.

Isnin, 10 November 2014

INI BUKAN RAJA LAWAK





CHINA DOLL
Macam mana rasanya dapat layanan 40 malaikat perawan disyurga? Apa bezanya dengan 40 chinadoll didunia? on ULAR MAK BERKATA KATA
Anonymous
on 11/9/14


TENGOK AJE
Hehehhe....nak tau orang pmpuan dapat apo kek syurga.....nak tau sangat ke....haaaahhh...orang pompuan dapat TENGOKKKK....jeeeeeee.......hahhahaaahahaba....tengok pinggan...tengok laki dio kena himpit bidadari...tengok susu mengalir...tengok emas emas...tengok cahaya suci...kak mah dia advance...dio ngan bini dio dapat rasooo....rasa....rasa kasih sayang iblis dengan api apinya......aminnnnnnn..... on ULAR MAK BERKATA KATA
DD KAYBEE
on 11/9/14






----------

ROSMAH DAN NAJIB BAWA LARI DUIT






KERUGIAN 1MDB BAGI TAHUN KEWANGAN 2014 LEBIH BESAR JIKA TIDAK KERANA NILAIAN SEMULA ASET

Keputusan kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2014 mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM665 juta, iaitu satu jumlah kerugian yang begitu besar memandangkan keadaan ekonomi yang kian sukar dan menekan rakyat.
 
Bersama-sama ini saya sertakan petikan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kedudukan Kewangan bagi 1MDB yang telah diaudit dan difailkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Kedua-dua penyata ini akan menunjukkan bahawa kedudukan kewangan 1MDB dan prestasinya setakat ini adalah lebih teruk dari dijangkakan.

Bagi tahun kewangan 2014, perbelanjaan 1MDB iaitu perbelanjaan pengurusan dan bayaran faedah dan khidmat kewangan telah meningkat 52% dari RM2.47 bilion (2013) kepada RM3.76 bilion (2014). Sebagai gambaran besarnya jumlah perbelanjaan ini, kos pengurusan dan faedah hutang sebanyak RM3.76 bilion adalah hampir sama dengan peruntukan BR1M bagi 2014 sebanyak RM4 bilion.

Saya juga ingin menarik perhatian rakyat kepada prestasi kewangan sebenar 1MDB. Setiap tahun, 1MDB melakukan nilaian semula ke atas harta-hartanya yang diambil kira dalam menentukan untung rugi tahunan. Bagi tahun 2013, harta-hartanya telah dinilai semula dan peningkatan sebanyak RM2.74 bilion dicatatkan sebagai keuntungan. Jika tidak kerana nilaian semula sebanyak RM2.74 bilion ini, 1MDB sebenarnya mencatat kerugian sebanyak RM1.96 bilion dalam tahun 2013.

Keadaan yang sama berlaku dalam tahun 2014. 1MDB telah membuat nilaian semula ke atas harta-hartanya dan peningkatan nilai berjumlah RM897 juta telah diambil kira. Jika nilaian semula ini tidak dibuat, prestasi kewangan sebenar 1MDB bagi tahun 2014 ialah mencatat kerugian sebanyak RM1.56 bilion.

Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 pula mengesahkan bahawa hutang terkini 1MDB (Borrowings) telah mencecah RM42 bilion.

Oleh yang demikian, prestasi sebuah syarikat yang rugi berbilion-bilion ringgit tiap-tiap tahun dari aktivitinya (tidak termasuk perubahan perakauan atau accounting adjustments seperti nilaian semula harta) dan berhutang sedemikian tinggi sudah tentu mengundang soalan tentang pengurusan dan kewajaran perniagaan syarikat itu.

Dalam konteks 1MDB, perkara ini lebih sensitif kerana hutang-hutang 1MDB dijamin Kerajaan Malaysia. Sebuah syarikat yang secara berterusan mengalami kerugian sebegini memberi gambaran ia bukanlah syarikat yang mampu membayar hutang-hutangnya da nada kemungkinan risiko muflis yang tinggi – yang akhirnya akan menyebabkan hutangnya ditanggung rakyat.

Malah, harta-hartanya yang dinilai semula setiap tahun untuk menutup kerugian tersebut termasuklah juga hartanah terbaik negara seperti tanah-tanah kerajaan di sekitar Kem Udara Sungai Besi yang kini dibangunkan sebagai Tun Razak Exchange. Hartanah-hartanah ini disuntik ke dalam 1MDB oleh kerajaan.

Saya mengajak rakan-rakan Ahli Parlimen dari Barisan Nasional untuk turut membuka mata bahawa tidak ada sebarang syarikat kerajaan sebelum ini yang menanggung kerugian berbilion ringgit setiap tahun seperti 1MDB. Prestasi kewangan 1MDB dan risikonya kepada rakyat perlu dibahaskan secara jujur dan saya berharap apabila usul khas mengenai 1MDB difailkan di Dewan Rakyat, rakan-rakan Ahli Parlimen Barisan Nasional akan turut menyokong.
  
RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN
 10 November 2014



--------------

KESAH JAI DAN EZI




Sentuh anjing isu pemisahan identiti dan 

hegemoni, bukan agama, kata aktivis 


Jai, anjing peliharaan Hishamuddin Rais.Anjing diumpamakan "sahabat baik manusia" dan bagi pencinta haiwan seperti aktivis Hishamuddin Rais, Ezi dan Jai merupakan dua rakan karib yang setia menemaninya setiap kali pulang ke rumah.

Jai, anjing jantan baka "pug" berumur 10 tahun, buta sebelah mata dan kurang pendengaran, manakala Ezi, anjing pedigree betina pemberian Orang Asli Pertak di Hulu Selangor semasa melawat kawasan perkampungan suku kaum Temuan itu.
"Saya juga ada Siti (kucing) dan  seekor kura-kura. Apabila bercakap, mereka seolah-olah memahami dan membina karakter saya.
"Kalau saya stress mereka akan menenangkan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berdepan dengan risiko tiga tahun penjara mengikut Akta Hasutan 1948 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, Hishamuddin bimbang nasib dua ekor sahabatnya tidak terjaga jika mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes itu.

Ezi, anjing peliharaan Hishamuddin Rais."Kalau saya stress mereka akan menenangkan keadaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Berdepan dengan risiko tiga tahun penjara mengikut Akta Hasutan 1948 atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan pada 13 Mei 2013, Hishamuddin bimbang nasib dua ekor sahabatnya tidak terjaga jika mahkamah mendapati beliau bersalah dalam kes itu.

"Jika masuk penjara salah satu kesedihan saya bukanlah hilang hak kebebasan, tetapi siapa mahu jaga anjing saya? Perkara ini sudah lama difikirkan.

"Tidak mungkin saya tinggalkan Malaysia seperti dahulu kerana saya sudah ada tanggungjawab terhadap binatang peliharaan," katanya yang pernah melarikan diri selama lebih 20 tahun selepas diburu kerajaan kerana kebangkitan mahasiswa pada 1974.

Katanya, memelihara anjing di kalangan masyarakat Melayu bukan sesuatu yang baru dan janggal kerana saudaranya di kampung di Negeri Sembilan juga sejak dahulu turut memeliharanya bagi tujuan menjaga kawasan rumah dan kebun.

Selain isu Pak Mie, warga emas yang memelihara beratus ekor anjing terbiar di Kedah serta pelatih anjing Maznah Yusof atau dikenali sebagai Chetz yang pernah ditahan polis kerana video menyambut hari raya bersama anjing, beliau yakin

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sentuh-anjing-isu-pemisahan-identiti-dan-hegemoni-bukan-agama-kata-akt#sthash.1LxurST5.dpuf


KAH KAH KAH

i rest my case
with my dogs
my lord

KAH KAH KAH

------------

BALAK SUDAH SAMPAI






FACE BOOK



Meraka semua gagal sebagai ahli parlimen kerana
1. Gagal menghadiri persidangan Parlimen
2. Tiada isu sensasi yang dikemukakan oleh mereka
3. Meraka adalah musuh pakatan Rakyat.
4. Mereka gagal membela nasib pengundi kawasan mereka
5. mereka hanya syok sebagai ahli parlimen saja.
6. Mereka Takut membahas isu isu semasa di parlimen
7. Mereka adalah ahli parlimen yang dimenangkan oleh pengundi pakatan



















KAH KAH KAH

apa punya tuuuur
balak sudah sampai

KAH KAH KAH
----------

SEORANG NELAYAN








Hadi perlu berundur demi Pakatan dan masalah kesihatannya, kata sumber



Abdul Hadi Awang sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya untuk terus memimpin parti Islam itu, kata sumber.
Mereka memberitahu The Malaysian Insider jika Hadi bersetuju, parti Islam itu boleh memperbaiki hubungan mereka bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin presiden PAS itu.
Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP untuk menyingkirkan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-perlu-berundur-demi-pakatan-dan-masalah-kesihatannya-kata-sumber#sthash.lRXkjSzN.dpuf



KAH KAH KAH

my lord

fishing is better
than sleeping



i've nothing
to add
i rest my case
to pasma my lord

KAH KAH KAH


-----------

NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN








NASI PANGUNG


dalam kitaran kehidupan sekarang ini 
mereka ini adalah yang terpinggir
sama ada dari laba ekonomi atau polisi
tak dipeduli kerana mereka ini minoriti paling kecil
tertindas kerana tak punya kuasa dimata penguasa

- cebisan dari apa yang dipanggil "warga miskin kota"
Menu & Kontributor kongsi makanan:
Tim Dapur Jalanan - Kari Veggie / Roti
Tim Syed Shahir - Roti Canai / Air Mineral
Qish Awek Cun - Cucur Sayur
Tim Fitrah & Imran - Pakaian
Anak semua bangsa yang bersolidariti. berkerja bakti & buat ramai:-
Hussin, Fauzi, Aisyah, Quratul, Padel MSU, Paramjit
Rizal, Zana & awek-awek cun dari UniRazak, Kawan2 dari UPM & UniKL
Fitrah & tim recylcle, Zharif, Johan, Noreen, Nadia kecik
Suriani & Azrin, Sarah & Intan, Nami, Aronn & kawan2 ARM, 
Gerombolan Geng Kotak - Hijrah, Azen, Syafiq, Hakim, Panjang
& semua yang hadir, saling tak mengenal, bersetiakawan di Jln Panggung

tak kenal maka tak cinta
bukan setakat memberi, tapi bertukar kasih

Terima kasih daun keladi
minggu depan berjumpa lagi

++ Beg Pasar Dapur Jalanan sudah keluar, RM15.00. Boleh dapatkan juga Apron Dapur pakai masak, simpan buat koleksi. Membeli sambil menyumbang RM20.00. Boleh didapati di Jalan Panggung & kroni-kroni terdekat.

 Untuk maklumat terkini, info-info mengenai kami boleh cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur & follow twitter - @dapurjalanan & instagram - dapurjalananKL. Cari, follow & LIKE!!
 Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun Dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49 
SPKL Collective
Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh talipon:
 ezzuandi 0192671285 
atau Hadi Khalid 0126648873
Solidariti untuk miskin kota
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
*Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
11 November 2014


------------

JANGAN BULL SHIT






KOMENTAR

jangan lupa pos dipang
tahun 1996 tanah runtuh
36 warga gugur
semua senyap
kerana yang gugur orang asli
kerana yang tewas sakai

sekarang ini baru nak kata
tiada maaf
jangan bullshit lah



Muhyiddin Yassin

PUTRAJAYA - "Tiada maaf bagimu", tegas  Muhyiddin Yassin terhadap pendatang tanpa izin yang menceroboh dan ahli politik yang melindungi pencerobohan di tanah tinggi Cameron Highlands sehingga menyebabkan banjir...

  1. Tragedi Pos Dipang (1996) | Pingje

    www.pingje.org/Berita/tragedi-pos-dipang-1996/
    Translate this page
    Jan 30, 2014 - Imbasan tragedi banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Perak yang meragut 39 nyawa manakala lima lagi masih hilang pada ...
  1. Tragedi Pos Dipang (1996) - Khalic Dot Com

    khalic.com/tragedi-pos-dipang-1996/
    Translate this page
    Jul 31, 2013 - Imbasan tragedi banjir lumpur di perkampungan Orang Asli Pos Dipang, Perak yang meragut 39 nyawa manakala lima lagi masih hilang pada ...
KAH KAH KAH
woit
bull shit laaa
taik lembu laaa
pos  dipang dulu
berapa yang mati
kampong asli tenggelam
39 nyawa tewas
kenapa tak cakap
tak ada maaf juga

malikul oh malikul
muka makin sembab
otak makin kecil

KAH KAH KAH

------------

BERITA BAIK UNTUK ANAK MUDA




KOMENTAR

anak muda
pelajar mahasiswa
mulakan perlawanan
kerana dunia ini
akhirnya adalah
milik anak muda





anak muda
pelajar mahasiswa
bersedia turun
ke jalan raya



Aktivis siswa ditahan di UMS, Sabah

Selepas disoal siasat dan menjalani ujian air kencing di Kota Kinabalu siang tadi, nasib aktivis mahasiswa yang merancang berucap di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus ditimpa malang.

Bukan sahaja tidak dapat berucap di institusi pengajian tinggi awam itu, lapan orang daripada mereka juga ditahan polis.

Ketika laporan ini ditulis, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol berkata, beliau dan rakan-rakannya kini sedang dibawa ke balai polis Karamunsing, Kota Kinabalu dengan van polis.


KAH KAH KAH

woit
ini berita baik
ini berita amat baik
ini berita amat amat baik



lagi ditekan
lagi dilawan
lagi melawan
lagi merebak














-----------