.

Selasa, 10 Februari 2015

SEBELUIM JATUH HUKUM




SEBELUM JATUH HUKUM


Sebenarnya pagi Senin 9 Febuari 2015 aku tidak mahu menulis apa-apa. Hati aku bagitu berat untuk melakar satu tulisan.

Dalam tulisan aku minggu lalu - aku telah berjanji untuk memberi pencerahan tentang janji-janji sulit Persempadanan Semula. Aku ingin bersurah tentang janji-janji gelap yang telah dilakukan oleh pemimpin sebuah politik disebuah kota sejuk yang amat jauh dari Malaysia. Aku batalkan niat ini.

Lalu aku ambil keputusan untuk menulis tentang Hari Penentu. Pagi esok 10 Febuari 2015 adalah hari penentuan. Anwar Ibrahim akan ditentukan sama ada Anwar akan masuk penjara atau terus bebas. Sebenarnya esok bukan untuk Anwar Ibrahim. Hukuman untuk Anwar telah ditetapkan lama dahulu. Esok adalah hari penentun untuk kita – warga Malaysia.

Esok adalah hari pengumuman masa depan untuk 30 juta warga Malaysia. Esok ialah Hari Penentu sama ada Malaysia berada dilandasan yang tepat. Atau Malaysia terus tergelincir merundum untuk menjadi Negara Gagal atau Failed State.

Tulisan yang aku tulis ini akan muncul esok. Ianya akan dicetak malam ini. Akan diedar untuk menemui pembaca pada petang Selasa – petang Hari Penentuan. Ketika tulisan ini boleh dibaca – semuanya telah selesai. Penentu telah ditentukan.

Jadi, aku pun bertanya - apakah yang aku tulis akan memberi makna. Atau ini hanya luahan perasaan. Agak susah juga jari aku untuk terus mengetik menyususn huruf-huruf untuk dijadikan ayat. Hati aku merasa bagitu berat.

Ingin aku nyatakan bahawa dalam tulisan ini aku BUKAN membuat ramalan. Aku bukan nujum. Aku membuat keputusan, aku mengeluarkan pandangan secara rasional. Semua pandangan dan rumusan berasaskan fakta-fakta. Rumusan aku bukan aku temui melalui mimpi. Bukan dengan menilek air dalam pingan. Jauh sekali dengan bantuan jin. Aku seorang rasionalis pengikut tegar Rene Descartes – Aku berfikr maka Aku wujud – je pense donc je suis.

Umum mengetahui bahawa Liwat Pertama ialah satu konspirasi untuk menjatuhkan dan memenjarakan Anwar Ibrahim. Konspirasi ini amat jelas. Atas arahan Anak Lelaki Iskandar Kutty semua jentera daulah telah bergerak untuk memastikan Anwar Ibrahim diketepikan dari tampok kuasa. Media, polis, mahkmah dan lembaga kehakiman semuanya bersubahat memenjarkan Anwar Ibrahim.

Kepada yang mengikuti sejarah pasti telah terbaca bagaimana Azizan Abu Bakar telah ditanya sama ada dia telah diliwat oleh Anwar atau tidak. Kepada yang lupa biar aku ingatkan. Si Azizan ini telah menjawab sebanyak TIGA kali. Si Azizan telah menafikan yang dia diliwat. Walau pun mangsa menafikan tetapi Anwar masih dipenjara.

Dari pembacaan - aku diberitahu bahawa lembaga mahkamah ini juga adalah sebahagian dari jentera daulah. Awalnya aku agak was-was. Tidak bagitu yakin akan hakikat ini. Tetapi kes Anwar Ibrahim ini telah membuktikan bahawa dalam Dunia Negara Ketiga Lembaga Kehakiman hanya digunakan sebagai wayang untuk mengolah persetujuan orang ramai.

Justeru empat belas tahun dahulu - pada 14 April 1999 mahkamah telah tunduk untuk menjadi alat kepada kuasa yang memerentah. Anwar Ibrahim dipenjarakan walau pun tanpa bukti yang meyakinkan. Umum akan teringat bagaimana saban hari TILAM telah dibawa berulang alik ke mahkamah . Tilam ini dikatakan akan dijadikan bahan bukti. Sampai ke hari ini Sang Tilam tidak pernah masuk masuk mahkamah. Jelas Sang Tilam hanya pelakon pembantu dalam sebuah teater. Tilam membantu mahkamah mengolah persetujuan orang ramai.

Lalu aku bertanya : apakah hari ini lembaga kehakiman Malaysia ini telah berubah?

Jika kita ikuti perbicaraan kes rayuan Anwar Ibrahim yang dijalankan tahun lalu – maka kita akan tersenyum puas hati. Malah satu babak dalam kes rayuan ini telah aku jadikan bahan ketika aku mengadakan Lawak Berdiri.

Biar aku kesahkan: Saifol yang diliwat telah menyumbat lubang juburnya dengan plastik selama tiga hari. Dalam masa tiga hari ini Saifol telah pergi ke rumah Najib. Bertemu dengan Najib dan Rosmah kerana mahu meminta biasiswa. Kemudian datang kembali ke Pejabat Anwar Ibrahim untuk menjalankan tugas. Semua ini dilakukan ketika juburnya masih tersumbat dengan plastik yang dikatakan mengandungi air mani Anwar Ibrahim.

Dalam mahkamah telah dibuktikan ada lebih dari tiga DNA air mani yang berbeza telah ditemui dalam plastik jubur Saifol. Adakah air mani Anwar Ibrahim beranak dan bercucu dalam masa tiga hari itu?

Apabila Tuan Peguam Bela menimbulkan soalan ini Tuan Pendakwa telah bangun menjawab. Tuan Pendakwa telah menerangkan 3 lagi DNA itu mungkin masuk ke dalam jubur Saiful ketika Saifol terberak. Aduh! Jika ini bukan lawak maka aku tidak tahu apa lagi yang boleh dilawakkan.

Satu jawapan ini saja akan memandulkan semua hujah Tuan Pendakwa. Buang kes. Tetapi!

Tetapi apabila Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah ianya bukan untuk penghakiman. Ianya hanya satu sandiwara untuk mengolah persetujuan. Justeru jika mahkamah itu adil, jika mahkamah itu membuat keputusan melalui bahan bukti, jika mahkamah mahu mencari salah benar maka aku amat yakin esok 10 Febuari 2015 Anwar akan bebas. Tetapi kes ini bukan tentang keadilan.

Pertuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim ini bertujuan untuk mematahkan Pakatan Rakyat. Tuduhan ini bertujuan untuk memenjarakan Anwar Ibrahim. Jika Anawar dipenjara maka Parti Keadilan Rakyat akan kucar bin kacir. Ini akan diikuti pula dengan runtuhkan setiakawan antara DAP, PAS dan PKR. Ertinya Anwar perlu dipenjarakan untuk memusnahkan Pakatan Rakyat.

Memusnahkan Pakatan Rakyat ini penting. Dengan runtuhnya kerjasama tiga parti politik dalam Pakatan bermakna United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Khalas. Period.

Pada 6 Disember 1975 – Presiden Gerald Ford dari Amerika mengakhiri lawatan resmi ke Indonesia. Esoknya pada 7 Disrember 1975 bala tentera Indonesia telah masuk menyerang Timur Leste dan menawan pulau ini. Lebih dari 60,000 warga Timur Leste mati dibunuh oleh serangan soldadu Indon. Antara 80,000 ke 100,000 warga telah dikurung dalam penempatan baru yang senang dikawal dan diawasi.

Pasti pembaca akan bertanya – kenapa aku menulis tentang ini?

Biar aku terang makna 'kesah Presiden Ford' kerana ianya amat penting untuk memahami apa yang akan berlaku pada 10 Febuari 2015.

Apakah pembaca lupa dimana Najib Razak berada ketika banjir melanggar Kelantan? Pada 27 Disember 2014 Najib sedang bermain golf dengan Barack Obama. Ketika mencari bola, ketika berjalan diatas rumput – apa agaknya yang dibincangkan. Apa cadangan Obama? Apa jawapan Najib. Kita tidak akan dapat tahu. Mustahil kita akan tahu.

Ini sama juga dengan apa yang berlaku diantara Presiden Ford dengan Jeneral Suharto. Dalam jamuan makan malam - apa yang dikesahkan? Dalam pertemuan empat mata – apa yang dibincangkan? Kita tidak tahu apakah Presiden Ford telah diberitahu tentang rancangan Suharto untuk untuk menyerang dan menawan Timur Leste?

Babak-babak saperti ini dinamakan – pekara tidak tahu yang kita tahu. Ada juga pekara tahu yang kita tidak tahu. Dan ada juga pekara tidak tahu yang kita tidak pernah tahu.

Maka disini aku memaksa diri aku menulis ayat ayat songsang. Kerana aku tahu makna ayat-ayat ini. Aku membawa surah-surah cacat kerana aku tahu ada yang aku TIDAK tahu. Kita tahu yang Najib telah berjumpa Obama. Tapi kita tidak tahu apa yang mereka labonkan.

Kerana ini aku dengan penuh berat hati berpendapat bahawa Najib boleh melakukan apa sahaja kepada Anwar Ibrahim. Ini sama saperti yang dilakukan oleh Suharto kepada Timur Leste. Suharto telah melakukan apa yang dimimpikannya ke atas sebuah negara yang merdeka. Persepasi dunia ialah Suharto telah mendapat lampu hijau dari Presiden Ford. Dengan memukul bola golf bersama Obama - Najib juga telah melahirkan persepsi yang sama.

Pasti ada yang bertanya kenapa perlu Presiden Amerika diberi tahu? Apa pentingnya Ford atau Obama? Dalam surah politik dunia hari ini – Malaysia adalah sebuah negara dibawah taklok Empire Amerika. Malah dengan Najib sebagai PM menjadikan Malaysia ini tempat keluar masuk soldadu Amerika untuk bercanda-canda tanpa sengan silu. Justeru sebagai negara dibawah taklok maka adalah bijak untuk Najib berjumpa dengan Emperor terlebih dahulu sebelum mengambil langkah-langkah politik.

Surah dan ayat songsang ini wajib aku akhiri. Lalu secara rasional sebagai pengikut Rene Descartes aku menyoal diri aku sendiri. Apa yang akan aku dilakukan jika aku Najib. Apa tindakan rasional jika aku mahu Pakatan Rakyat runtuh.

Jawabnya: secara rasional inilah saat dan ketika yang terbaik. Pakatan Rakyat dalam keadaan yang paling lemah. PKR masih dalam suasana salepas perang. Jika aku Najib maka aku akan masukkan Anwar ke penjara esok pada pagi Selasa 10 Febuari 2015.

Berat jari untuk aku mengakhiri tulisan ini. Berat lagi hati keluarga Anwara Ibrahim yang tahu malam ini ialah hari hari akhir untuk melihat Anwar sebagai sosok bebas. (TT)


NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN pagi ini
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon : 03-92-21-30-45








----------

PROJEK TIPU NEGARA



Tayangan Filem dan Diskusi : Empangan Telom untuk Siapa?

Badan Amanah TBH demi Demokrasi dan Jawatankuasa Orang Asal Bahagian Wanita Dewan Perhimpunan Cina KL & Selangor (KLSCAH) menjemput semua untuk menghadiri tayangan filem ‘Hentikan Empangan Telom’ dan diskusi bertajuk 'Empangan Telom untuk Siapa’ pada 12hb Februari 2015, Khamis, 8:00pm di pejabat TBH dengan alamat No 11, Lorong 11/4E, Petaling Jaya, Selangor.

Panelis diskusi termasuk Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Pos Lanai, Encik Jeffrey Hassan dan Pengarah filem Peoples Documentary Leerang Bato. 

Kerajaan Persekutuan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah merancang untuk membina satu empangan di Ulu Telom yang berdekatan dengan Kuala Lipis, Pahang. Empangan hidroelektrik tersebut dijangka dapat menjana kuasa sebanyak 172 MW dan akan menenggelami 7600 hektar tanah termasuk beberapa halaman kampung orang asli. Salah satunya adalah Kampung Pos Lanai.

Jawatankuasa Bertindak Kampung Pos Lanai telah ditubuhkan untuk memprotes pembinaan empangan tersebut sejak tahun 2014. Di bulan Mei 2014, penduduk kampung mengadakan protes  dan menyerahkan memorandum di ibu pejabat TNB supaya TNB membatalkan projek empangan tersebut. Pada bulan Julai 2014, mereka membuat laporan polis kerana Universiti Teknologi Mara (UITM) dan TNB memaksa mereka menerima projek empangan Ulu Telom.

Pada hujung bulan Ogos 2014,  seorang ahli akademik dari UITM mengugut bahawa kampung-kampung orang asli akan ditenggelamkan selepas pembinaan empangan jika pampasan tidak diterima ketika memberi taklimat tentang empangan Ulu Telom. Pada September 2014, 150 orang asli dari berbagai negeri memprotes di KLCC sempena Asean Power Week dan orang asli Pos Lanai turut melibatkan diri.

Kemasukan adalah percuma. Sila hubungi Encik Ng pada 012-2658448 untuk sebarang pertanyaan.


Anjuran Bersama:
Badan Amanah TBH demi Demokrasi
Jawatankuasa Orang Asal Bahagian Wanita KLSCAH


--------

DIMANA DUIT NEGARA HILANG





Urusan pelaburan di AS oleh seorang rakyat Malaysia yang rapat dengan ramai orang ternama menimbulkan tanda tanya

Taek Jho Low mulai mendapat perhatian umum semasa beliau masih lagi dalam usia 20-an, apabila beliau mulai menghabiskan ribuan dollar bersama rakan-rakannya di kelab-kelab malam sekitar Manhattan. “Spekulasi mulai timbul tentang dari manakah sumber kewangan Jho datang,” lapor The New York Post.

Namun, sejak itu, persoalan yang berlegar-legar tidak lagi hanya tertumpu kepada kehidupan malam beliau. Low memperlihatkan dirinya kepada umum sebagai seorang pelabur yang besar dalam bidang perniagaan dan hartanah di Amerika Syarikat


sila baca terjemahan disini:
Malay summary-

-----------

PAS ADIK MIC




 Hanipa Maidin dipukul dalam

mesyuarat  PAS, 

kata sumber 

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin dipukul dua kali di belakang oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria dalam kekecohan yang berlaku semasa mesyuarat parti Islam itu semalam, menurut sumber parti.
Sumber itu memberitahu, sehari selepas kejadian itu, Hanipa yang juga ahli Parlimen Sepang, masih terasa sakit kesan pukulan tangan itu.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hanipa-maidin-dipukul-dalam-mesyuarat-pas-kata-sumber#sthash.TiNp6xRp.dpuf

KAH KAH KAH

woit
biar betul
ini berita hangat
PAS dah jadi MIC
penyakit mic
dah menyerang pas
kah kah kah

APA PUNYA PAS



-----------

BANGUN MELAWAN



KOMENTAR
kita tidak ada pilihan
kalau tidak melawan
kita akan  ditindas
lebih baik bangun melawan

Jangan menyerah, pesan Anwar 

menjelang keputusan rayuan terakhir 

Beberapa jam sebelum keputusan rayuan terakhir Mahkamah Persekutuan bakal menentukan masa depan politiknya,  Anwar Ibrahim menggesa penyokongnya terus berjuang walaupun jika terpaksa ke penjara.
Bercakap pada perhimpunan terakhir siri "Rakyat Hakim Negara", Anwar berkata perjuangan menegakkan keadilan dan kebajikan rakyat akan terhenti sekiranya ia tidak diteruskan.
"Sebaik kita serah diri, itu bermakna berakhirnya perjuangan politik.
"Kalau masuk penjara sekalipun, kita tetap berjuang dan kita tidak akan menyerah kalah," kata ketua pembangkang itu di hadapan kira-kira 5,000 orang yang berhimpun di Padang Timur, Petaling Jaya, malam tadi.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-menyerah-pesan-anwar-menjelang-keputusan-rayuan-terakhir#sthash.Q4XMRDKL.dpuf





------------