Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Rabu, 27 Ogos 2008

SEBATANG KERETEK LAGI !

Jam hampir 3.30 pagi. Sebatang keretek di jari. Satu tangan mengetik. Sepuluh hari di Permatang Pauh adalah sepuluh hari dalam ingatan.

Beratus kenalan baru. Berjabat tangan menyambung persyahabatan. Di jalan , di ceramah, di warong dan berselisih dalam kereta sambil melambai mengangkat tangan – inilah ingatan yang tidak akan dilupakan.

Saya terus bertanya – siapa mereka ini ?

Mereka pastilah jenerasi baru yang sedang membawa perubahan. Susuk muda yang tidak mungkin saya ingati namanya. Susuk-susuk muda yang ingin berubah. Susuk muda yang datang dari entah mana-mana ke Permatang Pauh untuk melihat, menyaksi dan merasakan nikmat berjuang.

Anak-anak muda yang berani ini adalah nadi perjuangan. Anak-anak muda ini adalah nafas bangsa.

Akhirnya dunia ini adalah milik Anak Muda.



TERIMA KASEH


Bila membuka tukar tiub pagi nanti – terimalah Tiga ucapan terima kaseh.

Terima kaseh kepada pelayar.

Terima kaseh kepada yang menulis komen.

Terima kaseh kepada semua 'geng' yang memberi berita.

Saya tidak pernah memberi terima kaseh lebih dari Tiga – kalau lebih rasa saya tidak bagitu 'cool'


MAAF


Saya juga meminta Dua maaf.

Tidak membuat berita tentang Akim.

Tidak dapat buat labon tentang gulai itek.

Tidak perlu banyak minta maaf.


Jam 4.pagi – saya hendak tidur. Nanti kita sambung lagi.

p/s - kalau saya tidur seorang diri saya pernah berkeruh. Entah macam mana apabila saya ada tamu tidur di rumah saya dikatakan berkeruh. Kerana tidak ingin tidur berkeruh maka saya tidur seorang diri.








KUBANG SEMANG MALAM INI

Jam 1215 malam.

Kubang Semang masih sesak dengan manusia.

Kereta masih lagi padat diletakkan di kiri dan kanan jalan.

Orang ramai masih lagi tidak mahu pulang.

DARIPADA NAJIB

Anwar Ibrahim baru sahaja menerima SMS daripada Najib Razak.

Dia mengucapkan tahniah.

Anwar secara diplomatik menjawab 'di harap dapat bekerjasama untuk Malaysia baru'