Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 19 April 2010

KESAH LAMA UNTUK DI INGAT KEMBALI



MEREKA YANG TIDAK PERNAH BELOT - DIMANA MEREKA SEKARANG?





PETANG ITU - 38 TAHUN DAHULU


Ini cerita lama. Tapi baik juga untuk dibuka kembali agar kita semua dapat tahu apa yang berlaku puluhan tahun dahulu. Cerita-cerita ini kalau baik kita jadikan tauladan. Kalau tidak molek dapat kita jadikan sempadan. Kalau tidak pun kita baca untuk ketawa.

Ceritanya bagini:

Saya ingat lagi pada tahun 1972 - ketika itu saya anak mahasiswa yang mengulang tahun satu di Universiti Malaya. Saya telah aktif dalam perjuangan gerakan mahasiswa sejak dari awal tahun pertama lagi. Pada tahun itu, ketika Kongres Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia (PKPM ), saya telah dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung. Badan yang bernama PKPM ini telah diharamkan pada tahun 1974 - sesudah demo pelajar menyokong warga Baling.

Ketika saya dilantik sebagai SU Agung PKPM – perang Vietnam sedang rancak. Kuasa imperial Amerika sedang melancarkan perang kolonial ke atas Vietnam, Laos dan Kamboja – sama seperti yang sedang berlaku di Iraq dan Afghanistan hari ini.

Justeru dalam Kongres PKPM tahun 1972 itu ada terdapat resolusi yang mengutuk imperialis Amerika Syarikat dan menyokong perjuangan menuntut keadilan oleh rakyat Indo China. Ketetapan yang dibuat dalam kongres akan menjadi dasar persatuan sehingga ke kongres tahun hadapan.

Pada zaman itu gerakan mahasiswa cukup rancak. Saya adalah seorang ahli kelab sosialis yang aktif. Justeru pandangan politik saya adalah kiri. Buku dan akhbar yang saya baca adalah kiri. Negara dan pemimpin negara yang saya hormati adalah dari jalur kiri.

Berdasarkan resolusi PKPM yang anti-Amerika saya telah memasang poster-poster anti-perang Vietnam yang kami terima dari International Union of Students yang berpengkalan di Prague.

Rupa-rupanya ada juga kumpulan mahasiswa, terutama dari PMUKM yang yang tidak bersetuju dengan pemasangan poster ini. Lalu saya dikritik sebagai SU Agung PKPM yang tidak bertanggungjawab. Sebenarnya isu poster anti-perang Vietnam ini hanya alasan. Kritikan ini datang dari pelajar reaksionari bermazhab kanan.

Akhirnya satu persidangan tergempar telah diadakan. Persidangan ini diadakan di Dewan Majlis Persatuan Universiti Malaya. Saya ingat lagi petang itu – delegasi dari PMUKM, dari Serdang College, dari Institut Teknoloji Kebangsaan, KSITM dan tuan rumah PMUM turut hadir.

Saya dapat merasakan seolah-olah telah ada persetujuan untuk menyingkirkan saya dari PKPM. Idris Jusi, dari PMUKM mula bercakap membuka kes tentang saya yang dikatakan tidak mengikut dasar PKPM dan dilihat pro-komunis. Dari KSITM, presidennya Zahari tidak pula bercakap. Yang banyak bercakap ialah Ibrahim Ali.

Pandangan-pandangan kanan dan reaskioner bertaburan pada petang itu.

Sebelum keputusan dibuat untuk menyingkirkan saya dari PKPM - tiba-tiba seorang wakil delegasi dari KSITM mengangkat tangan untuk berucap. Saya masih ingat lagi anak muda itu. Dia kurus lansing dan kacak. Berkulit sawo matang. Anak muda ini memakai seluar hitam dan berbaju biru. Mustahil saya akan melupakan susuk ini. Sampai akhir hayat saya ingat apa yang berlaku pada petang itu. Tidak mungkin saya akan lupa kerana pada petang itu saya sedang disalib.

Masih terngiang di telinga saya hingga ke hari ini apa yang dikatakan oleh anak muda itu:

“Sebelum dia dibuang, dia berhak untuk diberi peluang bersuara. Ini adalah cita-cita demokrasi pelajar… dan ini adalah hak dia.”

Saya terperanjat kerana tidak ada sesiapa dari persatuan lain yang menyokong saya kecuali PMUM. Saya terperanjat kerana anak muda ini berani ‘pecah regu’ untuk menyokong saya. Saya kagum atas keberanian nya.

Saya tidak kenal anak muda ini. Tapi saya tahu anak muda ini datang dari KSITM – satu persatuan pelajar yang saya anggap reaksionari. Bila saya selidiki baru saya sedari anak muda ini ialah Zaid Ibrahim – pelajar jurusan undang-undang Institut Teknoloji Mara. Saya juga difahamkan si Zaid ini datang dari Sekolah Tuanku Abdul rahman (STAR) seteru kuat sekolah saya, MCKK.

Semenjak petang itu saya tidak bertemu dengan Zaid Ibrahim. Kami meneruskan keyakinan diri. Saya difahamkan Zaid telah menjadi seorang peguam yang berjaya. Saya terus menjadi diri saya.

Lima tahun dahulu seorang kawan dari MCKK mengajak saya untuk menjadi ahli Civil Society of Malaysia. Ini badan hak asasi manusia yang cuba diwujudkan oleh Zaid Ibrahim. Cuma ada ‘catch’ - sesiapa yang ingin menjadi ahli wajib membayar RM250. Jumlah ini agak berat untuk saya - lalu saya menolak jemputan ini.

Seminggu sebelum Ngo ini berkumpul dan bersidang saya telah mendapat panggilan telefon mengatakan bahawa RM250 telah dibayar oleh Zaid Ibrahim. Saya hairan kerana seumur hidup saya – saya belum pernah bercakap sepatah pun dengan susuk ini. Dari panggilan talipon - saya telah diberi kebenran untuk datang ke persidangan pertama Civil Society ini di Hotel Renaisance.

Inilah kali kedua saya melihat Zaid Ibrahim. Kali kedua ini agak berbeza. Anak muda kurus yang berbaju biru dan berseluar hitam dahulu telah agak bersisi. Rambutnya telah dicantikan oleh anyaman uban. Baju dan pantalon yang dipakainya kelihatan dari jenis yang baik dan bermutu. Nah! Pastilah dia telah berjaya hinggakan sanggup membayar yuran untuk orang yang tidak dikenalinya.

Dua hari sebelum nama Zaid Ibarahim dimahsyurkan sebagai calon di Hulu Selangor saya telah pergi menemuinya. Rumah kediaman si Zaid ini bukanlah sama seperti bilik sewa tempat saya menginap. Ini kawasan lumayan yang hanya 30 minit dari Serendah Hulu Selangor.

Mata saya memerhati dengan rapi untuk mengetahui lebih dalam lagi manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini. Rumahnya tidak mengancam tapi pastilah lebih luas dari bilik sewa saya. Dalaman tidak lucah dan bukan bermotifkan budaya ‘arriviste – horray henry’ yang sering kita temui di wilayah-wilayah mewah.

Tujuan saya datang kerana ingin bertanya apakah dia masih ingat lagi apa yang terjadi di Dewan Majlis PMUM 38 tahun dahulu. Zaid termenong sabentar sebelum mengakui yang dia pernah datang ke PMUM untuk bermesyurat. Tetapi tidak ingat apa tujuan dia hadir. Malah dia juga tidak ingat bahawa pada petang itu yang di salib ialah saya.

Saya tidak merasa kecewa kerana si Zaid tidak mengingati episod itu. Inilah perjalanan hidup kita sebagai manusia . Terpencar pencar - ada yang kita ingati dan ada yang kita lupakan. Untuk kita – pekara yang ini mungkin penting dan untuk orang lain pekara yang sama adalah ‘non event – tidak ada apa apa yang penting’.

Kenapa saya menulis kesah ini? Saya menulis kerana susuk yang bernama Zaid Ibrahim ini sedang berkempen untuk memenangi kerusi di Parlimen. Saya menulis ini kerana saya yakin bahawa manusia yang bernama Zaid Ibrahim ini adalah manusia demokrat. Tiga puluh lapan tahun dahulu – ketika kami masih lagi anak pelajar - si Zaid ini telah memperlihatkan sifat jujur dan demokratnya.

Pada petang itu – 38 tahun dahulu - si Zaid telah tidak terpengaruh dengan tohmah anti-komunis, anti kiri dan anti sosialis. Sifat demokratiknya telah tertanam dalam sebelum dia meletakan jawatan sebagai menteri kabinet kerana menentang ISA. Susuk yang bernama Zaid Ibrahim dapat melihat salah dan benar.

Jika saya warga Hulu Selangor saya merasa senang hati untuk menobatkan Zaid Ibrahim sebagai wakil suara saya di Parlimen. (TT)

( sebarkan lah kesah ini - untuk kita membuat kebaikan)




BERITA TERHANGAT - BARU MASUK


PUTERI REFORMASI






MENGGEMPARKAN - NURUL KELUAR DARI PKR



Nurul Izzah YB Pantai diberitakan
akan meninggalkan Parti Keadilan Rayat.

Laporan terakhir yang diterima media menerangkan
bahawa YB Nurul telah hilang kepercayaan
terhadap puncuk pimpinan parti.

Pagi ini para pengamal media telah mula berkampong
di pejabat Nurul Izzah di Bangsar Utama untuk mendapat
komen selanjutnya.

Setiausaha PKR , Saifuddin Nasution telah enggan memberi
komen apa-apa pagi ini.

Dr. Syed Husin Ali yang cuba dihubungi telah tidaka mengangkat talipon.

( berita lanjut menyusul )




BERITA PELIK DARI HULU SELANGOR



Pagi ini semua warga hulu selangor mencari akhbar
terutama pengundi melayu.

Mereka merasa amat amat pelik dan hairan.
Langsung tak ada berita tentang Kamalnathan.

Apakah dia ini Kamal buin Lebai Nathan
atau Kamal anal lelaki Nathan?

Apakah Kamal ini suka todi atau suka stout?

Warga di Hulu Sealngor tak kesar nak minum todi ke
nak minum stout cap muhamad rahmat ke tak kesah
yang penting nak tengok muka kamal ini.

Apakah Kamal ini kulitnya cerah?
Apakah Kamal ini sudah pergi haji macam zaid?

Pelik .. hairan seluruh hulu selangor tak ada
poster gambar kamalbin lebai nathan.



KETUA PEMUDA PKR KELUAR PARTI
- melayaui


SHAH ALAM 18 April - Kecewa dengan tindakan Anwar Ibrahim memilih Zaid Ibrahim sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hulu Selangor yang disifatkan mempunyai rekod moral memalukan, dua pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mengumumkan keluar parti serta-merta.


200 AHLI KELUAR PKR
– melayau

PULAU PINANG 18 April - Akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), kira-kira 200 ahli parti berkenaan bertindak keluar daripada parti tersebut secara beramai-ramai hari ini.

Keputusan itu dibuat oleh ahli PKR cabang Bayan Baru, Sungai Dua dan Permatang Damar Laut di sini dengan diketuai Pengerusi Tetap PKR cabang Bayan Baru, Ismail Mohamad Ali yang telah 11 tahun berada dalam parti itu.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH



woit… KENAPA TAK LAPOR YANG INI... LAGI HOT…. kah kah kah..

kah kah kah… CABANG PKR DI KARACHI BUBAR… kah kah kah

kah kah kah… RANTING DAN SEMUA AHLI PKR DI DUBAI TINGGAL PARTI…kah kah kah..

kah kah kah…. TUJUH PEMIMPIN PKR DI MADRAS…. BERHENTI…. kah kah kah..

kah kah kah…. 150 CABANG PKR DI NANGKING TUTUP…
. kah kah kah..

kah kah kah…. KETUA CABANG PKR DI KWANGJU KOREA SELATAN …LETRAK JAWATAN… kah kah kah..

woit… TAPI PELIK….TAK SANGKA ADA 200 AHLI PKR DI PULAU PINANG… kah kah kah

kah kah kah... INGATKAN HANYA ADA TUJUH ORANG.... kah kah kah...




ALTANTUYA SUDAH SAMPAI KE HULU SELANGOR




KD ALTANTUYA MASUK KE SUNGAI HULU SELANGOR




KAPAL SELAM MALALAYSIA MUNCUL DI HULU SELANGOR - malaysikini

Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam.

Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula

"Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.

Menurut Anwar, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.

Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

KAH KAH KAH…

woit… MENAGIS LAAA BIK MAMA TAK BOLEH SHOPPING KE PARIS…kah kah kah..

woit…BUKAN SAHAJA PARIS TAK BOLEH MASUK …. SELURUH EROPAH TAK BOLEH MASUK…. kah kah kah..

kah kah kah… MACAM MANA NAK PERGI KEDAI HEEEROOT… kah kah kah…

kah kah kah…KALAU MASUK KENA TANGKAP…. MACAM MENTERI ISREAL…. kah kah kah…

woit…. RAZAK BAGINDA….. TAK BOLEH PERGI KE MANA-MANA…. kah kah kah..

kah kah kah…. PADAN MUKA…. kah kah kah

nota:
bila ada laporan polis dibuat di paris
polis paris akan mencari malaon-malaon
yang bersangkutan.

laporan polis ini bukan macam laporan polis
di malaysia.

pinochet bekas pm chile di tahan di london
henry kessinger tidak datang ke eropah lagi
rumsfled terpaksa pusing kapal terbang kerana akan disoal polis jerman
menteri luar isreal tak berani datang ke london

waran ini bukan hanya untuk peranchis
tetapi seluruh EEC - 24 buah negara
24 buah negara kah kah kah

kalau macam ni kena pergi shopping
di dubai sahaja kah kah kah





YANG MANA SATU IDAMAN KALBU




SILA PILIH GAMBAR MANA YANG ORI



ADAKAH INI ORI?




INI KAH YANG ORI?



TEKNIK PHOTO SHOP KURANG BAIK




JANGAN KAITAN UMNO DENGAN ISU ARAK CALON PKR - melayau

Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan penglibatan UMNO dalam mengaitkan Zaid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan tabiat suka meminum arak.

Beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata, PKR seharusnya tidak cepat melatah dengan menuduh UMNO dalang di sebalik tuduhan yang berlegar di dalam blog kerana apa yang tertulis adalah tuduhan peribadi penulis, bukannya UMNO.

"Dulu mereka gunakan maklumat-maklumat di dalam blog untuk mengiakan tuduhan dan hujah mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN). Pada masa tu kita tidak pula suruh mereka membuktikannya.

"Nak suruh kita buktikan memang tak masuk akal kerana bukan kita yang tuduh macam tu. Kenapa dia nak takut dan gelabah sangat kalau ia tak benar,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran pemimpin PKR agar UMNO membuktikan tuduhan di dalam blog tersebut.

KAH KAH KAH..

woit… MEMANG BETUL …BUKAN UMNO PUNYA KERJA… kah kah kah..

kah kah kah…. KEMPEN INI DIJALAN KAN OLEH SYARIKAT SAUH… kah kah kah..

kah kah kah… LIDAH KONTOT INI … PERNAH JADI LEBAI SAUH…kah kah kah..

kah kah kah… LEBAI SAUH IALAH PENGIKLAN CAP SAUH… kah kah kah…