Sabtu, 14 Ogos 2021

BERBANGGA DENGAN BUDAYA MELAYU

 


 BERBANGGA DENGAN

BUDAYA MELAYU

AMIN

SUARA BAKAL CALOM PM

 

INI SUARA

BAKAL CALON

PERDANA MENTERI

DARI

GEROMBOLAN

AMIN




Letak jawatan PM segera, mudahkan tugas Agong, gesa Mat Hassan

MUHYIDDIN Yassin sepatutnya letak jawatan segera dan itu akan menyenangkan tugas Yang di-Pertuan Agong, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hassan, selepas perdana menteri hilang majoriti untuk kekal menerajui kerajaan.

Katanya, Muhyiddin sudah hilang keabsahan untuk terus jadi perdana menteri dan ini akan menyusahkan kerajaan jika beliau tidak letak jawatan.

“Bagi mengelakkan negara terus berada dalam kancah kecelaruan Perlembagaan sebegini, wajarlah pihak eksekutif tampil dan melakukan tindakan yang benar dan berperlembagaan.

“Mereka harus memudahkan Yang di Pertuan Agong melaksanakan tugas Perlembagaan baginda dan bukan bertindak sebaliknya,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Mohamad, keputusan kerajaan yang tidak sah boleh dicabar di mahkamah.

“Ini meletakkan kerajaan dalam kedudukan terdedah kepada pelbagai pertikaian undang-undang dan risiko kerugian kewangan,” tambahnya.

Mohamad mengulas tujuh tawaran reformasi Muhyiddin kepada ahli Parlimen semalam untuk memastikan  usul undi percaya lulus di Parlimen nanti.

Semalam Muhyiddin menawarkan tujuh pembaharuan sebagai balasan mendapatkan sokongan ahli parlimen pembangkang di Parlimen untuk pentadbirannya kekal selepas sejumlah ahli parlimen Umno menarik sokongan mereka.

Tawaran itu adalah cadangan reformasi kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, termasuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal serta mengukuhkan institusi Parlimen.

Muhyiddin juga mahu menurunkan kelayakan umur mengundi kepada 18 tahun tanpa perlu menunggu pendaftaran automatik pengundi.

Tawaran dibuat menjelang undian percaya kepada perdana menteri pada 7 September ketika kerajaan Muhyiddin kini dipercayai mempunyai hanya 100 sokongan daripada 220 anggota Dewan Rakyat.

Mohamad juga mendakwa Muhyiddin menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyelamatkan hayat politiknya.

“Perdana Menteri waktu ini nampaknya bersendirian mempertahankan kedudukan yang tidak boleh dipertahankan lagi.

“Beliau seharusnya tahu bahawa Perlembagaan ‘is non-negotiable’ (harga mati),” katanya. – 14 Ogos, 2021.


BRO

ITU TAWARAN

LAST KPEK

DARI MALIKUL

KAH KAH KAH

KEDAI NAK TUTUP

BARANG MURAH

KAH KAH KAH



KES BUNUH DIRI

 



 INI KES NAK

BUNUH DIRI

AMIN 

MAKAN 15 BIJI

SEKALI TELAN

KAH KAH KAH

PANADOL PUN

TELAH 15 BIJI

AKAN BAWA MAUT

KHALAS



Dua kes keracunan Ivermectin sebagai rawatan kendiri dikesan

KUALA LUMPUR – Pusat Racun Negara telah mengesan dua kes keracunan Ivermectin kebelakangan ini.

Katanya, kes pertama melibatkan seorang pengguna berusia 35 tahun yang mengambil sebiji ubat berkenaan sebelum mengalami gejala sesak nafas berpanjangan selama lima hari.

Manakala kes kedua pula, melibatkan seorang warga emas yang dijumpai tidak sedarkan diri selepas dikatakan mengambil 15 biji Ivermectin sekaligus.

Menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini, setakat ini, Ivermectin belum lagi diluluskan penggunaannya sebagai rawatan atau pencegahan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

 ADA LAPORAN

TAK BERAPA

RAMAI ORANG TELAH

TELAH PULIH 

SIHAT

LEPAS MAKAN

IVERMECTIN?

AMIN

MEREKA MAKAN

SECARA SENYAP

AMIN

INI JUGA WAJIB 

DI LAPOR

KHALAS



DAP SEBAGAI PARTI TOLAK MUHYIDIN

 


GARIS DAP

JELAS

TAK SOKONG

MUHYIDIN

AMIN 

TAPI YB DAP

 MACAM MANA?

KHALAS



Janji Muhyiddin untuk kepentingan politik, kata Guan Eng

MENJANJIKAN pembaharuan institusi tanpa komitmen adalah untuk kepentingan politik, kata DAP selepas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menawarkan pembahuruan sebagai balasan untuk sokongan terhadapnya pada undi tidak percaya bulan depan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Muhyiddin dan pentadbiran Perikatan Nasional diterajuinya tidak memiliki rekod “komitmen dan pengorbanan” yang diperlukan bagi melakukan pembaharuan berkesan.

“Pembaharuan institusi bukan (untuk) kepentingan politik.

“Berdasarkan rekod pengkhiatan politik perdana menteri dan komposisi kabinet konservatifnya yang secara konsisten menentang sebarang pembaharuan, wujud kecurigaan tulen samada beliau akan mengotakan pembaharuan yang dijanjikan sedangkan jelas wujud percaturan untuk berkuasa atau muslihat untuk terus bertahan,” kata Lim dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas tawaran dibuat Muhyiddin kepada pembangkang semalam selepas hilang sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

Ia juga dikeluarkan selepas wujud percanggahan pendapat dalam DAP yang tawaran presiden Bersatu itu wajar dipertimbangkan kerana ia peluang untuk pelaksanaan pembaharuan.

Dua ahli Parlimen DAP yang dipercayai berpandangan sedemikian ialah Ong Kian Ming (Bangi) dan Tony Pua (Damansara).

Tetapi, Ong kemudiannya menerusi Twitter berkata beliau menerima pendirian Pakatan Harapan selepas gabungan politik itu mengeluarkan kenyataan menolak tawaran Muhyiddin.

Dalam kenyataan hari ini, Lim tidak menamakan sesiapa tetapi mengakui janji pembaharuan Muhyiddin mampu menarik minat individu tertentu.

“Bagi mereka yang pada awalnya tertarik dengan janji pembaharuan, mereka tidak boleh dipersalahkan kerana bergantung kepada ‘matlamat menghalalkan cara’, tanpa mengira siapa yang memulakannya. Mereka tidak salah dalam perjuangan idealistik mereka untuk pembaharuan insititusi.

“Bagaimanapun, kita sedang berurusan dengan perdana menteri yang ada sejarah melakukan sebaliknya dalam ‘matlamat menghalalkan cara’, dalam kes ini untuk terus kekal sebagai perdana menteri walau apa sahaja caranya,” kata Lim.

Bagi meraih sokongan, Muhyiddin menjanjikan rang undang-undang menghadkan penggal pentadbiran perdana menteri dan menghalang amalan lompat parti wakil rakyat.

Beliau juga menjanjikan peruntukan saksama kepada semua ahli Parlimen bagi memenuhi keperluan kawasan perwakilan mereka, termasuk untuk wakil rakyat pembangkang.

Pembaharuan lain termasuklah pindaan akta berkaitan diperlukan untuk Undi 18, atau menurunkan had umur boleh mengundi daripada 21 kepada 18 tahun serta memastikan semak imbang dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Jika beliau kekal sebagai perdana menteri, Muhyiddin juga berikar untuk meningkatkan perbelanjaan Covid-19 sebanyak RM45 bilion kepada RM110 bilion bagi mengekang pandemik yang kini tidak terkawal serta menambah bantuan kewangan untuk rakyat dan perniagaan.

Bagaimanapun, Lim berkata pakatan pembangkang menolak tawaran Muhyiddin kerana “keikhlasan, cara dan keadaannya” boleh dipersoalkan.

“Ia juga menyentuh soal masa tawaran dibuat oleh perdana menteri yang sudah hilang keabsahan politik dan majoriti di Parlimen sehingga menggunakan apa sahaja cara yang mungkin untuk terus kekal berkuasa.

“Bagaimana sebuah kerajaan yang gagal teruk dalam pengurusan pandemik Covid-19 dan kemelesetan ekonomi kesan daripadanya, sehingga menyebabkan Malaysia semakin dilihat menjadi sebuah negara gagal, boleh meminta diberikan peluang kedua?” – 14 Ogos, 2021.

SAPA CALON

DAP?

AMIN



GARIS DAP TAK SUKA ANWAR

 


 INI GARIS DAP

YANG TIDAK SUKA

ANWAR IBRAHIM

AMIN



PH perlu pertimbang tawaran Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) dicadangkan agar membuat pertimbangan wajar berhubung tawaran dikemukakan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, semalam, bagi menghentikan kemelut politik ketika ini.

Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, yang membuat cadangan itu berkata, langkah itu menurut pandangannya adalah demi kepentingan rakyat dan tidak akan merugikan sesiapa.

“Pada pandangan saya, jika tidak dapat memastikan majoriti untuk Ketua Pembangkang, kita mesti memberi pertimbangan penuh kepada tawaran Muhyiddin.

“Lagipun, semuanya adalah untuk rakyat dan tiada apa-apa yang merugikan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Mengulas lanjut, Pua berkata, sebahagian rakannya dalam pembangkang menyifatkan PN lemah dan terdesak sehingga membuat tawaran itu dan ia sudah terlambat.

Bagaimanapun beliau menegaskan, perkara itu tidak mungkin sebaliknya, jika kemelut politik berterusan ia boleh menjejaskan negara.

“Persoalan untuk kita dalam Pakatan Harapan (PH), adakah kita dapat menyelamatkan negara daripada jurang ini?

“Jika mereka lemah dan terdesak, tidakkah ini masa terbaik untuk kita berunding dengan mereka?” ujarnya.

Justeru, Pua mengajak pembangkang supaya melihat manfaat cadangan Perdana Menteri itu kepada rakyat dan mengakhiri kebuntuan politik yang berlaku.

“Kita sekat kepulangan semula kleptokrat, kita halang PRU ketika wabak, kita dapat (bolehkan) PN laksanakan pembaharuan yang tidak ternilai, kita dapat kesaksamaan dalam meluluskan rang undang-undang dan akhirnya, kita dapat mengeluarkan PN pada PRU yang akan diadakan dalam masa kira-kira 10 bulan lagi,” tambahnya.

KALAU GARIS

INI TAK ANGKAT

TANGAN

MAKA MUHYIDIN

AKAN SELAMAT

AMIN

 SAYANG TAWARAN  MUHYIDIN 

DATANG LAMBAT

AMIN




SUARA CALON PERDANA MENTERI

 


INI SUARA CALON

PERDANA MENTERI

AMIN

PELUANG UNTUK ANWAR

 



PELUANG 

UNTUK ANWAR

AMIN

Unknown commented on 

"KOBID 

MASALAH DUNIA"

Senang aje! Anwar dan PH dah berpuluh tahun jadi pembangkang. Dah pakar komplain dan salahkan orang lain! Masa 22 bulan jadi kerajaan, pakar komplain, tak erti buat kerja pun. Sekarang peluang terbaik Anwar jadi perdana menteri. 


Masalah rakyat dan negara semua boleh salahkan Abah. Kalau lepas tadbir negara dan masih Anwar dan Pakatan Harapan gagal, salahkan Abah dulu terlalu teruk merosak negara. Kalau masih tak cukup, salahkan Madey!

FAKTA MAKIN JELAS

 


 HOK GONI

AMBO DOH

LAMO ROYAK

KHALAS


Arymanchino commented on 

"SAPA SOKONG

MUHYIDIN AKAN MAMPOOS !"

1 hour ago

Siapa yg akan mampos TT.Jgn buat pandai2 sblm rakyat buat kputusan.Rakyat benci semua politikus.Jgn fikir rakyat marah pd Malikul saje.Rakyat dah tahu,semua org politik patut d kampus dlm pasir sahara..Jgn bagi sekor pun hidup...

SOKONG ATAU TERAJANG MUHYIDIN ?

 

SOKONG ATAU

TERAJANG MUHYIDIN

AMIN

Unknown commented on

 "SAPA SOKONG 

MUHYIDIN AKAN MAMPOOS !"

Mampoos ke tak mampoos itu akan datang punya hal. Sekarang ni kalau sokong muiden apa yg dapat adalah 'now ' pasti. Sokong pembangkang dapat janji je belum tentu lg. Mcm forward trading.



Unknown commented on 

"SAPA SOKONG 

MUHYIDIN AKAN MAMPOOS !"

Selagi ph namakan nuwar pm..atau umno menamakan anak murid nuwar zahid atau sosok najib jd pm..maka mudin akan kekal ditampuk selagi dia buat dek tak letak jawatan. Berpuluh tahun..PH letak nama nuwar pm tak menang2. Letak nama lain ..madey.menang. Sama jugak BN masih letak najib pru14..terus lingkop.kahkahkahkah.

PARTI BARUA INGGERIS

 




PARTI BARUA

INGGERIS

AMIN

Unknown commented on 

"BERKHALWAT 

HARI KE 515"

Dulu kata penjajah merompak negara, tapi 1957 merdeka sampai 2021 siapa merompak negara ? Siapa huru-hara negara sampai jadi begitulah melayu tak akan hilang di dunia kah kah kah putar belit sejarah putar belit data putar belit segala demi kelangsungan ketuanan melayu, 


akhir sudah sampai, tiada kualiti bangsa tiada cemerlang akan kecundang yang menjadi kiblat sebagai rasuah.hisup sini hisap sana sampai negara papa kedana, mampuss

SAPA AGONG PILIH GANTI MUHYIDIN

 


SAPA AGONG

PILIH GANTI

 MUHYIDIN

AMIN

Unknown commented on

 "SIAPA AKAN 

DILANTIK OLEH AGONG"

Budin.com la. Orang yang paling sibuk nak jatuhkan semua kerajaan kecuali yang dipimpin Abam. Pungkok dialah.


Unknown commented on 

"SIAPA AKAN 

DILANTIK OLEH AGONG"

Tajuddin pasir salak? Khairuddin aman razali? Nik abduh? Nazri aziz? Shahidan kassim? Zahidi zainul abidin? Radzi jidin? Hadi awang?

TENDER DURIAN MASIH TERBUKA

 



TENDER DURIAN

TELAH GAGAL

KAH KAH KAH

Unknown commented on 

"MUHYIDIN MATI

 TENGAH JALAN"

Tender durian ada masuk, walau lumayan tak ada sapa berani ambil, dalam hati dok kata alang kah murni kalau awal awal ada offer, too late Bro too late kah kah kah

BOLEH MAKAN BABI ?

 




PUNAT EDDY WANG

KATA MCA  NI

MACAM SEKETUL

DAGING BABI

YANG ROSAKKAN

SEKAWAH GULAI

HALAL

DAGING KAMBING

AMIN


APA HUKUMNYA

KALAU TERDESAK

NAK TAMBAH NUMBO

BOLEHKAH

DICAMPUR SEKAWAH

GULAI BABI DAP

DENGAN

SEKAWAH GULAI

KAMBING MILIK

 KERAJAAN

MELAYU ISLAM

AMIN

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

KAH KAH KAH

HARAP MUHYIDIN

SEMPAT TANYA

TUAN GURU

EDDY WANG

AMIN

JADI NEGARAWAN ATAU PELACUR

 


JADI NEGARAWAN

ATAU

JADI PELACUR

AMIN

Unknown commented on 

"MASA UNTUK

 TUNJUK NUMBO"

aku ubah pikiran.. kerajaan pn dah abih.. cuma tinggal mudin sebagai pemengang nombor terbesar bubar kabinet ..bukak parlimen... buat usul percaya.. kalau dapat sokong.. bentuk kabinet... unity goverment kalau tak dapat sokong.. hali parlimen betuk koalisi baru .. cari majoriti.. hantar nama PM baru.. itu sahaja.. terserah pada mudim sekrang ... nak jadi negarawan atau nak jadi pelacur

MUHYIDIN BELUM ABIS CAKAP - KAH KAH KAH

 


Kami akan kekal dalam pembangkang, kata 4 parti menolak tawaran Muhyiddin


Pakatan tolak tawaran Muhyiddin, minta letak jawatan


MUHYIDIN BELUM

ABIS CAKAP SEMUA

DAH TOLAK

KAH KAH KAH

GEROMBOLAN AKAN BELOT

 

BELOT

JANGAN TAK

BELOT

KAH KAH KAH

IKUT JALAN

KENG

KAH KAH KAH

TIKAM JANGAN

TAK TIKAM

KAH KAH KAH



Siapa ahli Parlimen Umno sokong Muhyiddin?

SETAKAT ini, 15 ahli Parlimen Umno menolak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN), manakala 23 lagi kekal menyokong. 

Dalam siri tiga bahagian, The Malaysian Insight melihat beberapa kawasan dari 23 yang berpegang teguh dengan perdana menteri, yang prestasinya merudum dalam menangani wabak Covid-19 dan kesannya ke atas ekonomi.

Sebahagian besar 23 ahli Parlimen itu memegang jawatan dalam kerajaan, atau sekurang-kurangnya entiti berkaitan kerajaan, dan pelantikan mereka dibuat oleh Muhyiddin selepas PN mengambil alih Putrajaya daripada Pakatan Harapan tahun lalu. 

Kesemua 23 kerusi terbabit adalah majoriti Melayu, dan menarik untuk melihat sama ada ahli Parlimen ini mampu mempertahankan kerusi mereka pada pilihan raya umum akan datang selepas keputusan parti untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin dan PN. 

Muhyiddin semalam membuat beberapa tawaran pembaharuan kepada pembangkang sekiranya mereka mengundinya pada usul percaya di Parlimen bulan depan. Tawaran itu bagaimanapun seolah ditolak oleh pembangkang yang menyifatkan ia sebagai langkah terdesak perdana menteri untuk kekal berkuasa. 

Dalam bahagian pertama ini, The Malaysian Insight melihat kepada 23 ahli Parlimen Umno yang dikatakan menyokong Muhyiddin, menurut Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, yang juga timbalan perdana menteri 

Pahang miliki kontinjen terbesar 

Sebagai bukti pengaruh Ismail Sabri, Pahang mempunyai jumlah ahli Parlimen Umno yang paling banyak menyokong Muhyiddin

Menurut ahli Parlimen Bera, enam daripada sembilan ahli Parlimen Umno di negeri itu menyokong pengerusi PN. 

Selain Ismail Sabri, lima lagi adalah ahli Parlimen penggal pertama Shahar Abdullah (Paya Besar), ahli Parlimen dua penggal Abdul Rahman Muhamad (Lipis) dan Hasan Ariffin (Rompin), dan ahli Parlimen empat penggal Ismail Mutalib (Maran) dan Ismail Said (Kuala Krau).

Ismail Sabri juga merupakan ahli Parlimen empat penggal. 

Dari segi jawatan kerajaan yang dipegang, Shahar merupakan timbalan menteri kewangan, Rahman timbalan menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, Ismail Sabri timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan, dan Ismail Said ialah timbalan menteri dalam negeri. 

Manakala ahli Parlimen Pahang yang tidak menyokong Muhyiddin ialah bekas perdana menteri Najib Razak (Pekan), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut) dan Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands).

Perak mempunyai tiga ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin, tiga lagi yang berasal dari Umno kini menyertai Bersatu, yang diterajui Muhyiddin. 

Mereka ialah Nazri Aziz (Padang Rengas), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar) dan Tajuddin Rahman (Pasir Salak).

Mastura merupakan timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, manakala Tajuddin dilantik pengerusi Prasarana sebelum dipecat pada Mei kerana gagal mengendalikan sidang media dan beberapa kesalahan lain.

Tiga pembelot yang memenangi kerusi mereka atas tiket Umno namun melompat ke Bersatu selepas pilihan raya umum 2018 adalah Noor Azmi Ghazali (Bagan Serai) diikuti Hamzah Zainuddin (Larut) dan Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Hamzah merupakan menteri dalam negeri manakala Noor Azmi ialah timbalan menteri kesihatan. 

Syed Abu Hussin dilantik pengerusi Lmbaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 

Negeri kelahiran Umno, Johor, mempunyai tiga ahli Parlimen Umno yang menyokong presiden Bersatu dan kesemua mereka memegang jawatan dalam kerajaan. 

Hishammuddin Hussein (Sembrong) merupakan menteri kanan dan menteri luar, Dr Adham Baba (Tenggara) ialah menteri kesihatan dan Halimah Saddiq (Kota Tinggi) ialah menteri perpaduan nasional. 

Abdul Latiff Ahmad (Mersing), memenangi kerusinya pada 2018 sebagai calon Umno namun masuk Bersatu pada 2019. 

Muhyiddin mendapat sokongan penuh di Perlis dan Negeri Sembilan. – 14 Ogos, 2021.

KAPAL DAH

PECAH

KAH KAH KAH

TERJUN CEPAT

KAH KAH KAH

ATAU MATI

BERSAMA MUHYIDIN

KAH KAH KAH



ASALKAN DAPAT NENAS

 



ASALKAN DAPAT

NENAS

AMIN 

capt salai commented on

 "SEMPAT ANGKAT

 SUMPAH KE ?"

Dapat title montori sonang nak makan noneh tuan tt oii .nak noneh mudo,noneh sarawak,noneh moris potik jari jo..walaupun pistol kocik

capt salai commented on

 "SEMPAT ANGKAT 

SUMPAH KE ?"

Dia orang tak pandang gaji tt..gaji pun tak pernah tengok..nanti tauke musat ulur..sama ngan gaji setahun dua,sekali sain menderu duit datang..apa barang nak tunggu hujung bulan tekan ATM


RAKYAT MAKIN MATI - LIDAH PENGARANG MALAYSIAN INSIGHT

 



WAK OOI WAK

TAWARAN LAMBAT

KAH KAH KAH

KALAU DULU OK

NI DAH NAK SAMPAI

HIGH NOON

KAH KAH KAH

SEPETOL DAH

TERCABUT

KAH KAH KAH



Tawaran Muhyiddin tak sempat bernyawa

SEMBILAN puluh enam orang disahkan mati sebaik tiba di hospital semalam akibat Covid-19. Jumlahnya 93 nyawa pada hari sebelumnya.

Namun ia bukan perkara paling penting di fikiran pemimpin kerajaan Perikatan Nasional yang berdiri di belakang Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

Begitu juga dengan angka hampir 12,000 yang maut dan suku juta kes aktif.

Mereka lebih bimbang dengan ketiadaan majoriti menjelang undi percaya 7 September ekoran tindakan sekumpulan ahli Parlimen Umno yang menarik sokongan ke atas perdana menteri itu.

Sebab itulah mereka nampak kesal apabila Muhyiddin membacakan tujuh tawaran dalam ucapan sepanjang 20 minit yang disiarkan langsung di saluran nasional.

Ada yang menganggap tawaran tersebut pintar kerana tiada ahli Parlimen yang menguasai majoriti atau dapat menawarkan siri reformasi bagi mendapatkan sokongan di Parlimen.

Kecuali Pakatan Harapan yang mengikrar reformasi sama tetapi tidak dapat melaksanakannya kerana dibuang Muhyidding pada Februari tahun lalu untuk bekerjasama dengan “kleptokrat”.

“Kleptokrat” itu jugalah yang kini enggan bersahabat dengannya.

Tawaran perdana menteri itu boleh dikatakan dibuat dengan amat tidak malu dan juga memalukan.

Di sini kita lihat orang yang hilang sokongan majoriti tetapi berjanji untuk bertolak ansur jika mendapat sokongan.

Beliau berdiri dan mengakui kehilangan sokongan dalam undi percaya itu bermaksud beliau dan menterinya perlu berundur, dan akan menamatkan usaha kerajaan menangani pandemik.

Inilah orang yang mengkhianati gabungan parti yang memerintah untuk bekerjasama dengan musuh dan kini mahu kembali meraih sokongan dari orang yang dibuangnya untuk kembali berkuasa.

Inilah orang yang mahu mengekalkan kuasa setara dengan kerajaan lalu walaupun prestasinya amat buruk dalam menangani peningkatan kes, kematian dan kehilangan kerja akibat pandemik.

Mungkin inilah cara ahli politik yang berasa mereka mampu buat lebih baik berbanding orang lain walau dengan rekod yang buruk.

Nyatalah, ada ahli politik yang benar-benar berpendapat tawaran yang dibuat PM itu wajar diambil kira.

Tapi realitinya, tawaran itu tidak sempat bernyawa kerana tiada sesiapa pun yang dapat melaksana reformasi tersebut seperti tempoh jawatan dan usia mengundi.

Dan itu bukan isunya hari ini.

Isunya pandemik ditangani dengan amat buruk, walaupun jumlah pelalian meningkat dan kemasukan ke hospital turun.

Isunya kematian yang tinggi, tiada usaha yang jelas untuk membuka semula negara dan mendidik anak-anak selepas kawalan pergerakan dilaksana sebegitu lama.

Isunya soal kepemimpinan dan pengurusan serta kewangan negara.

Perdana menteri boleh dipuji kerana handal dan berani membuat tawaran sebegitu sewaktu hampir tewas.

Realitinya beliau berpeluang melaksana perkara yang betul dalam masa 17 bulan lalu tetapi tidak banyak yang dilakukannya selain membentuk sebegitu ramai ahli Kabinet dan melantik lebih ramai lagi apabila hampir kehilangan sokongan.

Apa yang perlu dilakukannya sekarang, bentangkan reformasi itu segera dan hadapi undi percaya, dan hormatilah keputusannya. – 14 Ogos, 2021. 

* Jahabar Sadiq 
pengendali The Malaysian Insight. 


HIGH NOON

JAM DAH  NAK

MASUH 12.00

KAH KAH KAH