.

Isnin, 21 Ogos 2017

CHINA TIPU NAJIB






CINA TIPU 

NAJIB

Sabar la tuan tuan .. Jlow ni bukan sonang nak tangkap. Jlow ni cordik orang dio.. dio gunokan Najib utk tipu org melayu. Najib yang syumul dan worak tu tak pasal pasal kono balun drp rakyat. Mcm2 fitnah, hinoan dio terimo. 
Tapi tak po Najib dongan fitnah dan hinoan tu, doso kau di borsihkan .. ini makno duit haram biliyun2 yg kau sapu tu dah jadi holal. Ini botul .. tu sobab Guru Sotong raso Najib dah suci dan tak kafir mcm dulu lagi dah boleh dibuat kawan. 
on RAKYAT BERTANYA - BILA?
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 8/20/17




------------------

KES SEDIH PILU




KES SEDIH

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tuan Haji  Mohamad Khir Toyo berkata, ada pihak beranggapan kekalahan BN Selangor pada PRU12  berpunca daripadanya.

Namun katanya, pihak berkenaan lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan pada PRU berkenaan.

"Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk beri imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor. Saya dibicara dan dipenjarakan

KAH KAH KAH

SAMA MACAM

ISA SAMAD

KAH KAH KAH



--------------

SAPA KENA PENYAKIT TAUN







TAUN IALAH

KOLERA 


'Mengapa orang Melayu perlu tolak pakatan pembangkang'

KUALA LUMPUR: Permuafakatan antara PAS dan UMNO adalah atas konsep 'taawun' iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Pendirian saya sama dengan pendirian PAS dan Majlis Syura Ulama. Bekerjasama atas konsep taawun dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan.
"Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 2: "Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan," katanya dalam temubual eksklusif bersama BH.
SAPA KENA

PENYAKIT

TAUN OTAK

JADI SEWEL




---------------------

MELAYU KENA TIPU





CHINA

Jho low tak mengancam keselamatan najib dan rakan-rakan...kalu jho low tweet kata nk tumbangkn najib....jam 10 tweet, 10.10 dh kena tangkap.... 
on KETUA POLIS - BILA NAK TANGKAP?
Anonymous
on 8/19/17



TIPU MELAYU

jho low baling satu juta kat muka...terus lah senyap menikus kah kah kah....cash is god boss...tak akan tak paham paham lagi...god ada 2.6 B... demi god adalah ratus ratus juta tu kah kah kah mamapoooossssss 
on KETUA POLIS - BILA NAK TANGKAP?
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/19/17






--------------------

SAPA PUNYA KERJA






SAPA SABOTAJ

NANTU ABAH?


Bendera terbalik, Wisma Putra mohon maaf pada Indonesia



Kementerian Luar Wisma Putra mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf kepada Indonesia berhubung kesilapan dalam mencetak bendera negara itu secara terbalik di dalam buku rasmi cenderamata pada pembukaan Sukan SEA ke-29 semalam.


SAPA PUNYA

KERJA KACAU

NANTU ABAH

KAH KAH KAH




-----------------------

NAJIB MACAM NIGERIAN





INI BERAT

MAHATHIR

KATA NAJIB

PENYANGAK



Jangan percaya janji penyangak, kata Dr Mahathir



PERDANA Menteri Najib Razak yang semakin terdesak mahukan undi rakyat kini menabur janji sewenang-wenangnya dan tidak akan mengotakannya, kata Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Harapan itu membangkitkan kembali kata-kata Presiden Umno lima tahun dahulu yang kononnya mahu memberikan peruntukan sebanyak RM5 bilion kepada Langkawi.

"Najib kata dekat Langkawi, banyak duit dia nak bagi. 5 tahun dahulu, masa itu saya masih baik lagi dengan Najib. Dia kata hendak bagi 5 bilion ringgit pada Langkawi. Satu sen duit pun tak dapat.

"Siapa boleh percaya janji penyangak," katanya yang menyifatkan Najib sebagai penyamun dan penyangak kerana terlibat dalam skandal RM42 bilion 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Dr Mahathir melabel Najib sedemikian berulang kali dihadapan lebih 2,000 hadirin di Ceramah Perdana, Medan Klebang Restu, Ipoh Perak malam tadi.

Mantan perdana menteri itu merujuk kepada kenyataan Najib pada 19 Ogos lalu mahu mengekalkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai jika Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

Najib ketika itu turut melancarkan Projek Perumahan PPR bernilai RM242 juta yang dijangka siap menjelang 2019.

Beliau juga mahu mempertimbangkan permintaan Ahli Parlimen Langkawi Nawawi Ahmad, supaya hospital di pulau tersebut diperbesarkan untuk menampung peningkatan penduduk dan pelancong di Langkawi.

Justeru, Dr Mahathir mengingatkan rakyat jangan terpedaya dengan janji ahli Parlimen Pekan itu yang akan berterusan memberikan janji palsu.

"Dekat pilihan raya nanti dia (Najib) bagi duit. Dekat Felda dia nak mansuh hutang Felda. Hendak bagi lima ribu ringgit (kepada peneroka). Bila PRU akan beri sampai RM25,000. Tapi itu janji saja, duitnya tiada.

"Dia janji banyak itu sebab dia tak percaya dia boleh menang," katanya lagi.  

Dalam pada itu Presiden Amanah, Mohamad Sabu dalam ceramah sama berkata kemelut 1MDB menjadikan rakyat malu mengaku sebagai warganegara Malaysia terutamanya orang Melayu.

"Sekarang ni, orang Melayu apabila ke luar negara malu nak mengakui diri warga Malaysia. Mereka kata mereka dari Brunei.  

"Kerana apabila kita kata kita dari Malaysia soalan yang akan ditanya, apa sudah jadi dengan PM kamu.

 "Inilah impak 1MDB kepada maruah negara kita," katanya lagi.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendakwa impak 1MDB sehinggakan rakyat Malaysia enggan mengaku warganegara di luar negara. 

Sementara itu Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Azizah yang kecewa apabila soalan berkaitan 1MDB ditolak untuk dibahaskan di sidang Parlimen baru-baru ini.

"Di dalam Dewan Rakyat sebanyak 30 soalan tentang 1MDB ditolak oleh Speaker. Saya bukan tanya mengenai siapa MO1 dan siapa terima cincin merah jambu," katanya yang mempertikaikan kenapa keputusan tersebut dibuat.

Ceramah itu yang dihadiri ramai rakyat pelbagai kaum yang datang dari sekitar Ipoh, Kuala Kangsar dan Tambun mendapat sambutan luar biasa dan sorakan memuncak saat naiknya Dr Mahathir di pentas ceramah berkenaan. – 21 Ogos, 2017.


KAH KAH KAH

WOIT NAJIB

NI SAMA

MACAM 

GAGAK

NIGERIAN

KAH KAH KAH






----------------

TAUN IALAH CHOLERA





TAUN 

IALAH KOLERA

SAPA KENA

PENYAKIT INI

AKAN JADI

SEWEL







-------------------

SHAHRIZAT BUKAN LEMBU




KENYATAAN MEDIA
Semalam Shahrizat Abdul Jalil telah membuat kenyataan bahawa Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah Anwar, adalah seorang “pemimpin media sosial” yang tidak buat kerja di kawasan.
Ini merupakan satu kenyataan yang cemburu terhadap keupayaan pemimpin KEADILAN yang mampu berkhidmat walau terpaksa berhadapan dengan pelbagai kekangan dan halangan, malah kenyataan tersebut sebenarnya memperlekeh anak muda khususnya generasi ‘millenial’ yang sering mendapat berita melalui media sosial.
Pimpinan KEADILAN seperti Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah, Azmin Ali, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, saya dan ramai lagi terpaksa berhijrah ke media sosial kerana kami tidak memiliki akses kepada media arus perdana sama seperti apa yang dinikmati pimpinan UMNO-BN. Kami juga jarang sekali diberi peluang untuk menjawab sepenuhnya dakwaan-dakwaan yang dibuat pimpinan UMNO-BN melalui media milik mereka seperti Utusan dan TV3, atau kenyataan-kenyataan kami diputar belit sehingga ramai pemimpin terpaksa menyaman media-media tersebut (dan seringkali pemimpin tersebut menang).
Itulah sebabnya kami selalu menggunakan Twitter, Facebook, WhatsApp dan media sosial lain untuk menyebarkan berita tentang usaha-usaha kami di kawasan, sehingga ada pihak yang sanggup mencipta dakyah pimpinan KEADILAN hanya ‘pemimpin’ di media sosial. 
Umum sedia maklum bahawa Ahli-Ahli Parlimen pembangkang khususnya di Kuala Lumpur sering berhadapan dengan pelbagai kekangan dan halangan akibat dari politik dengki yang diamal sesetengah pihak.
Sebagai contoh, pada 18 Jun lalu, Nurul Izzah dan KEADILAN Lembah Pantai telah menganjurkan program sumbangan Hari Raya di Taman Bukit Angkasa untuk 500 warga Lembah Pantai. 
Pada awalnya, untuk kemudahan dan keselesaan penerima sumbangan, kami telah membuat permohonan untuk menggunakan Medan Selera Taman Bukit Angkasa yang lapang dan berbumbung. Walaupun pada ketika permohonan tersebut dibuat kami mendapati tiada sesiapa yang menempah tapak tersebut, kami menerima makluman beberapa hari sebelum program bahawa Medan Selera tersebut telah disewa pada hari dan waktu serupa dengan program kami – maka kami dihalang dari menggunakannya. Namun, seperti yang diceritakan sendiri oleh Nurul Izzah melalui Facebook Live yang ditonton lebih 170,000 orang dan disebar lebih 1,600 kali, pada hari program sumbangan, kami mendapati bahawa Medan Selera tersebut lengang dan kosong. Tiada sebarang program pun yang dijalankan di situ pada hari tersebut.
Ini hanyalah satu dari bermacam-macam contoh di mana kerja-kerja Nurul Izzah di kawasan dikekang dan disabotaj pengamal politik dengki. Walaupun begitu, beliau dan pasukan Pejabat Ahli Parlimen terus istiqamah dalam memberi perkhidmatan terbaik buat warga Lembah Pantai.
Sama seperti di kawasan-kawasan bandar di seluruh negara, Lembah Pantai mempunyai jumlah pengundi generasi ‘millenial’ mencecah 30%. Realiti inilah yang menyebabkan Khairy Jamaluddin menggesa BN membuang imej ‘Jurasik’ yang ada pada parti itu sekarang. Oleh itu, seseorang pemimpin politik hari ini bukan sahaja perlu bekerja keras di kawasan tetapi juga perlu menjadi seorang ‘pemimpin media sosial’. 
Buat pengamal politik dengki, hentikan lah budaya perosak demokrasi ini. Dari pengamatan saya, warga Lembah Pantai cukup muak dan marah dengan budaya dengki ini. Ramai yang saya temui faham bahawa mereka inilah yang sering mensabotaj kerja-kerja Ahli Parlimen pembangkang di kawasan.
Buat Shahrizat, jika dia  tetap percaya bahawa gelaran ‘pemimpin media sosial’ bukan gelaran yang baik untuk seseorang Ahli Parlimen, saya mengalu-alukan Sharizat untuk berdepan sendiri dengan pengundi-pengundi khususnya generasi ‘millenial’ di Lembah Pantai pada PRU-14 nanti.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Ketua AMK Lembah Pantai
20 Ogos 2017



------------------

TUNGGU 30 TAHUN






BILA NAK 

TANGKAP

JHO LOW

NAK TUNGGU

TIGA PULUH

TAHUN KE?






----------------

HUBAYA HUBAYA






DENGAR

DENGAR

BACA BACA

Menunggu kerajaan yang memimpin, yang tidak main wayang

TIADA apa yang lebih buruk daripada sebuah kerajaan yang memerintah hanya untuk mengejar populariti dan main politik.

Belum reda lagi cerita pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) lebih kurang 30 tahun lalu, Putrajaya kini mengintai penubuhan sebuah lagi Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat peristiwa Memali.

Tampaknya ada kesungguhan baru yang luar biasa hari ini untuk menyelongkar semula semua peristiwa yang berlaku sepanjang pentadbiran Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun. Apakah ini ada kaitan dengan kedudukan Dr Mahathir kini yang sudah menjadi musuh politik pemerintah?

Atau apakah ini usaha untuk bertanggungjawab atas apa yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu yang masih terus memerintah Malaysia sehingga kini?

Hanya hal-hal yang berlaku pada zaman Dr Mahathir, tentunya.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi lancang mengungkapkan semalam bahawa keadilan perlu ditegakkan dan orang yang bertanggungjawab mesti dipertanggungjawabkan.

"Saya selaku menteri dalam negeri akan meneliti sendiri semua laporan mengenai peristiwa tersebut," katanya. Beliau menambah dalam menegakkan undang-undang, semua pihak harus mengetepikan perbezaan politik mereka.

"Peristwa Memali telah berlalu lebih dua dekad, namun kita harus ingat mangsa, keluarga, anak-anak yatim yang meninggal dunia dinafikan hak oleh pemerintah ketika itu,” katanya.

Sudah tentu, Tuan Menteri Dalam Negeri!

Sementara kita masih bercakap tentang hal hak, keadilan dan menegakkan undang-undang, bolehkah tuan cadangkan juga sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyemak kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)?

Atau rakyat Malaysia perlu menunggu 30 tahun lagi?  

Kalau direnung-renung, kenyataan Zahid hujung minggu lalu sepatutnya menyedarkan seluruh rakyat Malaysia kenapa mereka mesti mengundi dalam pilihan raya umum nanti.

Kita selama ini diperolok-olokkan oleh para pemimpin yang yakin bahawa negara ini mereka punya untuk diperkotak-katikkan. Untuk mereka mencadangkan penyiasatan hanya jika ia memenuhi tembolok mereka, bukannya kehendak rakyat.

Rakyat Malaysia sudah penat dengan semua tipu muslihat politik ini. Tetapi rasa lesu dan tidak lagi peduli adalah musuh utama kebenaran di hujung kaki penguasa.  

Silakanlah, silakan. Siasatlah kerugian perdagangan mata wang asing BNM dan peristiwa Memali pada 19 November 1985 yang membunuh 18 orang termasuk empat anggota polis dan mencederakan ramai yang lain ketika serbuan polis untuk menangkap guru agama Ibrahim Mahmud yang juga dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Tidak payah ada RCI pun tidak mengapa. Buka saja fail, panggil mereka yang terlibat dan siasat sampai ke akar umbi. Atau boleh juga main wayang dan umumkan kepada dunia bahawa perkara itu sedang diteliti.

Kalau hanya itu saja, jelaslah bahawa semua ini hanya mainan politik. Apakah kerajaan akan ambil tindakan berdasarkan kepada laporan RCI kerana sesetengah laporan sebelum ini berlonggok menyimpan debu? Apakah semua yang terlibat sampai ke peringkat mata-mata yang menerima arahan akan dihukum atau hanya orang atasan?

Rakyat Malaysia berkehendakkan sebuah kerajaan yang berkhidmat kepada rakyat, bukannya kerajaan yang mahu jadi popular dengan usaha sia-sia cuba memenuhi nafsu orang lain dan terus berkuasa.

Kalaulah begitu, takut-takut nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.  – 21 Ogos, 2017.






-------------------

SELAGI NAJIB ADA - MALAYSIA SUSAH







INGAT CARA

BACA MEDIA

MALAYSIA

JIKA DINAFI

ERTINYA BETUL

Tiada penipuan pengiraan harga petrol, diesel, kata Hamzah


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan tiada unsur penipuan dalam kaedah pengiraan harga runcit petrol dan diesel yang dibuat secara mingguan ketika ini.

Menterinya, Hamzah Zainuddin berkata pengiraan dan penentuan itu dibuat mengikut beberapa formula yang ditetapkan termasuk mengambil kira purata harga minyak dunia dan kedudukan mata wang negara.


HARGA 

MINYAK 

DUNIA

TAK NAIK

MINYAK KITA

MAHAL PASAL

NILAI RINGGIT

TERUS JATUH

PASAL APA

TERUS JATUH

SEBAB BISNES

TAK CAYA

PADA NAJIB

BILA NAJIB

DITERAJANG

RINGGIT NAIK

MENDADAK



------------

ADA YANG DENGKI








SAPA PUNYA

KERJA

INI SABOTAJ

Lagi kesilapan bendera cetus kecaman di Twitter
KESILAPAN cetakan bendera Indonesia dalam temasya Sukan Sea 2017 yang membawa kepada kecaman kini semakin reda apabila Putrajaya secara rasminya memohon maaf.

Tanda pagar #ShameOnYouMalaysia menjadi sohor kini di Twitter hari ini berikutan kemarahan rakyat Indonesia apabila bendera negara mereka dicetak terbalik pada buku cenderahati yang diagihkan kepada VIP pada temasya sukan itu semalam.

Walaupuan insiden itu tersebar, timbul pula kesilapan baru pada akhbar dan juga papan skor yang kini tersebar, yang digerakkan oleh #ShameOnYouMalaysia.

SAPA ANTI

ANAK NEGORI

MULA MULA 

ISA SAMAD

LEPAS NI

KHAIRY

ADA  DENGKI

DG PEMIMPIN

JUJUR DARI 

N. SEMBILAN

CILAKA


----------------

BILA NAK TANGKAP





BILA NAK

TANGKAP

Mna bole tangkap Cina bulat ni sbb kalo tangkap dia akan melatah n terkeluar lh nama Melayu yg mngupahnya utk tipu Melayu lain...maka dbiorkan Cina montel ni main sorok2& pura2 buat tk nmpak krn boss Melayu kata jgn dtangkap tikus mondok ni 
on TANGKAP JHO LOW
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/20/17

-----------------

JALUR TEMBERANG





JALUR

TEMBERANG
Orang paling bodoh didunia pun tahu.. Bendera melesia ciplak bendera amirika.. Negaraku itu lagu memula moon/trang bulan....NAK BODOH MCM MANA LAGI NAK TEMBERANG NI... CE CETE CE CETE.... 
on KIBAR KAN SANG SAKA RAKYAT
Publish | Delete | Spam
DIDI KOTA BELUD
on 8/19/17




----------------

SEMUA KENA PERMIT






DUIT NEGARA

KERING

yea betul..memang kena ada permit dan bukan satu tapi dua permit..satu permit sembelih, satu lagi permit dari jabatan ya haiwan..lembu ke kambing ke atau apa saja sembielihan kena permit..

NAJIB REMBAT

mengikut sirah nabi, permit kena dikeluarkan sbg tanda sah sembelihan sb masa apply permit tu kena tau gak samada peyembelih itu ada skill sembelih atau sijil menyembelih.sblm amik sijil wajib masuk kursus, kursus pun kena bayar gak.

SEMUA KENA

permit sembelihan ini bole dijadikan income dan utk lebih masyuk, maka dicentralisekan pusat sembelihan..antara fukwa imam as syafiee yg akan dikeluarkan ialah demi menjamin haiwan disembelih ikut syarak dan bukan ikut syahwat..pasal syahwat, lu org tanya ziana zain..ini masa yg baik utk pau kali kedua..

CUKAI

dan muhammad juga ada bersabda bahawa 90persen rekzi itu datang dari berniaga, maka utk itu ikut la sunnah berniaga itu , jual apa saja termasuk agama..mujur british letak jabatan agama jabtan mufti bawah sultan, kalo jabatan agama diletakkan dibawah tuan penasihat perdana on LU INGAT SENANG NAK ENTOT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/18/17





------------------