.

Isnin, 8 September 2014

BERBAHAGIALAH HENDAKNYA






Wan Azizah: Saya sedikit terguris tapi tak marah

6:19PM Sep 8
Presiden PKR itu anggap komen beliau "tidak berkelayakan" jadi MB sebagai teguran dan meminta ahli partinya tidak buat kenyataan balas.

KOMENTAR


perempuan berjiwa besar
suami pernah dipenjara
anak pernah difitnah
keluarga selalu ditohmah
diri sendiri dipelekeh
tapi perempuan ini
berjiwa besar
perempuan ini tidak pernah marah

berbahagialah sang suami
berbahagialah sang anak
berbahagialah  parti yang 
dipimpin perempuan ini

berbahagialah selangor hemdaknya



-----------

NAJIB AKAN KENA TENDANG







ARKIB BERIAT  11 JULAI 2012

PM mansuh Akta Hasutan, gubal Akta Keharmonian Nasional

KUALA LUMPUR - Najib  Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.

"Dengan adanya akta baharu ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara. Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama," katanya pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.



| September 8, 2014
ISMAIL SABRI / KPDNHEP
Sekiranya Akta Hasutan dihapuskan, misi kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 juga akan menuju kegagalan. More 




perkasaBenarkah Perkasa dengan tujuan mereka berkaitan Akta Harmoni?
September 8, 2014
Akta yang dicadangkan oleh NUCC kepada kerajaan ini terpecah kepada tiga, iaitu Racial and Religious Hate Crimes Bills, National... More ››






KAH KAH 


KAH



woit apa maknanya ini?

najib kata mansuh

ibrahim ali kata jangan mansuh

najib kata hapus

madey kata jangan hapus

zam kata jangan hapus

ini ertinya

najib nak kena tendang

oleh ibrahim ali


KAH KAH KAH

------------

PETANG KELMARIN JALAN PANGGUNG






NASI 

PANGUNG

anak semua bangsa berhujung minggu
bersama warga miskin kota, tanpa rumah
saling tak mengenal nama, 
bertukar-tukar kasih, bertukar-tukar rasa
menikmati kehidupan, menikmati selagi ada

Displaying 10410811_529124807192190_2139541053297104424_n.jpg

Menu & kontributor untuk Dapur Jalanan minggu lepas:-
Tim Dapur Jalanan - Bihun TomYam
Tim Syed Syahir - Roti Canai / Air Mineral
Qish Awek Cun - Pau Kacang Merah
Nani & kawan-kawan - Roti
Fazzy kelas kita - Buah-buahan

Para penyumbang tenaga; yang buat sibuk; yang buat ramai:-
Aisyah, Syu, Fazzy, Sya, Amir & hazman MSU
Ila awek Ipoh, Nani & kawan-kawan 
Ida & abg krew TV Al-Hijrah, Man & 
Ustaz WanJi, Ronasina & keluarga, Wak Jal Hamdan,
Hijrah, Azen, Mat & Battalion GengKotak
dan semua kawan2 yg hadir membantu, menghidang & memeriahkan petang ahad
 di Jalan Panggung!
Displaying DSC_0794.JPG

Terima kasih daun keladi
adik, abang, kakak, awek & semua
jemput datang ke Jalan Panggung
minggu depan kita berdapur lagi!

- Dapur ada merchandise baru!
 Apron DapurJalananKL!
 RM20.00 dgn sumbangan. Boleh dapatkan di Jalan Panggung dan sekitar 
kawasan jajahan. untuk tempahan tunggu sekejap, akan diumumkan 

Displaying DSC_0785.JPG

 untuk maklumat info, sila cari & tekan like Facebook page DapurJalananKualaLumpur dan follow
twitter: @DapurJalanan & Insta - dapurjalananKL

- untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur Jalanan, 
CIMB: 8001-7278-49
 spkl collective

Displaying DSC_0800.JPG
- Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 019-267-12-85 
 Hadikhalid = 012-664-88-73

Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
08 September 2014






---------------

ILMU PERLEMBAGAAN KITA






INSTITUSI TIANG NEGARA


Melayu perlu pertahan empat institusi, 


kata Zahid Hamidi 

Ahmad Zahid Hamidi  berkata orang Melayu perlu mempertahankan empat institusi yang selama ini menjadi tonggak kekuatan bangsa dan Umno.

Katanya empat institusi tersebut adalah  Seluar Dalam Rosmah, sebagai simbol persekutuan, Cincin Rosmah sebagai cahaya berpelembagaan, hak keistimewaan  Rosmah memakai Beg Birkin dan Rambut Rosmah rambut kebangsaan.    

"Kita dalam Umno harus pertahankan empat institusi ini, tiada kompromi terhadap keempat-empat institusi ini dan Umnolah yang mendukung kekuatan empat perkara ini," katanya. 


Beliau berkata pada masa kini terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat institusi tersebut apabila melihat Umno mula berpecah dan ada juga anggota parti yang bertelagah sesama sendiri.


---------

JANGAN SEBAR FITNAH








 | September 7, 2014
fahmi_300
Setiausaha Agung PKR tidak pernah membuat kenyataan kepada media mengenai jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan di... More ›

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan bahawa parti itu bersetuju untuk menghantar tiga nama kepada pihak Istana.
Dalam kenyataan tersebut PKR menjelaskan laporan berita yang dibuat oleh mStar (“Isu MB: PKR Akhirnya Hantar Tiga Nama”) dan The Star (“ PKR finally agrees to nominate three candidates for MB”) adalah tidak benar sama sekali.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menjelaskan Setiausaha Agung PKR tidak pernah membuat kenyataan kepada media tersebut mengenai jumlah nama calon Menteri Besar Selangor yang akan di hantar PKR kepada pihak Istana.
“Jelas rencana-rencana tersebut turut cuba menimbulkan persepsi bahawa Setiausaha Agung mengesahkan maklumat jumlah calon seperti yang dinyatakan.


KOMENTAR
diterangkan saterang terang
parti keadilan rakyat -pkr
hantar satu nama sahaja
nama itu ialah nama wan azizah
yang juga presiden pkr


hartar satu nama ertinya 
tak ada nama lain
hanya nama wan azizah

tidak ada nama azmin
tidak ada nama azman
tidak ada nama azmon

yang ada hanya nama wan azizah

ini pun susah nak faham
atau
memang ada niat jahat

----------