Isnin, 8 Ogos 2011

SUDAH TAHU KENA TIPU




JANGAN BERI TAHU SATU DUNIA




nota:

kalau sudah kena tipu
tahu yang menipu
tapi tak buat apa apa
namanya orang bodoh

kalau bodoh sorang diri okay juga
bodoh sorang sorang jangan beritahu orang ramai
ini sampai masuk warta berita dan akhbar
nak kongsi bodoh buat apa
kah kah kah



TENTERA POLIS MILIKI 2 KAD PENGENALAN? - harakah daily

Rahsia Umno dan Barisan Nasional (BN) berupaya mengekalkan kuasa sehingga 54 tahun kini terbongkar sedikit demi sedikit.

Sedangkan di negara lain tidak ada lagi parti yang mampu menguasai kerajaan dalam tempoh begitu lama seperti BN di Malaysia.

Rahsianya ada di sebalik undi pos dan keupayaan memperalatkan jabatan-jabatan penting kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Jabatan Pendaftaran Negara dan pasukan polis.

Dan hari ini satu lagi kegiatan yang dianggap sulit dibongkar apabila ramai anggota polis dan tentera yang masih berkhidmat dikesan memiliki kad pengenalan awam.

“Mereka didapati memiliki dua kad pengenalan. Satunya kad sebagai anggota pasukan keselamatan bagi melayakkan mereka mengundi secara pos.

”Dan keduanya kad pengenalan awam. Kad pengenalan ini membolehkan mereka mengundi seperti orang lain.

”Setahu saya kad pengenalan awam disimpan di kementerian sekiranya seseorang anggota keselamatan itu masih berkhidmat,” kata Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun.

Beliau yang juga Adun Bukit Tuku mempersoalkan kenapa perkara sedeimikian boleh berlaku dan melahirkan rasa amat terkejut.

”Adakah ini merupakan satu agenda sulit kerajaan BN bagi mengekalkan kuasa. Saya ada bukti terhadap dakwaan ini.

”Beberapa kenalan anggota polis dan tentera mengakui mereka sekarang memiliki dua kad pengenalan diri,” katanya meluahkan rasa bimbang terhadap perkembangan itu.

Abdul Fatah yang juga bekas Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan berkata, sekiranya pengakuan anggota polis dan tentera terbabit benar secara jelas menggambarkan kerajaan BN terpaksa menggunakan taktik kotor bagi mempertahankan kuasa.

Menurutnya juga sebab itulah kerajaan nampak beriya-iya mahu memperkenalkan kaedah biometrik menggantikan tuntutan Bersih 2.0 mengguna dakwat kekal ketika proses pengundian.

Kata beliau berdasar kepada banyak pendedahan yang berlaku sekarang nampak sangat kerajaan BN terpaksa bergantung kepada kaedah tidak bermoral bagi memanjang hayat kuasa.Tentera, polis miliki 2 kad pengenalan?

NOTA:
tentang dua kad pengenalan ini
bukan pekara yang baru
ini telah lama diketahui umum
jika yb ini baru tahu sekarang
kira ok jugalaaa
kerana persoalan nya bukan tahu atau tidak tahu

persolannya ialah
setelah tahu fakta ini
apa yang hendak dilakukan

berita ini telah dipaparkan
ramai semakin sedar
bukti juga telah ada
pengakuan tentera dan polis juga ada

soalan nya:
apa yang hendak dilakukan
berita tahu berita sahaja
kepada orang ramai nak buat apa

duit kena curi oleh penyamun
yang hilang duit tahu dimana penyamun duduk
yang hilang duit beri tahu orang kampong
lepas beri tahu itu apa?

apa tindakan?

ini persoalan
tahu semua dah tahu
rakyat menunggu apa langkah seterusnya

kalau tidak melakukan apa apa
jelas yb ini bodoh
suda kena tipu
kemudian beri tahu satu dunia dia kena tipu
dan bangga pulak kerana kena tipu
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

SELAMAT BERBUKA PUASA




HARI KE LAPAN


lalu aku teringat
berkali kali aku menulis
tentang kapitalis sudah masak ranum

lalu aku teringat
aku memberi ingatan
hanya memberi ingatan
itu pun aku dituduh komunis
aku dituduh sosialis
aku dituduh bebal ekonomi

akhirnya
akhirnya
tiupan mikail sampai
minggu lalu bangsi mikail berbunyi

tiupan mikail membuka ombak
cairlah gunung ganang
keringlah sungai dan tasek
ombak mengombak
ke seluruh dunia
bermula di amerika
singgah di eropah
muntah di amerika latin
dan melimpah ke asia

di bursa kita
minggu lalu 32 bilion ringgit hanyut
hari ini sehari sahaja 36 blion ringgit lenyap

lalu aku tersenyum di petang ramadan ini
tiadalah berita yang paling gumbira
tiadalah berita yang menyoronokkan
tiadalah berita membawa aku senyum panjang
bila mendengar kaum kapitalis sesak nafas

bagitu lama mereka melanun
bagitu lama mereka menjarah
akhirnya tiupan sangka kala itu sampai jua
ini lah juadah berbuka dipetang ramadan yang gumbira
marilah kita semua bergumbira
seperti di tahun 1929 dahulu
kita bersorak beramai-ramai
agar mereka terjun dari tingkap
untuk menutup hutang dan malu


nota:
tentang terjun dari tingkap
sila rujuk lebai google
untuk mengetahui berapa ramai
kaum kapitalis yang terjun


SAUDAGAR AGAMA BERNIAGA LAGI



LEBIH SUCI DARI SUCI


nota:
jangan mudah lupa
tiga ekor datuk t ini juga
berjuang untuk agama
berjuang untuk menjaga maruah islam
berjunag untuk nusa dan bangsa

malah mereka lebih suci dari jais
malah mereka lebih suci dari mais
kerana mereka telah bersumpah membawa kebenaran di masjid

nak cakap apa?

mereka juga merekrut allah
nak cakap apa?
mereka lebih suci dari suci
mereka lebih bersih dari sabun breeze
kah kah kah



SANGGUP GADAI MARUAH ISLAM - meloya

PUTRAJAYA 7 Ogos – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dikecam kerana sanggup menggadaikan maruah agama Islam demi kepentingan politik dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini.

Setiausaha Gabungan NGO Malaysia (GNM), Mohd. Jurit Ramli berkata, tindakan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berdolak-dalik mengenai isu itu mencerminkan sikap sebenar pemimpin itu terhadap tanggungjawabnya menjaga kepentingan ummah.

Beliau berkata, dalam isu tersebut Abdul Khalid sepatutnya menjaga maruah agama Islam dan bukannya mengecam JAIS yang membuat pemeriksaan.

“Kita lihat motif sebenar Abdul Khalid berbuat demikian hanya untuk menjaga hati pemimpin bukan Islam yang memegang jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kerana kepentingan politik dan jawatan, beliau sanggup menggadaikan maruah agama selain turut mengarahkan semua Exco Selangor menutup mulut daripada memberi sebarang kenyataan berhubung isu tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pemeriksaan JAIS ke atas sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan menyebarkan agama lain terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

NOTA:

tak payahlah cakap hal agama
tak payahlah cakap hal islam
tak payahlah cakap maruah islam
tak payahlah cakap berjuang untuk akidah
semua itu bohong

ini bukan kes agama
ini bukan perjuangan akidah
ini strateji nak malukan kerajaan pakatan rakyat
ini nak burukkan kerajaan selangor
ini nak kucar kacirkan kerajaan selangor

kenapa?

kerana gerombolan kalah di selangor
selangor negeri terkaya di asia tenggara
lorong duit untuk gerombolan telah ditutup

ini kes tak dapat projek di selangor
ini kes tak ada kontrek di selangor
ini kes duit rasuah tak masyuuk di selangor
ini tak ada sangkut paut dengan agama

jais ke
mais ke
ini semua pekakas yang bertopengkan agama
semua ini saudagar agama
tak percaya?


cuba tanya diri sendiri:
kenapa jais tak heboh dan bertindak dalam kes bunuh altantuya?
kenapa mais tak heboh kes rogol amah rais yatim?
kenapa jais tak heboh kes rogol budak sekolah tambi chik?

jelas kes terbaru ini semua bohong
ini bukan kes agama
ini realpolitik untuk merebut kuasa
merebut kuasa kerana punca enkonomi
merebut kuasa kerana projek
merebut kuasa untuk dapat kontrek

agama di masukan sebagai aji no moto
nak sedapkan cerita
kalau terang terang nak rampas kerajaan pakatan di selangor
pasti orang ramai tak sokong
jadi kenalah di aji nomotokan dengan agama

satu negara tahu hasan ali ada niat nak jadi mb selangor
ini bukan satu kesalahan
sesiapa pun boleh ada niat ini - ini akidah politik - tak salah
satu negara tahu hasan ali ada buat deal dengan khir toyo
satu negara tahu hasan ali ada hutang dengan bank
satu negara tahu syarikat air syabas taja hasan ali
- tak kan lupa fakta ini?
tak caya kes syabas ini?
sila tanya khalid samad yang timbulkan dalam muktamar pas dua tahun dulu

inilah latarnya
jadi jelas semua ini bukan agama
tak sangkut paut dengan agama
ini realpolitik untuk merebut kuasa


INI PUN SUCI



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN




DARI ARKIB ANAK MUDA



nota:

inilah permulaan pendemokrasian dunia arab
gambar ini gambar cult dari kota tunis
gambar ini adalah gambar cult yang membawa perubahan


SAMAD SAID: SUDAH TIBA MASA ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN REJIM - minsider

A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya.

NOTA:
masanya telah sampai untuk mengubah kerajaan
fakta ini semua orang tahu
malapetaka ini telah lama menghimpap kepala
malapetaka ini telah 54 tahun melanun
fakta ini sudah jelas

anak anak muda memang hendak mengubah kerajaan
anak muda telah laam berjuang untuk membawa kebaikkan
anak muda dimana mana dlam dunia ini bergerak membawa perubahan

tapi bagaimana cara nya?

nak mengundi
gerombolan tambah dengan undi mat bangla

nak mengundi
gerombolan tambah undi mat indon

nak mengundi
gerombolan ada undi pos

sampai kiamat
tak akan ada perubahan rejim
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

NOTA:
je jalan raya dulu
sebelum ke pilihanraya!



BANGLA YANG LEGAM TELAH DI PUTEHKAN




ITAM JADI PUTEH






nota:
banyak pendatang haram
yang hitam hitam
semua telah diputehkan
tak lama lagi negro nigeria
pun akan mengundi kah kah kah






BERSIH : WARGA INDONESIA JADI PENGUNDI, SPR PERLU BERI PENJELASAN - keadilan daily

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung dakwaani Anwar Ibrahim bahawa 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Pembangkang itu di Manila, Filipina.

Akhbar The Phillipine Star melaporkan kenyataan Anwar bahawa selain Warga Indonesia, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional.

“SPR perlu menyiasat dan tampil memberi penjelasan atas dakwaan ini,”
“Jumlah 200,000 begitu besar dan jika benar mengapa beri mereka hak mengundi?,” kata Maria ketika dihubungi Keadilandaily.

Dalam masa sama, beliau juga mendesak SPR memberi penjelasan berhubung dakwaan kerajaan Pulau Pinang, bahawa 32,000 pengundi baru dikesan di negeri itu dalam tempoh hanya tiga bulan.

NOTA:
semua orang tahu
orang indon
orang burma
orang bangla
telah di daftar untuk jadi pengundi

bukti jelas dan terang
rakyat semua dah faham

soalannya apa tindakan
soalannya apa yang perlu dilakukan

tak perlu cakap cakap lagi
semua dah tahu
satu dunia dah tahu
yang ditunggu ialah:
apa langkah
apa tindakan

dan apa tindakan bersih?


TER HOT TERKINI - BREAKING NEWS




TER NOW ! BREAKAING NEWS



zionis apco telah berjaya
duit siling baru malaysia
telah ada tanda free mason
telah ada tanda illuminati

inilah kejayaan kerajaan rosmah najib

nota:
apa komen jais?
apa komen alim ulamak?
apa komen raja gopal?


bila perkasa nak menjerit terlolong?
bila pukida nak heboh?
bila zul nordin nak bayar hutang?
kah kah kah


JELAS TANDA ZIONIS APCO






nota:
perhatikan betul betul
duit siling baru diatas
duit siling lama di bawah

duit siling baru dibuat
sesudah apco masuk
takkan bodoh sangat tak faham
kalau tak faham makna tanda ini
sila tanyaa lebai google


KES JUBUR SAIFOOL MAHKAMAH JALAN DUTA



INI PUNCA LUBANGNYA NYA



nota:
kes lubang jubur yang berjela-jela
yang akan mengikat leher rosmah
kah kah kah


KEPUTUSAN PANGGIL NAJIB ROSMAH KE MAHKAMAH HARI INI- keadilan daily

Perbicaraan Fitnah II memasuki peringkat pembelaan hari ini dan akan berlangsung sehingga 26 Ogos depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Zabidin Mohd Diah dijangka menyampaikan keputusan beliau di awal perbicaraan samada membenarkan permohonan untuk mensapina Najib Razak dan isterinya, Rosmah Mansor agar hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Kedua-dua mereka termasuk di antara lima orang saksi yang dipohon perintah sapina ke atas mereka oleh peguam Anwar kerana enggan hadir ke mahkamah hari.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


JENG JENG JENG
JENG JENG JENG
KAH KAH KAH


woit...CUBA TEKA...APA KEPUTSAN MAHKAMAH.... kah kah kah..

INI KEPUTUSAN:
&^4$33#8 (A%49O0 P&5755*08Z66uz
=+764Z79 amwpqw[-asd8
xjas 64203m POM zOLS9AS
SOSIASASK i78g bsdi
d6sd 5%5*kiNsj zakas7 uaswasdn
kcdosd 8236e2 38423 -9Z&%%^9o

kah kah kah
kah kah klah
kah akgh akh

LEPAS TUJUH HARI NANTI - ADA APA?




AMARAN KOSONG






DAFTAR PEMILIH: PAKATAN BERI NAJIB TUJUH HARI PANGGIL SIDANG PARLIMEN KHAS
- minsider

Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Najib Razak meminta agar diadakan sidang tergempar Parlimen bagi menyelesaikan Isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.

Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima oleh Nazri Aziz.

“Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen.

“Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya,” kata Salahuddin sambil menambah, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.

NOTA:
pakatan rakyat telah beri masa tujuh hari
untuk buat persidangan parlimen khas untuk
bincang hal warga asing yang halal dan yang haram]
kini diberi hak mengundi

pekara ini telah jelas
orang ramai telah lama tahu
bukti telah terpampang
saheh dan sah
orang ramai tahu di pru 13 gerombolan akan kalah
satu cara untuk gerombolan menang ialah
berikan mat bangla, mat idon, mat burma
untuk mengundi gerombolan

persoalan timbul
kalau dalam masa 7 hari parlimen tidak bersidang
apa pakatan buat?
apa tindakan akan diambil?


amaran telah diberi
kalau mat mongol tak ambil pot
apa tindakan pakatan rakyat

ini lah yang rakyat mahu dengar
apa langkah seterusnya
rakyat mahu bangun melawan
bukan tunduk takut meraban meroyan