.

Sabtu, 19 Oktober 2013

DAPUR JALANAN AHAD PETANG


PENGUMUMAN
esok jam 6:00 petang
makan percuma akan diberi
kepada warga kota tanpa tempat tinggal

PROJEK DAPUR JALANAN
ialah amal bakti anak anak muda

SESIAPA INGIN 
membawa makanan esok
sila pukul talipon dahulu
ini untuk memastikan makanan tidak berlebihan
juga memastikan makanan cukup untuk semua
012-664-88-73 - hadi

SESIAPA NAK MEMBANTU
sila datang sebelum jam 6:00 petang
ke jalan panggung

BILIK SULIT MALAM INI DI BATU PAHAT



MALAM INI


 DI BATU PAHAT
MALAM  INI 19 OKTOBER

MALAM ESOK

DI JAY BEE
MALAM AHAD 20 OKTOBER
EMBRACE HALL - TAMPOI UTAMA

NOTA
akan ke utara
pulau pinang kepala batas dan ipoh
akan ke  kota bahru
ke kuala terangganu
ke kuantan
ke temerloh
sila tunngu dan nanti

--------------

SUARA ANAK MUDA PAS



Kenyataan Media Ketua Pemuda PAS Johor

Saya mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas kemenangan beliau bagi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dalam pemilihan baru-baru ini.

Khairy  menyifatkan kemenangannya sebagai kemenangan kumpulan progresif dalam UMNO. Tentunya kemenangan Khairy tidak disenangi oleh kumpulan konsevatif dalam UMNO yang lebih selesa dengan keadaan yang sedia ada. Saya sedang menunggu komen Tun Dr Mahathir yang pernah menyerang peribadi Khairy suatu masa dahulu. 

Kemenangan monopoli 189-0 yang diperolehi Khairy seolah-olah memberikan gambaran bahawa pemuda UMNO kian ketandusan pelapis kepimpinan yang berbakat yang mampu berhadapan dengan risiko menyaingi Khairy sendiri.

Kesannya nanti, pemuda UMNO bakal menyaksikan kekurangan suara kedua yang akan menjadi semak imbang dalam pemuda UMNO itu sendiri pada masa hadapan.

Bahkan, kegagalan menyatakan hujah serta misi perjuangan dengan jelas oleh calon-calon yang bertanding dalam pemilihan baru-baru ini sudah cukup memberikan gambaran kepada kita bahawa bakat kepimpinan pemuda UMNO kian pupus. Keadaan ini lantas memberikan kelebihan kepada Khairy untuk menang borong kesemua undian 189 berbalas 0.

Walaubagaimana pun sama ada pemuda PAS atau pemuda UMNO, sama ada pemuda PR atau pemuda BN kita berhadapan dengan tanggungjawab membangunkan anak muda Malaysia yang bakal memimpin negara satu masa akan datang. Marilah kita memposisikan pemimpin anak muda berbakat untuk kemajuan negara.

Suhaizan Kaiat
Ketua Pemuda PAS Johor


--------