Khamis, 26 Ogos 2010

SELAMAT BERBUKA PUASA



KALAU LAH MEREKA SEDAR





KALAU LAH BELIBIS ITU TAHU BAIT INI

manusia dengan gelojoh
merobek bumi meledak gunung
meredah sahara merentas hutan
menngering paya memotong sungai

di gali di korek di cucuk

muntah keluar darah darah hitam
maka berpesta lah manusia bagaikan siang yang tak sudah sudah
maka berkenduri lah manusia bagaikan makanan tak habis habis
maka mabuk lah manusia bagaikan tuak tak kering kering

darah hitam itu semakin susut
manusia terus berpesat
darah hitam itu semakin kurang
manusia tidak pernah puas puas
darah hitam itu semakin mahal
maka berkenduri lah kaum pemodal bagaikan musim bunga sepanjang zaman

tasik di sodok
gunung di gondoli
laut di gali

demi segala dewa
demi alam semesta ini
dari dasar laut keluar darah hitam
maka manusia pun berpesta lagi
bagaikan mereka akan hidup untuk selama lamanya

hitam hitam hitam
muntah dari dasar laut
bersorak bersorai bergema mengira dolar

ditakdir kan takdir
kun pi ya kun
maka darah bumi melimpah limpah
tidak ada sumbu dapat menutup
tidak ada simin dapat menekan
tidak ada besi dapat menahan
minyak minyak minyak muntah dari perut bumi

kupang ketam ikan sotong dan pari
cincaru terubuk parang dan senangin
makerel sardin marlin dan cod
sesak lah nafas mereka
sesesak bumi terkatup

ungas itik bilibis dan bangau
hilang harapan untuk terbang
sayap patah kaki membeku
satu demi satu gugur mati tenggelam di dalam minyak

ooom… yang asal balik usul
dari daging unggas dan rumput rampai asal kau
dari kerang kupang dan bangkai bangkai asal kau
maka kembali lah kamu ke dalam bumi
yang mati menjadi minyak
yang minyak menjadi minyak

maka manusia pun terus berpesta
ikan sotong unggas belibis kupang dan kerang yang mati
dimakan kembali oleh ikan sotong belibis kupang dan kerang yang hidup
ikan sotong unggas belibis kupang dan kerang yang hidup
di makan oleh mat john mary dan mikael

manusia diracun manusia
manusia diruan sambil berpesta

maka manusia pun berpesta bagaikan siang tidak akan sampai sampai
maka manusia pun berkenduri bagaikan bumi ini milik mereka

darah darah hitam semakin susut
darah darah hitam semakin kurang
pesta tidak henti henti

kun pi ya kun
maka perang wajib di mulakan


JANGAN BUAT KERJA BANGANG




INI KERJA BANGANG




UTARA : MERDEKA SEPI – berita hairan

Hanya tinggal beberapa hari lagi negara ini akan menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53, namun kedatangan hari bersejarah itu seolah-olah tidak dirasai dan dihargai kerana tidak banyak pihak sama ada jabatan dan agensi kerajaan serta sektor swasta mahupun pemilik premis mengibar Jalur Gemilang.

Tinjauan Berita Hairan mendapati situasi sebegini sangat menyedihkan kerana ia menunjukkan sikap tidak patriotik di kalangan penduduk negeri ini hingga gagal menunjukkan kebanggaan kepada hari kemerdekaan.

Premis pejabat, sama ada milik kerajaan Persekutuan ataupun kerajaan negeri, ada yang memasangnya tetapi hanya setakat cukup syarat dan ada juga yang sudah pudar warna benderanya.

Sekiranya peruntukan menjadi alasan, ia tidak munasabah kerana dalam satu bangunan, ramai kakitangan yang mampu memberi sumbangan RM10 setiap seorang kerana harga Jalur Gemilang yang dijual di pasaran, tidak mencecah RM15 seunit.

Apabila ia dilakukan tanpa menunggu arahan ataupun surat pekeliling, sudah pasti Jalur Gemilang akan berkibar dengan megah di setiap bangunan kerajaan terlebih awal tanpa menunggu saat akhir.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… NAK KIBAR KEPALA BANA APA?.... kah kah kah..

woit… INI BERDERA CIPLAK … CIPLAK DARI BENDERA AMERIKA… kah kah kah..

woit….NAK JADI BODOH BUAT APA…. KIBAR BENDERA CIPLAK…. kah kah kah..

woit… KALAU BENDERA ORI… OKAY JUGA… ADA SEMANGAT… kah kah kah..

woit… NAK JADI BANGANG BUAT APA…. kah kah kah..

BARU SEDAR - PADAN MUKA




BELAJAR BUAT KERJA DENGAN TENAGA SENDIRI




KONTRAKTOR KELAS F JADI NELAYAN - melayau

PULAU PINANG 25 Ogos – Percaya atau tidak, ada di kalangan kontraktor bumiputera kelas F terpaksa menukar kerjaya menjadi nelayan dan pengawal keselamatan untuk menyara keluarga.

Keadaan itu berlaku berikutan perniagaan mereka yang semakin tenat akibat kekurangan projek.

Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Mohamed Fadzill Hassan (gambar) berkata, kira-kira 29,000 kontraktor kelas F bumiputera di negara ini kini berdepan kemungkinan terpaksa gulung tikar berikutan keadaan perniagaan mereka yang semakin meruncing dan parah.

Menurutnya, projek-projek yang ditawarkan kerajaan Pusat kini semakin berkurangan sekali gus peluang untuk kontraktor kelas F mendapat kerja sangat sukar.

nota:
ini berita baik. cari rezeki yang halal bukan
buat duit atas tenaga kerja orang lain. selalunya
kontrektor melayu ini hanya cari projek lepas tu jual projek
atau ambil kontrek bagi buruh gaji murah – kerana gaji murah
ini lah cara kontrektor buat duit.

berita ini juga berniat buruk nak tunjuk kan bahawa kerajaan
pakatan d pulau pinang tak bantu kontrektor melayu.
tapi ingat contoh kontrektor melayu yang klasik ialah
zah hujan dimana dia buat syarikat 2RM nak ambil kontrek
jaga pada golf yang bernilai 40 juta – pergi mampuslaa dengan
kontrektor bumiputera.

belajar belajar lah buat kerja yang halal.
gunakan tulang empat kerat jangan nak
meniaga atas angin sahaja
zaman meniaga atas angin dah abis
meniaga atas angin akan makan angin
dan keluar kentut kah kah kah


SEMUA BIKIN KACAU




INI DIA ARAHAN BARU





nota:
kalau negara tu dah buruh
nak buruk kan apa lagi

tak kan nak marah bila cakap
bik mama gemok kaha kah kah

kalau cakap ibrahim ali cerdik
boleh lah marah kah kah kah

MELAYU GEROMBOLAN TIPU MELAYU MISKIN




JANGAN MENIPU - JANGAN KELENTONG - HABIS DUIT PENEROKA DI BALON





MUKTAMAD : FELDA DIARAH BAYAR PENEROKA 11 JUTA RINGGIT
- mkini

Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang 3 dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar RM11 juta kerana menipu peneroka tersebut berhubung gred buah kelapa sawit mereka.

Ia berikutan keputusan mahkamah itu yang menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan.

Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang

nota:

berapa banyak lagi felda di tempat lain
yang telah kena tipu

tipu ni senang saje
beli buah sawit di bubuh grade rendah
paksa peneroka jual pada felda
paksa peneroka beli benih pada felda
paksa peneroka beli baja pada felda

lalu peneroka jandi hamba felda

nasib baik ada ngo dan pakatan rakyat
masuk menolong

inilah namanya melayu gerombolan tipu melayu miskin
yang peliknya ada lagi melayu
yang suka kena tipu kah kah kah


PETANG ESOK DI BANGSAR UTAMA




ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




INGATAN KOLEKTIF REFORMASI



UNIVERSITI BANGSAR UTAMA – UBU

semua aktivis dan simpatisan ubu akan
berkumpul kembali pada petang esok -jumaat -
di bangsar utama – bumi asal universiti
bangsar utama.

bertemu jam 6.00 petang untuk berbuka
puasa di restauran mydin bangsar utama.

kalau simon de bevoir dan
jean paul satre bertemu di café les fluers
di paris untuk mengubah dunia – anak anak muda
dari 1998 telah bertemu di mydin untuk menggodam
madey mahafiraun.

sama seperti, kmm, pkmm, api, awas, pkm - UBU juga
adalah sebahagian dari lakaran sejarah harapan dan
mimpi anak anak muda untuk melawan kezaliman
dan menegak keadilan.

semua di jemput hadir – mereka yang belum menalipon
sila pukul talipon untuk memastikan kedatangan mereka.
sesiapa yang telah menalipon pukul talipon sekali lagi
untuk kepastian agenda pentang jumaat ini.

kita bertemu di bangsar utama !



NAMA MEREKA YANG TERPAHAT DALAM SEJARAH UBU


Jonah - Koy - Rahmat - Din - Nusrat
Ijan- Hasnul - Eelam - Farid Hatta - Marsha
Angela – Jacelyn - Mat Kedah - Amin Jambu
Kambing-Sam – Ted – Hakim - Adi Tetek
Lan Badak – Amir – Hasmi – Fathi - Mat Daud
Ajan – Bal – Shikin – Pesot - Mas
Raja -Jessie Tayai – Jackson - Wasiah (Cikgu Tuition)
Anne (Cikgu Tuition Nina (Cikgu Tuition)
Madon (Cikgu Tuition) Yan - Yahya Jusoh
Farid PP - Malieq (budak Gapi turn UBU)
Azlim – Khairil – Boyak - Kharis – Amzari – Joe Kidd
Elan – Nani – Peter – Alex – Kean – Miss Lina – Sayur
Dum Dum Tak, Caburetor Dung, Fatul, Mat Ariff, Ayen, Hanif dan dan dan...

KAWAN KAWAN DAN PENYOKONG SETIA UBU

Abg Nasir - Pak Din - Abg Wahid - Jonson Chong
Latheefa Koya - Nora - Anuar Gondrong - Miss Lee
Pak Chong – Salbiah -Malek Husin – Hunter -Kak Yus
Pak Uda -Pak Amjal –Nordin – Darat, Isham Kecik, Nizam,
Kamarazaman, Yunus, Khoo, Bashi, Haris, Siva rasa
Marimuthu, Syed Sahril, S Husin dan dan dan...

UNTUK MAKLUMAT BERAT SILA HUBUNGI :

jonah - 019 – 205-74-98
blak – 012 -252 – 17 -11
hasmi – 019-230-23-27


IMEJ DAN MARUAH



POLIS MULA SIASAT YB LEMBAH PANTAI
- berita hairan

KUALA LUMPUR: Polis akan memulakan siasatan terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya kepada akhbar Indonesia, baru-baru ini, yang didakwa menjejaskan imej dan maruah negara.

Musa Hassan, berkata pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung kenyataan itu sebelum meneliti sama ada ia disiasat mengikut Akta Hasutan.

Beliau berkata, siasatan itu susulan laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.

Bila sudah ada laporan polis dibuat, maka kita akan mula menyiasat. Sama ada kertas siasatan dibuka mengikut Akta Hasutan bergantung kepada penelitian yang dijalankan

nota :
sila bandingkan dua imej ini
sila nilai mana yang lebih bermaruah

siapa yang lebih di yakini
siapa yang boleh di percayai

siapa muka penipu
siapa muka kelentong

siapa muka tak cukup bulan
siapa muka bini lari kah kah kah

YANG MANA SATU LEBIH DI PERCAYAI ?





PERGI MAIN TEPI JALAN




MAIN TENGAH JALAN LEBUH RAYA PLUS - JANGAN TIPU MELAYU





KHATIB HARUS DOAKAN KESEJAHTERAAN RAKYAT, AGONG DAN RAJA RAJA
- mStar

Semua khatib di seluruh negara telah dimaklumkan supaya mendoakan kesejahteraan rakyat, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja dalam bacaan doa selepas khutbah Jumaat, kata Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata tindakan khatib di Pulau Pinang yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat, adalah satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan.

"Jangan kita mengambil kesempatan waktu itu (khutbah) yang dalam peraturan pun, telah kita aturkan supaya doa itu dikhususkan kepada umat Islam dan juga kepada Raja masing-masing, ataupun Sultan yang memerintah negeri masing-masing," katanya.


KAH KAH KAH..

woit… PERGI LANCHOW LAAA… kah kah kah..

woit… MANA ADA AJARAN ISLAM DOA UNTUK PEJUDI… kah kah kah…

woit… MANA ADA AJARAN ISLAM DOA UNTUK KAVITA SINGH… kah kah kah..

woit… MANA ADA AJARAN ISLAM… DOA UNTUK BOOKIE BOLA… kah kah kah…

woit…MANA ADA AJARAN ISLAM… DOA UNTUK PEMBUNUH CADDIE… kah kah kah..

woit… MUNKEE INI PERGI BERCUTI KE LANCHOW LAAA…. kah kah kah..

kah kah kah...KALAU TIDAK PERGI MAIN TENGAH JALAN RAYA...kah kah kah..

SATU LAGI PROJEK TIPU MELAYU



JET PEJUANG SEDANG BERAKSI TANPA INJIN




PEMBERIAN PROJEK RMK -10 TELUS - melayau

Dua ahli Parlimen, masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang bersependapat bahawa kerajaan harus memastikan proses menganugerahkan tender bagi projek- projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dilakukan secara telus.

Perkara itu dinyatakan Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ketika menjadi panel pada Forum Ramadan The Leaders 2010mengenai RMK-10 di sini, hari ini.

Khairy berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa kerajaan serius untuk memastikan semua syarikat swasta yang ingin terbabit dalam projek itu dilayan secara adil.

"Contohnya, bagi projek pembangunan Lapangan Terbang Sungai Besi dan tanah kerajaan di Sungai Buloh, saya berharap pemaju yang berjaya adalah terdiri daripada kalangan yang menawarkan harga tender terbaik," katanya.

KAH KAH KAH

woit… TAJUK BERITA INI MENIPU… kah kah kah….

woit… TAJUK INI SEOLAH OLAH GEROMBOLAN TELUS… kah kah kah..

woit.. TAJUK MACAM ADA TENDER DI BERI... kah kah kah..

woit… MACAM MANA TAEK TERJULUR JULUR DAPAT TANAH TUDM DI SUNGAI BESI?... kah kah kah..

woit… INI LAPANGAN TERBANG STRATEJIK…. DAH KENA REMBAT…. kah kah kah..

woit… PEGAWAI TUDM BENGANG…. MACAM MANA CUKONG NI DAPAT?... kah kah kah…

woit… SIAPA LAGI MELAMAR TENDER ?... BERAPA BANYAK TENDER MASUK?...kah kah kah…

woit… MAK CIK JOYAH DAN HAJI SUDIN DARI SENALING BOLEH MINTA TANAH INI?... kah kah kah..

kah kah kah... CAKAP KETUANAN MELAYU... INI MACAM KETUANAN TAEK TERJULOR JULOR... kah kah kah

HARTA ROMPAKAN




INI BUKAN REBAN AYAM TAIB MAHMUD - INI RUMAH WARGA SERAWAK




JUAL TANAH KEPADA ANAK - SERAWAK RUGI LEBIH 300 JUTA RINGGIT – mkini

Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.


nota:
apabila kerajaan pakatan rakyat mengambil
alih pentabiran negara - kes kes tanah
seperti ini wajib di buka kembali

kes kampong chu badak
kes kampong berembang
kes kampong buah pala
kes tanah selangor yang diberi oleh toyo pada pemandunya
kes tanah tasek utara


mana yang patut di ambil kembali
mana tanah yang kena curi oleh cukong di rampas kembali

akta tanah wajib di hapuskan untuk menjaga
agar tanah orang kampong tidak kena rembat

kalau ini dalam manifesto pakatan rakyat
jamin pakatan rakyat akan mengambil alih
pentabiran negara ini


nota:
tahukah anda bahawa pemandu kereta khir toyo
jadi kaya raya sehingga kan dia
memerlukan seorang pemandu keretanya.