Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 1 Julai 2013

BETUL KE BERITA INI


Pemilihan Umno: Nama Ku Li muncul lagi...
KETIKA Umno dikatakan mahu menjadikan partinya lebih demokratik dalam menentukan pucuk pimpinan parti, nama yang tidak asing lagi meniti di bibir pemerhati ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li)


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

woit...PERKEMABANGN INI AMAT MENARIK.... kah kah kah..

kah kah kah... TAPI....kah kah kah..

kah kah kah.... TAPI APA HAH?.... kah kah kah

-----

PETANG INI





PETANG INI 7/7/2013



TETIBA HILANG
saperti biasa aku disitu
lalu aku perhatikan alam
lalu aku perhatikan bumi



sebelah kiri kuala lumpur 
langitnya gelap dan mendung

sebelah  kanan  seremban
langitnya biru dan cerah berawan puteh 

aku ditengah-tengah
memerhatikan perangai alam

burung burung pipit uban
berkumpul kumpul
sekelompok berterbangan
diikut yang lain
puluhan mereka menjunam ke bumi
sepintas mata hilang dari pandangan
meragut biji rumput
tetiba  terbang kembali
perpusing pusing bermain dengan angin




lalu aku teringatkan tanah sawah
lalu aku teringatkan kerbau di kubang


tetiba angin kuat sampai 
memukul datang awan mendung
burung pipit uban dipukul angin
hilang entah kemana

aku perhatikan
kanan seremban menjadi gelap
angin semakin kencang
membawa gugur butir butir air

ah! dimanakah agaknya hujan turun

aku bergegas pulang
ada jemuran wajib diselamatkan
------

SENI BANGUN MELAWAN



‘Selak Serak’, teater deraan Anwar dalam tahanan

Selak-SerakKUALA LUMPUR, 30 JUN : Teater ‘Selak : Serak’ didedikasikan khas untuk mangsa deraan dalam tahanan, termasuk kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipentaskan bermula 11 hingga 14 Julai ini.
Teater ‘Selak : Serak’ turut merakam kes penderaan dan pembunuhan dalam tahanan termasuk kematian Teo Beng Hock, Kugan, Ahmad Sarbaini dan Dharmedran.
Penerbit Eksekutifnya, Faisal Mustaffa berkata, ia merupakan usaha rakyat bagi meletakkan satu titik noktah kepada penderaan dan pembunuhan dalam siasatan.
“Cukuplah, sudah-sudahlah, kenapa masih perlu ada penderaan dan kematian seperti ini, rakyat sangat mengharapkan perlindungan dari pihak keselamatan, bukan sekumpulan beruniform yang menakutkan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan usaha mementas dan membawa isu rakyat melalui platform seni bukan lagi perkara baru, namun akan terus disegarkan dan ditambah baik agar mesej dapat dikongsi seluruh rakyat.
Tegasnya, matlamat akhir teater ‘Selak: Serak’ supaya kerajaan dan semua pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu kematian dalam tahanan dan segera menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis, IPCMC
“Kes penderaan dan kematian dalam tahanan ni kes berat, tapi kita cuba mudahkan agar dapat difahami semua,” katanya
‘Selak : Serak’ adalah arahan Fared Jamaluddin dari produksi Rumah Anak Teater (RAT).
Teater ini akan dipentaskan bermula 11 Julai di PJ Live Arts, Petaling Jaya pada jam 8.30 malam.
Harga tiket diantara RM50 hingga RM25 melalui tempahan dalam talian di www.tix.my atau tempahan panggilan di 03-79600439 dan 017-2289846.
Sepuluh peratus hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada Tabung Membantu Mangsa Mati Dalam Tahanan.

--------

SATU TANDA AWAL KEJAYAN



    TANPA JALAN RAYA
    KITA TIDAK AKAN DAPAT
    APA APA
     KOMENTAR TUKAR TIUB
  • jika betul 
  • ini adalah satu perkembangan yang baik
  • jika betul ini adalah hasil perjuangan menentang penipuan\
  • jika betul ini adalah hasil gerakan 505

  • jika betul 
  • ini bermakna  
  • jika kita membantah
  • jika kiat bersuara
  • jika kita turun ke jalan raya
  • pasti membawa hasil

  • tanpa bantahan
  • tanpa suara marah
  • tanpa jalan raya
  • penipu akan terus menipu

  • NOTA
  • kita juga wajib berwaspada
  • jaga jagan jangan
  • terkena sandiwara
  • kah kah kah


  • Isu dakwat kekal: SPRM siasat SPR
Pengarah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali berkata siasatan kini sedang dijalankan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung pembelian dakwat yang didapati dapat ditanggalkan dengan mudah ketika digunakan dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Laporan Sinar Harian menyebut, Mustafar mengesahkan bahawa satu pasukan siasatan dibentuk sejak minggu lalu, susulan rungutan orang ramai berhubung ketahanan dakwat yang digunakan untuk menanda jari pemilih yang telah membuang undi itu.

“Saya hanya boleh mengesahkan bahawa SPRM menyiasat isu ini sama ada terdapatnya penyelewengan dalam pembelian dan spesifikasi (dakwat),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.


ANAK MUDA
TERUSKAN LAGI
ANAK MUDA MENJANA
PERUBAHAN

----------

RUMAH MENTERI DIPECAH ROMPAK



KOMENTAR TUKAR TIUB
berita  rumah dirompak ini berita sedih
ini berita  yang tidak enak didengar

kita wajib bersimpati
kepada sesiapa sahaja yang rumahnya dipecah
kepada mereka yang disamun
kepada sesiapa nyang menjadi mangsa ragut

kepada menteri muda yang rumah di rompak
kita nyatakan simpati

walau pun berita kemalangan
berita tidak molek  untuk menteri ini dan keluarganya
tetapi kerana kecurian ini pada rumah menteri
ianya tidak akan  menjadi stastik

hanya harapan kami
jangan nanti pihak keselamatan
akan berbondong bondong mengawal rumah menteri
hinggakan lupa kami yang tinggal
dikawasan kawasan sempit  yang berasak-asak

Rumah dirompak, KJ anggap jenayah negara serius
Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan kegiatan jenayah rompakan di negara ini begitu serius, susulan insiden yang turut membabitkan rumahnya semalam.

Menurutnya, kejadian seumpama itu yang dikategorikan sebagai jenayah adalah masalah nyata bukan persepsi semata-mata.


-----------

SATU PERSOALAN YANG WAJIB DI JAWAB








KOMENTAR TUKAR  TIUB
ini satu persoalan yang wajib dijawab
ini persoalan penting
nampaknya
ananda ini bukan sahaja ada bangunan tinggi
bukan sahaja ada syarikat talipon
cari gali minyak dapat kontrek

CARI GALI DI TERANGGANU

Kenapa Mahathir masih jadi penasihat Petronas?

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat menuntut penjelasan Petronas berhubung pelantikan mantan Perdana Menteri,Mahathir Mohamad sebagai penasihat badan petroleum itu.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (lihat klip video)berkata, merujuk kepada Akta Kemajuan Petronas 1974 (PDA), kedudukan individu yang bukan lagi berkait dengan kerajaan tidak boleh memegang jawatan sebagai penasihat badan itu.

“Di bawah peruntukan apa  Mahathir menjadi penasihat kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kerana merujuk Akta Kemajuan Petronas (PDA) Seksyen 5, penasihat termaktub di bawah sebuah majlis bukan individu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) Terengganu turut menggesa Majlis Penasihat Petronas ditubuhkan dengan meletakkan wakil kerajaan negeri yang berperanan menasihati Perdana Menteri dan membuat keputusan penting mengenai dasar petroleum dan cari gali minyak di negara ini.


----------

KERETA YANG MEMBERAHIKAN



NOTA
jonker walk adalah  tempat yang menarik pelancung
setiap pelawat dari luar kota melaka 
akan menebeng
akan meleser
akan berligar di jalan ini

banyak yang hanya tengok tengok
banyak yang hanya lihat lihat

ada awek cun
ada balak kacak

ada barangan yang boleh dilihat
ada gula keras dipahat
ada cendul melaka
ada ada ada
ada macam macam

kita yang bukan warga kota melaka
hanya datang tengok dan berjalan

rupa rupanya dikatakan peniaga
dijalan ini menggangu lalu  lintas
betul ke?
yang ini kita dari luar melaka tak tahu

sebenrnya:
ada tiga ego disini
semuanya ego orang politik
ego ketua menteri melaka
ego yb pembankang
dan ego menteri pelancungan

tapi ego ketua menteri lebih besar
belum sebulan jadi ketua menteri
dah mula buat perangai
jelas si mamat ini  tak akan lama di kerusi

sayangnya
tidak ditanya pula pandangan pelancung
pelancung  dan pejalan kaki
yang memenuhi jalan ini

kalau tak ada jalan jonker ini 
samalah saperti kuala lumpur kita ini
tak ada jalan petaling
tak ada jalan masjid india

seharusnya ketua menteri wajib
menggalakan pelancung berjalan
mengalakkan meleser

ada pelancung yang datang dengan kereta
tapi ramai juga yang datang berjalan
terutama yang bukan  warga malaysia

jalan yang penuh dengan kereta
bukan satu tarikan untuk pelancung

kalau nak tengok jalan penuh dengan kereta
kalau fetish dengan kereta
sila berdiri  jambatan atau  dijejambat 
yang melintasi lebuh raya persekutuan
berdiri dari jam 5 petang hinngga jam 6 
nikmatilah rupa  bentuk segalan jenis kereta

JALAN JONKER DI MELAKA


Keputusan buka jalan Jonker Walk diteruskan
Komen
Melaka Tengah: Kerajaan negeri tidak akan berganjak daripada keputusan membuka semula jalan di sekitar Jonker Walk, di sini, untuk laluan kenderaan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas. »

Menteri: Pasar malam Jonker Walk perlu kekal
 
Menteri pelancongan Mohd Nazri Aziz berkata beliau akan meminta Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron agar mempertimbang semula keputusan menutup pasar malam Jonker Walk yang menurutnya menyumbang kepada pelancongan di Melaka.


KETUA MENTERI MELAKA
INGIN JADIKAN
TRAFIK JAM
SEBAGAI SATU DAYA TARIKAN
UNTUK MELAWAT MELAKA

------

ANAK BUMI MANUSIA



KITA SEBAGAI
WARGA DI BUMI MANUSIA


Tiga negara bincang isu jerebu
KUALA LUMPUR 30 Jun - Malaysia, Indonesia dan Singapura telah membincangkan cara yang lebih ke hadapan secara praktikal bagi mengurangkan risiko jerebu yang telah menjejaskan ketiga-tiga buah negara sejak..




KOMENTAR TUKAR TIUB
jerebu telah menyerang kita  bukan sekali
tahun ini bukan  serangan kali pertama

justeru kita sebagai manusia wajib mengumpul pengalaman
mengumpul pengalalam ialah ilmu

saban tahun kita diserang
ada serangan tidak kuat
ada serangan amat ganas saperti minggu lalu

apa yang berlaku bersangkut paut dengan tamadun manusia
apa yang berlaku seharusnya mengajar kita bahawa alam ini
akan musnah jika kita terus melakukan apa yang kita semua lakukan

hendaknya jerebu ini memberi pendidikan bahawa
negara kita kait mengait dengan negara orang lain
kita semua adalah anak semua bangsa
kita semua ialah anak bumi manusia

kotor air sungai gombak akan mengotorkan air sungai  klang
akan mengotor laut selat melaka
akan mengotorkan lautan hindi dan dan dan..

kebakaran yang berlaku di sumatera akan
diarasakan di malaysia, singapura dan dan dan

udara kotor ini akan mengotori udara bumi manusia

pemanasan dunia sedang berlaku
bahang semakin dirasakan
tanda dan tanda semakin jelas dilihat

rasanya telah sampai masanya
kita memiliki kesedartan bahaw
dunia ini kita pinjam dari anak cucu kita
ini bukan hak milik kita

kita hanya ada satu malaysia
kita hanya ada satu dunia
kita hanya ada satu bumi 
bumi milik semua manusia
jagailaaa



--------