MENCARI MASA
YANG HILANG
--------



Ketika saya menulis ini kita - anak semua bangsa warga Malaysia telah selesai berkhalwat selama dua minggu. Kementerian Kesehatan dan Majlis Keselamatan Negara telah memberi arahan untuk menyambung masa berkhalwat hingga 14 April 2020.
Seratus tahun dahulu Bob telah selamat dari serangan Spanish Flu dimana 50 juta warga Eropah dan warga dunia gugur. Data kini menunjukkan 675,000 warga Amerika Sarekat tewas. Kini Bob berhadapan dengan virus karona.
Hari ini Rabu 1 April 2020 Setiausaha Agong Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guteress telah mengumumkan bahawa dalam sejarah 75 tahun PBB serangan Covid-19 adalah buruk dan lebih hodoh dari pengalaman umat manusia dalam Perang Dunia Ke Dua.
Walau tanpa pegalaman kita ada pekara-pekara yang boleh dan wajib kita lakukan bersama. Pekara ini sejagat. Pekara ini dialami oleh warga dunia. Ianya bukan hanya untuk Covid-19 tetapi untuk sekarang dan bila-bila.
Belum ada pungutan suara atau kajian dilakukan secara ilmiah. Tapi dari pemerhatian saya dan dari pembacaan tidak salah jika saya katakan bahawa pada ketika ini negara boleh dikatakan terpecah dua. Satu kumpulan menyokong Pakatan Harapan dan satu lagi menyokong Perikatan Nasional.
Kerajaan dan politikus dimana-mana dalam dunia ini dikenali sebagai kaki putar. Dalam apa jenis parti pun politikus adalah kaki putar numero uno. Ini muncul hasil dari sistem mencari undi terbanyak untuk menang dan mendapat kerusi Adun atau Parlimen. Pari Islam ke , parti kapir ke - semua sama. Dalam sistem pilihanraya meraiah undi – nabi dan wali yang membawa kebenaran pun akan dikalahkan oleh politikus putar alam. Khalas.
Dalam masa yang sama YB Akmal Nasir Ketua Angkatan Muda PKR tidak perlu mencuba naik setakok dengan membuat komen bangang yang menjadikan kempen Yb Zuraidah menyedut virus karona dilihat gagal.
Parti United Malays National Organisation Johor Bahru tidak seharusnya menjadi towkay memonopoli menjaja kebaikkan melalui agihan makanan untuk orang ramai yang memerlukan. Memonopoli membuat kebaikkan menjadikan parti DAP kecewa kerana parti ini juga mahu membuat amal jariah.
Inilah contoh contoh beberapa kesah bangang lagi bebal yang dilakukan oleh politikus kita dalam masa dua minggu kita berkhalwat.
Apa yag ingin saya nyatakan disini ialah pihak berwajib, para menteri, pegawai tinggi kerajaan, mufti, imam , padri, sami malah siapa sahaja yang berkemungkinan membuat pandangan – buatlah dengan berhati-hati. Pandangan dan pendapat wajib tepat, benar dan saheh.
Kunci disini ialah diyakini. Bila saya munculkan kata kunci ini maka kita akan kembali kepada keadaan politik yang sedia wujud. Apa yang saya katakan awal tadi bahawa negara kita pada ketika ini terpecah kepada dua bahagian. Satu dengan Pakatan Harapan dan satu lagi dengan Perikatan Nasional.
Aduh ! Kalau iklan pun sudah terok bagaimana agaknya apabila wayang bermula. Justeru sebelum wayang bermula ketika kita menonton iklan maka saya mencadangkan agar kita semua bersikap jujur, ikhlas dan bercakap benar. 
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873