Rabu, 11 Mac 2020

WARGA EMAS - MARI KITA DENGAR








WARGA EMAS

MARI KITA

DENGAR SAMA

CARA ORANG LUAR


ITALI - KEMATIAN BERTAMBAH









ITALI 

KEMATIAN 

BERTAMBAH



APA MAKSUD NYA





APA MAKSUDNYA

KAH KAH KAH


Azmin pengerusikan kabinet


 jika PM tiada

Semua empat menteri kanan dalam jemaah menteri kerajaan Perikatan Nasional mempunyai kedudukan sama, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, kata Muhyiddin, semasa ketiadaannya, kabinet akan dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali.


MAKSUDNYA

JIKA ABAM

SABAR SIKIT

JANGAN GOPOH

KAH KAH KAH

LEPAS BULAN 

NOVEMBER 2020

AZMIN KENA

BUKA

KEDAI KASUT

KAH KAH KAH
--------

CARA CUKONG BERNIAGA





INI CARA

CUKONG NIAGA

BUAT DUIT 

11 dicekup kes rasuah, puluhan lagi tunggu masa

LEBIH 70 pegawai dan anggota agensi penguatkuasaan di utara tanah air dikenal pasti terlibat dalam kumpulan yang mengambil rasuah untuk melindungi pemandu lori dari tindakan undang-undang.

Daripada jumlah itu, 11 orang sudahpun ditahan dalam operasi bermula hari ini, menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiap anggota penguat kuasa terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM25,000 secara bulanan.

Menurutnya anggota penguatkuasa beberapa agensi yang bertugas di Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis ini disyaki berbuat demikian untuk tidak bertindak ke atas pemandu lori membawa lebih muatan.

“Operasi ini terbahagi kepada beberapa fasa dan sejak pagi tadi, seramai lapan orang ditahan termasuk pegawai kanan yang mengetuai jabatan penguatkuasa di peringkat negeri.

“Masih ramai dalam radar kami dan akan ditahan secara berfasa,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya, sindiket yang dianggotai puluhan pegawai dari pelbagai agensi mampu meraih ratusan ribu ringgit sebulan hasil komplot jenayah mereka.

“Kita menjangka dapat mendapatkan permohonan reman ke atas mereka pagi esok,” katanya.

Sumber berkata, operasi itu susulan keluhan pemandu lori yang mendakwa terpaksa membayar wang sogokan kepada pegawai penguatkuasa untuk memandu di negeri utara tanah air tanpa dikenakan tindakan.

“Ada juga pemandu lori yang diugut kumpulan ini sekiranya tidak membayar wang sogokan,” kata sumber.

Menurutnya, operasi diteruskan kali ini selepas tindakan ke atas kumpulan penguat kuasa dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tahun lalu tidak berkesan.

“Kami menyangka dengan operasi tegas ke atas penguat kuasa dan pegawai JPJ tahun lalu, masalah ini akan selesai namun mereka nampaknya masih degil dan tidak insaf.

“Disebabkan itu, gelombang operasi kali ini perlu dijalankan,” katanya.

Beliau mendedahkan, risikan mendapati pada mulanya pegawai agensi penguatkuasa meminta syarikat logistik berhenti merasuah mereka bagi mengelakkan menjadi perhatian SPRM .

Bagaimanapun selepas setahun penangkapan beramai-ramai itu, keadaan kembali seperti biasa malah ada di kalangannya meminta pampasan jika tidak mendapat habuan pada bulan tertentu.

“Aktiviti mereka ini dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu, tiga bulan selepas penangkapan di Pulau Pinang.

“Mereka pada mulanya takut, semua pemindahan wang digantung dua bulan (Mei dan Jun tahun lalu). Tetapi mereka tegaskan bayaran Julai patut digandakan sebagai pembayaran balik untuk bulan sebelumnya.

“Rasuah diberikan kepada penguat kuasa untuk menutup mata terhadap kesalahan seperti mengangkut barang melebihi muatan atau pembocoran maklumat awal berkaitan operasi yang akan dijalankan,” katanya.

Jelasnya, bayaran dibuat dibuat segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya.

Selain itu terdapat juga bayaran bulanan bagi mendapatkan perlindungan daripada penguat kuasa, katanya.

Katanya, kebiasaannya pemindahan wang dibuat menggunakan akaun milik ejen, anggota keluarga atau rakan-rakan pegawai itu bagi menyukarkan siasatan.

April tahun lalu, SPRM menahan sekurang-kurangnya 75 penguat kuasa dan pegawai JPJ disyaki menerima rasuah daripada pemilik syarikat lori.

Setiap anggota JPJ terbabit dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM32,000 secara bulanan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan.

Mereka turut dikesan membocorkan maklumat operasi yang akan dan sedang dijalankan JPJ.

Lori terbabit dalam kes itu juga dilindungi menggunakan pelekat khas yang didakwa hanya dikenali dan difahami penguat kuasa terbabit. – 10 Mac, 2020.


TANGAKP

LIPAT SEBAT

PEROSAK NEGARA

---------

PH MASIH SOKONG MADEY






PH MASIH

SOKONG MADEY
Madey terus disokong? Yg aku tahu ramai penyokong2 Madey dah ubah haluan ke muhyiddin. Sokong muhyiddin lebih senang dari sokong Madey. The power of incumbency rules. The ones remaining with Madey is Ishamudin and his dog, for now. 
on 
MADEY
 TERUS DISOKONG
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/03/20

Ana



-------

ABAM MASIH NAK JADI PIEM






ABAM MASIH

NAK JADI PIEM

TT, tolong war warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya memprotes abang non jadi pemimpin PH untuk melawan Kerajaan Pintu Belakang, jika abam menjadi ketua rasanya hingga kiamat PH tidak akan berjaya......
abang non ooo abang non tak payahlah berangan nak jadi PM, kerana abang non nak sangat jadi PM lah kerajaan PH tersungkur... sedarlah dari berangan...hanya sebahaagian penyokong abang non saja yang nak abang non jadi PM ...majoriti rakyat Malaydia tak nak sebab takut kena pau.... 
on 
KERANA KESELAMATAN 
NEGARA DARI KENA PAU
Publish | Delete | Spam
hamim
on 11/03/20

Mad





-----------

KERANA MADEY






KERANA MADEY
Betul TT,
 aku sekeluarga juga pangkah PH kerana Madey. Kalau ada Abam, pasti kami tak keluar undi sama sekali. 
on 
BUKAN 
KERANA ABAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/03/20

Ma

---------

SATU PANDANGAN






SATU JALUR

PANDANGAN
Isham sakai ni akan tak setuju dgn semua kerajaan berasaskan kapitalis yg disokong oleh cukong kecuali komunis. Oit isham lagi baik kau bantu kuatkan PSM dan PRM tu. Lagi byk pekdah. 
on 
DAHULUKAN 
KESELAMATAN NEGARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/03/20

Ish



----------

KERANA MALU





KERANA MALU
Depa buta hati.. buta mata.. Wawi nk jgk laki dia kdepan lead the pack.. benak sungguh depa nie... benak sakan nie.. tk bole ubat.. at least coronavirus covid-19 saintis bhentam cari ubat n dh bjaya hasil.. tunggu release... tp puak2 benak ni mmg takda ubat nk kasi pulih.. kesian aku yg pangkah korang dulu.. adehh 
on 
DAHULUKAN 
KESELAMATAN NEGARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/03/20

hebat rak




----------

TABIAT ORANG POLITIK



TABIAT 

ORANG POLITIK

PH dalam masa hampir hampir dua tahun berapa banyak negara dijual? Berapa banyak hasil rompakan mereka ? Berapa ramai yang dapat merasai rasuah, komisen,AP kah kah kah. UMNO dan sekutu melakukan semua ini selama 60 tahun lebih lah, Tengku Fraud seorang himpun 1 billion, Najib seorang sampai billion, jumlah sebenar hanya Allah mengetahui, 
bagaimana yang tidak diketahui, proksi yang pegang, luar negara, tanah di dalam luar negara, emas berlian kasut jam begitu tamak, begitu hina masih berjaya dinobat sebagai Bossku, kah kah kah ada secubit rasa malu? darah pahlawan apa yang tiada sedikit rasa malu ambil hak rakyat ? Manusia apa kita panggil orang politik??? Jangan samakan KATAK sebab katak lebih seribu kali mulia, 
kah kah kah 
on 
ALAMAK - CEPAT SANGAT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/03/20

Ma




--------

DE BECOZ MALU NAK ROYAK




DE BEKOZ 

MALU NAK ROYAK
Bng TT kata.. Wawi tau psl hat gotu-gotu tu.. justeru2.. Wawi tak layak digelar Ratu Adil.. Dia tk adil kpd diri sdiri, pyokong, pengundi n masyarakat ksluruhannya.. Dia tahu.. tpi amik sikap bdiam diri.. what is the bcozz...??? 
on 
RATU ADIL
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/03/20

Bng




-------

MERAKAM SEJARAH - APA SABENARNYA BERLAKU






MERAKAM SEJARAH
JILID DUA
APA SABENARNYA BERLAKU


Saya pernah menulis  bahawa kita manusia bercakap  antara satu sama lain melalui tiga tahap. Pertama – tahap  membawang. Membebel sesama sendiri tentang hal orang lain. Mengumpat dan bergosip. Kedua – tahap berlabon tentang kejadian. Berlabon dan membincangkan kejadian yang dilihat. Bersembang tentang  benda yang  tercacak didepan mata. Ketiga  - tahap konsep dan inti pati – sebab  musbab dan akibat.

Saya mahu membawa pencerahan dalam tulisan  merakam sejarah jilid dua ini ke tahap ketiga.  Tahap  dimana kita bersurah berlabon dan membincangkan   konsep, struktur, sebab, akibat  dan intipati.  Pada hemat saya pencerahan ditahap ini lebih bermanafaat untuk dijadikan ilmu pegetahuan. 

Seratus tahun dari hari ini jika sesiapa mengkaji apa yang berlaku pada awal tahun 2020 akan mendapat pencerahan hendaknya.  Malah siri merakam sejarah ini juga adalah pengumpulan pengalaman untuk dijadikan ilmu dalam usaha  memupuk kelahiran negara bangsa.

Untuk sementara waktu kita tinggalkan manifestasi. Saya menolak pembawangan manifestasi  dalam kuliah pencerahan politik ini walau pun membawang dilihat lebih menarik dan  amat amat menghairahkan.

Saya boleh membawang panjang lebar  tentang bagaimana Anwar merayu pada Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri. Atau   bagaimana titisan air mata Mat Sabu meminta Mahathir  agar jangan berundur. Atau bagaimana sebaknya Lim Guan Eng apabila diberitahu  Mahathir telah meletak jawatan. Atau  bagaimana Eli menangis dalam talipon apa bersurah kepada saya tentang bagaimana  Mahathir menunggu tercegat dipintu Istana. 

Membawang memang mengghairahkan. Membawang politik tentang apa yang berlaku dua minggu dahulu memang sexy dan menggiurkan. Tapi saya tidak  akan membawang jauh sekali membawa peglipur lara.  Amin

Bila saya menulis ini Muhyiddin telah menjadi Perdana Menteri. Ahli  kabinet telah diumum petang kelmarin Senin 9/3/202. Dua minggu badai dan gelombang politik dilihat reda. Maka saya  membuka sirah.

Apa sabenarnya telah berlaku:

Politik ialah kontradisi.  Kontradiksi adalah bertembungan atau konflik. Kontradiksi inilah yang memacu pergerakan alam samesta. Alam samesta kita bergerak kerana kontradiksi. Hakiktnya  kontradikdsi ini adalah hukum alam – hukum sosial.

Hukum ini ditemui oleh ahli falsafah German bernama Friedrich Hegel (1770-1831). Hukum sosial ini dinamakan sebagai dialektik.  Karl Marx  (1818-1883) memperluaskan teori dialektik Hegel ini untuk menjadi Dialiktika Meterialisma.  Hukum sosial ini  tidak beralih-alih dalam negara mana pun. Agama apa pun yang dipegang hukum sosial ini tetap wujud berjalan.

Hakikatnya - mereka yang bijak dan cekap berpolitik akan menggunakan teori ini untuk mara ke hadapan.  Untuk kaum Marxis kontradiksi dan dialektika  adalah rukun yang wajib untuk difahami untuk memahami dunia. Pandangan dunia tanpa dialketik dan kontradiksi adalah pandangan dunia yang senget dan tidak tuntas.

Dalam kontradisi ada konflik  - ada bertempuran. Ada  tesis bertembung dengan antithesis. Pertembungan ini akan melahirkan sintesis. Kunci disini ialah bertembungan.  Satu bertempur dengan  dua untuk melahirkan tiga.  Tanpa bertembungan satu dan dua tidak akan wujud tiga.

Dipersada politik dimana pun dalam dunia ini akan  wujud  kumpulan kumpulan yang berkepentingan. Malah tugas parti politik mewakili kepentingan tersebut. Semua kepentingan ini adalah kepentingan ekonomi yang dibalut oleh  kepentingan kelas.  Ini juga  adalah hukum sosial  yang hakiki dan tidak berubah. Hakikatnya dua kumpulan wajib dan sentiasa wujud untuk berkonflik.

Di Malaysia  wujud dua kumpulan. Satu kumpulan mahu Anwar Ibrahim menjadi pengganti  Mahathir Muhamad. Kumpulan ini menuntut agar Mahathir berudur dan Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri  Malaysia ke 8.

Satu lagi ialah kumpulan yang tidak suka, tidak berminat dan tidak mahu Anwar Ibrahim untuk menggantikan Mahathir Muhamad.

Kumpulan penyokong Anwar terdiri dari anak-anak muda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dari orang kampong yang terpesona dengan ucapan Anwar. Dari aparachik parti yang berharap jika Anwar menjadi Perdana Menteri maka mereka boleh berkenduri sama. Dari para Yang Berhormat PKR yang berharap apabila Anwar menjadi Perdana Menteri mereka juga akan berjawatan. Ada yang bermimpi hendak menjadi Menteri Besar, ada yang bermimpi hendak menjadi Menteri Kecil dan ada  Ketua Cabang bermimpi hendak menjadi calon. Ini hakikat  dan hukum sosial perjalanan parti politik bukan hanya terjadi dalam PKR.

Jangan lupa dalam kumpulan penyokong Anwar  ada para cukong dan para towkay yang sedia dan sedang  melabur dana. Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka masa depan perniagaan atas tanah atau  perniagaan bawah tanah mereka akan melimpah ruah.

Dalam kumpulan pro Anwar ini ada  rakan setia  Anwar dari zaman Reformasi 1998 yang berharap Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Dalam istilah Peranchis inilah raison d'être – tujuan wujudiah  Otai Reformis samenjak mereka turun ke jalan raya pada petang 20 September 1998.  Pada tahun 1998 Anwar telah dinafikan kerusi Perdana Menteri. Maka pada tahun 2020 mereka terus beratip, berdoa dan berwirid mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mengantikan Mahathir. Khalas.

Satu lagi kumpulan adalah kumpulan yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Malah mahu Anwar diundurkan dari persada politik Malaysia.

Sebab mereka tidak suka kepada Anwar Ibrahim jelas walau pun berrbeza-beza. 

Ada kumpulan yang tidak suka Anwar kerana mereka menolak kelakuan Anwar yang pada hemat mereka melaggar ajaran hukum Islam. Ini bersangkutan dengan dua kali terpenjaranya Anwar atas tuduhan  liwat. Kumpulan ini diwakili oleh Parti Islam Pas.

Ada juga kumpulan yang merasakan masa depan politik mereka akan ditamatkan oleh Anwar Ibrahim dan suku sakatya. Mereka ini  berada dalam PKR. Malah ada diatara mereka ini telah diundi dan dipilih  untuk memimpin PKR. Kumpulan ini merasakan bahawa masa depan mereka akan hancur jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Kumpulan ini dimanifestasikan  dengan nama Kartel dan dipayungi oleh  Azmin Ali.

Dalam Kartel ini juga sama saperti  dalam kumpulan penyokong Anwar wujud para YB yang berharap masa depan politik mereka akan bersinar dibawah payung Azmin. Ada juga aktivis muda  yang berharap masa depan politik mereka untuk menjadi YB akan maju jaya bersama Kartel.

Ada lagi satu kumpulan yang merasakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri  maka besar kemungkinan keselamatan negara akan tergugat.  Kuasa kuasa besar  saperti China Merah dan Amerika akan mengugut Anwar kerana Anwar memiliki rekod ‘ gelap’ yang pasti dimiliki oleh intel mereka.  

Media kapitalis  luar negara dilihat cenderung  untuk mengajukan agar Mahathir berundur dan war mengambil alih. Ini menimbulkan lagi syak wasangka kumpulan ini bahawa Anwar adalah proxi mereka.

Juga peranan Singapura yang memiliki jaringan sokongan dalaman dalam politik Malaysia. Ini dilihat dengan cara  dan lengok media Singapura   yang dibaca  agak  bersimpati terhadap Anwar Ibrahim.

Munculnaya  kes peras ugut kerna salah laku seksual Anwar Ibrahim  bukan pekara baru. Anwar sendiri telah mengakui bahawa dia telah diperas ugut oleh Yahya Ismail. Pada 20 Jun 2019 MalaysiaKini telah melaporkan berita peras ugut ini. Malah Anwar sendiri telah membuat laporan polis.

Ini baru peras ugut 400,000 ringgit dari seorang penulis buku. Bagaimana dengan China  Merah yang mengintai kotrek, yang mahu perlabuhan tentera laut, yang mahu pengkalan tentera darat atau Amerika yang mahu Malaysia menjadi macai.

Ada satu lagi kumpulan yang diluar PKR tetapi dalam Pakatan Harapan. Kumpulan dalam BERSATU. Kumpulan ini merasakan mereka terpinggir. Mereka melihat para Menteri Pakatan Harapan  yang sedia wujud lamat ekeh. Mereka bekas pemimpin United Malays National Organisation yang masuk ke dalam Bersatu agak terlambat untuk mendapat jawatan. Mereka merasa diri mereka lebih layak. Justeru mereka tidak akan menyokong Anwar Ibrahim.

Dalam kumpulan anti Anwar ini ada lagi satu  kumpulan yang agak besar. Mereka ini benci kepada Anwar kerana telah dikencing oleh Anwar. Pelik tetapi benar kumpulan ini pelbagai bentuk. Pada satu  ketika sosok-sosok ini adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim. Ada yang seangkatan dalam gerakan   Angatan Belia Islam. Ada ahli perniagaan yang   telah dijanjikan sesuatu oleh Anwar. Ada penyokong setia dari zaman pelajar. Hakikanya semua mengenal Anwar kaki putar dan kaki kencing. Amin.

Dua kumpulan ini – anti dan pro Anwar -  siap siaga menyusun untuk bertempur.  Peluang bertempur ini menjadi cerah apabila Si Anwar sendiri tidak sabar-sabar  cuba menolak Mahathir.

Manifestasi dari ketidak sabaran Anwar ini amat jelas.  Ada buku dilancar untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke8. Ada forum diatur.  Ini manifestasi  kegopohan Anwar yang dapat dilihat dan dibaca umum. Yang tidak dilapor media – yang hanya soh seh soh seh – bergantang bertimbun.

Dalam masa yang sama Anwar ke hulu kehilir beratip – I have the number… Maknanya Anwar mengakui bahawa dia memiliki  jumlah YB yang lebih dari 112 orang untuk mengelincirkan Mahathir.

Malah  dilaporkan bahawa telah wujud Plan B untuk memaksa Mahathir mneyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar. Apakah butiran  Plan B hanya Guru Nanak yang tahu.

Dalam masa yang sama kumpulan anak muda penyokong Anwar, Otai dan  YB PKR terus bersuara menuntut  Mahathir menunaikan janji. Janji dimana Mahathir akan melepaskan jawatan kepada Anwar satelah dua tahun menjadi Perdana Menteri.

Ketika semua ini berlaku – dibelakang babak-babak ini ada  lagi dua kumpulan. Ini adalah kumpulan gergasi perniagaan. Satu dibawah Tun Daim. Satu  lagi dibawah Syed Mokhatar. Saperti yang telah saya nyatakan awal tadi  bahawa semua konflik ialah konflik perebutan punca-punca  ekonomi.

Kumpulan pro Anwar dan kumpulan tidak menyokong Anwar semuanya mendirikan United Front – Barisan Bersatu.  Mereka bergabung untuk  menibai satu sama lain. Hakikatnya  medan konflik – kontradiksi telah sedia terbuka.

Dibelakang  hujah modal, dibelakang hujah peras ugut  wujud lagi satu intipati yang merangkumi semua. Ini ialah persolan nasional yang belum selesai.  Dalam persolaan nasional  ini peranan DAP maju mendadak.  Apa peranan DAP?  Tunggu minggu hadapan. (TT)




-------

AWAS PENYAPU BARU




INI PENYAPU

BARU

11 dicekup kes rasuah, puluhan lagi tunggu masa



BERITA MENYUSUL



---------

MINTA TOLONG DARI KAMU YANG WUJUD




MINTA TOLONG

 DARI KAMU 

YANG WUJUD
 kau tak mtk tolong tuhan zeus kau kah hisham....aku mohon perlindungan Allah sebab aku yakin dgn tuhan aku Allah akan bantu... 
on 
BERITA 
VIRUS CARONA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/03/20

PH




-------

PELIK TETAPI BENAR








PELIK

TETAPI BENAR

KAH KAH KAH

Dr Mahathir masih calon PM, kata Pakatan

DR Mahathir Mohamad masih lagi calon pilihan PH untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya gabungan parti itu berjaya mengambil alih kerajaan semula, menurut pemimpin parti itu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata ia antara alasan untuk PH menjemput Dr Mahathir dalam program Pertahan Mandat Rakyat pada malam ini.

WOIT

DULU HANG 

PAKSA MADEY

BERHENTI

KAH KAH KAH

ADA PLAN B

NAK TUNJUK

JALAN KELUAR

KAH KAH KAH

SEKARANG

PADAN MUKA

KAH KAH KAH

APA JADI 

DENGAN PLAN B

SAJE TANYA

KERANA

NAK KETAWA
KAH KAH KAH
----

KERANA KESELAMATAN NEGARA DARI KENA PAU





UNTUK 

KESELAMATAN

NEGARA DARI 

KENA PAU
Hisham TT, Kenapa takut Anwar jd PM? 
Tak ada dedak lagi ke? 
Kah kah kah.. 
on 
BUKAN 
KERANA ABAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/03/20

Bn



---------

LANGKAH SENTIASA




LANGKAH 

SENTIASA

KAH KAH KAH

OPPSS....SILAP

LANGKAH

SENTOSA

KAH KAH KAH

AHLIN BIIK

TAAL TAAL

KAH KAH KAH










------

MASIH TAK SEDAR





MASIH TAK SEDAR
Apa...?! PRU Kali ni nk bg ABAM ketuai PH..? Kim salam la.. ni yg buat aku tawaq hati nk vote PH.. aku takan vote Mr Easy Target.. dan2 la ni jgk aku nk hasut org lain takyah buang masa.. penat2 undi dia... shame on u... perasan baguih..! on
 BUKAN 
KERANA ABAM
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 10/03/20

K






----------

AWAS WASPADA




CARONA VIRUS

TERUS

MENYERANG


Menteri kesihatan UK positifi koronavirus

AHLI Parlimen Britain Nadine Dorries yang juga menteri kesihatan, diuji positif dijangkiti koronavirus, katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Saya sahkan saya positif koronavirus, dan pada masa ini mengasingkan diri di rumah,” katanya.

Pegawai kesihatan pada masa ini sedang cuba menjejaki di mana beliau dijangkiti virus itu dan siapa yang ada berhubung dengannya selepas jangkitan itu, katanya.

Dorries, yang membantu merangka undang-undang untuk menangani virus itu, menjadi ahli politik Britain pertama dijangkiti Covid-19.


Susulan itu, kebimbangan bertambah tentang kemungkinan beliau sudah menyebarkan virus itu.

The Times melaporkan beliau sudah menyentuh ratusan orang termasuk Perdana Menteri Boris Johnson.

Beliau tidak sihat sejak Jumaat ketika menandatangani dokumen mengisytiharkan koronavirus sebagai penyakit wajib lapor, bermakna syarikat boleh memperoleh insurans, menurut dokumen itu.

Berita yang mengejutkan mungkin mencetuskan desakan supaya Parlimen ditangguhkan, walaupun kerajaan enggan berbuat demikian ketika krisis kesihatan sedang berlaku.

Enam maut di Britain akibat virus itu setakat ini, dengan 373 kes disahkan. – AFP, 11 Mac, 2020.


MARI KITA

BERHATI HATI
----------

SOKONG KEBENARAN DEMI KESELAMATAN NEGARA





SOKONG 

KEBENARAN DEMI

KESELAMATAN

NEGARA
Bila engkau mati TT engkau akan dikuburkan dengan Ezi & Tak, teman setia anda kah kah kah, manusia macam awak sokong orang macam Mahathir walau engkau tahu betapa ular berlidah bercabang cabang lah kab kab 
on 
DAHULUKAN 
KESELAMATAN NEGARA
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 11/03/20

PH



-------

KITA WAJIB BERJAGA-JAGA

KITA WAJIB

BERJAGA JAGA

 

KWSP sahkan kes Covid-19, premis ditutup untuk disinfeksi 

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengesahkan seorang pekerjanya dijangkiti Covid-19 dan sedang menerima rawatan di hospital. 

Menurut KWSP dalam satu kenyataan hari ini, individu terbabit telah berurusan di pejabatnya di Jalan Raja Laut pada 27 Februari 2020 pada pukul 2 petang dan disahkan positif pada 3 Mac 2020. Namun, tiada sebarang pengesahan sama ada ahli tersebut telah dijangkiti sebelum beliau berurusan di pejabat KWSP.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menutup pejabat tersebut sehingga Jumaat, 13 Mac 2020 untuk menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran. Pejabat KWSP ini akan beroperasi semula pada Isnin, 16 Mac 2020,” menurut kenyataan itu. 

Pegawai KWSP yang berkemungkinan terdedah kepada ahli tersebut juga akan dilakukan pemeriksaan dan pegawai lain juga akan dikuarantin.

KWSP juga berkata, langkah awal pencegahan turut diambil untuk meminimumkan risiko pendedahan kepada koronavirus seperti semua kaunter dan permukaan yang terdedah di premis KWSP dibersihkan secara berterusan sepanjang hari. Pegawai kaunter juga diperlukan untuk membersihkan tangan mereka setiap 30 minit. Pelawat-pelawat juga perlu menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis KWSP.

“Ahli digalakkan untuk membuat transaksi secara dalam talian melalui aplikasi i-Akaun kecuali bagi urusan yang memerlukan kehadiran ke kaunter KWSP.” 

Kementerian Kesihatan mengumumkan 12 kes baru Covid-19 dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes 129. Sementara itu, seorang lagi pesakit dibenarkan pulang, menjadikan jumlah pesakit yang pulih 25 orang. – 10 Mac, 2020.





BERI ANJING MINUM






BERI ANJING

MINUM AIR
Apa biza nye awek yahudi jahanam kasik sekor anjing minam dengan sakai free thinker kasik bukan satu tapi duo ekor anjing makan free siang malam ..duo duo masuk syurge ye TaT. Kok gwa yang bagi makan free siang malam 10 ekor tu CAMNO TaT ..syurgo tak? 
on 
MERAKAM SEJARAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 10/03/20

Apa



---------

MADEY TERUS DISOKONG




MADEY TERUS

DISOKONG

Dr Mahathir masih calon PM, kata Pakatan


BERITA MENYUSUL
---------