Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 26 Disember 2012

AGAMA BERASAL DARI RITUAL MASYRAKAT PAGAN - SATU PENCERAHAN




 

AGAMA ASAL USUL DARI PAGAN

Apebendela cai cai umngok ni. Lenkali kalo tatau tu tanye le. Sukati je main ikot org yg bumngok. Bila masa pulak nabi isa lahir 25 disember?

Itu asalnya perayaan org2 pagan yg org kristian terapkan dlm kalender diorg. Dan diorg ni mmg suka main hemtam je. Semuanya nak bersuap, semua nak ikot pale otak tanpa berfikir.

Ikot lojik la,mengiyakan mende yg tak betol tu kan menyimpang namenye. Sukati korang le, dh beso panjang. Kalo tak tatau baik korang duk dendiam je la on UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 12/26/12

 
KAABAH DAHULU TEMPAT BERHALA PAGAN
Hello tanpa nama 25 Disember 2012 11:05 PTG diatas, Arab Quraish Mekah bukan "atheist" larrr.. malah mereka adalah "polytheist" iaitu percaya kpd banyak tuhan dan disinilah sumber ekonomi mereka iaitu 'menjaga & mempromosi' rumah ibadat dimana bangunan batu empat segi 'Kaabah' dipenuhi dgn 360 berhala, kerana masa itu belum ada minyak.

 Dalam ertikata moden, sumber ekonomi mereka adalah disektor pelancungan keugamaan. Kemunculan Rasul yg mempromosi ideologi "TIADA tuhan, hanya Allah (yg bukan tuhan)" telah mengugat summer ekonomi & kuasa mereka. Itu pasal mereka naik angin lalu mengasari dan cuba membunuh baginda. Macam keadaan UMNO sekarang. 

Masalah org2 Islam ialah dgn menyamakan Allah dgn konsep 'tuhan'. Allah bukannya tuhan kerana 'tuhan' memerlukan ugama dan ugama pula memerlukan penganut. Jadi sekiranya semua penganut2 sesuatu ugama termasuk 'Islam' murtad, atau planet bumi ini berlaga dgn asteroid dan hancur, Allah (yg bukan tuhan yg. memerlukan ugama & penganut) tetap " on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

 
SUNNAH WAL RASUAH
poyolah sunnah wal rasuah..ucap slmt natal pun rosak akidah..pehal bebal sgt..ni la akibat suka dgr ceramah ustaz fenomena ustaz popular berjanggut yg buat duit bodoh kan org mlayu..sikit2 hukum sikit2 haram sikit2 harus...

sikit2 makruh..kah kah kah..uataz2 ..apa hukum saya makan tapi lupa nak byar..apa hukum intai bini mandi..

apa hukum saya makan kurma berlebihan..kah kah..bodoh nya tahap pemikiran..ni bangsa lain pun leh tlg jawab kan..UMPamanya laaaa.. on UCAPAN HARI NATAL DARI SEORANG USTAZ
Anonymous
on 12/26/12

 
BERPERANG
assalamualaikum kpd yg beragama islam persamaan antara nabi isa as dan NABI MUHAMMAD SAW ialah kedua2 mereka tidak membunuh musuh walau pun musuh hendak membunuh mereka. tapi zaman nabi isa as tiada peperangan, beliau cuma d buru oleh musuh tp telah d selamatkan oleh ALLAH SWT dgn d angkat ke langit. 

berbeza dgn zaman NABI MUHAMMAD SAW.BAGINDA telah d uji dgn pelbagai rintangan semasa hendak menyampaikan agama islam.BAGINDA telah d caci-cerca, maki hamun, d baling batu hingga berdarah, d letak tahi d atas kepala d boikot tidak boleh d beri makan n minum dan berurus niaga dan d halau keluar dr mekah sehinggalah kpd ancaman bunuh ke atas BAGINDA SAW.

 NABI MUHAMMAD SAW bertahan segala rintangan ini selama 13th d mekah, sehinggalah BAGINDA d perintah kan oleh ALLAH SWT hijrah ke madinah. selepas berhijrah ke madinah, barulah NABI MUHAMMAD SAW d perintahkan oleh ALLAH SWT utk berperang. *** ni nak bg tau kat sini dlm setiap peperangan dr peperangan badar sehingga BAGINDA wafat, on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
sheikhalfarisi
on 12/26/12


USTAZ COOL
ni ustaz confuse ...tak boleh pakai ...dia sendiri pun confuse dengan agama....ni ustaz budak mentah lagi... on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

 

MANA NAK IKUT?
Nabi Isa tidak bunuh orang....Nabi Muhammad 'bunuh' orang...Nabi Isa tak kahwin...Nabi Muhammad kahwin..mana ko nak ikut? he..he..he.. on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Anonymous
on 12/26/12

KALAU TAK GUNA AKAL - GUNA APA? GUNA LUTUT?
TT... Soalan yang melibatkan Rasulullah , macam tu tak perlulah dikeluarkan di sini. Rasanya kurang sesuai. Bukan apa, ditakuti akan mendatangkan rasa kurang senang kepada sesetengah pihak. Ditakuti juga akan menyebabkan timbulnya unsur mempermainkan, merendahkan, mencerca, mengeji dan sebagainya oleh pihak/ orang yang tidak layak untuk mengatakannya.

Seelok-eloknya soalan itu diajukan kepada mereka yang berkebolehan dan berilmu untuk menjawabnya. Pandangan ini bukanlah bermaksud saya dipengaruhi oleh para pak arab penjual ayat quran atau ulamak

Cuma kata cikgu saya, KALAU TAK TAHU, BERTANYALAH KEPADA YANG BERILMU. Kalau bertanya dengan orang yang setaraf dengan kita, ditakuti timbul jawapan yang terpesong dari ilmu yang songsang. Diharap agar rumah TT ini tidak dijadikan tempat untuk menghina dan merendahkan sesuatu agama atau Rasul-RasulNya. on SATU PERTANYAAN UNTUK PENCERHAN
Mat Lendir
on 12/25/12


JAWATAN TINGGI DAN KERETA TINGGI
1.mungkin ko beribu pengikut!berjuta pengikut!yang sama-sama bergelak kah!kah!kah!bila ko mengutuk umno dan rosmah!!sapa kisah bhaii!!kalau yang betul dan ada faktanya!!masyarakat akan mengiakanya!!kalau setakat fitnah dah persepsi!!ko tanggongla sendiri disebalik kah!kah!kah! pemuja ko!!

 2.ko mungkin jugak dikelilingi oleh pemimpin hebat yang sealiran dengan ko!anuar!nik aziz!hadi awang!dan teman sekuliah Um dulu yang kini dikerusi empok bergred jusa dll!!ada juga yang tak sealiran dengan ko!dan ada juga berkah!kah!kah dengan ko!!kerana keberanian ko menongkah arah politik di malaysia!!bagi mereka ko lah hebat!!kolah selalu kedepan!!macam zaman 70an dulu!ko lah juara mereka!!last sekali ko merempat!!penjulang-penjulang ko berjawatan besar dalam kerajaan!!sapa kisah bhaii!!politik dan kuasa dunia je bhaii!! 

3.TAPI!!bila melihat dan meneliti penulisan ko mengenai agama!!kesiaann kat ko!!rupanya pemuja ko yang beribu!!teman ko yang berjawatan tinggi dalam PR setakat KAWAN je bhaii!! on PENCERAHAN DAN PENGELAPAN DARI PEMBACA TUKAR TIUB
Anonymous
on 12/25/12


TARIQ AZIZ BUKAN NAMA ISLAM - INI NAMA ARAB 
TT, masa saya kecik2 dulu, saya mati2 ingat Tariq Aziz, mantan Timbalan Perdana menteri Iraq masa zaman Saddam Hussein (1979-2003) ialah seorang Islam kerana dia pakai nama macam org Islam, bukan pakai nama Kristian spt Michael, Antonius, George, dsb. Lama2, baru saya tahu yg Tariq Aziz ni ialah seorang penganut Kristian dan merupakan satu2nya menteri Saddam yang beragama Kristian.

 Saya terkeliru dgn agama anutannya sebab dia pakai nama macam org Islam, tapi tekdelah sampai saya tukar agama ke Kristian. Berdasarkan logik ni, kalau org Kristian pakai nama Alah dalam Alkitab sekalipun, org Islam mungkin mula2 akan rasa sedikit keliru kerana mereka guna nama Tuhan yg sama spt org Islam, tapi ia takkan sampai menjadikan seorg Islam tu murtad sebab banyak perbezaan antara Islam dan kristian yg mereka boleh perhatikan. Oleh itu, saya rasa takde sebab untuk kerajaan nak larang guna nama Allah dalam Alkitab. on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN
Salim Rubayyi' Ali
on 12/25/12

 
KEBENARAN TIDAK BOLEH DI MONOPOLI
Ini adalah artikel terbaik oleh TT buat tahun 2012 kerana apa yang ditulis oleh TT didalam artikel ini adalah benar belaka. Kebenaran bukan milik satu satu bani. 

Jika ianya milik satu bani sudah tentu bani Melayu memang berada jauh dari kebenaran kerana bani Melayu jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan kaum-kaum lain dalam bab mencari kebenaran. Kebenaran bukan milik satu satu agama sahaja. Jika kebenaran ialah milik satu agama sahaja, kenapakah umat Islam jauh ketinggalan dibelakang didalam bab mencari kebenaran?

 Penjual agama dan ularmak macam Harussani dan Hasan Ali mahu copyright kebenaran seolah-olah kebenaran hanya milik mereka sahaja. Jika kebenaran adalah milik hakcipta pengikut penjual agama, mengapakah Internet direka oleh bani bukan Melayu dan bukan Islam?

Mengapakah roket, komputer, kereta dan pelbagai alat yang boleh membantu umat manusia dicipta oleh orang-orang dari pelbagai agama atau tidak beragama? Mengapakah ubat-ubatan yang dapat merawati pelbagai on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN
Pencari Kebenaran
on 12/25/12

MELAYU KENA TIPU OLEH ARAB
Takde masalah kalau kalimah Allah digunakan dalam Alkitab org Kristian. Biarpun diorg pakai nama Allah dalam alkitab, tapi kita masih boleh bezakan cara sembahyang org Islam dan org Kristian. 

Hanya org jahil agama je yg tak reti beza aqidah dan ibadah Islam dengan Kristian. Itu pasal org2 Islam kena rajin2 pergi masjid tuntut ilmu, byk dgr kuliah agama kat masjid, jgn tercongok je kat TV tgk program realiti TV. Bila dah jahil agama, tu ada org Islam yg takleh bezakan akidah Islam dgn akidah pagan, sampai ada yg pakai ilmu pelaris, ilmu sedut duit, ilmu santau, mintak bantuan 'ulama bunian' nak lariskan bisnes. 

Kes Mona Fendi sebagai contoh, bagaimana jahilnya agama sesetengah org kenamaan dalam mengejar pangkat. Itu belum lagi yang solat hajat lepas Asar, sah sah menampakkan kejahilan dalam mengamalkan agama sendiri. Kalau kita ada akidah dan ilmu agama Islam yg kukuh, kita akan boileh bezakan antara akidah Islam dan bukan Islam biarpun org kristian pakai kalimah Allah dalam Alkitab. on WAHAI BANI MELAYU SEDARLAH KAMU - BUKAN KAMU SAHAJA ADA TUHAN


---------

WAJIB BACA SEBELUM TURUN KE JALAN RAYA






MELAWAN SISTEM SPR

Dalam beberapa tulisan yang lalu saya telah menulis tentang sistem mengundi dan pemilihan dalam pilihan raya di Malaysia. Tulisan ini bertujuan untuk mencerahkan lagi pembaca jika kurang faham dengan apa yang saya maksudkan dengan ayat: Dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat sedang melawan sistem SPR dan bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional.

Justeru : Apakah  dianya  sistem pilihanraya SPR itu?

Mari kita fahami dahulu lembaga  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Lembaga ini  ditubuhkan oleh Parlimen sebagai sebuah lembaga bebas. Pengerusi dan pegawainya  dilantik  oleh Agong. Ini sebenarnya  hanya sandiwara. Hakikatnya SPR ini adalah lembaga yang dilantik dan dipilih oleh United Malays National Organisation. Memang betul  Agung melantik Pengerusi SPR. Bunyinya cukup indah. Cukup molek.  Tetapi hakikatnya yang memberi nama  kepada Agung untuk mengepali SPR  ialah Perdana Menteri. Perdana Menteri ialah Najib Razak.  Najib Razak ialah Presiden United Malays National Organisation. Period.

Justeru mustahil nama Karpal Singh  atau nama Saifudduin Nasution akan dicadangkan oleh Najib Razak  kepada Agung untuk menjadi Pengerusi SPR. Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Bukti telah ditemui bahawa  Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR hari ini adalah ahli United Malays National Organisation.

Pada ketika ini Parti United Malaya National Organisation  sedang bernafas dalam lumpur.  Presidennya Najib Razak dikatakan terlibat dalam kes bunuh. Presiden parti ini juga akan disapina oleh mahkamah Peranchis untuk kes rasuah jula beli kapal selam Scorpene.  

Awal bulan Disember ini, Deepak - adik angkat kepada Isteri Presiden Parti ini telah membuka mulut. Terhambur  pelbagai rahsia termasuk keterlibatan kakak angkatnya dimalam Altantuya dibunuh. Kesah-kesah ‘ngeri’ dari Deepak Jaikishan ini telah menjadi induk perbualan rakyat Malaysia

Dalam masa yang sama - budaya tikam menikam dan sobotaj -   sedang menjadi-jadi dalam United Malays National Organisation. Orang ramai telah melihat poster dan kain rentang   yang mahu menobatkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.  Malah direncanakan agar Najib Razak tidak bertanding lagi pada PRU13. Ini sebagai jalan untuk memenangi hati pengundi yang amat-amat membenci isteri Najib.

Perbincangan dan rancangan  ‘mengundurkan Najib’  sedang hangat dibincangakan dalam alam siber dan juga dalam media baru. Malah ada berita yang telah melaporkan    strateji ‘ undurkan Najib ‘ ini  telah sampai ke tahap perbincangan dikalangan ahli Majlis Tertinggi parti ini.

Parti United Malays National Organisation sedang nazak ini bukan cerita dongeng. Perebutan untuk menjadi bakal calon dikatakan sedang menjadi-jadi. Pertempuran Najib dengan Muhyiddin hanya menunggu masa untuk terbarai. Bayangkan dari India Najib Razak telah menembak  ‘ peluru berpandu’ ke dada Muhyiddin. Najib mahu nama bakal calon ditapis oleh SPRM.  Muhyiddin dengan tangkas membaca bahawa arahan ini bertujuan untuk meminggirkan calon-calon yang  dianggap kurang setia kepada Najib dan Rosmah.  Atau lebih tepat pagi calon-calon pro-Muhyiddin.

Kalau semua ini fakta dan bukan fitnah – apa pula sangkut pautnya dengan SPR dan PRU13? Apa pertalian parti yang sedang nazak dengan PRU13?

Untuk saya United Malays National Organisation sebagai sebuah parti politik telah lama terkambus.  Dalam PRU12 yang lalu  – Pakatan Rakyat telah mendapat  lebih banyak undi keseluruhan berbanding dengan  Barisan Nasional. Hari ini orang ramai  melihat dan sedar bahawa ombak rakyat menyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja memuncak malah kini ampoh membanjiri seluruh negara. Jika PRU13 dijalankan minggu hadapan , pasti Putrajaya akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Awas! Mustahil? Mustahil  untuk Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya. Biar saya terangkan dari mana kemustahilan ini muncul. Dalam satu segi saya membuktikan bahawa sokongan melimpah ruah. Dari  segi yang lain saya berani pula berkata yang Pakatan akan gagal ke Putrajaya. Ini satu ayat yang bercanggah.

Sebenarnya kemustahilan Pakatan Rakyat untuk sampai ke Putrajaya ini tidak ada sangkut paut dengan sokongan pengundi. Kerana dari kiraan undi, Pakatan seharusnya telah berkuasa bermula dari tahun 2008 dahulu. Pakatan Rakyat gagal dihalang. Siapa yang menghalang?

Yang menjadi batu penghalang untuk Pakatan mencapai kemenangan hakiki ialah SPR. Lembaga SPR ini sedang menjadi tembok besar untuk  memastikan tidak ada parti-parti politik lain yang boleh menang dan mengambil alih kuasa dari United Malays National Organisation.

SPR ini adalah tembok  pertahanan akhir yang memustahilkan pilihan raya dimenangi dengan cara mengundi. SPR telah mewujudkan satu sistem yang  lengkap dimana musuh United Malays National Organisation tidak mungkin akan dapat mengambilalih kuasa.

Lihat  tarikh pilihan raya – ianya hanya diketahui oleh Presiden United Malysa National Organisation. Ini untuk memastikan  parti-parti  lain boleh diperanjatkan dengan tarikh pilihanraya.

Warga asing dalam dunia ini semua tahu bila pilihan raya akan diadakan dalam negara mereka. Pakistan, walau pun sedang   diserang oleh ‘drone’ setiap hari tetapi rakyatnya  tahu bulan May tahun hadapan ialah  bulan pilihan raya. Warga  Iraq  dan Afghanistan  yang sedang  berperang tahu berbulan-bulan lebih awal tarikh  mereka keluar mengundi. Ini TIDAK pernah belaku di Malaysia. Ini yang saya maksudkan dengan sistem SPR yang diwujudkan untuk menipu.

Lihat pula pengunaaan dakwat kekal. Di Malaysia ini pengunaannya amat pelik dan memeranjatkan. Dalam dunia ini  warga mengundi dahulu kemudian sesudah mengundi baru dicelup jari dengan dakwat kekal. Dakwat hitam membuktikan Si Polan dan Si Polan telah mengundi.

Ini tidak berlaku di Malaysia. Dalam negara ini  satelah ada dakwat di jari baru dapat kertas undi. Celup dakwat dahulu baru dapat kertas undi. Ini melanggar lojik penggunakan dawat kekal. Dakwat kekal dijari bertujuan untuk  menafikan dapat kertas undi sekali lagi.   

Di Malaysia semuanya terbalik. Jari yang ada dakwat kekal  boleh  dapat kertas undi. Bayangkan berapa ramai hantu-hantu yang telah disusun oleh SPR akan  datang mengundi.  Mereka yang telah dihitamkan jarinya akan berpusing-pusing mengundi berkali-kali. Justeru, inilah sistem yang telah diwujudkan oleh SPR  bertujuan untuk menipu undi.

Orang ramai tahu bahawa ramai Mat Indon, Mat Bangla dan pendatang haram yang telah diberi kad pengenalan segera untuk membolehkan mereka mengundi. Untuk memastikan ‘ pengundi haram’  ini selamat SPR telah membuat peraturan  bahawa tidak ada sesiapa boleh menghampiri tempat mengundi. Wakil parti atau Pondok Panas wajib diletakkan sejauh 100 meter dari tempat mengundi.

Apa maknanya ini? Ini  adalah satu lagi contoh sistem yang diwujudkan oleh SPR untuk memastikan pekerja parti dan aktivis Pakatan tidak akan dapat melihat muka Mat Bangla dan Mat Indon  yang datang menyamar sebagai pengundi.  Seratus meter mustahil dapat dikenali muka pengundi – kecuali dengan teropong jarak jauh.

Didalam bilik mengundi ada  PACABA ( Polling Agent, Counting Agent dan Barong Agent) dari Pakatan Rakyat. Kali ini SPR telah membuat undang-unadng kecil untuk memastikan pekerja PACABA ini hanya dapat melihat bahagian belakang Si Pengundi.  Meja PACABA  diletakkan bukan untuk mengadap muka pengundi  tetapi untuk memerhatikan punggung dan belakang si Pengundi. Inilah yang saya maksudkan dengan sistem menipu yang diwujudkan untuk mengalahkan Pakatan Raklyat.

Saya berani berkata bahawa niat sistem ini bukan untuk  mengurus pilihan raya dengan lancar, teratur dan  baik. Ini bukan akidah SPR.   Sebagai tembok pertahanan akhir lembaga SPR ini telah menyususn pelbagai peraturan dan undang-undang kecil untuk memastikan United Malays National Organsiatgion  akan menang.

Apa yang saya paparkan ini belum merangkumi lagi 8 Tuntutan Bersih yang tidak dipedulikan. Bagaimana pula dengan pertambahan pengundi mendadak dipelbagai kawasan seolah-olah ada perumahan baru yang muncul setiap satu bulan. Bagaimana pula dengan nama-nama bakal pengundi yang pelik lagi lawak – Proton Saga bin Superman – ini tidak saya huraikan.

 Saya juga  juga belum menyentuh  ilmu ghaib yang dipakai oleh bakal Pengundi  yang lahir pada tahun 1974 tetapi mendaftar pada tahun 1972. Atau Pengundi  yang  lahir tahun 2004 tetapi mendaftar tahun 2009.  Atau pengundi yang telah mati pada tahun 1975 tetapi masih datang mengundi pada tahun 2008. Semua ini adalah sebahagian dari sistem SPR.

Semua yang saya tulis ini bukan pekara baru. Berkali-kali saya tunjukan bahawa inilah yang saya takrifkan sebagai  satu sistem. Justeru saya katakan bahawa dalam PRU13 ini Pakatan Rakyat bukan menentang United Malays National Organisation dan kuncu-kuncu dalam Barisan Nasional tetapi menentang  sistem yang telah diwujudkan oleh lembaga SPR.

Dari sekarang saya berani berkata – jika sistem SPR ini wujud – mustahil Pakatan Rakyat akan dapat mengambil alih pentabiran negara.  Sistem ini cukup kebal kerana ianya tidak diketahui ramai. Ianya  juga bertopengkan Parlimen. Orang ramai hanya tahu memangkah. Satelah memangkah  mereka menganggap diri mereka telah  mengamalkan demokrasi.

SPR dan United Malays National Organisation wujud bantu membantu. SPR hidup kerana United Malays National Organisation. Dan parti ini masih wujud  kerana sistem pilihan raya yang diwujudkan oleh SPR. Justeru untuk sampai ke Putrajaya SPR wajib dihapuskan dahulu. Menghapuskan SPR yang wujud hari ini adalah juga  Bersih.

Untuk memastikan PRU13 berjalan  bersih dan adil  orang ramai wajib memberi amaran kepada United Malaya National Organisation dan SPR. Amaran ini ialah – jangan menipu  di PRU13.  Amaran ini datang dari satu juta orang ramai  yang akan turun pada Hari Kebangkitan Rakyat. Satu juta ke  Stadium Negara pada 12 Januari  hanyalah amaran awal.(TT) 


NOTA:
tulisan inin telah disiarkan
dalam akhbar SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun ini
sila pukul talipon 03- 22-72-40-45


 




-------

ARAHAN PEGUAM NEGARA PUN - PARA CUKONG TIDAK PEDULI


KOMENTAR TUKAR TIUB
lihatlah betapa kuatnya kuasa kroni
lihatlah betapa kuatnya kuasa pemodal
lihatlah betapa kuatnya kuasa cukong

peguam negara telah menetapkan
kamera ini salah
tetapi mereka engkar

kalau peguam negara pun 
para cukong
para kroni
tak ambil pot

kita tidak ada jalan lain
hanya satu jawapan
satu juta turun ke jalan raya

NOTA:
hanya jalan raya 
yang akan mengajar mereka
yang dapat menyedarkan mereka

SEMUA KE
 KUALA LUMPUR
 
Putrajaya kekalkan kamera perangkap kelajuan AES walaupun saman dibekukan

KUALA LUMPUR, 26 Dis — Putrajaya akan meneruskan operasi kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) walaupun pembekuan pada pendengaran saman oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas, kata Menteri Pengangkutan  Kong Cho Ha.
Kong memberitahu The Malaysian Insider pihak berkuasa tidak akan berhenti mengeluarkan saman AES walaupun mendapat tentangan hebat daripada orang ramai dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong merujuk kepada kelulusan perbelanjaan dianggarkan kementerian itu di bawah Bajet 2013 bulan lepas.
Setiausaha agung MCA itu akhirnya menjelaskan isu berkaitan pemberhentian semua prosiding mahkamah berkaitan dengan saman AES oleh AGC untuk mengkaji isu-isu undang-undang yang dibangkitkan, selepas seminggu isu ini berada dalam keadaan tergantung.
“Saman itu masih sah dan akan terus dikeluarkan. Keputusan pembekuan itu terpulanglah kepada AGC untuk membuat keputusan,” jelas beliau menunjukkan bahawa kementeriannya tidak campur tangan dalam perkara ini.
Sementara itu, Kong juga mengakui saman AES tersebut bermasalah dalam sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
woit...INI BERITA BAIK... kah kah kah..
kah kah kah..... SATU SAMAN SATU UNDI UNTUK PAKATAN... kah kah kah..
kah kah kah... JADIKAN KAMERA INI AJENDA  MENGHASUT... kah kah kah....
kah kah kah...ORANG RAMAI CEPAT FAHAM.... kah kah kah..
kah kah kah...JADIKAN AES MACAM LEMBU SHAHRIZAT.... kah kah kah..
woit... HASUT JANGAN TAK HASUT... kah kah kah
MENGHASUT
untuk turun
KUALA LUMPUR
12 januari 2013
-------

PAKATAN RAKYAT AKAN MENANG TAK BERTANDING - ATAU PRU13 DI BATAL TERUS



CONTOH DESIN YANG AKAN
DI CADANGKAN UNTUK
MENDAPAT NOBAT
COOL
 KOMENTAR TUKAR TIUB
tukar tiub terus menerangkan bahawa
yang dilawan oleh pakatan rakyat
bukan united malays national organisation
tetapi
satu sistem yang telah disusun oleh SPR
yang bertujuan untuk memastikan
united malays national organisation dan kuncu kuncu
akan terus berkuasa

ini salah satu taktik baru
untuk memastikan pakatan rakyat 
akan dikalahkan


Proses tapisan calon PRU perlu diperluas

 Oleh Norakmah Mat Youb dan Mohd Nasaruddin ParziCetak
Kuala Lumpur: Proses tapisan senarai calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) perlu diperluaskan termasuk mengambil kira soal salah laku moral dan tidak sekadar menyentuh isu rasuah saja. 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi , berkata ia termasuk kes dalam siasatan pihak berkuasa, kes jenayah dan muflis. 
Katanya, tapisan menyeluruh terhadap isu rasuah dan salah laku akan memastikan kredibiliti politik serta amalan demokrasi negara menjadi lebih telus dan dihormati. 


Kita dulu banyak pengalaman apabila ada YB (Yang Berhormat) dihadapkan ke mahkamah selepas pilihan raya umum, termasuk daripada pakatan (pembangkang), katanya kepada BH. 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... BETUL KE INI? ....kah kah kah..

kah kah kah...BIAR BETUL.... kah kah kah...

woit.... KALAU MACAM INI SIAPA YANG AKAN TANDING?.... kah kah kah...

KES KES 
najib - kes bunuh altantuya
muhyiddin - kes rembat tanah di johor
zahid hamidi - kes tumbuk budak kelantan
rais yatim  - kes rogol amah
nazri - kes anak bunuh
isa samad - kes rasuah pemilihan
khairy jamaluddin - kes rasuah scomi
dan dan dan.....

NOTA
hanya seorang saha yang tak ada kes
dan boleh bertanding
namanya datuk ibarahim ali
dia bersih dan suci
kerana tiap hari mandi, memyelam dan meloncat
kah kah kah


--------

INI SATU FITNAH DAN SATU TOHMAH



PEMUDA GEROMBOLAN
BERAKSI
 SIAPA SIAGA

NOTA INGATAN
anak anak muda
sedang menggunakan
blog  facebook dan media baru 
untuk menabur fitnah dan tohmah

tukar tiub meminta agar
tohmah dan fitnah
tidak digunakan 
untuk menentang musuh politik

PEMUDA GEROMBOLAN CAWANGAN DHAKA
gambar di bawah ini adalah contoh satu fitnah
gambar ini menunjukkan 
kumpulan pemuda united malays national organisation
sedang gagah berani berdemo melawan musuh

gambar ini dikatakan 
gambar pemuda united malays national organisation
cawangan dhaka

ini satu fitnah
ini satu tohmah
pembaca tukar tiub
jangan sekali sekali terlibat dengan aktiviti saperti ini

gambar ini bukan gambar pemuda gerombolan cawangan dhaka
tetapi cawangan chittagong
jangan buat fitnah
jangan buat tohmah
jangan buat bodoh
nanti mak marah tauuu
kah kah kah

MEMBAWA SERIBU MAKNA
MEMBAWA
SERIBU BUKTI

KITA TUNGGU BERANI TAK
PATRIOT INI
DATANG UNTUK BUAT KACAU
ATAU SEMUA SUDAH MAKAN 
ROTI NAJIB 
KAH KAH KAH

--------






 SILA AMBIL PERHATIAN
MENGHASUT ORANG RAMAI
UNTUK TURUN KE KUALA LUMPUR
TELAH SEDIA


 

Anak muda jelajah Malaysia tarik 

ke #KL112




 KOTA BHARU: Bagi menggandakan momentum mobilisasi ke arah Hari Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013 (#KL112), satu inisiatif besar telah disusun oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ia dilakukan dengan kerjasama sekutu anak muda terdiri daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia dan dengan sokongan seketreriat Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR).

Mereka akan mengadakan roadshow Jelajah Anak Muda Menuju #KL112 dengan menjengah ke seluruh negara bagi bertemu anak muda.

Mereka menjemput semua NGO yang mempunyai tuntutan rakyat untuk hadir ke pentas jelajah ini bagi terus mengajak orang ramai agar hadir ke Kuala Lumpur pada tarikh yang dimaksudkan.

"NGO diberi keutamaan dan setakat ini, hampir semua venue jelajah akan dihiasi oleh warna-warna NGO bertuntutan," kata Badrul Hisham Shahrin atau Cikgu Bard.

Harapan secretariat Jelajah Mobilisasi Menuju #KL112 agar maklumat jelajah bersifat ‘countdown HKR’ ini dapat dihebahkan sebaik yang mungkin bagi memberikan impak terbesar menjelang perhimpunan paling besar dalam sejarah negara – yang menampilkan… 1 Juta Rakyat, tambah beliau.

Untuk itu, pelancaran gilang-gemilang akan bermula di Kelantan pada 26 Disember, iaitu 16 hari menjelang #KL112.

Selepas itu, Jelajah Anak Muda akan menjengah semua negeri di semenanjung dengan 12 lokasi dan kemuncak jelajah ‘Final Countdown’ akan berlangsung di lokasi bersejarah negara iaitu Padang Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur pada 11 Januari 2013 mengira detik 12 Januari 2012



-------

SEMUA DI RANCANG UNTUK KE 12 JANUARI


 KOMENTAR TUKAR TIUB
cuaca semakin hangat
minggu lalu mahasiswa duduk bantah di dataran
sapa pun tak berani kacau

pada 27 haribulan akan datang mogok lapar pulak
kita lihat apa yang akan terjadi

pada 28 haribulan kaum keluarga felda
buat  duduk bantah
sampai mat isa  turun terima memo

semua ini adalah perancangan
untuk hangatkan 12 januari

BERANI DATANGLAH DATARAN


18 sertai mogok lapar 100 jam di Dataran
Lapan belas orang akan mengadakan mogok lapar selama 100 jam mulai jam 8 malam Khamis ini sebagai satu protes terhadap beberapa isu alam sekitar dan kemasyarakatan.

Penganjurnya, Malaysian Youth Against Public Hazard (MYAPH) berkata mogok lapar itu akan berakhir pada detik tengah malam Tahun Baru.

Pesertanya  - yang juga akan terdiri daripada remaja dan pesara -  hanya akan minum air botol sepanjang tempoh tersebut.

Antara lain, kata penganjurnya, ia bertujuan mewujudkan kesedaran awam tentang ancaman yang mungkin dihadapi dari loji nadir bumi Lynas, penggunaan cyanide dalam perlombongan emas di Pahang, projek penapisan minyak Pengerang dan pelbagai projek empangan di Sarawak.

Dalam satu kenyataan semalam, jurucakap penganjur, Tan Woen Tian berkata aktivis dari pelbagai NGO akan berucap mengenai beberapa tajuk di Dataran Merdeka.

Antara mereka ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Wong Chin Huat yang akan bercakap mengenai nasionalisme manakala Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan akan bercakap mengenai pergerakan masyarakat sivil.



-----------