Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Jumaat, 26 Ogos 2011

JANGAN BIARKAN INGATAN DIJAJAH





HARI 26 SELAMAT BERBUKA PUASA




APAKAH KAU TERINGAT

apakah aku teringat ketika itu
semuanya indah
apakah kau teringat ketika itu
semuanya senang
apakah kau teringat ketika itu
betapa lambatnya hari berjalan
apakah kau teringat ketika itu
betapa lambatnya fajar menyinsing dipagi raya

betapa lambatnya masa berjalan
betapa lambatnya puasa selesai
untuk sepatu baru dipakai
untuk bersongkok di kepala
untuk mundar mandir tak tentu hala

ini ketika dunia belum global
ini ketika dunia belum digital
ini ketika kampong aku memasang pelita
bukan untuk hanya di malam raya
tetapi untuk sepanjang masa

apakah kau masih ingat mengacau penganan
apakah kau masih ingat petang membakar lemang
ini sebelum lemang ada di tepi jalan
ini sebelum penganan ada di pasar raya

kini semuanya hanya ingatan
kini semuanya hanya catitan

bila dijamah rendang itu
bila dirasa dodol itu
adalah tanda satu perjalanan
yang telah selamat selesai
tanda menutup kitab yang lama
tanda membuka kitab yang baru
tanda yang berlalu telah berlalu
ianya tidak akan kembali lagi

aduh !
manusia dengan masa
dari zaman berzaman
manusia bergelut dengan masa
aku masih terpertangkap t oleh detik dan ketika

petang ini
aku ajak kau bertenang
petang ini
aku hanya ingin bertanya
sepuluh tahun dahulu dipetang ini kau dimana
dua puluh tahu dahulu dipetang ini kau dengan siapa
tiga puluh tahun dahulu dipetang ini kau membuat apa
empat puluh tahun dahulu apa janji kau pada hidup
lima puluh tahun dahulu apakah kau masih ingat
enam puluh tahun dahulu apakah kau telah wujud

petang ini jumaat 26 haribulan ogos 2011
kota kuala lumpur cuaca mendung
tengah hari hujan lebat
dan aku tidak berpuasa kerana serangan sakit kepala

bila catatan ini dibuka kembali seribu tahun nanti
aku sedang beristirehat di syurga


DENGRAKAN DAN DAM DUM INGATAN KITA




nota:

lihatlah betapa zalimnya sang pemerintah
senikata :
dam dam dum bunyi mercun
kanak kanak datang berduyun duyun
telah diharamkan dari didengar


alasan ialah untuk menjauhkan bahaya mercun

cuba tanya
dalam dalam satu tahun
berapa warga ramai mati dilanggar kereta
kenapa kereta tidak diharamkan


apa sebenranya yang berlaku ialah
untuk membu sdang pemerentah memiliki kuasa
boleh memadam kan apa sahaja
atas alasan apa sahaja
mereka boleh menafikan ingatan kita

lagu ini adalah lagu kita
kita rayakan dam dam dum bunyi mercun
kerana ketiaka itu kita kanak kanak
memang datang berduyun duyun

UTUSAN DAN BERITA HARIAN TERBAIK UNTUK KITA




INI AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT





MEDIA PERDANA PERLU BEBAS DARI CENGKAMAN POLITIK
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat menggesa kerajaan membebaskan media perdana khususnya media cetak dari kongkongan parti politik pemerintah.

Apatah lag Koh Tsu Koon sebelum ini mendakwa bahawa media cetak masih lagi menjadi sumber utama berita dan sesuai dengan generasi lama

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, parti pemerintah tidak seharusnya mengambil kesempatan untuk meracuni pemikiran generasi lama dengan berita berat sebelah dan menyerang pihak pembangkang semata-mata.

Media perdana milik rakyat kini seolah-olah dimiliki parti politik tertentu sehingga laporan mereka tidak lagi bersifat merakyat.

Pergantungan generasi lama terhadap media cetak sebagai sumber berita sangat tinggi kerana akses internet masih belum mencakupi keseluruh kawasan khususnya di kampung-kampung.

Namun keadaan itu telah diambil kesempatan parti pemerintah meracuni pemikiran rakyat dengan pelbagai agenda sempit kepartian BN seolah-olah media tersebut milik penuh mereka sedangkan ia akhbar perdana negara.

"Selama ini segala bahan berita yang dimuatkan hanya menunjukkan kebaikan BN sedangkan imej Pakatan Rakyat diburukkan dengan pelbagai berita yang songsang," katanya.

KOMENTAR TUKAR TIUB

tt tidak percaya kepada kebebasan akhbar
ini adalah konsep untuk menipu orang ramai
kerana di belakang akhbar ialah kaum pemodal
justeru adalah hak orang melabur untuk menyampaikan pandangan mereka
mustahil mereka melabor untuk kebaikan umum
kaum pemodal melabor untuk dapat untung
disemua akhbar dalam dunia ini ialah kaum pemodal
kecuali akhbar the guardian london
kecuali akhbar le monde paris
dua akhbar ini bukan milik pemodal

apa yang patut kita perjuangkan ialah:
kebebasan untuk menerbit akhbar

sekarang kita memerlukan lesen
untuk mencetkl akhbar
ini wajib ditentang
sesiapa sahaja seharusnya boleh menerbiitkan akhbar
sesiapa sahaja boleh mencetak
sesiapa sahaja boleh mengeluarkan pendapat

jika mereka ada modal
jika mereka ada keupayaan
jika mereka ada jaringan
sila terbitkan akhbar dan bersaing
yang terbaik akan berjaya
yang kaki bodek akan mampus

akhbar arus perdana di malaysia hari ini adalah yang terbaik
apa yang ditulis di utusan
apa yang ditulis di berita harian adalah terbaik
akhbar ini harus digalakan untuk terus
terbit seperti yang mereka lakukan hari ini

kita tidak mahu mereka menjadi seperti akhbar le monde di paris
atau the guardian d london
atau the observer di london
atau wahington post di amerika

dinegara negara ini blog dan
laman web amat susah berkembang
di negara barat orang percaya akhbar mereka
ini menyusahkan blogger
ini menyusahkan pembuat laman

kerana utusan macam utusan hari ini
kerana berita harian macam berita harian hari ini
maka di malaysia pembaca blog
maka malaysia pembaca laman web
adalah yang terbesar dalam dunia
ini adalah hasil dari media arus perdana

blog dan laman web adalah media bebas
yang wujud kerana memerlukan lesen untuk mencetak

bayangkan kalau warga percaya pada utusan
bayangkan kalau warga percaya kepada berita harian
berapa ramai akan pergi ke harakah daily

berapa ramai akan pergi ke keadilan daily?
berapa ramai akan pergi ke malaysiakini?
berapa ramai akan pergi ker malaysian insider?
berapa ramai akan pergi ke malaysia today?
berapa ramai akan pergi ke malaysian digest?

tukar tiub pasti tidak ada pembaca
kah kah kah


INI MILIK PAS



nota:
sila tanya pemuda ini apakah utusan
akan memberi laporan yang baik tentang pas

kemudian tanya pemuda ini apakah harakah
akan memberi lapoarn yang baik tentang barisan

semua media memiliki dasar
semua media mengajukan pandangan
jadi adalah hak kita untuk menerbit
bukan untuk di lesen
pandangan dan pendapat tidak perlu di lesen
kerana ianya wujud dalam fikrah

NOTA:
utusan dan harakah dan roket dan suara kedailan
adalah akhbar parti
makan mustahil akhbar ini akan bercakap baik
tentang musuh

SAEKOR LAGI HASAN ALI





RAKYAT TELAH BANGUN




LYNAS:PAS PUSAT AKAN PANGGIL DR CHE ROSLI
– harakah daily

PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.

Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

NOTA:
awas siapa yab ini?
apa yang wajib dilakukan oleh paar pengundi

1 – pastikan yb ini tidak akan lagi dicalonkan
2 – jika yb ini dicalonkan juga – pastikan dia dikalahkan

kenapa?

kerana telah jelas yb sepeti ini tidak membawa apa2 manafaat
kepada kepenting orang ramai
malah memilih yn seperti ini lebih baya dari memileh yb gerombolan
yb gerombolan kita namapk jelas sebagai musuh
yb seperti ini musuh dalam seluar

belajar dari sejarah:
semasa orang putih menjajah
kita senang melawan kuasa mat saleh ini
jelas dan nampak untuk dilawan
bila gerombolan naik tahtha
ramai terkabur mata
inilah samalah seperti yb ini

nota:
anak muda anti nukelear bersedia!

SAMPUL BERSIH UNTUK RAYA




SAMPUL ANGPAU BERSIH UNTUK RAYA


para pemabaca tt
para penyokong demokrasi
para kaki demonstrasi
sila dapatkan sampul angpau bersih

ini untuk dana bersih
untuk kerja masa depan
ini untuk membuktikan bersih
bukan barua apco

sila pukul talipon:

603 - 77- 84- 49- 77

atau

012- 220-87-84

atau pergi terus ke:

13 lorong 4/48E
46050 PETALING JAYA


dapatkan sekarang!

BERSAMA KE JALAN RAYA

MEMBELUT JUBUR SENDIRI




ADA PANJANG MACAM INI?




nota:
dulu kesah raja gopal pahang
anu nya panjang berlilit
sampai ke pergelangan tangan
bila raja gopal ini mati
ada tiga batu nesan tercacak
kah kah kah

mungkin saifool ini keturunan
raja gopal yang sama kah kah kah



MUNGKIN ADA SPERMA SAIFUL DI DUBUR SENDIRI, KATA PAKAR – malaysian insider

Seorang pakar Australia tidak menolak kemungkinan sperma Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri ditemui pada dubur si pengadu itu.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pihak pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.

“Beliau mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma). Beliau tidak melakukan ujiannya dengan rapi,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi.
Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: “Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu.”

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


wooit....INI SUDAH PELIK.... kah kah kah....

woit...BILA NAK TANGAP SAIFOOL.... kah ikah kah..

kah kah kah.... INI KESALAHAN AMAT BESAR... kah kah kah...\


kah kah kah...KESALAHAN MELIWAT DIRI SENDIRI..... kah kah kah..

nota:

berapa panjang anu saifool agaknya?
kah kah kah


KEMPEN TELAH BERMULA




SURAT DARI PEMBACA


assalamualaikum tt
gua baru sampai kampung untuk cuti raya di kedah dari bangi
sampai kampung tengok atas meja ada sepucuk surat bercop setem pos
semangat buka.tiba-tiba....

perutusan dari gerombolan! hari yang malang!
mula cerita perang badar.lailatulqadar.tahan lapar.
merdeka pom pom nakba

tiba tiba pasal pilihanraya 'tidak lama lagi'
undilah gerombolan untuk kebaikan bersama
yang pelik.dia ada alamat penuh.ic etc...ini spr punya kerjalah
gua check lagi tengok2 semua ahli rumah dapat.
nakba bani melayu sudah tiba!

ps: nanti gua try scan then hantor

-joe kuala kedah


2011/8/25 hazaha haris

salam tt,

selamat menyempurnakan ramadhan dan selamat menyambut shawal...insyAllah.

saya baru saja jumpa kawan saya pemandu teksi kl pada lbhkrg pukul 9.30 tadi.

1. kawan saya kata, dia berbuka di masjid putrajaya dan lepas tu ada acara bertemu najib dan seterusnya 'angpau' rm400 diagih2kan
kepada yang hadir.
2. 'angpau' itu dalam envelope bercop JABATAN AGAMA ISLAM WP , JPM.
3. anggaran drebar teksi yang hadir ialah 3,000 orang.
4. dan ada juga jururawat2, bekas2 askar dan beberapa lagi kakitangan2 kerajaan.

bayangkanlah berapa banyak rm dihulurkan...klu drebar teksi je 3,000, dah rm1 juta lebih tu !!!

bagi saya, drebar2 teksi dll dapat duit tu, saya tak kesah..bagus jugak boleh ringankan beban menyambut hariraya.

tetapi apa cerita orang2 susah lain terutamanya orang2 islam ??? , kerana rm yang diberi tu duit kerajaan jugak duit kita, rakyat.

sekian, harap siasat dan komen.

wassalam.
hazaha haris
hazaharis@yahoo.com

INI SUARA POKO POKO




INI ROSMAH BERENDAM









nota:

yang mana satu yang ori?
kah kah kah








MELAYU TERUS PECAH SEBAB NAJIB LEMAH DAKWA MUFTI PERAK - malaysian insider

Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.

Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH


woit... POKO POKO PUN SUDAH MULA BERSUARA...kah kah kah...

kah kah kah...JELAS BAHAWA MAT MONGOL INI TAK POPULAR...kah kah kah...

kah kah kah...POKO POKO CAKAP MAT MONGOL LEMBIK... kah kah kah...

kah kah kah...MENGAMAL RASUAH.... kah kah kah..

kah kah kah.. HANYA SATU PEKARA POKO POKO TAK CAKAP.... kah kah kah...

kah kah kah... TAK CAKAP ADA BADAK DALAM KERAJAAN... kah kah kah...

SATU LAGI PROJEK TIPU RAKYAT




PERLUAS UNDI POS LUAR NEGARA, SPR MAIN WAYANG :FAUZIAH
– keadilan daily

Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh membidas kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Aziz Yusof, yang mahu memperluaskan sistem undi pos untuk warga Malaysia di luar negara.

Ahli Parlimen Kuantan itu menyifatkan SPR sengaja main wayang dan tidak fokus kepada isu sebenar yang terlebih dahulu perlu diperbetulkan seperti pembersihan daftar pemilih, pengunaan dakwat kekal serta reformasi undi pos sedia ada.

“SPR ini benda yang lebih penting yang patut dibuat dia tak buat, yang tak patut buat dia nak buat. Penggunaan dakwat kekal contohnya, sudah tidak memerlukan pindaan dan hanya perlu laksanakan apa yang dituntut rakyat.

“SPR janganlah nak main wayang dan akhirnya apa yang dituntut tak dilaksanakan,” katanya yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN Pusat.

Beliau mengulas laporan media dalam talian hari ini yang memetik kenyataan Aziz yang mahukan proses itu dilakukan pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur , Aziz berkata, SPR kini dalam proses meminda peraturan pilihan raya untuk membolehkan mereka berbuat demikian.

Perubahan dalam peraturan pilihan raya itu katanya akan membolehkan undi pos diperluaskan untuk penjawat awam dan pelajar sepenuh masa dan pasangan mereka di luar negara.

Menurut Fuziah, beliau merujuk pendedahan empat bekas anggota tentera baru-baru ini yang mengaku telah menyelewengkan undi pos bagi pihak ribuan anggota tentera dan isteri mereka.

“Undi pos yang dilihat punyai risiko manipulasi yang tinggi, boleh disalahgunakan malah telah dibuktikan dengan pengakuan oleh empat bekas anggota tentera yang mengaku memangkah ribuan undi pos,” kata Fuziah.


PENIPUAN SPR INI BUKAN SATU YANG BARU TERJADI



PEMUDA PAS TOLAK UNDI POS LUAR NEGARA
– harakah daily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia menolak keras cadangan yang dikemukakan oleh SPR untuk meminda peraturan pilihanraya bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi secara pos.

Cadangan tersebut jelas tindakan yang bercanggah dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat yang mahukan SPR mereformasi undi pos, bukannya menambahkan lagi jumlahnya.

Pengerusi Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menegaskan, pihaknya amat kesal dengan cadangan SPR itu kerana ia jelas bertentangan dengan hasrat rakyat yang mahukan SPR melaksanakan pilihanraya di negara ini dengan bersih dan adil.

Menurut beliau, untuk membolehkan pilihanraya dilasanakan dengan bersih dan adil, antara desakan yang dibuat oleh rakyat terhadap SPR termasuk menerusi himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur termasuklah manambah baik undi pos.

Katanya, namun cadangan terbaru dari SPR itu jelas menunjukkan sikap sebenar SPR yang tidak mengendahkan desakan rakyat, sebaliknya membuat cadangan mengejutkan untuk memperbanyakkan lagi undi pos dalam pilihanraya di negara ini.

"Tindakan Pengerusi SPR itu ternyata bertentangan dengan Perkara 114 (2) Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sendiri perlu sedar dengan kedudukannya yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Oleh itu, Pengerusi SPR perlu mengendalikan pilihanraya di negara ini dengan adil dan tidak memihak kepada mana-mana parti. Beliau perlu bekerja dengan jujur, bertanggungjawab dan mendapat kepercayaan Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.


NOTA:
memang tepat
spr sebagai barua sedang cuba melakukan sesuatu
untuk terus menipu
lain yang dituntut
lain pula yang diberi
semua bertujuan menipu
tujuan untuk mengadakan undi pos diluar negara
adalah untuk menghalalkan undi pos dalam negara

dengan mencadangkan ada undi pos diluar negara maka
spr dilihat sedang melakukan sesuatu
untuk dilihat undim pos ini baik
pooorrrrah!
panddy kutty

waspada!
ini semua tipu helah barua gerombolan
ada yang dutuntut oleh rakyat ialah:
1 – hapuskan undi pos
2 – gunakan dakwat hitam
3 – panjangkan tempoh berkempen
4 – bersihkan senarai pengundi


empat tuntutyan ini tidak perlu akta atau undang-undang
empat tuntutan tidak perlu sidang parlimen
empat tuntutan ini untuk memastikan piliharaya bersih dan adil

nota:
kalau 4 tuntutan ini tidak dijalankan
gerombolan menang maka ini
bermakna rakyat ditipu
ini bermakna pakatan rakyat kena tipu