KES PERTAMA - PAS: PESARA TENTERA MENGAKU PERNAH MANIPULASI UNDI POS - malaysiakini
Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.
Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan.blogspot.com) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.
Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.
Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeaan.
Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: "Kerana dia sudah bersara".
KAH KAH KAH….woit…
SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT… kah kah kah..
woit…
TAK PERCAYA LAGI… kah kah kah…
baca yang ini.
satu lagi trik nak menang.
KES KEDUA - PAS DAKWA HANYA 1,200 PENGUNDI POS TINGGAL DI BAGAN PINANG – malaysiakini
PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.
Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.
Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
"Bagan Pinang antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang.
"Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.
"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini.
KAH KAH KAH…woit…
SATU LAGI PENIPUAN UNDI POS… kah kah kah..
woit…
TAK CAYA LAGI ?....kah kah kah
sila baca yang ini:KES KETIGA - LAGI LUBANG PENIPUAN POS DIBONGKAR – harakah daily
TELUK KEMANG, 2 Okt: Dewan pemuda PAS Pusat (DPP) hari ini sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru dakwaan berkaitan penipuan dalam undi pos.
Rejimen Ke-2 Kor Armor Di Raja, Kem Sunggala, Port DickSon didakwa akan mengadakan latihan menembak di Melaka pada hari pengundian pos di adakan.
Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa khas berkaitan Undi Pos, Suhaizan Kayat dalam blognya www.kentong-suhaizan.blogspot.com hari ini.
Beliau ketika mengesahkan perkara itu berkata, mengikut maklumat diperolehi, latihan tersebut akan diadakan pada 7, 8 dan 9 Oktober ini.
Kesemua anggota terlibat dijangka hanya akan pulang semula ke kem sehari kemudian selepas selesai latihan.
"Tarikh tersebut hari anggota tentera mengundi pos, kalau pergi latihan, macam mana nak mengundi," katanya yang juga ketua penerangan DPP.
Mengikut kebiasaan, kesemua anggota yang terlibat yang tidak sempat mengundi pada dua hari yang ditetapkan tersebut, borang mengundi untuk mereka akan dihantar pada 10 Oktober.
Kemudian kesemua kertas undi itu akan dipos kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seblum jam 5 petang 11 Oktober.
"Kita dapat maklumat, mengikut amalan kebiasaan, kertas undi mereka yang terlibat latihan akan dipangkah oleh orang lain bagi pihak mereka.
"Orang yang pangkah itu kita panggil pengundi setan," katanya lagi.
Mengukut maklumat yang didedahkan juga, jadual undi pos bermula pada 7 Oktober iaitu hari pengeluaran kertas undi pos.
Tarikh 8 dan 9 haribulan pula adalah hari pengundian manakala 10 Oktober adalah hari kertas undi siap untuk di pos kepada SPR.
Kem Sunggala menempatkan anggota yang kedua teramai iaitu seramai 1,130 orang pengundi pos.
"Adakah ini muslihatnya untuk mempastikan sampul keutamaan hanya dipos sahaja ?
"Bila dipos ia akan memudahkan penipuan," ujarnya lagi.
KAH KAH KAH…woit…
MACAM MACAM TRIK DIJALANKAN… kah kah kah…
woit…
SEMUA NAK TIPU MELAYU… kah kah kah…
woit
…SEMUA INI PROJEK NAK BODOHKAN MELAYU…. kah kah kah..
kah kah kah…
50 TAHUN… JADI BANGANG SATU MALAYSIA…kah kah kah…