.

Rabu, 7 Mei 2014

EDDIE KEPALA BOTAK DAH MARAH






 FACE BOOK 




Eddie Yunus added 2 new photos.
51 secs · 
PEMIMPIN2 yg PERANGAI PUKIMAK.... DEPA NAIK BERKUASA kebiasaan nya MENANG DGN CARA KOTOR... CAM UMNO..BN... Dan termasuk GENG2 DLM PKR ni TERUTAMA GENG2 AZMIN ALI.
.MENANG DGN menipu UNDI... PUKIMAK3.. Kiimakkkkkkkk!!
GUA ape peduli... GUA PUNYA suke lhhh KALAU GUA MAU MAKI HAMUN BEB... Pemimpin2 PUKIMAK... Dan BARUA2 PUKIMAK2 memang PATUT KENA MAKI.... Cz PENYAMUN tuuu BEB.... Mujur GUA MAKI... LAU GUA pakok KEPALA depa DGN parang hahaaaaaa ITU baru BETUL BEB...




KAH KAH 

KAH

----------

CUKONG TAK MINAT HUDUD







KOMENTAR
hukum hudud ini pelik
kalau hukum itu baik untuk orang islam
pastilah ianya baik untuk semua manusia
kenapa hukum ini hanya untuk orang melayu

ini yang pelik

kalau agama itu mengaku baik untuk umat manusia
kenapa di malaysia ini hanya untuk melayu

pelik
ANAK SULTAN BERUNAI
 BERUNAI 
DAH BUBUH HUDUD
sulan  bubuh hudud diberunai
ini gambar anak sultan berunai
gambar dalam kelab gay di london

soalannya adalah
anak sultan berunai ini 
akan di hudud?

PEMBALAKAN  LOJING
KELANTAN 
NAK BUBUH HUDUD
soalannya apakah
perompak balak di lojing
akan dihudud

MCA akan kaji kedudukan dalam BN jika Umno sokong hudud
MCA akan mengkaji kedudukan parti komponen itu dalam Barisan Nasional (BN) jika Umno menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan kata  Dr Wee Ka Siong.

Wee ketika wacana Sinar Harian di Karangkraf, Shah Alam berkata, pendirian MCA kekal untuk mempertahankan Perlembagaan seperti mana mereka mempertahankan kontrak sosial ketika negara ini mencapai kemerdekaan.
"Kalau jadi perkara itu, sudah tiba masanya kita bincang kedudukan kita dalam BN," kata Wee ketika wacana bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita."



-----------

SATU PERTANYAAN DARI KAWAN LAMA






FACE BOOK


Like ·  · 

-----------

AL-FATIHAH






AL-FATIHAH

Speaker Mini Parlimen, Pakcik Jamal meninggal dunia

Pak Cik Jamal atau Jamal Muhamad, 75, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit... SELANJUTNYA


----------

BALING BAHAGIAN AKHIR





 PERJUANGAN 
DI TERUSKAN


SELASA 3 DISEMBER 1974 
 BAHAGIAN AKHIR

Abu Zer Ali – anggota Kelab Sosialis – telah berada dalam Padang Baling bersama ribuan Warga Miskin Desa. Mereka sedang berdemo menuntut harga getah dinaikkan. Menuntut kemiskinan dibentras dan kehidupan mereka dibaiki.

Abu Zer telah menceritakan bagaimana ribuan Warga Miskin Desa telah berhimpun dari awal pagi. Mereka telah dijanjikan 'ada orang besar' akan datang untuk memberi jawapan keatas malapetaka kemiskinan yang menimpa mereka. Kemarahan dan keberanian Warga Miskin Desa semakin jelas. Mereka secara terbuka telah bangun berdemo menentang United Malays National Organisation.

Ribuan penduduk dari kampong ke kampong telah 'digegar dan dikocak' untuk keluar berdemo. Aktivis kampong telah ke hulu ke hilir berbasikal dan bermotorsikal menggerakan orang-orang kampong. Siapa aktivis ini? Sejarah membuktikan bahawa mereka adalah jaringan dari PAPERI – Parti Pesaudaran Islam – yang bergerak aktif dibawah tanah di Kedah dan Kelantan. Dari memoir Abdullah CD sejarah telah merakamkan bahawa PAPERI telah ditubuhkan pada 20 April 1965. untuk penyambung perjuangan Hisbul Muslimin. PAPERI meneruskan garis politik angkat senjata bersama Parti Komunis Malaya.

Di Padang ribuan orang kampong menunggu ' orang besar'. Keadaan menjadi tegang. Hampir tengah hari tetiba sebuah helikopter datang mengarah ke Padang. Mengikut surah Abu Zer yang turun dari pintu helikopter ialah Musa Hitam. Ketika itu Musa ialah Orang Number dua dalam gerakan gerombolan Pemuda United Malays National Organisation. Musa berhelikopter ke Baling kerana Musa juga adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri.

Musa Hitam – sama saperti menteri kabinet yang lain menjadi takut apabila melihat ribuan rakyat berani bangun melawan. Musa Hitam dari pentas mula berauta dan berlebong untuk meredakan keadaan. Rakyat makin marah. Dalam masa yang sama Mukhabarat dan Spesial Branch, Polis Hutan telah mula siap sedia jika orang kampong datang menyerang.

Di Kuala Lumpur pada Ahad 1 Disember 1974 pelajar Universiti Malaya telah pulang dari bercuti. Senin 2 Disember kuliah akan bemula. Tanpa pengetahuan komuniti kampus satu demo besar telah dirancang pada Selasa 3 Disember. Melalui hubungan pribadi, melalui hubungan tidak resmi mahasiswa dari Institut Teknoloji Kebangsaan, Institut Teknoloji Mara, Universiti Kebangsaan dan Universiti Malaya telah merancang akan keluar ke Dataran Merdeka untuk bersetia kawan dengan penduduk miskin desa di Baling Kedah.

Pada hari Senin 2 Disember Heboh Baling makin merebak dari mulut ke mulut. Pada malamnya - kami dari Kelab Sosialis telah menconteng semua Papan Tanda di Dataran Sastera – DEMO 3 Disember Dataran Merdeka Jam 10:00 Pagi. Biasanya kami akan mengadakan Sudut Pidato untuk membakar dan menghasut pelajar agar keluar berdemo. Tetapi kali ini TIDAK perlu lagi. Api kemarahan anak-anak muda terhadap United Malays National Organisation telah memuncak. Berita adanya mati kebuluran di Baling telah tersebar luas dari kampong ke kampong – dari kampong ke pekan. Gunung berapi sedang membara hanya menunggu masa untuk meledak.

Malam Senin itu juga kami dari Kelab Sosialis telah mengadakan satu perjumpaan untuk membuat persediaan. Kain rentang telah dibuat. Megapone telah sedia. Dari pengalaman kami TIDAK akan mengeluarkan megapone atau kain rentang. Semua disimpan dalam beg selendang. Kami yakin kami akan diserang. Justeru kain rentang dan megapone ini hanya akan muncul dan digunakan untuk mengumpulkan kembali para pelajar yang bertempiran lari apabila diserang oleh FRU.

Pagi Selasa 3 Disember 1974 – saya memboceng motosikal untuk sampai ke Padang Selangor nama asal untuk Dataran Merdeka. Bersama saya ialah Halim Latif anggota Kelab Sosialis. Bila saya sampai di tepi Air Pancut depan Muzium Tektil saya melihat ada hampir 500-1000 pelajar telah sedia berhimpun.

Dizaman ini Padang Selangor ialah tempat main kriket. Justeru ada papan tanda dan tempat duduk permainan kriket ini terpasang digigi padang. Disinilah kain rentang yang paling bersejarah terpampang – MENTERI BUKA BANYAK GEDONG – RAKYAT MAKAN UBI GADONG. Secara bijak gambar ini telah muncul esoknya dalam Berita Harian yang dipimpin oleh Samad Ismail atau nama bawah tanahnya Zainal atau Lainaz.

Belum pun saya sempat sampai ke tengah padang tetiba FRU telah menyerang ganas dari arah jambatan Sungai Klang. Tembakan gas pemedih mata berdentam dentum meletup. Pelajar bertempiaran lari. Saya bersama Halim mengundur ke arah Masjid Negara.

Saya masih ingat lagi dipintu masuk ke Masjid Negara - dari arah terowong saya terserampak dengan Anwar Ibrahim. Anwar ketika itu dia adalah Presiden Majlis Belia Malaysia. Dia kelihatan muda kurus memakai baju batik lengan panjang berwarna coklat. Inilah kali akhir saya melihat Anwar Ibrahim. Ketika itu Anwar bersama puluhan pelajar sedang mengundur ke Masjid Negara. FRU terus menyerang dengan ganas - menembak dan memukul sesiapa sahaja di Padang Slangor.

Abu Zer, Kamarazaman Yacob dan Adi Satria terus memimpin pelajar. Sepanduk, kain rentang dan megapone muncul kembali. Demo diteruskan di dalam kawasan Masjid Negara. FRU terus menyerang dengan tembakan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama Spesial Branch tanpa uniform mula menangkap pelajar. Beberapa buah Black Maria telah sedia datang untuk mengangkut pelajar yang ditahan.


Disinilah muculnya babak dimana Anwar Ibrahim telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam Black Maria. Apabila Black Maria ini bergerak dan melintasi bulatan di hadapan Masjid Negara – ratusan pelajar telah menahan Black Maria ini. Kamarazaman Yacob dan Abu Zer telah masuk ke dalam kereta polis ini. Polis telah lari. Kamarazamn Yacob mengambil kunci pintu dan mengeluarkan Anwar Ibrahim.

Pembaca hari ini juga jangan terperanjat. Ada berbelas-belas pelajar yang dibebaskan oleh Kamrazaman dan Abu Zer dari Black Maria pada 3 Disember 1974 itu – ini termasuk Presiden KSITM Saudara Ibrahim Ali. Ini sejarah. Ini fakta. Jangan buat-buat lupa.

Satu lagi babak sejarah yang wajib saya rakamkan disini ialah tentang Dolah Kok Lanas yang ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Abdullah Ahmad ini adalah 'blue eye boy' kepada PM Razak Hussein ketika itu. Dolah Kok Lanas dalam perjalanan ke pejabat telah terperangkap di hadapan Masjid Negara. Pelajar telah menahan kereta Dolah Kok Lanas. Anak-anak muda menjerit kegumbiraan kerana saekor 'orang jahat' telah ditawan.

Kamarazaman Yacob telah datang menghampiri kereta. Dolah keluar dan mengacu-acukan pitolnya kepada Kamarazaman dan para pelajar yang berdemo. Kamarazaman mengarahkan mahasiswa mengundur dan kereta Menteri ini berlalu. Kepada yang tidak yakin dengan fakta sejarah ini sila tanyakan babak ini dari Tan Seri Abdullah Ahmad.

Hampir satu jam Masjid Negara diserang dengan tembakan gas pemedih mata. Bila FRU mengundur pelajar maju ke hadapan. Bila pelajar diserang mereka mengundur. Akhirnya FRU masuk ke dalam kawasan Masjid. Para pelajar telah menyerang FRU dengan balingan pasu bunga dan apa sahaja yang ada dimata. Tembakan dan tangkapan diteruskan. Akhirnya FRU telah masuk ke dalam Masjid untuk menangkap pelajar.

Saya mengundurkan diri naik ketas bukit di belakang Masjid Negara. Tok Siak yang rumahnya di belakang Masjid Negara menjemput saya masuk dan ' duduk diam-diam' ketika FRU sedang menangkap pelajar. Hampir satu jam saya dalam rumah Tok Siak. Apabila anak Tok Siak memberitahu bahawa semuanya telah reda barulah saya keluar dan menapak pulang ke kampus.


Pada 3 Disember 1974 – kampus UM menjadi tegang. Para pelajar tidak puas hati. Satu kumpulan pelajar telah mengeluarkan 24 tuntutan. Ini termasuk menuntut Lee San Choon Presiden MCA meletak jawatan. Harus saya garapkan disini bahawa sentimen 'KeMelayuan Rasis' wujud dikalangan pemimpin pelajar Universiti Kebangsaan dan ITM. Justeru kita melihat Ibarahim Ali hingga ke hari ini masih lagi 'menjual Melayu'. Kita juga tahu tentang Idris Jusi bekas Presiden PMUKM pernah menjadi Pengarah BTN - lembaga rasis penyebar sentimen perkauman. Untuk rakaman sejarah - PMUM dan pemimpin PMUM tidak campur tangan dengan 24 Tuntutan 1974 ini.

Pada malam 3 Disember Kelab Sosialis telah berkumpul. Kali ini ramai muka-muka yang bukan ahli Kelab tetapi bersimpati atau rapat dengan Kelab telah dibawa sama berbincang. Adi Satria Penolong Setiausaha Agung PMUM, Lim Hwee Seng ahli Majlis ke 16 adalah diantara yang turut bersama. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan tunjuk perasaan.


Secara dalaman keputusan telah diambil. Abu Zer Ali diarah untuk duduk diluar kampus. Yang lainnya duduk dalam kampus. Kami wajib bijak untuk menelak dari ditangkap. Jika suasana membolehkan pelajar akan 'ambil alih' Univrsiti Malaya Malaya sekali lagi. Dalam dalam lingo kami pada masa itu 'kami akan TO – take over'.



EPILOK
Tunjuk perasaan diiteruskan hingga ke 7 Disember 1974. Pada Subuh 8 Disember 1974 Polis Hutan dan Soldadu masuk ke dalam Universioti Malayya menangkap pemimpin pelajar.

PASCA EPILOK
Arwah Hamzah Kassim ahli Kelab ditangkap ISA
Kamarazaman Yacob ahli Kelab ditangkap ISA
Teo Siow Choo ahli Kelab ditangkap ISA
Yong Ah Chit ahli Kelab ditangkap ISA
Adi Satria kawan rapat Kelab ditangkap ISA
Hasan Karim ahli Kelab berhijrah ke Serdang Kolej
Arwah Halim Latif meninggal dunia ketika saya di Kamunting
Arwah Abu Zer berjuang angkat senjata gugur di sempadan
Arwah Yunus Ali ahli Kelab mengundur diri
Hishamuddin Rais ahli Kelab mengundur diri

Sejarah Baling adalah sejarah gilang germilang perjuangan mahasiswa dan pelajar. Sejarah Baling adalah juga sejarah perjuangan kaum kiri yang terbuka dan yang bekerja dibawah tanah. Tunggu dan nanti Memoir Hishamuddin Rais yang sedang diusahakan. ( TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
siapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45


-----------------

DARI FACE BOOK





FACE BOOK  



Awang Ketut added 2 new photos.
49 mins · Edited · 
Awas penjahat yang berlindung dan menjual atas nama perjuangan kroni kroni! Kekuasaan telah menjadi Agama dan Wang telah menganti Tuhan!














----------

TUKAR TIUB SUKA ANWAR DIPENJARA





LIHAT DAN 

TONTON
jalan jalan untuk berlibur
naik kereta ke singapura
lebih baik  bercakap jujur
dari bercakap pura pura



AZMIN ALI MANIPULASI UNDI



Azmin enggan ulas manipulasi undi

BUTTERWORTH:  Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali enggan mengulas dakwaan beliau terlibat dengan perbuatan memanipulasi undi dalam pemilihan parti itu yang berlangsung sekarang.
Anggota Parlimen Gombak itu sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR untuk menyiasat dakwaan terbabit dan berharap individu terlibat dikenakan tindakan tegas.


KAH  KAH  

KAH

soalan hakiki

boleh kah 

penyamun

beri komen 

tentang

menyamun

bolehkah 

 vincent tan

jadi imam 

masjid negara

kah kah kah



---------

KUBUR PUN CUKONG REMBAT




152 kubur tak perlu dialih

Kota Damansara: Jabatan Mufti Selangor mengesahkan 152 kubur di Seksyen 9, Kota Damansara di sini masih menghadap Kiblat meskipun kedudukannya terpesong 13 darjah ke kanan. »


KAH KAH KAH

betul ke tak arah

kiblat atau

ada cukong nak

rembat tanah 

kubur ini

kah kah kah 


-------------