOR DI DATARAN 
SHAH ALAM


DARI TAMAN MELEWAR 
KE  GEBENG
berkumpul sebelum jam 8:00 pagi
pada 31 disember
konvoi akan bergerak menuju bentong
menuju kuantan
menuju gebeng
PESTA TAHUN BARU DI GEBENG

RAKYAT MALAYSIA BERSEDIA - KITA ADA PERDANA MENTERI BARU


SATU JUTA 
DI KUALA LUMPUR 
JENG JENG JENG
JENG JENG
JENG

woit... APA MAKNA BERITA INI?.... kah kah kah...

kah kah kah...PASAL APA PULAK JUMPA MALIKUL SEMBAB...kah kah kah...

kah kah kah..MALIKUL ....MENTERI PELAJARAN....kah kah kah..

kah kah kah.... IKUT  PROTOKOL... JUMPA AGONG ATAU PM ATAU MENTERI LUAR...kah kah kah....

kah kah kah... DI MALAYSIA LEBIH AFDAL... JUMPA ROSMAH...kah kah kah

kah kah jkah...YANG NI JUMPA MALIKUL...APA  PUNYA TUUUUR.... kah kah kah...

NOTA:
muhyiddin sedang menyediakan diri
untuk menjadi perdana menteri
sedang memberi taklimat
kepada para diplomat




Muhyiddin terima kunjungan 3 duta baharu

PUTRAJAYA 24 Dis. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat tiga bakal duta besar Malaysia ke luar negara yang baru dilantik, di pejabatnya di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Mohd. Zamri Mohd. Kassim yang akan ke Filipina, Anuar Kasman ke Bosnia Herzegovina, dan Tajul Aman Mohammad ke Timor Leste.

Mohd. Zamri yang sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Konsular di Kementerian Luar dari 2010 sehingga 2012, berkata beliau akan memainkan peranan untuk memperkukuhkan hubungan diplomasi yang terjalin antara Malaysia dan Filipina.

Katanya selari dengan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi, beliau memikul tanggungjawab untuk merapatkan hubungan ekonomi dan pelaburan antara Malaysia dan Filipina.

------

SELAMAT MENYAMBUT MAULUDUL RASUL NABI ISA


SEMOGA  KITA SEMUA
DAPAT  BERHIMPUN
PADA
12 JANUARI DI KUALA LUMPUR
 PERUTUSAN HARI NATAL DARI DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Selamat menyambut Hari Natal kepada masyarakat Kristian di Malaysia! Moga musim perayaan ini membawa keharmonian, kebahagiaan dan harapan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hari Natal adalah masa untuk bersama keluarga dan masa bersama dengan orang yang tersayang. Marilah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita ada dan tidak dilupakan juga kepada yang kurang bernasib baik.
 
Masyarakat Kristian memainkan peranan penting dalam masyarakat berbilang bangsa dan berbilang agama dalam negara kita. Hubungan antara masyarakat Kristian dan kerajaan seharusnya dibina atas kepercayaan dan semangat kerjasama, dan kebebasan fundamental mereka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan wajib dihormati dan dilindungi. Ini adalah perkara yang sangat esential untuk Malaysia bergerak maju bersatu demi keharmonian dan kesejahteraan. Negara tidak tampak hebat dengan masyarakat yang tidak bersatu.
 
Sempena dengan kehadiran musim perayaan ini, saya ingin ulangi bahawa kegembiraan, kestabilan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia harus menjadi batu pengukur kepada kekuatan negara bangsa ini dan kemampuan untuk mengharungi cabaran di hadapan. Marilah kita bersatu di bawah panji keamanan, kebebasan, reformasi dan keadilan untuk semua.
 
Saya bersama teman-teman dalam Pakatan Rakyat bekerja keras bertahun-tahun untuk memastikan komitmen kami bahawa Malaysia ini adalah milik seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat itu, kami ingin sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Natal kepada seluruh masyarakat Kristian di Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
Kuala Lumpur



------