.

Ahad, 6 Julai 2014

JANGAN SILAP LIHAT



INI ORANG
BUKAN BABI
jangan silap pandang
 
 
Saya sendiri sumbang berkampit beras kepada gelandangan, kata Ku Nan


Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan menghalang badan bukan kerajaan (NGO) membantu masalah gelandangan malah mengakui dirinya menyokong usaha memberi bantuan makanan kepada gelandangan di Kuala Lumpur sejak 14 tahun lalu.

 Tengku Adnan berkata, tidak ada masalah jika NGO lain mahu meneruskan aktiviti agihan makanan kerana beliau juga menjalankan operasi melalui kumpulan sendiri di Jalan Imbi, Bukit Bintang. "Saya sendiri pun operate di Jalan Imbi. Saya bagi support tiap-tiap bulan beras berkampit-kampit dan sebagainya. -


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...INI LEBIH SENIOR DARI FOOD NOT BOMB... kah kah kah..

kah kah kah..TAPI TAK PERNAH DENGAR PUN.... kah kah kah..

woit... AGAKNYA NGO NI BERGERAK BAWAH TANAH... kah kah kah..

kah kah kah..NAMA NGO INI  PASTILAH KFBITI.... kah kah kah..

kah kah kah...KFBIT  BUKAN KING  FOOD BEVERAGES  INTERNATIONAL... kah kah kah

kah kah kah...KFBT IALAH KING FRAUD BAWAH TANAH... kah kah kah


KAH KAH KAH



---------------

KENAPA SEMUA SENYAP BISU







Perkasa gesa adakan persidangan atasi masalah judi

PETALING JAYA: Bagi menangani masalah mesin judi haram, spa, rumah urut dan pusat-pusat hiburan yang mengancam moral dan akhlak rakyat serta ketenteraman awam, satu persidangan segera harus dilaksanakan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ibrahim Ali.
Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Pengarah Siasatan Jenayah, Jabatan Agama Islam dan lain-lain jabatan serta agensi yang mempunyai kaitan haruslah terlibat dalam melaksanakan persidangan ini.


KAH KAH KAH

woit 
kenapa senyap
kenapa menteri senyap
kenapa jamil khir senyap
kenapa ku nan senyap
kenapa mufti senyap
kenapa tok kadi senyap
kenapa tok imam senyap

lebai lim sudah beli?
haji vincen sudah beli?
lebai ananda sudah beli?

mana isma?
mana pukida?
mana pukipm?

atau 
malu ikut heng 

KAH KAH KAH



---------

HARI LAPAN






HARI LAPAN


petang ini gwa
keluar rumah
mana nak pegi
belum pasti
cari bazar ramadan
yang tak hot
yang tak hit
yang tak pop

tunngu esok
gwa cerita


SELAMAT 

BERBUKA





----------

AGAMAWAN CONTOH

 
 
 
 
 
 
AGAMAWAN
 
CONTOH

ustaz wan ji
dianggap ustaz paling cool oleh anak muda
malam kelmarin sang ustaz ini
telah mengepali
anak anak muda
anak semua bangsa
pergi mengedar makanan
pakaian
kepada warga miskin kota
 
inilah ustaz
yang bukan kerjanya
 bukan hanya menghalal
bukan hanya mengharam
tetapi jadi contoh kepada anak muda
 
 
 

SELAMAT
 
BERPUASA


---------

RUPA RUPA NYA PROJEK







gelandangan

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
   
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
   
"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini hari ini.


KAH KAH KAH
woit
sekarang semakin jelas
kah kah kah
rupa rupanya semua ini projek

nak jadikan warga miskin kota
satu projek lumayan
nak buat rumah perlindungan

dulu tahu 80'an heboh
dirikan pusat serenti
projek masyuuuuuk

kemudian tahu 90'an
heboh dengan pkln
ini juga projek masyuuk

bayangan ada kontrek buat bangunan
iada kontrek jual perabut

dan yang tak putus putus
dapat kontrek bekal makan

sekarang dah jelas
warga miskin kota
akan ditangkap dan dimasukkan
dalam anjung singgah

ini projek baru

tunngu dan nanti
akan sampai masanya
penjara pun kan di swastakan
untuk beri kroni bumiputera buat duit

KAH KAH KAH





-----------

BERITA SEDIH DAN PILOOO





         

SHAH ALAM - Selepas nama Menteri Wilayah Persekutuan,  Tengku Adnan Tengku Mansor menjadi ‘panas’ ekoran kenyataannya mengenai gelandangan yang telah mencetuskan kontroversi, sekali lagi nama beliau menjadi bualan hangat.

Terkini beliau didakwa memberi arahan kepada Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mengeluarkan saman kepada pemberi sedekah seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

Tengku Adnan dilaporkan berkata, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut disangkal oleh beliau dan menurutnya, arahan tersebut merupakan fitnah terhadap dirinya

KAH KAH KAH

ya ampooonnn
ya maulana
tengku fraud
kena fitnah
beta titahkan
tangkap fitnah itu
bawa fitnah ke hadapan beta
beta nak tengok fitnah itu
jantan ke betina
KAH KAH KAH

----------

NASI PANGGUNG MALAM KELMARIN



 

NASI 

PANGGUNG

MALAM

 KELMARIN

ustaz cool
beri taklimat


memang hebat
memang gempaq
memang cool

punya banyak minah cun datang
sampaikan
tak cukup sim card
nak ambil number
balak kacak dan bergaya pun ada sama
muka muka gagalis
kelihatan di mana mana

ANAK SEMUA BANGSA

lebih dari 100 anak muda
anak semua bangsa
bersetia kawan
dengan warga msikin kota

ada yang datang bawa makanan
ada yang datang pertama kali
ada yang datang bawa kawan
ada yang datang dengan harapan
cinta cinta dapur jalanan

DARI KELAB BANGSAR

anak muda telah bangun
menyatakan bantahan
terhadap undang undang baru
yang kan menjenayahkan 
orang miskin

peguam telah bercakap
pemimpin ngo menyatakan pendirian
ahli politik bercakap
menyatkan pendirian
tukar tiub bercakap
minta ramai ramai datang
minggu depan
minggu akhir jatuh hokum

PEGUAM CUN

dari jalan panggung
kumpulan anak muda
tim dapur jalanan
telah berarak
ke pasar seni
ke dataran bankok bank
untuk mengedar makanan
jawabnya
tak cukup

APA DIA

menu: (mushroom soup - tim dapur)  (roti, apple,airkotak - che ah & kawan2) (bubur pulut hitam, nasi lemak - kak ogie sekeluarga)  (roti canai- tim syed syahir) (roti kentang - fuzzy ampang) (apple-intan awek cun) (pyanhabib tokey air) (fauzi tim bundle, faliq joso towkey baju) (roti john pak malek baretta) (sup ayam brader shahril) (donut qish awek cun) (air mineral, ubat gigi - amirun kawan2) (biskut & air kotak- akak nisa wilayah)

BERARAK DI KL

TERIMA 

KASEH

kepada semua
datang lagi
minggu depan

----------- --------

INI CIK GU KE SPESIAL BRANCH





KAH KAH KAH

ini cik gu ke
soal siasat sb
dalam bilik sulit
jelas pakai baju batik lengan panjang

kesian tengok
anak sekolah
kalau mak bapak tahu
mati terkejut mereka

inilah hasil negara
ketuanan melayu
hasil negara islam
tunggang tunggit cium batu



LAGI BUAT KACAU





Malaysians for Beng Hock, Pemuda KLSCAH & Pemuda NSCAH
Kenyataan Media Bersama
5hb Julai 2014


Membatalkan Perintah Melarang Umat Islam berpuasa di Xinjiang, China

Menurut liputan media antarabangsa , kerajaan China melarang umat Islam etnik Uighur di Xinjiang daripada menunaikan ibadat puasa pada tahun ini. Larangan tersebut dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing.

Didapati beberapa agensi kerajaan China juga melarang kakitangan awam, guru dan pelajar muslim menunaikan puasa pada bulan ramadan. Misalnya, Jabatan kajicuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu adalah "arahan pihak atasan" dan ia meminta "semua kakitangan dan bekas kakitangan tidak berpuasa dalam bulan Ramadan". 

Lebih teruk lagi, menurut Kongres Uighur Sedunia, pihak kerajaan China memberi makanan percuma kepada penduduk Xinjiang untuk menggalakkan muslim tidak berpuasa. Pihak berkuasa tempatan akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.

Kami berpendapat larangan telah mancabul kebebasan beragama etnik Uighur. Ini merupakan penindasan terhadap kumpulan agama minoriti di China dan kita membantah segala penindasan terhadap etnik dan kumpulan minoriti di dunia. Demi menjamin kebebasan beragama, kami menggesa kerajaan China menghapuskan printah tersebut dengan segera.

Malatmat Kerajaan China melarang puasa ialah untuk meghapuskan pengganas (terrorist) dan pegiat pemisah (separatist) di Xinjiang. Malangnya penindasan dan penyekatan kebebasan beragama tidak akan mendatangkan harmoni, bahkan mendorong perkembangan kegiatan pemisahan sebagai tindakan reaksi yang menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap  diskriminasi dan ketidaksamarataan di Xinjiang. 

Kami berasal dari negara bermasayrakat majmuk, memahami kepentingan saling hormat-menghormat antara kaum dan agama, ia merupakan pancasila keharmonian masyrakat. Kami menggesa kerajaan China menjamin hak asasi manusia etnik Uigur dan membatalkan perintah yang tidak munasabah tersebut.
.  
Ng Yap Hwa, Penyelaras Malaysians for Beng Hock
Robert Lua, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor
Koo Kai Soon, Ketua Pemuda Dewan Perhimpunan Cin Negeri Sembilan



---------

NAJIB DARI SUWEYLASI




Umat Islam elak terjebak dengan militan dan bersikap keterlaluan, kata Najib


Umat Islam di negara ini dinasihat agar tidak terjebak dengan kegiatan militan dan kefahaman yang keterlaluan kerana hanya akan memburukkan imej agama Islam.
Perdana Menteri  Najib Razak (gambar) berkata sikap militan dan keterlaluan dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai atas nama agama adalah ditegah sama sekali.


KAH KAH KAH

woit 
minggu lepas
mat mongol
sokong isil
minggu ini tak sokong

betul najib ini
dari pulau suweylasi
najib sokong sepanyol
sepanyol kalah
najib sokong isil
isil akan kalah
KAH KAH KAH


-----------