Jumaat, 11 November 2011

ANAK ANAK MUDA BERSEDIA UNTUK BESIH 3.0





LEMBU CARI KONDO





PROJEK LEMBU: BELI KONDO UNTUK PELABURAN, KATA KHAIRY
- mkini

Ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengakui bahawa syarikat National Livestock and Meat Corporation yang dimiliki anggota keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli unit apartmen mewah One Menerung di Bangsar, dilaporkan dengan bayaran sebanyak RM9.8 juta.

Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.

"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?

"Kalau dibiar sahaja duit itu dalam akaun semasa, bukan sekadar ia tidak membawa pulangan tetapi dengan iklim ekonomi dunia yang melihat fenomena inflasi atau kenaikkan harga barang, nilai sebenar duit ini mungkin terhakis," kata Khairy lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang ditimbulkan ahli parlimen PKR Saifuddin Nasurtion dan juga pengarah strategik parti itu, Rafizi Ramli berhubung pembelian hartanah yang disifatkan sebagai penyelewengan dana awam.

Pembelian untuk kondominium berkenaan telah direkodkan sebagai hutang NFC kepada NMLC, dakwa Saifuddin semalam.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAHU TAK KENAPA KHAIRY SOKONG ANAK MAMI.... kah kah kah...

kah kah kah...JAWAPAN PALING BODOH...PALING BANGANG...kah kah kah...

woit... HAIRAN KE... KENAPA KJ SOKONG ANAK MAMI?.... kah kah kah...

kah kah kah... INI KERANA PROJEK INI DI LULUS ZAMAM DOOLAAA ZZZZZ.... kah kah kah..

kah kah kah...INI SAJE SABABNYA?..... kah kah kah..

kah kah kah...ADA LAGI TAK? kah kah kah..

kah kah kah.... ADA SATU SEBAB YANG PENTING.... kah kah kah...

kah kah kah...KHAIRY INI BERMINAT DENGAN ORANG GEDEBAB.... kah kah kah..



BERSEDIA BERSIH 3.0


KENYATAAN DARI KAMI




MAT NGANTUK II ZZZZZZZZZ






MAHSISWA DIKASARI KETIKA NAK MELIHAT NAJIB

Sekumpulan mahasiswa mendakwa telah dikasari pemuda BN sewaktu menyambut ketibaan Perdana Menteri di Majlis Rumah Terbuka Deepavali Malaysia 2011, di Kampung Jawa Klang malam tadi.

Mereka terdiri dari empat orang, dari Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendakwa dikepung oleh 30 pemuda BN ketika cuba mempamerkan sepanduk yang bertulis "Mahasiswa gesa kerajaan pinda AUKU dan Akta 174" kira-kira jam 8.30 malam sebelum ketibaan Najib Razak.

Setiausaha Kami, Khairul Rafidi yang mengesahkan perkara itu kepada Harakahdaily berkata, ketika kejadian pemuda BN tersebut telah datang berjumpa kumpulan mereka dan mengugut agar tidak menaikkan sebarang banner.

Menurutnya, keadaan kemudian menjadi tegang apabila mahasiswa tersebut tidak mahu berganjak.

Dua ahli Kami yang terlibat dalam kejadian itu, Haziq Fikri dan Khalid Mohd Ismath pula mendakwa mereka didatangi kumpulan pemuda BN itu secara kasar dan terus menolak mereka.

"Mereka datang seperti gangster. Mereka ugut dan sentuh kami malah menolak kami dengan kasar", kata Haziq yang mendakwa mereka hanya diam kerana khuatir akan keselamatan mereka memandangkan jumlah pemuda BN terlalu ramai.

Selepas itu katanya, beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan Cabang Kota Raja yang juga berada di tempat kejadian datang membantu mereka keluar dari kepungan tersebut.

Ekoran kejadian itu juga, mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk menaikkan sepanduk tersebut ketika perdana menteri tiba di situ.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
ini mesti pakai teknik silat arab
silat tomoi arab
kerana najib baru saja
pulang dari belajar silat arab

kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

YANG PENTING MODAL BUKAN AGAMA




INI KERAJAAN PAKATAN DI KEDAH













KECEWA TINDAKAN KERAJAAN KEDAH
- meloya

ALOR SETAR 10 Nov. – Seluruh kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak dekat sini sebulat suara akan mempertahankan madrasah itu daripada dirobohkan walaupun notis mengosongkan bangunan daripada kerajaan negeri berakhir hari ini.
Pengerusi jawatankuasa madrasah, Ahmad Hamzah berkata, ahli kariah amat kecewa dengan tindakan kerajaan Pas Kedah yang membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas itu yang mendapat sokongan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

Sehubungan itu, pihaknya mendesak agar satu perbincangan semula diadakan dengan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK), Jabatan Mufti negeri dan Pejabat Tanah Kota Setar berhubung status sebenar premis di atas tanah wakaf itu.

“Seluruh pemegang amanah dan kariah sangat kecewa kerana kerajaan negeri dan pemaju projek ini melanggar dan mengabaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah sendiri yang dikeluarkan pada 21 Jun 2010.

“Jadi kami semua ahli jawatankuasa nekad untuk mempertahankan madrasah ini supaya dikekalkan tanah wakaf khas berusia 100 tahun ini daripada diambil dan membantah sekerasnya bangunannya dirobohkan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Difahamkan, tapak madrasah seluas 0.08 hektar akan dibangunkan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan semula Plaza Tunku Yaacob yang turut membabitkan pembinaan kompleks beli-belah, pusat komersial, hotel dan kondominium.

Projek tersebut dikatakan dibangunkan oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Bina Darulaman Berhad dan pemaju swasta.

Menurut Ahmad, pihaknya turut keliru dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 21 Jun lepas yang disifatkan membelakangkan pemegang amanah madrasah.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


NOTA:
apa maknanya ini?
sebuah madrasah yang berumur 100 tahun akan diruntuh
bukan kah ini sejarah dan warisan bangsa?

apa maknanya ini?
tanah ini untuk beri laluan kepada gedong membeli belah
tanah ini untuk buat kondo mewah

apa maknanya semua ini?

maknanya kapitalisma lebih kuat dari islam
maknanya lobi kaum pemodal boleh menundukkan islam
maknanya duit lebih berkuasa dari sejarah agama dan bangsa

apa yang berlaku ini cukup baik
apa yang berlaku ialah kuliah politikal ekonomi yang terbaik
apa yang berlaku ialah kuliah politik yang terbaik

dengan serta merta orang ramai akan faham
bahawa kaum pemodal lebih berkuasa
agama hanya memainkan peranan kecil

dengan ini segala heboh heboh tentang agama itu hanyalah retorik
yang asas ialah ekonomi
yang menjadi kemudi dunia ialah ekonomi
ekonomi adalah induk untuk kita dapat memahami
apa yang sedang berlaku sekarang

dalam kes ini ekonomi yang dimaksudkan ialah sistem ekonomi kapitalis
tidak ada booooook
tidak ada beeeeek


NOTA:
dalam sistem ekonomi kapitalis
apa boleh jual akan dijual
asalkan mendapat untung
ini hukum kapitalis

dalam sistem ekonomi sosialis
bukan keuntungan menjadi pedoman
tetapi kesejahteraan ramai



INI KERAJAAN PAKATAN DI SELANGOR


HARI INI PADA JAM 11 PADA BULAN 11 DAN HARI 11 - 1918




SETIAP KALI IANYA DATANG













SETIAP KALI IANYA DATANG

aku pun sampailah ke dalam kota kecil yang dipanggil wavre
lalu aku menginap dalam dadanya
lalu dia mengajar aku tentang sejarah dan perjuangan
lalu dia membuka mata aku pada nadi hati manusia

setiap kali 11.11 sampai aku pun sedar
20 juta anak-anak muda gugur
gugur tanpa kubur
gugur tanpa nesan

setiap kali aku ke kota london
setiap kali aku melintasi flanders
mata aku mengintai
hati aku tunduk
mengingatkan anak anak muda yang gugur

anak anak muda yang gugur
anak anak muda yang meninggalkan ibu dan ayah
anak anak muda yang meninggalkan kaum keluaarga
anak anak muda yang meninggalkan kekaseh
anak anak muda yang dijadikan pekakas
oleh raja dan kaiser
anak anak muda yang dijadikan pekakas
oleh kaum pemodal
anak anak muda yang gugur
agar raja dan kaiser terus bertahta
anak anak muda yang menjadi mayat
untuk kaum pemodal memiliki dunia

biar aku kesah kan disini
disatu pagi
satu ketika yang lama dahulu
aku masih teringat lagi
dalam bas perjalanan ke brussels
oooh terlupa nama kota ini
hanya mata hati aku merakamkan apa yang aku lihat

dipagi itu
pada 11.11.1987 dari cermin tingkap bas
aku ternampak 7 orang datuk
berbaju soldadu
dengan lencana dan bendera
mereka berkawat untuk mengingati sejarah
merekalah anak anak muda yang sempat pulang
merekalah anak anak muda yang menemui kekasih
merekalah anak anak muda yang membawa pulang cerita
merekalah anak anak muda yang tidak gugur di flanders

jika kau membaca tulisan aku ini
sila cari kembali sajak bunga popi
jika kau membaca tulisan dan aku ini
kau akan faham apa yang ditulis oleh tongkat waran

ketika aku melintasi padang-padang rumput di flanders
ingatan aku subur kembali
kepada sajak bunga popi
lalu aku ngerti mengapa tongkat menulis
bunga popi
bunga darah
bunga nanah

pada 11.11.2011 ini aku tuliskan ingatan ini
agar seribu tahun lagi
jika sesiapa menemui tulisan ini
maka dia akan berkata:
bahawa masih jauh lagi perjalanan kita sebagai manusia

BUNGA POPI




NOTA:
seluruh eropah ditutup pada 11.11
ini untuk mengingati roh dan arwah
anak anak muda yang telah gugur
di medan perang dunia pertama

hari ini juga pada pada jam 11 hari 11 tahun 1918
perjanjian perdamain telah di tandatangai
untuk menamatkan perang dunia pertama

KAKI BODEK DAN KAKI ANGGUK



NOTA:

apakah perlunya 23 pengawal?
berbanding dengan presiden iran
beribadah tanpa pengawal saudi

apakah ini kerana ada berita
mengatakan ejen risikan
dari mongolia telah
membuat haji sama?

entot pandai
dah entot tak pandai simpan
kah kah kah



23 PENGAWAL - MENGAWAL









MENTERI : MAKSUD TWITTER PM SELESAI WUKUF , BUKAN HAJI – mkini

Isu itu timbul apabila Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Juanda berpendapat bahawa sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor Selasa lalu, itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.

Beliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri i Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.

"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... INI LAH CONTOH BARUA TERBAIK.... kah kah kah..

kah kah kah... BARUA INI CUKUP BIJAK..kah kah kah..

kah kah kah...BUKAN SAJA BOLEH BACA TWITTER...kah kah kah..

kah kah kah..BOLEH BERI INTERPRETASI LAGI...kah kah kah..

kah kah kah... PATUTNYA MALOAN INI DILANTIK UNTUK MENJADI MENTERI TWIITER.... kah kah kah...


KAKI BODEK


NOTA:
nak bodek ....bodeklaaaa
biar masuk akal...
nak jadi barua tak ada orang marah..
hanya misai tu cukur sikit
tak kena dengan feshen rambut
rakyat malaysia tengok tak ada selera nak makan
kah kah kah


PROGRAM UNTUK PEMBERSIHAN MINDA




PESTA - DI DEWAN PEERHUMPUAN CHINA


AHAD INI ini dari jam 10:00 - hingga jam 5.00 petang

APA DIA ISINYA:
perbincangan
lawak
musik
tariam pukulan gerndang - menjamin dapat
membersihkan kepakla anda untuk bersedia
melawan rosmah!


KLIK UNTUK BESARKAN



















KLIK UNTUK BESARKAN



PROGRAM AHAD DEPAN 20/11/11

ini program untuk sesiapa yang ingin berfikir
anjuran parti sosialis malaysia

semua yang ingin berfikir dan tak nak jadci pak turut
sila pukul talipon dan buat hubungan
semua boleh datang

hanya zul nordin di larang
kerana dia tak boleh berfikir!




BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0


SATU LAGI BERITA NATO - NO ACTION TALK ONLY




NO ACTION TALK ONLY






PENGUNDI POS DI LEMBAH PANTAI NAIK 1,400 PERATUS – mkini

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).




NOTA:
orang ramai telah tentang penambahan undi hantu
orang ramai tahi tentang penambahan undi pos
rakyat telah selalu mendengar berita ini
mereka membaca berita penipuan kad pengenalan
mereka membaca kes pendatang asing
dapat kad pengenlan dan jadi warga segeera

orang ramai naiik muak
orang ramai sudah bosan
orang ramai nak muntah
dengan berita ini


kalau sudah tahu kena tipu
apakah tidak melawan?

persoalan:
apa yang wajib dilakukan
apa tindakan yang wajib diambil
atau hanya
NATO?


TIBA - IALAH TIM ANTI NAJIB




TIBA MASANYA AKAN DITENDANG







PKR : BUKU BUKTI ADA CUBAAN GULINGKAN NAJIB
- mkini

Sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Mengulas buku itu, naib presiden PKR N Surendran berkata adalah jelas cubaan menikam dan menggulingkan Najib semakin menjadi lebih berani.

"Adalah jelas daripada penerbitan buku ini menunjukkan ada percubaan menikam Najib dari kalangan dalaman Umno serta menjatuhkannya. Gerakan itu semakin kuat dan menjadi semakin berani.

"Semakin jelas bahawa Umno/BN akan kalah teruk pada pilihan raya akan datang dan pemimpin serta kumpulan Umno cuba mencari kambing hitam untuk dipersalahkan kernan gagal merampas kuasa untuk diri mereka sendiri.

"Tidak dinafikan Najib bertanggungjawab terhadap kepincangan yang berlaku dalam Umno hari ini. Namun ini adalah akibat kegagalan jangka panjang kolektif yang telah membawa mereka ke keadaan sekarang," kata Surendran dalam satu kenyataan akhbar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit....INI BUKAN PERCUBAAAN NAK GULINGKAN NAJIB.... kah kah kah..

kah kah kah..INI RANCANGAN YANG LICIK DAN TERATUR.... kah kah kah...

kah kah kah... BUKAN PERCUBAAAN.... MEMANG HENDAK DIGULINGKAN...kah kah kah..

kah kah kah...BUKU INI HANYA MANIFESTASI DARI GERAKAN INI.... kah kah kah..

kah kah kah... TIBA – TIM ANTI NAJIB - HANYA MENUNGGU MASA UNTUK BERGERAK... kah kah kah..

kah kah kah...SILA TEKA SIAPA DI BELAKANG SEMUA INI?....... kah kah kah...

kah kah kah...TIBA AKAN TIBA MENUNGGU TIBA DATANG.... kah kah kah..

nota:
sanggupkah muhyiddin mengambil rosmah
sebagai fat lady of malaysia?
kah kah kah


NOTA:
buku dari TIBA ini
akan diedar secara
percuma di persidangan gerombolan
pada ketika ini tengku fraud
sednag berusaha dan mencari jalan
untuk memastikan buku ini tidak masuk
ke dlam dewan persidang


NOTA:
siapa di belakang TIBA?
muhyiddin?
ezam mat nor?
mahathir muhamad?
daim zainuddin
atau ...
jeng jeng jeng